Bismillahirrahmanirrahim..
Selawat dan salam buat Nabi Muhammad s.a.w yang dikasihi dan dirindui oleh ikhwan akhir zaman..

Kriinnggg..!!
"AyoOo..."
Seperti biasa practicalmate aku punya sound track bila telefon workshop berbunyi.
Ini bermakna kami harus standby dengan sebarang request atau complaint dari user.
Aku macam biasa, setia menjadi operator.

[A = AKU] [S =Staff Nurse]

A : Hello, BEMS.
S : Hello, selamat pagi..panggilan dari Wad 9..
A: Selamat pagi, ye puan..
S : Saya nak tanya, tadi ada BEMS datang kata nak tengok aspirators lepas tu ada bawak balik ka?kami tengah cari..sister da bising mesin takda nie..student kot mai tadi tu..

Aku sengih. Dia tak nampak.

A : Oo..ha'ah..ye2..saya la ambil tu..bawak balik bengkel nak servis..
S : Patutla..tadi awak kata nak tengok je kan..pusing-pusing tengok dah hilang..
A : Saya ada bagitau tadi nak buat servis..tak perasan kot..ermm..ok, takpa2..sat gi saya naik atas semula bawak borang kata kami amik mesin tu na..
S : Ok

Panggilan tamat.
Time aku bawak borang, takda pulak nak isi borang tu..time aku tak bawak borang..time tu la, "pusing-pusing hilang la pulak"..dah kata dah pun nak bawak pi servis...adeiii...aku tak membebel

Wad 9

Amboi, cengei muka..

S : Awak pi jumpa sister

Aku cam biasa tayang muka smiley..tudiaa ..menghampiri sister~

Sister : Awak ambil barang tak bagitau nie..kalau hilang ke camna saya nak jawab?
A : Minta maaf, sister.. tadi tak tak bawak borang nie..tapi habaq dah kata nak buat servis..
Sister : Minta staff nurse sign.

Lalala~

A : Minta maaf ye tadi...lupa bawak borang nie..(lemah lembutnya..)
S : Tu la..sister bising..(muka dah tak cengei..)

SELESAI

Ini baru kisah minta maaf..belum kisah manusia yang memang lahir untuk tidak senyum dan tidak pernah berkata 'Ya' untuk pandangan orang lain.

Tolak esok, ada lagi satu jumaat untuk aku menghadam kisah di sini.
Insyaallah, semuanya aku tanam baik-baik dalam jiwa.
Kisah manusia yang memandu aku untuk berhadapan dengan manusia.

.:: nota ::.

Aku yakin dah kata kat staff nurse tu..nak bawak mesin turun pegi servis
Staff nurse tu MUNGKIN tak concern sebab aku nampak masa aku bagitau tu..
Dia tengah menulis

Ye, aku salah..
sebab aku tak bawak borang verify bawa balik mesin
dan
sebab aku dah bagitau tapi depa tak tau jugak
silap betul..

 
Aku sakit hati sikit-sikit..sister, staff nurse pun sakit jugak..
Satu ubat mujarab dengan satu kata ini

"Maaf....."

~ release ~

-maafkan andai diri ini menyentuh hati kalian dengan perkara yang tak disenangi-

Urusan sesama manusia, begitulah..
Urusan dengan Tuhan?


Maha Pemaaf Tuhan belum dikira lagi..
Berkali-kali kita ingkar dan menjemput kemurkaanNya..
Tetap Maha PengasihNya Dia memberi nikmat yang tak terhitung pada kita..
Ampunkan kami, Ya Allah..
Kami sering tersasar dari jalan redhaMu..

0 comments:

Post a Comment