Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera!

Wah, semangat~
Baru lepas lunch, biasa la..hehe..
Makan pe? Makan gulai ikan tapi lupa letak asam keping. Aiseh. Saya kenyang je.. dah masak sendiri, rasa ok..telan je la kan..whoa..

cuma..cuma...cuma..kesian encik suami. uhuks!

(ceh, posting ini untuk meluahkan rasa simpatistik kepada suami rupanya)

Well, saya dah melabelkan diri sebagai tukang masak amatur kepada encik suami selepas beberapa kali beliau buka tudung periuk sambil kerut dahi. Haha.

Saya masih kurang balance nak masak kuantiti sikit-sikit. Almaklum, sebelum nikah, masak kat rumah untuk sembilan orang. sekarang dikecilkan kapasiti masakan untuk dua orang. Selalu jadi masalah saya bila masak ialah terlebih rencah walaupun rasa dah kurangkan dah (sayang pulak nak buang rencah dah tumis, maka kuah jadi pekat..sangat) atau terlupa satu dua bahan. Ades.

Pengantin-pengantin baru..separa baru..suku baru..hangat-hangat baru..memang ada sindrom macam saya alami tak? atau saya special case? :D

Sebelum nie, yakin boleh da nak kahwin sebab boleh la nak masak..

-Haha-

Takde la masakan yang complicated sangat tu..tapi boleh la kot..
Sekarang kelakar gila.. undefined..masak jadi pelik-pelik..


whatever~

Saya buat kesimpulan mudah, untuk yang nak dekat-dekat kahwin tu..rajin masak ye..yang dari family besar tu.. boleh try test la masak sket-sket jugak.. kt hostel, masak untuk rumate ke..hoho..tapi kalau air tangan tu memang dah power, takde hal la..

Untuk saya, Puan Umi.. sila cuba lagi. Komentar encik suami itu adalah petanda beliau mengambil berat dengan hasil tangan anda. No hard feelings, okeh! Sebelum pro, hayatilah detik-detik menjadi amatur ini..the expert was once a beginner..(^____^)

Dan untuk Encik Suami..sob3..maafkan adinda, wahai kekanda.. adinda cuba mempersembahkan santapan yang terbaik buat kekanda setiap kalinya..ajaib bila lain pula yang terhasil..mungkin kuali, senduk dan periuk di dapur kekanda itu belum mesra dengan adinda..bertabahlah ya, duhai kekanda......

Ok, cukup drama.

Peace..no war.
Let's sambung review paper.
^^

.::check it out ::.

9 comments:

ngeh3...
adei...
kelakar lak baca post akak kali ni...
=)

Puan Umie...good better best! (^_^)/

mm.. akak rasa peralatan dapur belum mesra dengan pengguna, tu ayat paling tepat kottt.. hahaha.. umi try masak macam untuk 9 orang tu, tapi untuk umi & qayyum, makan untuk 2 hari.. haaa.. (yang tak bes nya lauk sama 2 hari -_-")

sama ler kita..jom blaja buat yg terbaik utk suami..

hehe..prnh jgk alami..:) plg xbleh blah bila 1 hr suami asmah buka tudung saji,tgk mknan terhidang ats meja, buat muka pelik n tny, "apa ni?" haha..mcm sarkastik je bunyinya..:P

Masalahnya yg ahli kuaga sikit tula x memasak... beli sokmo..huhu

Masalahnya yg ahli kuaga sikit tula x memasak... beli sokmo..huhu

Blog muslimat2 baru kahwen akan mengalami satu perubahan drastik dari segi penulisan blog, terutamanya dari segi merebaknya ikon2 smiley yang tetibe, dan banyak juga dimasukkan gambar-gambar emoticon/meme/gambar bawang kiut dan seumpamanya bagi menggambarkan emosi mereka yang sekejap stabil & sekejap tidak. Huhuhu~

*observation, conclusion, PROVED~ Huhhuu~

entry ni kelakar la..sy yg xreti msk tetibe rse seram lak..kene stat blaja msk dr skrg ni..hehe..slmt menjadi tukang msk yg amatur tuk si suami..=D

Post a Comment