Bismillahirrahmanirraahim

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Adik saya REMY ISHAK (kuikuikui) baru balik dari hostel dan bawa balik barang-barang sebab dah start cuti sem. Ada ke facebook letak nama REMY ISHAK..adeh,,sebagai kakak yang budiman, saya layan je la ketingtongan adik saya nie.. :p

Point utama adalah saya ternampak sebuah novel dari beberapa buah novel lagi yang REMY ISHAK bawak balik yang berkisarkan perjalanan seorang anak Melayu ke UK untuk sambung PhD. Semangat dan excited nak baca. Unfortunately, lepas scanning2..memang sungguh cerita pasal anak melayu..banyak cerita berunsurkan sejarah. Start cerita zaman British menjajah Tanah Melayu, pastu cerita tentang bagaimana tentera yang dihantar ke Afghanistan, tentang beberapa cerita lagi yang seangkatan dengannya.

Saya expect cerita tentang perjalanan beliau semasa mendapatkan PhD. Cabaran yang dihadapi, mungkin dari memilih tempat study, supervisor, sistem pembelajaran pascasiswazah, nak buat eksperimen fail ke, semangat drop ke..cerita camne boleh bangkit semula dan akhirnya berjaya mencapai matlamat ke luar negara untuk dapatkan PhD..camtu la.. Tapi takpe..saya tetap positif dan bersyukur kerana sekurang-kurangnya saya tak perlu membahagi-bahagikan perhatian antara novel dan cik adik Asiah..hihi..

Pandai komplen betul..jangan lantik saya jadi review produk ye..naya.. :D

Atau korang ada pernah terbaca novel-novel yang macam saya expect tu? boleh suggest ye..tq in advance..don't worry, saya komplen novel nie je..bukan novel yang korang suggest..hehe..

Perjalanan ambil master pada saya, agak mencabar sebenarnya..jadi kalau ada yang berkongsi kisah PhD, boleh jadi adrenalin rush la kan..boleh jadi motivasi semasa dan semangat untuk merealisasikan perancangan akan datang..

"Takpe, awak Master je.."
Ayat tu dah beberapa kali saya dengar..yang pastinya disebut oleh mereka yang sedang mengambil PhD atau yang memang dah ada PhD.

Eh, jangan touching lagi..tu bukan unsur-unsur sarkastik..hoo..maaf ya ibu-ibu..cuma nak menjelaskan master sebenarnya macam warm up..bila warm up kita dah boleh rasa fit atau tak untuk move forward kan..

Kalau di kampus saya sekarang, ada rekod berbelas-belas semester dah tapi tak grad lagi. Oh, saya tak dapat nak jawab macam mana boleh diizinkan untuk sampai berbelas-belas semester tu..yang pasti, perjalanan postgrad study nie berbeza dengan undergrad dan kalau tak betul-betul fit..boleh jadi extend..extend..extend..worse case, drop.

Rasa banyak saya nak share tentang perjalanan master study nie..cuma masa dan momentum untuk menulis jadi kekangan. tetap terselit rasa segan sebab saya tahu ramai postgrad yang power-power tapi tak expose pun pengalaman diorang. kita yang ada sikit nie la yang bising-bising..huhu.. nak jugak cerita kan..walaupun sekadar master banyak sangat yang saya belajar dan baru faham tentang sesuatu walaupun sebenarnya sesuatu tu dah terlalu banyak kali saya dengar.Terasa sangat sebelum nie saya hanya pegang kulit tanpa ada isi di dalamnya. kosong je..~

Apa pun, segala yang berlaku hari ini atas keizinan Allah jua. Jalan mana pun kita sedang lalui, semua yang terbaik untuk kita. Berusaha dan tawakal semoga diberi kekuatan dan petunjuk.

Progress master?
Saya sedang u-turn..haha..(ketawa kepura-puraan)
Insyaallah, sepanjang perjalanan laju ke depan, kena brake mengejut, simpang empat, belok kiri kanan sepanjang study nie semua ada value. Tetap kuatkan hati dan kaki melangkah selagi cita-cita belum tercapai. Mohon doa dari sahabat-sahabat saya yang soleh dan solehah moga dipermudahkan urusan study saya ye!^^

p/s:

apa yang mungkin saya rindu apabila tamat pengajian?
suasana ketika diskusi..
bahagia rasanya bila sel-sel neuron terpaksa bekerja keras untuk berhubung.

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera!:)

Posting selepas paper merangkap journal yang telah disubmit.
Lega..lega..

Tadi jalan-jalan kat facebook, jumpa satu puisi jiwang..tapi best..
Sesuai untuk mereka yang dah 'setel' tapi belum salam tangan tok kadi lagi untuk menikah.
Confirm kena double mujahadah lepas baca puisi nie.
Huihuihui.. :p

**************************************

Puisi
"Awak, Kita Ini Bercintakah?"

Awak,
Kita tidak berpegangan tangan seperti mereka,
melafaz kata cinta berbalas-balasan,
bahkan sering ada jarak antara kita,
dan wujud pelbagai batasan,

Kita ini bercintakah?
Awak,
Kita ini tidak sering berhubungan,
tiada bicara manis,
dan masing-masing sibuk dengan diri untuk dipersiapkan.

Kita ini bercintakah?
--------------------------------------------
Ya,
Kita ini bercinta,
cuma bukan dengan definisi mereka.
Tetapi dengan definisiNya.

Belum waktunya untuk melangkaui batas yang ada,
sekarang adalah masa untuk mempersiapkan diri kita.
Manis hubungan bukan pada pegangan tangan,
juga bukan pada bicara kata,
tetapi dengan hubungan kita terhadap Tuhan,
dan sejauh mana kita menjaga pasangan dari neraka.

Nanti bila bersama,
kita bukanlah keluarga biasa,
bahkan pasangan yang siap untuk menembus syurgaNya.

Awak,
bukankah itu adalah cinta?

~Hilal Asyraf~
Irbid,
Jordan

p/s: gambar ehsan cincin tunang saya.. :p

******************************************************************************

Dah, dah..cukup-cukup la touching tu..
Minggu nie banyak test kan? Kuiz ada 2,3 subjek kan? Report projek nak kena submit kan? 
Toksah nak berangan sangat..sambung mujahadah menuntut ilmu tu dulu.. :D

Buat yang tunggu masa nak nikah tu, banyak bersabar..tingkatkan tahap keimanan. Fuh2.

Kalau bercinta, ikut macam dalam puisi tu takpe.. lepas dah nikah baru rasa best nak bercinta.. nikah nie macam hadiah la kononnya..kalau kita dah tau isi hadiah sebelum dapat hadiah, tak surprise la kan..jadi bujang tenang ye..nanti dapat hadiah boleh menikah tu, insyaallah dapat pakej hadiah keberkatan dan rahmat Allah yang sangat mahal harganya..

Ok, tu saja. Yang lelaki, jiwang kat isteri takpa dapat pahala, jiwang kat bakal isteri toksah dok mengada, syaitan nak goda tak kira tempat dan masa..sama la untuk perempuan pun..gentle reminder. hehe..

Assalamu'alaikum..^_^

Bismillahirrahmaanirrahiim
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.
Selamat hari jumaat yang berkat! :)

Tengah mengejar dateline writing journal merangkap paper conference untuk supervisor bawa ke Jepun pertengahan Disember nie. Supervisor minta submit pada beliau untuk review sebelum hujung bulan nie. Kalau ikutkan working hours, hari nie..tapi saya ambil literally, hujung bulan adalah pada 30 November, maksudnya hari ahad. hehe..tiga hari lagi okeh..cari-cari mood jap selepas beberapa hari nie mood agak tercalar..kui3.. :p

Apa cite mood tercalar nih?
Minggu nie rasa survival tahap tinggi dah kot. Pagi tadi klimaks.
Kira duit syiling..haha..
Tapi ada satu perasaan manis terselit dalam memori.

Balance duit syiling dalam simpanan selepas tukar dekat kedai runcit Kayatri
:D

Bulan nie bajet lari habis.
Roadtax kena renew. Masa tu awal bulan. So, bayar je la..sebab malas nak fikir lagi kalau tangguh-tangguh. Sebenarnya lupa nak discuss dengan encik suami. Maka konflik pertama berlaku di situ.

Encik suami baru start kerja di UPM, gaji belum masuk lagi.
Jadi, bulan nie survive dengan elaun student saya. Rasa confident je sebab selain elaun student, saya memang sentiasa back up dengan duit saving yang rutin simpan setiap bulan.

"Kenapa tak bincang dulu..pandai-pandai je buat keputusan sendiri?"tazkirah encik suami bila tau saya dah bayar duit roadtax. Jumlah renew roadtax tu separuh dari elaun student saya.

Lepas kira-kira dengan duit saving, rasanya ok je. Dan berjaya juga la meyakinkan encik suami,

"Belanja bulan nie cukup, insyaAllah.."pujuk nak sedapkan hati.

Minggu pertama, kedua, ketiga..tak rasa apa sangat.
Minggu nie..so serious..saya dah terkalut dengan kata-kata sendiri. Memang bersungguh cari kat mana rasa pernah selit-selit duit. Isnin, selasa, rabu..

Petang khamis saya dah termenung. "Kenapa elaun bulan nie tak masuk-masuk lagi?"
Jangan kata la nak writing ke apa kan..serabut kepala nie.

Pagi jumaat, pagi tadi..sama-sama kira duit syiling dengan encik suami sambil tersengih-sengih. Rasa kelakar tapi rasa sweet.

"Abang dulu pun pernah tukar duit syiling kat kedai.."

Takpe la tak kaya duit pun sekarang nie..dapat senyum sama-sama dalam susah dengan encik suami pun dah rasa sangat senang..eceh~

Alhamdulillah, barang dapur dengan barang cik adik Asiah bulan lepas memang dah cover sekali bulan nie dengan duit gaji encik suami sebelum dia berhenti kerja. Belanja harian dengan minyak kereta je la kelam-kabut sikit. Lepas tukar duit syiling, pegi Petronas isi minyak.

"Nak check duit tak?"tanya encik suami.
"Takmo, merajuk dah dengan elaun nie..err..tapi takpe la..abang pegi la check.."

Keluar Petronas, tersenyum dari jauh encik suami dan tunjukkan balance.

"Alhamdulillah..yeay..da masuk elaun.."

Okeh, macam orang marathon tu, habis semput akhirnya sampai ke garisan penamat.
Lega. InsyaAllah bulan depan kembali seperti asal.
Duit saving perlu top up semula dan gentle reminder to myself, sebelum belanja discuss dengan encik suami. Walaupun orang kata, duit masing-masing tapi kita hidup suami isteri sama-sama..bila masa encik suami dapat gaji lagi awal, dia dahulukan duit dia bayar apa-apa yang kena bayar dulu. Bila elaun saya masuk, guna duit saya pulak untuk urusan-urusan yang berbaki. Pusing-pusing camtu la..kalau bertukar kerja pulak, plan kewangan dua tiga bulan sebelum tukar kerja. Kitorang buat tapi plan terlari sebab saya la nie..hoo..maaf encik suami..sobsob.

Pengajarannya, bagi saya yang penting, kena rancang dan bincang sebelum buat keputusan/bertindak. Kewangan sangat penting dalam rumahtangga. Rancang dan bincang tu nak elak konflik. Kalau konflik sebab kewangan nie kes berat juga sebab umum dah tau kan antara punca penceraian yang paling tinggi disebabkan oleh faktor ekonomi, faktor kewangan.

Kalau takde duit atau duit cukup-cukup tapi dua-dua suami isteri keep on rancang dan bincang..masing-masing faham keadaan semasa dan bersedia menghadapi dan selesaikan sama-sama, it's ok tak konflik insyaallah..yang masalah kalau masing-masing buat haluan sendiri atau salah seorang jenis tak peduli. Lepas tu, bermasalah besar nak uruskan kewangan semasa dalam rumahtangga. Nak bayar bil, belanja dapur, sewa rumah, duit minyak, itu ini..sama-sama la fikir dan meringankan beban kewangan antara satu sama lain supaya tak berkonflik dan kasih sayang sentiasa bersemi..

Eh, dah la membebel umi. ko bukan ada background ekonomi pun..kwang3..just my dua posen. Mau kena perli sedas dengan encik suami nie karang. 'Writing' kat blog boleh pulak panjang-panjang. Writing journal mengeluh tak siap-siap..hihi..belajar rajin-rajin ye semua..nanti dah ada expertise, bukan fikir untuk tingkatkan ekonomi rumahtangga je..mudah-mudahan dengan ilmu kita nanti dapat meningkat ekonomi ummah juga. Amiin.. :)

Ok..sekian saja di sini.
Wassalam.
^_^

Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, selasa lepas discharge dari Hospital Ampang kerana 'missed miscarriage'. Jeling-jeling kat buku pink catatan yang doktor tulis begitulah..lepas habis jeling tu baru google apa la maksudnya missed miscarriage nie..hehe..

Ok, missed miscarriage nie kalau dialih bahasa dikatakan sebagai keguguran yang tidak disedari/keguguran spontan/keguguran terlepas. Macam-macam la translation ye..dari pembacaan saya, diagnos ini selalunya dibuat apabila scan dilakukan, janin dapat dilihat tetapi tiada degupan jantung dapat dikesan.

Macam mana mulanya? Hmm..tengahari ahad start bleeding. Petang bleeding semakin banyak dan terus ke emergency Hospital Serdang. Memang saya dah terfikir mungkin keguguran sebab bleeding banyak. Doktor scan, bagitau janin dah takde heartbeat.

Ok, saya cuba tak sedih tapi air mata macam musim tengkujuh pulak. Bukan apa, saya masih terbayang hari isnin minggu yang sama baru lepas monthly check up di klinik kesihatan dan nampak sendiri doktor tunjukkan degupan jantung baby yang baru terbentuk tu..hari nie baby cuma kaku dalam kantungnya..ops..opsss..fuh!no..no..it's ok..it's orite.. :)

Anyway, doktor kata dia tak boleh confirmkan keguguran telah berlaku atau tidak..jadi dia akan panggil doktor pakar O&G untuk check semula. Bila contact doktor pakar O&G, doktor tersebut sedang bertugas di bilik pembedahan. Jangkaan mungkin tengah malam baru habis. Jadi, doktor emergency tu bagi walk in appointment di klinik pakar O&G jam 9 pagi esoknya hari isnin. Pesanan doktor sebelum pulang, datang segera ke emergency semula sekiranya bleeding semakin bertambah banyak.

Pagi isnin pulak dah mula terasa contraction macam nak bersalin dulu. Sebenarnya dah redha dah, rasa memang betul dah gugur sebab keluar blood clot dan bleeding bertambah banyak. Dah sampai di Hospital Serdang, risau pulak nak tunggu di klinik pakar, kot 'terbersalin' pulak kat ruang menunggu..jenuh..hehe..jadi, ke emergency semula.

Pagi tu je rupanya ada lagi dua pesakit yang keguguran. Sama-sama la tunggu turn..huhu.
Doktor pakar O&G datang untuk check dan sampai turn saya masuk bilik scan. Result yang sama seperti semalam, no heartbeat.. missed miscarriaged.

Doktor bagi dua pilihan. Pertama, janin keluar naturally cuma berisiko kalau janin tak keluar sepenuhnya. Kedua, cuci rahim. Bincang-bincang dengan encik suami, ok lah..kita pilih je cuci rahim. tapi kalau nak cuci rahim kena masuk wad. Check wad, penuh. Doktor bagi pilihan lagi, boleh refer ke hospital lain. Saya pilih Hospital Ampang. Selesai doktor buat surat refer, kami pulang ke rumah sebentar dan bergerak ke Hospital Ampang kemudiannya.

Sampai Hospital Ampang, saya diminta ke PAC sebab nurse tu tengok saya dalam kesakitan. PAC tu ialah ruang assessment untuk pesakit nak bersalin. Doktor check dan terus keluarkan janin sebab katanya janin dah nak keluar..sebab tu sakit sangat. Unfortunately not in proper position..doktor just guna macam penyepit (sorry tak tau nama sebenar..playar saya tau la..kuikuikui) untuk tarik dan keluarkan janin tu. Lepas tu saya diberikan suntikan untuk mengecutkan rahim. Satu jam selepas itu, doktor akan scan semula dan saya akan dibenarkan pulang sekiranya tiada sebarang komplikasi. Maksudnya pulang tanpa perlu melalui prosedur cuci rahim.

Tapi sebaliknya yang berlaku, bleeding sangat banyak. Dalam tempoh satu jam, tiga kali saya perlu menukar pakaian hospital. Fresh blood penuh katil. Huu..lepas bersalinkan Asiah pun tak sebanyak tu. Doktor scan semula, rahim masih tebal dan pendarahan banyak. Doktor decide admit ke wad. Malam nanti repeat scan.. kalau masih sama keadaannya, cuci rahim (d&c) perlu dilakukan.

Admitted
Seboleh-bolehnya saya tak mahu melalui d&c walaupun diberi ubat bius supaya tak rasa sakit. Berdebar-debar tunggu masa repeat scan. Masa tu la, nurse datang bagi baju untuk masuk bilik bedah, tagging katil berpuasa dan kain ganti. Haishhh..letak hujung-hujung katil tu..seriously takmo pakai.

Tag puasa, baju masuk bilik bedah dan sehelai kain pink bersih.
Tak dilupakan bear comel pengubat rindu kat Asiah :p

Lebih kurang pukul 11pm, repeat scan. Alhamdulillah, rahim dah mengecut, bleeding masih ada cuma tak seteruk petang tadi. Doktor kata tak perlu d&c, kiv discharge, confirmkan repeat scan sekali lagi esok pagi.

Alhamdulillah! :D

Esok pagi, repeat scan, doktor confirm boleh discharge. Alhamdulillah..^^
Jumpa Asiah terus peluk kuat-kuat. rinduuu..

Setakat nie, alhamdulillah, saya dan suami terima dengan redha..sebab setiap ketetapan yang berlaku tu Allah tau yang mana terbaik untuk kita kan..tak ditimpa musibah melainkan sebab Allah nak berikan kebaikan untuk hambaNya. Ada rezeki lain tu..bak kata labmate saya dari Palestin.."You are 26 years old..MasyaAllah..you have longer time to have a lot of children insyaAllah.."

Hehe..bak kata doktor pulak..
"Rezeki anak sulung awak dapat kasih sayang dan menyusu lagi lama.."

Yep, apa pun bersyukur dengan apa yang ada dan apa yang tiada. Hikmah Allah itu Maha Luas. Bersyukurlah!

^_^

Bismillahirrahmaanirrahiim.
Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera.

Update blog pulak hari nie..Cerita kat fb, panjang sangat membebel, macam tak comel je..hehe..^^

Lepas solat zohor tadi sembang-sembang dengan akak labmate, luahkan pada dia..saya rasa saya punya Master nie ramai sangat orang tolong..dari mula apply, sampai sekarang dah sem 4, insyaallah last sem nie.

Akak tu respon,
"Haa, itu nasib baiklah.."

Yep, betul nasib baik.. :)
Contoh, semalam saya jumpa akak student PhD di UM..tak pernah kenal dan first time jumpa, akak labmate kenalkan. Hajatnya untuk berbincang dan bertanyakan pandangan tentang masalah yang saya hadapi dalam kajian yang sedang dilakukan.

Selepas mendengar penjelasan saya, akak tu kata,
"Cuba buat method moving average guna Labview.."

Method tu saya tak pernah apply. Terus respon,
"Akak..tolong ajarkan saya macam mana moving average tu ye.."

Nah,
Akak tu tolong buatkan terus. Lengkap dan berfungsi tanpa satu pun error.


Gambar part of programming yang akak tu buat. Bagi saya complicated. Mungkin tak perlu explain, tapi macam nak bagitau jugak..hoo.. :D

Method nie guna untuk compress data. Perlu extract satu-persatu kombinasi signal sedia ada dan proses untuk kurangkan jumlah data yang terlalu banyak kepada jumlah yang diingini.

Tak sampai setengah jam siap dan memang masa tu saya agak rushing nak pick up encik suami di ktm dan nak ambil Asiah di rumah pengasuh. Timing just nice. Untuk kebolehan programming nie, truly adore her.

Dalam perjalanan pulang, terselit perasaan lega. Berterima kasih pada akak tu dan berfikir Maha Baiknya Allah. Pada pandangan zahirnya, akak nie bantu untuk cuba selesaikan masalah yang sedang saya hadapi. Hakikatnya siapa yang gerakkan akak nie untuk bantu saya? Siapa yang izinkan akak nie untuk berjaya buat programming dalam limited time? Kalau Allah tak izinkan, mungkin saya tak berjaya jumpa akak tu. Boleh jadi tiada kelapangan atau akak tu tak tergerak hati untuk bantu saya. Pada masa yang sama, orang paling expert pun mungkin gagal pada waktu 'expert'nya sangat diperlukan. Subhanallah, alhamdulillah.

Saya yakin, itu sebenarnya adalah limpahan rahmat Allah di kala saya amat memerlukan. Apa yang berlaku semalam, situasinya bukan pertama kali, perasaannya bukan untuk pertama kali dan akak itu bukan orang yang pertama. Bahkan berkali-kali 'nasib baik' ini telah terencana dalam perjalanan pengajian saya.

Atas kadangkala rapuhnya hubungan saya dengan Allah, turun naiknya ingatan padaNya..sering saya tertanya-tanya, mungkinkah ada insan-insan mulia yang sering menitipkan doa kesejahteraan buat saya? Ya Rahman, Engkaulah sebaik-baik yang dapat memberikan balasan buat mereka.

Apa pun, perjalanan pengajian saya masih belum tamat. Masih perlu saya hadapi dengan pelbagai kemungkinan dan beberapa cabaran yang perlu diselesaikan. Mudah-mudahan rezeki Allah kurniakan untuk saya mencapai sasaran submit thesis semester ini. Doa berterusan dan usaha diseiringkan. Moga Allah permudahkan segala urusan kita semua, insyaAllah.

Sekian saja coretan di kala hujan baru lepas turun di bumi UPM.
Assalamu'alaikum dan senyum sokmo. (^__^)