Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera.

Puas tepuk-tepuk pampers Asiah, akhirnya dah tidur.
Ok, taip laju-laju!

Biasa la anak baru sorang, gabra lebih sikit. Hehe..

 Post update apa yang dilalui lepas kawen dan dah ada anak plus as a postgrad student. Sembang hal rumahtangga ke hape nie? Bukan laa.. nak bagitau situasi..berpijak di bumi nyata, real experience.. :D

ceh~

First sekali, saya respect sangat-sangat la buat mak-mak yang dah berjaya tamatkan pengajian Master /PhD. Nak bagitau, bersilat okeh nak habiskan..

Untuk saya sendiri, masa mula-mula kawen rasa serabut nak uruskan masa. Siap google lagi macam mana isteri-isteri yang baru kawen nie nak bahagikan masa. Bila time masak, mengemas pastu pukul berapa keluar pergi kerja, balik, prepare esok pulak. Blank rasa.

Padahal kalau ikutkan masa bujang-bujang dulu, semua plan dalam kepala je. Lepas nie apa, next..next..sampai malam, sampai esok pagi dan seterusnya. macam air Sungai Congkak je mengalir perjalanan harian tu kan..walaupun ada batu-bata menghalang perjalanan, gagahku meredah..^^

Lepas kawen?
Totally different, all my dear frenzzz...
Tak boleh nak ikut kepala sendiri je..mesti discuss dulu dengan encik suami. Kata nak jadi isteri solehah kan..kan? Tapi saya nie belum cukup solehah la..sobs! interview encik suami untuk maklumat lanjut (boleh la pulak kan..adei..)

Hampir setahun kawen, dapat baby..Alhamdulillah..
Dan rupanya, stage urus masa time mula-mula kawen tu teramat sangat la senang berbanding bila dah ada anak. Kali nie memang tak google dah camne mak-mak handle masa diorang..sebab kita nie memang tak sama. Sedangkan time baby tidur pun tak sama, apatah lagi masa-masa yang lain. Jadi, sila la atur masa ikut kreativiti dan kefleksibilitian masa masing-masing.

Jadual saya sekarang, pagi di rumah petang di lab. Cuba juga buat kerja lab di rumah tapi seriau bila Asiah dah pandai guling-guling. Habis dikutipnya wayar-wayar jumper untuk connection circuit tu masuk mulut..dapat master lain pulak karang..huu..Satu lagi, bila dah sentiasa ada di rumah..lain la fokus kerjanya..kalau duduk di lab..fikiran akan lebih fokus untuk buat kerja-kerja research.

Mungkin saya boleh share talk saya pernah dengar tentang "Rahsia 4 pagi". Memulakan hari seawal 4 pagi terutama bagi wanita berkerjaya. Bermula 4 pagi tu, tahajud sekejap walaupun 2 rakaat..lepas tu buat kerja rumah, memasak dan sebagainya sampai la bersiap-siap pergi kerja. Lepas balik kerja, sambung la kerja rumah yang belum selesai. Tapi tu la kan, dengar talk ilmu rumahtangga 10 siri pun kalau tak buat, apa bezanya? Astaghfirullahal'azim..Umi.. Umi...(-.-")

Letih tak jadi orang perempuan, jadi isteri, jadi ibu? Jujur saya jawab, letih. Sebab tipikal kita fikir kerja rumah semua perempuan yang buat. Lagi tak best kalau isteri amatur macam saya nie. hoho.. Masak tak sedap, dapat la komen untuk upgrade masakan. Rumah bersepah, dapat komen lagi.. Alihkan barang tak kena tempat?Ahaa.. itu jangan buat main.. Baju dah penuh bakul, kena setelkan. Anak menangis, pandai la pujuk diamkan. Tak kira supervisor tanya pulak progress kerja, segan rasa nak bagitau progress yang seciput itu. *senyum manis*

Sebab tu penting, suami yang understanding, loving, caring gitu..terutama kalau isteri pun berkerjaya jugak..yela, isteri keluar rumah bantu suami tampung nafkah keluarga.. suami pula bantu-bantu la isteri selesaikan kerja rumah..sama-sama penat..sama-sama happy..macam encik suami yang rajin jugak sidaikan baju..lipatkan baju..memasak..walaupun sebulan sekali, setengah tahun sekali mahupun setahun sekali..tu pun dah buatkan saya rasa gembira dan bahagia..hehe..

Kesimpulannya, semangat mau kuat. Dah kawen, ada anak.. kerja ke study..dua-dua ada cabarannya yang bagi saya tough. Fizikal, mental, hati tu kena selaaaaaalu sangat positif. Apa pun, balik semula pada Allah. Minta Dia bagi petunjuk dan bantu mudahkan semua urusan kita. Sebab tu selalu orang kata mak-mak nie 'iron lady'. Kalau bagi bapa-bapa jadi mak, mungkin surrender. Confident level more than 90%.. hehe..guran-gurau di petang jumaat.. :p

Ok, mana yang rasa boleh dimanfaatkan, amik la..yang merepek tu, harap maaf ye..built in..^^

.:: p/s ::.

Ya Allah,
 Bantulah kami untuk sentiasa memperbaiki diri kami
Limpahkan sakinah mawaddah warahmah dalam keluarga kami ini

Amiin..

-Gambar import dari masa depan-