Bismillahirrahmanirrahim..selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w juga buat semua ummat yang menyintai, merindui, mengasihi bahkan sedaya upaya menyandarkan amalan atas sunnah baginda.Mudah-mudahan mendapat syafaat bersama rahmatNya..=)

Kami semua sudah bersurai..
Minggu Pengurusan Pelajar Baru 2011/2012 (MPPB 11/12) tamat.
PST PDT.
1st intake sudah, 2nd intake sudah.

Ada sayu ada rindu..
Ada gembira, ceria dan syahdu..
Ada tangis, ada tawa..
Ada..ada..ada...
Argh!..semua ada....maaf, aku tak terluah..

Alhamdulillah, tercapai hajat aku untuk join celup-celup mppb kali nie..
Jadi tukang buat kacau untuk tahun ke-4 berturut-turut..
Alkisah, hajat untuk mendapat 'sijil kasih sayang' tetap tak kesampaian.
Tak dapat adik jugak kali nie..sob3
Takpa la, janji hajat nak jumpa SEMUA 'kapla2 yang kacau' tercapai..
tak faham?takpa jugak..tak penting..

Habis mppb je,
Camni la jadinya..setiap tahun..
Macam apa ya..macam-macam la..
U.n.D.e.F.i.N.e.D

pastinya sesuatu yang indah..
kalau tak, takde la bertahun-tahun aku buat-buat sibuk kan..=)
kalau tak, takde jugak la aku sanggup bertukar siang dan malam..

Aku kesiangan..
~ini ketika di bilik OT (Operation Theatre) HSJ


Ke'malam'an bertukar..ting2!
~ kmpp

Sanggup!
Itu pun bila tak terpengsan dan ada 'jemputan' la..
Nak buat kacau pun, biar sistematik..hehe..

Istimewanya mppb kali nie apabila tertubuhnya Jawatankuasa Alumni KMPP.
Tak datang meeting pun naik nama, kena buat bantahan nie..=p

Perkongsian dan makluman Jawatankuasa Alumni KMPP yang telah dibentuk.

Presiden : Mohd Khairul Anwar
Timb Presiden : Umi Kalsom Yusof
Naib Presiden 1 : Nor Ma
Naib Presiden 2 : Afiah A. Aziz
S/u : Hafeedz Hurairah Shahbani
Naib S/u : Nur Amirah
Bendahari : Kak Intan Liana

Sila klik nama untuk pautan ke facebook ahli jawatankuasa.
KMPP 10th Year Reunion juga telah dirancang..Ahli jawatankuasa pelaksana juga telah dilantik..
Insyaallah, plan A tarikh yang disepakati bersama adalah 10 September 2011.
Alumni KMPP -ori-, sedia untuk bergabung!

Doakan segala perancangan dipermudahkan dan terlaksana agar manfaat dapat dirasai bersama.



.::   nota rancam   ::.

Aku dah kata..macam-macam kan?
Semalam berpisah, hari nie dah teringat-ingat..ops~

Semoga pertemuan ini pertemuan yang diberkati
Dijauhkan dari segala masalah hati
Ada 'ibrah, ada hikmah
Yang dapat dilihat, dirasa dan dikongsi
Sampai akhir nanti..




-Ukhwah itu indah bila bertemu dan berpisah kerana Allah-
KMPP DI HATI

1 comments:

tahniah umi~si pengacau...

Post a Comment