Rebutlah gelaran IKHWAN di akhir zaman,
yang disabdakan dari lidah rasul junjungan..
agar kita menjadi orang yang membuktikan golongan yang baginda rindukan..
tika para sahabat itu bertanya,
siapakah yang diberi gelaran itu padanya?
membara cemburu di hati mereka hingga menitiskan air mata..

lantas baginda menyambung lagi,
IKHWAN itu mengamalkan sunnahku..
bagai menggenggam bara api dan mereka amat menyintaiku,
sekalipun tidak pernah bertemu..

Ukhwah mereka bagaikan susunan batu-bata..
saling menguatkan di antara mereka..
umpama satu ibu dan satu ayah..
perjuangannya ibarat singa di siangnya..
bagai 'abid pula di malam harinya..

namun IKHWAN bukan sebarang pilihan,
mereka pilihan di atas pilihan..
bilangannya sedikit tetapi besar di sisi Tuhan
kerana dosa amat dihindarkan..

luarbiasanya taqwa IKHWAN,
kerana taqwanya diberi pertolongan
kerana taqwanya diberi rezeki
dan dunia diselamatkan Tuhan..

Wahai pencinta-pencinta kebenaran,
yang menagih janji Tuhan..
rebutlah gelaran IKHWAN di akhir zaman,
Ia tawaran yang tiada tandingan!

-MAWADDAH: GELARAN IKHWAN-


26-Jan-2010
04:50:37 pm
INBOX:Mesej dari JENTERA Pro-Mahasiswa

Imam Hassan Al-Banna: Apa yang aku maksudkan dengan JIHAD ialah kewajipan yang berterusan hingga ke hari kiamat dan inilah makna yang disabdakan Rasulullah S.A.W
" Sesiapa yang mati dalam keadaan tidak berperang dan tidak pernah berniat untuk berperang maka ia mati dalam keadaan jahiliyyah"

Peringkat JIHAD yang pertama ialah mengingkari dengan hati dan yang paling tinggi ialah berperang di jalan Allah.Antara keduanya terdapat JIHAD dengan kata-kata (lisan), pena dan tangan (kuasa) dan berkata benar di hadapan pemerintah yang zalim.

Tidak hidupnya dakwah tanpa JIHAD.Bagaimana kemuliaan dakwah dan keluasan ufuknya, demikianlah kemuliaan JIHAD di jalannya dan tingginya nilai untuk menegakkan kerja dakwah dan besarnya ganjaran petugas dakwah.

Firman Allah: BerJIHADlah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar JIHAD.

Inilah dia makna yang sering dilaungkan:
"JIHAD ADALAH JALAN KAMI"

Kepada semua calon, teruskan perjuangan dan tingkatkan harapanmu kepada Allah.Kami petugas2 hina ini akan terus bekerja selagi mana nyawa di badan.

-mesej tamat-

28-Jan-2010
08:32:54 pm
INBOX: U K.ENA

Dear,
moga dengan taklifan ini kamu akan lebih mendekatkan diri pada Allah.
moga dengan taklifan ini, kamu akan lebih mentarbiyyah diri dalam menjadi jundullahNya..
moga dengan taklifan ini kamu berjaya mengangkat izzah pendokong islam dan juga izzah seorang srikandi muslimat!

-mesej tamat-

dua mesej yang cukup terkesan dalam hati aku..mesej dari jentera semasa tempoh berkempen..juga mesej dari bunda kesayangan selepas kemenangan dalam pemilihan..

cukup jelas erti jihad yg cuba disampaikan..
tasji' buatku di kala lesu mengacah cuba menggugah..
aku fokus pada matlamat..
berkali-kali aku ikhlaskan niat..
pengharapan yang tak putus2 pada Yang Kuasa..

review selepas sesi pencalonan,
tekad aku bulat..
InsyaAllah..

esoknya pegi klas..
mula dah pesta poster cm langsir baru pagi raya..
kempen..kempen..kempen...
propaganda bermula..politikus melata..
penyapulidi mengangkasa, provokasi bertimpa2..
poster kena potong?biase jer..
da tensen la tuh!

paling tak lupa, SPEAKER CORNER~
port aku kt arked K9..
sangat bertuah diberi peluang tuh..
bayangkan..mic+speaker+kamera+pegawai HEP+RAKAMAN....
di samping sahabat handai dan rakan taulan yg sudi hadir memberikan sokongan MANTOP..
sangat berterima kasih aku ucapkan....
1st day for me is okay..
2nd day,worse..sebab 'peminat fanatik'..
MISTERI...datang la beratus insan2 lain pun..
aku fikir aku masih mampu..
tetapi PEMINAT FANATIK nih memang berjaya wt aku kalut!!
walaubagaimanapun,terima kasih juga aku ucapkan..
tahap infiniti..jasa tak terbalas~

28-Jan-2010
After maghrib: call dari k.isma
selaku pemantau kira undi bagi calon fakulti kejuruteraan elektrik..
"TAHNIAH DAN TAKZIAH, UMI..AWAK MENANG..JANGAN LUPA SUJUD SYUKUR YE,DIK"

jiwa kosong...............
Tuhan, ampunkan aku..aku bakal menggalas satu taklifan..
AMANAH itu Tuhanku..kalau ditimpa pada gunung maka hancur lebur!!
Tapi Engkau memilih aku,Tuhanku...

mungkinkah kerana tekadku?
mungkinkah kerana imbalan akhir usahaku?
mungkinkah kerana niat yang berkali2 kusisipkan dalam hatiku?
atau mungkin juga kerana Engkau ingin menguji aku?

Kalah itu pasti, kemenangan itu anugerah..
Terima Kasih Ya Rahman atas anugerah itu..

-MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR-
-UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA SESI 2009/2010-

Manifesto sehabis daya akan kutunaikan..
Yang pasti aku bukan keseorangan..
di FKE ade 5 orang MPP..
3 calon FKE + 2 calon umum

FKE:
-NUR AZIM FAHADA
-KU ABDUL MUHYI
-UMI KALSOM

UMUM:
-AMANINA
-NUR SYAZANA

inilah sahabat-sahabat yang berani menyahut seruan..
Ayuh,sahabat!!seiringan kita~

BERSAMA MEMBANGUN MAHASISWA
DARI MAHASISWA UNTUK MAHASISWA!

dan sekarang..paperwork..paperwork..paperwork.....
maaf,en.mus kalau bosan hadap muka saya..(-__-)

notes:
Watikah Perlantikan MPP UTM 09/10 pada 22hb Feb 2010 bertempat di Melaka

::.take this.::
GERUN PADA KEBANGKITAN MAHASISWA?
-MAHASISWA CELIK-
-KAU HARUS TELUS-
MASA PEMBODOHAN ITU TELAH DIUSIR,
AUTONOMI MAHASISWA KIAN TERUKIR!

MA'ASSALAM-

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..
ASSALAMU'ALAIKUM WARAHMATULLAHIWABAKATUH..
NAMA SAYA UMI KALSOM BINTI MOHAMAD YUSOF
MAHASISWA TAHUN DUA
KURSUS SARJANA MUDA KEJURUTERAAN ELEKTRIK-ELEKTRONIK PERUBATAN
BERASAL DARI...BLA..BLA...BLA...
MANIFESTO?
NANTIKAN.....
EH, MUKA AWAK LAGI?LALALA~~
MPP..MPP...
MUKA AKU BERSEPAH-SEPAH....
OWH, GENG MINTAK BELANJA!
SORI BEB,AKU TAK MAIN POLITIK WANG..
RASUAH..??TIDAK..TIDAK.....
SENYUM,SAYANG..EMOSI OK?~
KAKAK-KAKAKKU YANG LIKES SHARING WA CARING...
OPSSSS.......


..........CUT!!HENTIKAN SEGALA FLASHBACK DI KEPALA...................

25 JANUARI 2010
- HARI PENAMAAN CALON PEMILIHAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UTM SESI 2009/2010
- AKU DAN SAHABAT2 YANG LAIN BERKUMPUL DI DATARAN AGORA SEPERTI YANG DIJANJIKAN
- PEMAKAIAN BERKABUNG ~CHECK BY URSELF HOW DOES IT LOOKS LIKE
- LAUNGAN 'STUDENT POWER' MENJADI TASJI'
- PAK GUARD READY LER TUH..
- BERGEMA!!SERIUS,AKU SUKA!..KEBANGKITAN MAHASISWA SANGAT DIGERUNI..
- SETEL?GERAK KE BANGUNAN HEP..
- BISMILLAHITAWAKKALTU 'ALALLAH....
- STEP BY STEP..
- BAYAR DUIT CAGARAN RM 100 BAGI CALON FAKULTI, RM 150 CALON UMUM
- RESIT SIMPAN!
- NEXT..KAUNTER FAKULTI..BERGEGAR JAP JANTUNG AKU...
- BIASE JE...BIASE JE...COOL...
- PAS..HUHU..
- KAUNTER GAMBAR, PEKEHAL RAMAI BENOR...LUPE, NIE KAUNTER DEMAND..
- TAKES TIME..UR TURN,SNAP TWICE..
- ORAIT,PICK THIS..PRINT....
- SIAP POSTER!!
- UIKS, MUKA AKU CENGGINI??ORAIT LA 2...MMG CENGGITU PON MUKA KO..
- ALHAMDULILLAH...
- OK,KUAR DARI BANGUNAN HEP PEGI MASUK BANGUNAN FAKULTI
- KELAS TEKNO....KELAS...KELAS.....
- PAP,TIME'S UP..GO BACK..
- COLLAPSED..A WHILE...
- PERLU KE CERITA PASAL AKU SOLAT ZOHOR?XPERLU..SKIP...
- WOW,DA LEWAT...MOVE..MOVE..DEWAN SENAT..
- TAKLIMAT PEMILIHAN MPP BY TNC PROF TAJ
- SYARAT DAN PERATURAN PEMILIHAN MPP 09/10
- MARI ABANG,KAKAK..GORENG ADA..KUKUS ADA..REBUS PUN ADA...PILIH2!!!

- ASAR, MSI JOM..SAMBUNG KULIAH HADIS..
- JIWA KONTANG..
- ALHAMDULILLAH, RASE CM MINUM AIR 1 MALAYSIA KT K9..1RINGGIT AJA~~
- DA KENYANG..TANGGUH NGAN KAFFARATUL MAJLIS WA SURATUL'ASR..

- HALA BOARD HEP!CALON...CALON...CALON...
- PENGUMUMAN CALON YG LAYAK BERTANDING PADA SESI KALI INI
- DENGAN INI DIISYTHARKAN!!

-ASTAGHFIRULLAH, NAMA AKU ADA-
-6 ORANG CALON FAKULTI KEJURUTERAAN ELEKTRIK MEREBUT 3 KEKOSONGAN KERUSI-
-MAJLIS PERWAKILAN MAHASISWA UTM 2009/2010-

.::TAKE THIS::.
POLITIK KUASA DAN POLITIK NILAI?
MAHASISWA HARUS CELIK MINDA..BUKAN MENGIKUT TELUNJUK..
ANGGUK..ANGGUK..GELENG..GELENG...
KAU BUKAN LEMAH!!
ALLAHURABBI..PERMUDAHKAN URUSAN KAMI DI JALAN INI..
TAKKAN TENANG HATI-HATI INI SELAGI ADDIN-MU BELUM TERTEGAK DI MUKA BUMI
BERSERAH~



...........YA LATIF, YA LATIF, YA LATIF..................

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Waiittt....
skg da 11 HARIBULAN JANUARI 2 RIBU SEPLOH...
xde la lame sgt aku idop tahun baru Masihi nih..baru 11 hari...xlewat lg..
NC pn baru umum amanat tahun baru..
aku apatah lagi...
mula tahun baru,review dulu..
post mortem..muhasabah, tuan2..
nak sprint g depan, jaga2 kt blakang..
takut inersia besar, mau tersungkur...

orait bebeh..
nk cer stok2 projek impak campus life
..sem2 yg lps..
..idop aku kt kampus selatan..
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI


29 JUn 2008..mencari haluan di minggu pertama berstatus siswi...
skg 2010..erk,aku remaja lg kn?
kt sini la..bermulanya stokis2 kehidupan kampus yg nak aku stori nie..


Ape cer S19 nih?
kt sini la asalnya 92 orang siswi baru mendaftar ditempatkan..
kami freshie2 dari fakulti elektrik dan fakulti mekanikal..kategori blok besar la blok nie..
ermmm...mula2 aku masuk, kecewa weh..serius!
sebab aku rase sama je view cm matrik kt kmpp dulu..xde beza..konsep rumah panjang,
toilet kt hujung...kongsi2...pagi2 kene beratur...alahai...kecewa2....
but the point is kt situ la yg buat anak2 kt blok nie ble kenal-mengenal..
silaturahim dibina, ukwah terjalin..pergh..

A week after orientation week..ade la election utk pilih ketua blok..
dan di sinilah geng, pengembaraan bermula...
calon punye calon..undi punya undi..
aku ketua blok?hakikatnya, ya...ingat senang nak jaga budak2 baru nie..
aku pun baru, pegi klas pn sesat2..btw, satu je aku pegang...
kalau orang da bagi kepercayaan dan aku sendiri yakin..
GO!..

..............******************................



Next,
aku sebagai kakak fasi..haha.. xleh tinggal kot fasi2 nih..
mase nie, kursus solat utk adik2 kt SMK TMN U..
walaupun sekejap, ade signal input utk neuron aku bersinaps..
kt sini aku sedar,
betapa inspirasi itu penting..
kt sini aku sedar di luar sana,
ramainya insan2 kecil yg sangat perlukan perhatian..
sangat perlukan dorongan, sangat perlukan panduan..
kt sini aku sedar,
aku nie da dewasa sket!
dulu teringin nak jadi kakak kt U,
sekarang aku nampak keinginan aku yg dulu..
terpancar di mata insan2 kecil dihadapanku....
Fatin, iznie, liyana, mimi, melisa, zubaidah, suhaida, amirah, elisa....
Akak doakan adik2 dapat mencapai keinginan yg tersemat di jiwa,
semoga menjadi muslimah solehah yang berjaya di dunia dan di akhirat...

...................****************.........................


PERSATUAN PELAJAR KEJURUTERAAN ELEKTRIK (JURUTEK)
memegang taklifan sebagai setiausaha persatuan..
pulak masa awal2 dilantik, aku sorang je siswi tahun 1..
pening jugak..kena bulikah?
jadi s/u banyak kerja..bagi kt 1st year yang sanggup jadi mak sanggup..wakaka...
jahatnya pemikiran aku...
SILAP BESAR kalau korang fikir cm pemikiran jahat aku 2...
banyak sangat menda aku blaja dari persatuan nie..
aku sangat2 berterima kasih kt farizi..presiden aku masa 2,
beliau la yg berani mempertaruhkan aku di posisi tersebut,
atas potensi yg ade kt aku pada pandangan beliau la..
bagi tunjuk ajar..banyak gak silap aku wt,
budak baru kan..tapi nasib baik presiden aku nie memang softspoken..
nak blaja menda baru, aku aplikasi nie plak..
*NO STUPID QUESTION,OK?*

aku nak kata..
AKU MEMBESAR DI FAKULTI...
Protokol gerak kerja aku banyak follow kt fak..
walaupun mase 2, aku pegang JKM jugak..
jawatankuasa kolej mahasiswa sebagai exco Hal Ehwal Siswi..
tendency is JURUTEK..
sebab kt fakulti aku lagi bebas bergerak kerja,
tidak terikat pada kehendak mana2 pihak,
direct jumpe pihak pentadbiran..direct setel!
Latest, new comittee JURUTEK 2010...
MASIH LAGI BERORGANISASI BERSAMA JURUTEK
Aku diberi mandat selaku Timbalan Presiden II, JURUTEK..
tapi presiden bukan farizi lagi...(T__T)
serius,aku masih dalam proses transisi yg kadang2 membingungkan...
SALAHKAH AKU MEMBANDINGKAN?
yang pasti, aku sayang kt jurutek..
banyak bakti ble ditabur kt fak melalui persatuan nie..
pada yang berkenaan,
kalau kata jurutek masih belum gah..
buktikan kepimpinan kali nie mampu menggegar!
now is not sleepy mood,dude..
aku faham, komitmen kita masing2 tak sama..
tapi kalau kata sanggup nak pikul amanah yg diberi,buat selagi terdaya..
ade plan, kita gerak sama2.. jgn jadi invisible man dan buat2 macam x faham situasi..
BERSAMA BANGKIT..
DARI MAHASISWA UNTUK MAHASISWA
WE UNITE FOR ALL!!

xabis g stori pasal jurutek?
last2..nie la takwim perdana jurutek sesi 2009..CROSSING OF KNOWLEDGE TO ITB..
Institut Teknologi Bandung, Indonesia..
1st time naik flight!hohooo...dana HEP + GLOBAL OUTREACH PROGRAM..
really encourage students going abroad..new program high impact..
rm 1K/student..1 faculty limited for 100 students..
pandang apa??..rebut la!

.................**************.....................


Dari kanan: A'an, mak angkat aku (Pn.Roshidah), Prof Zaini Ujang (NC UTM), YB Dato' Hj Idris (Timb Menteri KPT,Malaysia) dan aku..

PPLU..program pelajar di luar universiti di kg. paya rumput melaka...
ape hal aku dress up semacam jer??
ahhaah..bajet sebab nk berdiri sebelah vvip selama 3minit kah?
owh,tidak...ini kerana aku menjadi pengerusi majlis pada hari tersebut..
partner ngan hassan..pengalaman berharga,beb..
seronok jadi MC..kata2 ko akan didengari dan dituruti oleh orang2 besau..
kata naik pentas,naik..kata duduk,duduk..
request nyanyi pun,nyanyi...
walaupun cuma lagu negaraku, lagu negeri melaka + KEUNGGULAN TERBILANG...
erk,jangan aku kene pancung pasni udah...

aku dapat mak baru!..
yela,sementara tunggu mak mertua..
mak angkat yang best nie pn orait..bertambah2 mak aku..
bila aku cerita kt mak aku yg sebenar, aku ada mak lain..
mak aku jeles!mak xcakap tapi kita tau,mak..hehe..
tapi kalau mak ade anak lain selain kitorang 7beradik+menantu2nya,
aku pn jeles!aku xnk bagi mak aku amik anak angkat...
mak aku, aku punye!..

...................**************........................


my time!the time is running out...
dulu aku disambut..
sekarang aku menyambut...KAKAK FASI LAGI.....
minggu haluan siswa 09/10..tapi xde la dipanggil fasi,kitorang sume bergelar "krew"..
ape2 je la..same je fungsinyer..ada apa pada nama...

yang penting, konsep minggu haluan siswa itu sendiri,
apa dan bagaimana pembawakan yang akan diserapkan kepada mahasiswa dan mahasiswi UTM yang baru mengenal dunia kampus nie..
rebranding utm mengajar aku seiring dengan gagasan yg dibentuk oleh NC sendiri untuk disebarluaskan kepada new comers..
awal kemasukan,didoktrinkan dengan BUDAYA ILMU..
sangat2 cantik acuan yang dibentuk..
menjadi insan berilmu..ditinggikan darjat di sisi AlLah..
ape lagi yang kita mahukan kalau itu sudah dijanjikan?
follow the flows..sahut seruan...

fokus MEMARTABATKAN BUDAYA ILMU....
Amanat NC: berpaksi inovasi, mengangkasa universiti, menjana nilai tinggi
TOWARDS: UTM CANDIDATE APEX UNIVERSITY 2012



.....................**************........................

BERTANDING MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR (MPP) DI TAHUN PERTAMA
Calon MPP 2008/2009..
bertanding, kalah..
it's ok, expected..
xbagitau pon parents aku nak bertanding..
tapi berita roger n out sampai kt telinga mak ngan ayah aku...
patut la xmenang!..buat kerja tak mintak berkat mak ngan ayah...huUuu.


quote kata2 sorang senior "peta UTM pun xhafal, nak jadi mpp..."
kalau cm2, pak jaga la paling sesuai jadi mpp..
ataupun SB yg bersepah di mana2..diorang memang pro ceruk utm nie..
cukup hadam peta utm..

GILA KUASA?
MENCARI PUBLISITI?
TIADA CALON?
PECAH UNDI??

Aku suka persoalan tapi aku tak suka bagi jawapan..
dan aku cukup tak suka orang tak menjawab soalan..
aku biarkan korang berfikir...
nak kata apa..
nak tafsir apa..
nak label apa...

TERPULANG


Aku bertanding atas tiket PRO-MAHASISWA bagi kerusi fakulti..
calon lain 6 ke7 orang, x ingat..
semua tahun 3..
aku sekali lagi sorang2 tahun 1..
definisi kerja gilakah?
bagi yang tidak memahami, jangan mudah membuat spekulasi,
menimbulkan kontroversi, tak tahu harap berdiam diri...
pro-mahasiswa, aku setia bersama!

MPP?..aku harap lepas nie nama die MPM,
Majlis Perwakilan Mahasiswa..
Ade rezeki for next election,
aku segan nak mengaku aku wakil pelajar...
sebab kefahaman aku warga UTM nie adalah Mahasiswa..
'pelajar' utk secondary school atau matrik, still accepted..

Melonjakkan diri ke dalam komuniti MPM bukan kerja mudah,
membawa suara2 mahasiswa,
menjaga kebajikan..
bukan setakat kebajikan mohon susur gajah atau bus stop baru..
bahkan lebih dari itu!
tanggungjawab besar utk MENGEJUTKAN mahasiswa,
kita bukan mahasiswa 3K
..kuliah, kafe, katil...
sama2 berlari mengejar supaya seiring attributes universiti..
usaha kembalikan autonomi dan kuasa mahasiswa..
mahasiswa lesu?peranan MPM di mana?
tuntutan hak kepada masyarakat bagaimana?..
membentuk kesediaan mahasiswa untuk dikembalikan kepada masyarakat..
harus??
tuntutan akademik, ko-q.. asgnmnt,test, final..?
cukup gagah utk menghadapi semua 2?
argh, kalau difikir..
TAK TERTANGGUNG!!

kenapa aku nak menyusahkan diri?
kenapa aku nak bebankan diri?
Mahu menjadi perwakilan kepada mahasiswa di UTM?
mahu dikenali??mahu pengaruh??mahu apa??

ape la persepsi korang skg kn?
ahah, aku sukakan ini...
fikirkan apa saja..
AKU tetap AKU...


kerana aku punyai kehendak, aku punya cita2..
aku punya dukungan yang harus aku bawa melalui jalan itu..
dukungan bukan atas kepentingan aku,
mana mungkin atas kepentingan aku semata,
kerana melalui jalan taklifan selaku MPM,
kepentingan buat diri yang pasti2 terkorban..!!
bukan waktu utk idealistik, tapi aku perlu realistik..
implementasikan harapan..
tunaikan hak bagi yang berhak..

......................************.............................


last but not least...
nie la hobi baru aku..
collection of program tags...


sekadar sentimental value, apresiasi buat diri...
i like it..
bila aku tgk2 balik tag nie,
join program ntah mnda..
mak bising xbalik,kgkwn merajuk kate da jauh..
sakit kepala sume..
dan timbul la persoalan lagi..

busy sangat ker??

jawapannya,
lu pk la sendiri...

::.take this.::

"Katakanlah Ya Allah pemilik kekuasaan alam buana, Engkau memberi kekuasaan kepada sesiapa yang Engkau suka. Engkau merampas kekuasaan itu dari siapa sahaja yang Engkau mahu.Engkau berkuasa memuliakan dan menghinakan siapa yang Engkau mahu. Di tanganMu wahai Allah, segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau berkuasa untuk berbuat apa sahaja terhadap apa sahaja"

Aku berpesan buat diriku dan sahabat2..

Jika kau mendapati jiwamu di tahap tinggi,
maka awasilah!
kerana bila-bila masa kau akan ke bawah..
Namun jika kau mendapati jiwa sentiasa di bawah,
Percayalah..
bila-bila masa pun kau akan di atas..
Walau di mana kau berada,
batasilah nikmat dan musibah dengan syukur..
kerana syukur adalah REDHA..

...barakallah 'alaikum...

Dengan nama Tuhanku yg Maha Menguasai..Maha Memberi..Maha Perkasa..
Ku bersyukur ya Tuhan, segala pemberian..
Walau luas lautan bukanlah perbandingan...Alhamdulillah,dengan maghfirahmu..
masih sudi Kau beri nikmat buatku walau berkali-kali aku ingkar padaMu..
Baru pulang melawat Wan..
Mak kpd ayah aku, aku panggil wan..
lebih kurang 70 thn umurnya..

usia aku skg 20 thn 11bulan..
ade 50 tahun beza ek..

sambil urut2 wan, terdetik kt hati aku..
cmni agaknye aku 50 tahun akan datang..
masa usia aku sama macam wan...


bape kali wan kuar masuk hospital...
bawak g IJN lagi..wan ade masalah jantung..
rawatan alternatif, macam2..
mandi ais, mandi limau, mandi bunga ade kot..
rawatan aura, reflex..banyak lagi, jang..
da penuh ubat2 utk wan..kt bilik,kt dapur..atas meja..dalam laci..
sume ade ubat..




..gambar sekadar hiasan...tapi cmni la lebih kurang situasinya..berlambak-lambak ubat wan..hidup bergantung pada ubat...



bile nak berjalan, perlu dipapah..

"kepala wan nie,berpusing aje rasanye..melayang-layang.."..memang aku hafal ayat nie..

aku xtw bile, tw2 aku datang umah wan..da ade kerusi roda..kalo nk bawak wan kt luar skg nie, bawak pakai kerusi roda..


Aku doakan wan terus kuat dan tabah menghadapi hari-hari yang mendatang..

..pandang diri aku balik..


aku masih muda, kuat, masih bertenaga..

bukan takat berjalan, berlari pun lebih dari mampu..

sememangnya aku akan ditanya oleh Tuhanku di hari akhir,

apa baktimu ketika usia mudamu?..

aku nak jawab pe??

tolong mak ayah kt umah sket pn merungut..

bakti aku pada masyarakat apatah lagi...


lemah aku bukan pada fizikal..

kelemahan itu pada roh..Roh aku lemah..

Jiwa lemah!..


Umi dan kawan2...banyakkan qiamullail..

bangun malam dekatkan diri padaNya..Insyaallah, roh akan menjadi kuat dengan qiam..

Roh mujahid..siang berjuang,malam 'abid dalam kehinaan kepada tuannya..

ermm...ym sampai 3,4 pagi...uhuk3...cmne la 2 kn...

solat sunat 2 raka'at pn berat.,xsampai 5minit kot..

...umi..umi...umi.....

..::take this::..

Antara kamu ada yg dimatikan dan ada yg dipanjangkan usianya sampai terlalu tua sehingga dia tidak mengetahui lagi sesuatu yg telah diketahuinya.." [Surah Al-Hajj:5]

Ya Allah,panjangkan usia kami dalam ketaatan kepadaMu dan meninggalkan kemungkaranMu..perkenankan,wahai Tuhan sekalian alam...