Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera!

Wah, semangat~
Baru lepas lunch, biasa la..hehe..
Makan pe? Makan gulai ikan tapi lupa letak asam keping. Aiseh. Saya kenyang je.. dah masak sendiri, rasa ok..telan je la kan..whoa..

cuma..cuma...cuma..kesian encik suami. uhuks!

(ceh, posting ini untuk meluahkan rasa simpatistik kepada suami rupanya)

Well, saya dah melabelkan diri sebagai tukang masak amatur kepada encik suami selepas beberapa kali beliau buka tudung periuk sambil kerut dahi. Haha.

Saya masih kurang balance nak masak kuantiti sikit-sikit. Almaklum, sebelum nikah, masak kat rumah untuk sembilan orang. sekarang dikecilkan kapasiti masakan untuk dua orang. Selalu jadi masalah saya bila masak ialah terlebih rencah walaupun rasa dah kurangkan dah (sayang pulak nak buang rencah dah tumis, maka kuah jadi pekat..sangat) atau terlupa satu dua bahan. Ades.

Pengantin-pengantin baru..separa baru..suku baru..hangat-hangat baru..memang ada sindrom macam saya alami tak? atau saya special case? :D

Sebelum nie, yakin boleh da nak kahwin sebab boleh la nak masak..

-Haha-

Takde la masakan yang complicated sangat tu..tapi boleh la kot..
Sekarang kelakar gila.. undefined..masak jadi pelik-pelik..


whatever~

Saya buat kesimpulan mudah, untuk yang nak dekat-dekat kahwin tu..rajin masak ye..yang dari family besar tu.. boleh try test la masak sket-sket jugak.. kt hostel, masak untuk rumate ke..hoho..tapi kalau air tangan tu memang dah power, takde hal la..

Untuk saya, Puan Umi.. sila cuba lagi. Komentar encik suami itu adalah petanda beliau mengambil berat dengan hasil tangan anda. No hard feelings, okeh! Sebelum pro, hayatilah detik-detik menjadi amatur ini..the expert was once a beginner..(^____^)

Dan untuk Encik Suami..sob3..maafkan adinda, wahai kekanda.. adinda cuba mempersembahkan santapan yang terbaik buat kekanda setiap kalinya..ajaib bila lain pula yang terhasil..mungkin kuali, senduk dan periuk di dapur kekanda itu belum mesra dengan adinda..bertabahlah ya, duhai kekanda......

Ok, cukup drama.

Peace..no war.
Let's sambung review paper.
^^

.::check it out ::.