[A.D.A.M]

Hawa bukanlah insan yang kuat..
bukan juga insan yang bisa menahan nafsu..
tatkala diri diuji, Hawa sering tewas..
tewas dgn godaan syaitan dan nafsu sendiri..

Sungguh..
Hawa telah cuba melakukan yang terbaik..
agar diri ini tidak menjadi dunia..
telah Hawa cuba menjaga diri sebaik-baiknya..
Hawa sedaya upaya menjauhkan diri dari tabarruj..
perfume, make-up, perhiasan..
telah Hawa elakkan sejauh-jauhnya..
namun mengapa masih Adam tertarik pada Hawa..
yang serba kekurangan ini??

Hawa ini berjiwa lembut..
sukar untuk Hawa menolak bila Adam meminta..
Hawa tahu permintaan Adam..
tak mungkin membawa Hawa ke kancah maksiat..
namun..Hawa lemah..
Hawa takut zina hati...


setiap kali "sms" diterima..
Hawa keliru..
ingin sekali Hawa membiarkan sahaja..
namun..Hawa akur tuntutan sahabat..
Hawa tewas..
Hawa reply jugak..
mengenangkan Adam adalah sahabat..

setiap layanan yang Hawa beri hanya sekadar membantu..
mungkin Hawa adalah antara kasih sayang Allah
yang dikurniakan buat Adam..
memudahkan perjalanan hidup Adam..
jangan disalah tafsir apa yang Hawa berikan..



Hawa mengharapkan Adam menjaga Hawa..
namun,bukanlah "couple" yang Hawa pinta..
tapi..
cukuplah sekadar tidak memandang Hawa..
cukuplah sekadar menghormati Hawa sebagai Hawa..
jangan dipinta apa yang tak mampu Hawa berikan..
kerana Hawa milik Allah sepenuhnya...



***********************************************************************************************

Wahai sahabiah yang kukasihi,
Jangan kau terlalu risau akan jodohmu,
kerana..
Lelaki yang bijaksana itu,
tidak akan terpaut pada wanita hanya pada kecantikan,
lirikan senyuman, pada bicara manja yang menggoda,
pada pujuk rayu seorang wanita yang meruntuhkan imannya..

Sesungguhnya lelaki adalah pemimpin kita,
Andai belum sampai jodohmu,
Anggaplah bahawa lelaki yang kau nantikan,
sedang membina sahsiah kepimpinannya,
bagi memimpin dirimu..

Kerana pada kita pasti ada kekurangan,
dan lelaki yang benar-benar layak,
PASTI akan hadir sebagai pelengkapnya..

:: Aku hawa ::
:: Faghfirli, ya rabbi..

0 comments:

Post a Comment