Mode : Undefined

Allah..ampunkan kesilapan kami..kuatkan hati kami pada jalanMu ini..
Ya Rasul, beri maaflah pada kami yang sering melupakan sunnahmu..

Study week seminggu lagi..
Kertas-kertas nota bercampur2 macam cendol dan ais kacang..
Maka, nota-nota ini sudah mula dikemaskan..
Masukkan ke dalam fail mengikut subjek.
Jiwa s/u memang begini

Ada buku-buku pinjaman juga..kalau buku library,confirm status berhutang dah.
Maaf, pemilik buku :
"Mukmin Profesional" - "Psikologi Cinta" -
"Anda Berkarisma Apabila..?" - "Dilema" - "Soal Jawab Tentang Aqidah" -
Ughh...5 buah buku..Banyak!!....Bila nak pulangkan nie?

Umi, anda diminta untuk memulangkan buku-buku tersebut dengan kadar segera!!
Itu buku orang, bukan buku kamu..
Macam mana rasa buku-buku kamu, orang pinjam tapi tak dipulangkan?
Grrrr.....panas laa...
Memang ada punnn...nak mintak, kot la tak habis baca lagi..
hermm, tahu pun..

Jadi, apa yang kamu tak suka..
Sila jangan lakukannya pada orang lain, ok?

-Baik-


.:: Nota di lantai sila kutip ::.

-Kertas tak mau pakai dah, sila recyle..SAVE OUR EARTH.
-Sape pinjam buku aku tu, pulangkan.Agak hot bila dah hujung sem, dah siap2 bungkus barang...berbagai-bagai "harta" baru dipulangkan..penah rasa?..
biase la tu, kita kan kawan...relax la..

.:: INI ENTRY YANG SEBENARNYA AKU MAU POST ::.

Kemas2 meja study..
Baru jumpa satu buku..hadiah birthday dari Umai..adik bawah aku..
selepas 3 bulan lebih??
Ada nota kertas pink juga..
Front page:
"Buku ni umai bagi sempena hari lahir akak, buku nie murah je..tak mahal macam buku lain yang umai beli..hehe..kan akak selalu baca buku tebal-tebal.Jadi, umai beli buku yang kecil dan nipis. Supaya akak senang untuk ulang-ulang baca.supaya kita ingat selalu tujuan kita kat dunia nie.."

-Patutla aku tak perasan kewujudan buku nie.."kecil dan nipis"..
-One thing, bila kau hulur buku nie kat aku??ooo...surprise eaa...
-Padan muka!dah lama baru aku perasan..jahatnya kau cakap camtu..kwang3


Backside:
"Umai sayang akak tapi umai selalu buat akak marah.tapi umai tetap sayang akak sebab akak kakak umai yang sayang umai, yang selalu tegur umai, yang selalu ingatkan umai walaupun akak sakit hati dengan umai, akak tetap sayang umai kan.Hehe...SEMOGA ALLAH RAHMATI SENTIASA"

Betul, umai. Ko memang la...geram gak aku ngan ko nie kengkadang..cakap tak mau dengar..ketegaq!
Selalu je aku sembur kau berapi-api macam Dragon Ball tuh..kau buat derrrkkk..yela, budak mekanikal katekan...keras la sangat dok hidup ngan besi-besi...
tapi bila keluar toilet, bukan aku tak nampak "mata merah" ko..leleh~

Umai..umai..
kita memang adik beradik..ayah mohamad yusof dan mak salmiah..
tapi kita takkan sama..
sedangkan kembar seiras pun berbeza..apa lagi kita yang beza 12  bulan nie..
masing-masing kita ada potensi..
Aku kat sini macam nie..Ko kat sana macam tu..

Kat rumah potensi paling menyerlah bagi aku untuk kau, part tunjuk jalan..
Bila jalan-jalan warta ke,pkns ke..Aku selalu lupa jalan..kau yang selalu ingatkan..
Last kita keluar sama-sama hujung bulan 3,
Kau cerita masalah-masalah kau kat unimap tu..
masalah ngan presiden ko, masalah ngan rumate, chinese yang 'ketuk-ketuk' sampai kau terasa nak study, masalah handle program kt samten,
pertandingan kereta F1 tu.. encik mesir..honda civic..
dan owh~
aku 'basuh' kau lagi..sampai kau diam..fikir..
lepas tu tak sedar,
kau bagi direction salah..aku ada rasa tak sedap hati..
tapi aku ignore, common sense la..human being do wrong..

rupanya itu petanda yang sebenarnya ko dah cukup2 menyimpan..
overlimit..sampai potensi paling bagus aku nampak da terjejas..
banyak sebenarnya yang ada dalam kepala kau tu..
cuma tak terdengarkan..

Sampai la aku perasan kepelikan kt fb dan blog kau..
Mujur aku ada talian hayat khas untuk kau kat sana..
Memang kau dalam masalah-
Mencapai tahap "hypertension"..mak nanges, aku apatah lagi..
tapi ayah cool..sebab tu kita nak yang macam ayah kan?

Last week ayah amik kau kt unimap, aku pun balik jugak..
kali nie aku balik bukan sebab homesick..but i am sick of u..
aku tak boleh fokus untuk sebarang kerja melainkan setelah aku tengok keadaan kau macam mana..
mak2 sedare, sedare2,kawan2.. semua dah sibuk tanya pasal kau..
datang rumah, yang telefon..yang chatting ngan aku..
semua tanya pasal kau..semua aku pesan doakan yang terbaik untuk kau..
ape yang berlaku ade hikmah untuk kita, ade ibrah untuk kita renungkan bersama..

Keep in touch..tak secara berdepan..setiap hari aku usahakan yasiin dan solat hajat agar kau diberi kesembuhan dan tiada lagi kesakitan sesudahnya..sebab Allah je yang dapat sembuhkan kau dan ringankan segala beban yang memberatkan kau..Mak ngan ayah pun macam-macam usaha..pastinya lebih dari apa yang aku buat untuk kau..Alhamdulillah, ada perubahan..

Petang semalam, baru aku sempat print borang tangguh pengajian untuk kau untuk semester nie..
Pagi nie baru aku nak isi tapi takde maklumat pasal kau kt sana..aku telefon mak dan tanya macam mana nak isi dan mak kata..
"Umi, umai dah boleh dah nak balik belajar..hari isnin ayah hantar sekali umai..tak perlu isi borang tu.."

Ya Allah, Alhamdulillah kesyukuran tak terhingga buat Engkau kerana mendengarkan kami..
walaupun cuma seminggu adik aku 'tak sedar' telah menyedarkan aku untuk banyak perkara..
Syukran, Ya Rabb..sakinah itu mencurah-curah kembali ke ladang hati...



.:: take this ::.
sape ade adik??
sila concern pada adik2 anda..
adik-beradik semua la..
kadang-kadang diorang ada masalah tapi tak tau nak cakap dengan sape..
pendam je sendiri2..atau bila bagitau orang lain..
tapi orang lain tak memahami..
kita yang sedarah sedaging nie..
take part..play your role..
kesian sangat kalau diorang terpaksa survive sendiri...
dan korang selaku adik-beradik taknak cuba membantu..
sayangi keluarga, di situlah bahagia

-aku juga bisa silap-

0 comments:

Post a Comment