Bismillahirrahmaanirrahim..Selawat dan salam buat Nabi S.A.W..

apa jadi ye?kalau kepenatan tapi tetap mahu menconteng2 blog?

jom cuba!

aku teringat kisah semalam sebenarnya,
borak2 dengan dia..

"baik kau hati-hati,umi..dulu dia dah tikam kau dari belakang..kau tengok sekarang, orang yang macam cik timah pun boleh kena..kau tunggu la satu masa nanti.." 

dia sambung lagi..

"aku nasihatkan kau, berhati-hati!"

Astaghfirullah..betapa jarum halus prasangka itu mula mencucuk-cucuk dalam hati..
Tak, aku takkan biarkan..

Sebenarnya aku hairan,

"dulu dia dah tikam aku dari belakang?"
 
Maaflah, aku tak pernah terasa ada sesiapa pulak yang 'tikam belakang' sebelum nie..
Maka, pengabaian penyataan secara automatiknya terlaksana.
Bagaimana nak menghadapi situasi nie?

Pada aku, selagi takde masalah seseorang tu pada aku..
It's ok..
Kalau ada pun masalah, check2..
mesti ade sesuatu yang bermasalah jugak yang dah dibuat..
what u give u get back..kan?

Tapi
Aku tak pernah nafi, segala kemungkinan yang muncul dari hati manusia yang 'sakit' ini..
Na'uzubillah..

Firman Allah dalam surah al-Ghafir, ayat 19 bermaksud:
‘Allah mengetahui segala pengkhianatan yang bermula dari mata dan apa yang
tersembunyi di dada setiap hamba.’


Kalau-kalau kita pula terlintas hati hendak melakukannya, maka ingatlah bahawa Allah amat mengetahui setiap rahsia yang terdetik di dada hambanya..

Surah al Maidah, ayat 7:
Sesungguhnya Allah mengetahui akan segala isi hati yang tersemat di dada
hambanya.’

dan diperkuatkan lagi keyakinan dengan firman-Nya dalam surah al-Ahzab, ayat 51:
‘Dan Allah amat mengetahui setiap apa yang terkandung di dalam hati kamu.’

Ini ingatan buat aku dan juga kamu..
Ya, mungkin tiada apa-apa..sangka baik..^_^
Perbaiki akhlak ye,umi..
Mungkin ada silap di mana-mana..

Allah, cukuplah Engkau penjaga terbaik buatku..Padamu aku berserah dan bertawakkal..

jagalah hati!

0 comments:

Post a Comment