Bismillahirrahmanirrahim, selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w pembawa rahmat sekalian alam..

[[ Umpan-umpan ]]

 Sekali berjumpa, bijak menggodam sistem mendapatkan fon number..sms..meluahkan rasa hati..
"Tak tahulah kenapa saya suka awak, macam ada tarikan.."

Selalu memerhati, kemudian berani mendekati..sempat bernotis pada kepingan kertas kecil ..
"Ini facebook saya dan no telefon saya..contact ye.."

Bermula bantuan kerana kemalangan, sekian lama rajin pula mencuba untuk berhubungan..
"Kalau awak perlukan apa-apa, bagitau je ye.."

Pheww..eeeiiitttt...roket mendarat tepat. Pandang keliling..Owh, ada perutusan..
"Aku suka kau..lama dah.."
Kampung betul..nah, ambik!Roket bergumpal menjadi bebola.Tepat juga pada sasaran.

[[ Jom, kita cerita tentang fitrah ]]

Aku bercerita sebagai aku seorang perempuan.
Sekian lama mendengar cerita-cerita perempuan tentang hati yang dikecewakan..
Aku jadi kasihan..kasihan yang amat..
Apatah lagi apabila cerita itu datangnya dari kawan, rakan dan sahabat..

Subhanallah..mujahadah itu satu-satu jawapannya.
Bersabarlah hingga saat yang ditentukan nanti..
Inni akhafullah~

Berbagai-bagai taktik dan strategi yang menjerumuskan fitrah ini kepada fitnah..
Jiwa-jiwa syabab dan nisa' yang seharusnya tegar berada pada jalanNya,
Lemah, longlai..tak mampu istiqamah, apatah lagi mahu tingkatkan ibadah..
Jauh sudah keterikatan hati pada Allah kerana cedera parah pada saingan ikatan cinta pada kekasih hatinya..dek kerana terjerumus ke dalam lembah jurang cinta manusia yang hina.Cinta murahan!

Bermulanya boleh jadi dari rakan sekelas,
Boleh jadi semasa gerak kerja program..
Konvo, dinner, Open Day, kempen..
Semasa Minggu Transformasi Mahasiswa di kampus,
Semasa Minggu Pengurusan Pelajar Baru di matrik,
Facebook, Skype, Twitter, YM..
Boleh jadi kerana manisnya senyum sapaan, kerapnya bertemu..
Kerap berhubung..disuburkan lagi bunga-bunga kasih sayang yang mengetahui kisah mereka berdua itu oleh kawan-kawan mahupun orang sekeliling..bi iznillah, memang jadi sungguh..

Benar, kerja syaitan dan konco-konconya menghasut kita..berbisik keindahan fatamorgana..
Bagaimana kita tunduk bahkan terjelepuk pada bisikan itu?
Mudah, kerana kekosongan rongga-rongga hati..
Rongga hati yang tidak di isi dengan ma'rifat tentangNya, tidak diingatkan dengan kalamNya..
Dibiar lompang sekejap, kadang-kadang kemudian selalu..
Akhirnya, berebut-rebutlah segala noda menyusup masuk memenuhi kekosongan itu..
Ampunkan kelalaian kami, Ya Rabb..

Serba sedikit yang dapat dikongsikan natijah penyakit hati ini:

1. Sukar untuk menerima ilmu..payah nak belajar, payah nak faham..belajar tak masuk-masuk..semangat study, result low jugak..mungkin boleh dimuhasabahkan dengan kisah ringkas ini..
Imam Malik yang pernah mengagumi kecerdasan Imam Syafi’i yang masih muda, memiliki ketajaman otak dan kesempurnaan pemahaman terhadap Islam. Saat itu Imam Malik mengatakan, “Aku melihat Allah telah meletakkan cahaya dalam hatimu, karena itu jangan kamu padamkan dengan kegelapan maksiat”, ungkapnya.

2. Melemahkan diri..Tidak fokus dan tidak bersemangat..muka takde seri melainkan bila nampak si dia kecintaannya itu.. kalau pun fizikalnya nampak sihat hakikatnya lemah dan tak tahan ujian..
Seperti dalam kisah Perang Salib, bagaimana orang-orang Rom kelihatannya kuat dan gagah tetapi kalah dengan tentera Islam.Ini kerana keterikatan hati dan jiwa mukmin itu kecintaanNya hanya pada Allah Yang Maha Agung.

3. Hidup terasing..Keterasingan bukan hanya antara manusia dengan Allah, tetapi akibat perbuatan dosa dan maksiat itu, yang lebih berat juga akan mengasingkan pelakukanya dengan manusia lainnya terutama mereka yang melakukan kebajikan..menyedihkan!

Jentikkan hati yang kian longlai kerana fitrah diburu fitnah itu, jangan sampai mati!
Hentikan segala yang membawa pada kemurkaanNya ini.
Menjauhlah kalian.. Mohon keampuanan atas khilaf yang dilakukan..
Teman tapi mesra, kawan baik, sahabat seperjuangan..itu hanya dusta berkalang dosa..
Lelaki dan perempuan TAKKAN boleh berkawan tanpa rasa.
kalau boleh, maksudnya anda ada masalah hormon atau genetik..
better check~

.:: nota hati ::.

Ladies,
Never assume that someone like you by their sweetness.
Sometimes you are just an option when they are bored.

Lelaki ni selalu aku nampak dia tabur umpan banyak-banyak..
dan kebiasaannya umpan itu umpan murahan..
Perempuan yang mahal takkan lalu dengan umpan murahan kan?
Failed.
Still want her?
Try again for the sake of redha Allah.

Aku kasihkan kalian wahai sahabiah..
Sakit hatiku, remuk jiwaku bila kalian meluahkan kecewa dan kesedihan
kerana cinta ajnabi yang bukan halal buat kalian
Walau bukan aku yang mengalaminya
tapi kerana aku juga seorang perempuan..
dapat  kufahami genta rasa itu
Yang berlalu biarkan ia lepas pergi..
Ayuh, kembalilah meraih cintaNya..

Moga kita dikurniakan belahan jiwa yang soleh dan solehah

~ membina generasi muttaqin ~

0 comments:

Post a Comment