Bismillahirrahmanirrahim..
Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w
Mudah-mudahan kita dikurniakan syafaat dari baginda di akhirat kelak..

Cuti CNY nie sekali dengan cuti mid sem..
naik cuti nie pasang perisai siap-siap..
banyak jenis perang nak menyerang nie..ikut flow~
blog updated
LUAHAN PERASAAN LAGI?
LALALA...~
IKUT SUKA I LA..U BACA DIAM-DIAM SUDEH..

 ***********
ini cerita tentang
KEPERCAYAAN DAN KETENANGAN

***********
Ingat ujian-ujian untuk dapat lesen P?
Kisah lesen motor yang aku ambil masa 16 tahun.
Belajar dari pertama kali start motor di Surfine Hi-tech tu.
kt track aku ada pusingan nombor 8, titi, laluan kon, emergency break dan isyarat tangan. 
Dalam lebih 5 kali aku belajar, sekali je aku lepas untuk titi. 
Ko tanya kawan-kawan yang fail test motor, part mana fail?Aku tak nak fail part titi.Aku tak nak datang sini lagi yang asap kuat bau rokok.Aku tak nak pusing nombor 8 jugak,aku dah pening.
Tak nak aku maksudnya kena LULUS.
Waktu ujian yang sebenar, 
laraskan minda pada arus alpha untuk keTENANGan dan serah padaNya dengan sebaik-baik pergantungan.
Aku cool pusingan nombor 8, titi aku cukup masa lebih 2  saat.
Alhamdulillah,pas.

***********
Aku tak pernah lulus Matematik Tambahan sepanjang  pengajian Tingkatan 4 dan 5.
Kena beratur untuk tatapan umum depan klas bagi ‘murid si pen merah’ itu ada.
Silap kalau kata aku tak berusaha..kurang usaha mungkin~
paling penting, aku tak faham macam mana function software otak aku 
jadi alliasing dan signal punah bila menghadap subjek nie.kelam-kabut .
Melainkan masa SPM aku jawab paper dengan limpahan keyakinan sakinah dariNya untuk aku harus sujud syukur dengan gred B pada slip result.
Tak begitu bijak tapi cukup bagus untuk student tak pernah lulus macam aku.

**********
Tahun pertama di UTM sebagai mahasiswa yang mengambil kursus Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik bagi program Elektronik Perubatan. 
Pada semester pertama, aku ada 6 subjek yang berdaftar.
Tahun 1 itu juga pastinya aku bukan junior pasif sebab aku tak suka duduk bilik macam anak dara tunggu pinangan.Nope, totally not me. 
Pegi sana sini, tau-tau da final.
Paper pertama aku jawab, macam insomnia jumpa bantal kekabu.aku nampak bintang-bintang…
balik bilik aku terus terdiam dan sangat bingung.tak boleh jawab.dengan gap untuk deretan next paper yang tak berapa jauh dan persediaan yang setara untuk semua subjek.
Gelap masa depan dan memang aku tak pernah rasa down seteruk tu. Aku duduk tepi meja study, sidaikan dua tangan keluar, kepala menepek pada rangka tingkap..
betul-betul macam sotong tersangkut pukat..
”oh, dunia..lihatlah diriku..”
aku tak peduli inkuiri dan pandangan sisi optik roomate yang memang takkan tanya kenapa aku macam nie.
Argh….cukup!
Aku bukan kaki pasrah dan mudah menyerah.
Ye, aku salah sebab tak utamakan perkara utama.
Kebenarannya ialah masih ada harapan untuk perbaiki keadaan.
Bangkit,umi..bangkit!
Ambil wudhu’..Bismillah..tiada sandaran harapan untuk aku melainkan hanya dari Dia.
Selesai final.
Cukup untuk subjek pertama exam, printed on slip with gred C..
untuk kebangkitan 5 subjek seterusnya, 
aku dihadiahkan lulus dengan 1 B dan A bagi subjek yang lainnya.

************
Percaya pada diri.
Kerana apabila kau percaya, jiwa pasti lebih sedia.
Selamat berusaha untuk kau dan aku.
Bittaufiq wannajah fiddunya wal akhirah
- Never say never -



8 comments:

chayok!

muslimat power,chayok!..(^_^)/

kite fail titi..huhuhu. xtau bila mau amik lagi. Sudah berapa kali renew lesen L. Hoho. Lepas2 nie, gak bisa buat muka macam sotong tersangkut pukat. Sebab tingkap kamu sudaaa bergril. Sile sangkut kepala atas katil. Hahahaha. Percaya pada diri + doa + usaha + tawakal. Ohh..memang Allah sangat baik pada kamu. Pada sy juga. Allah sangaaaaaaaaaattttttt baik =).

kak long tu songsang..sangkut kepala atas katil...
miss umie...lets try this...
duk atas meja study, think something...
fikr pe..sy pun tak tahu
tapi..sy tahu awak sdg fikir..tiba2 muka dah blushing..hehhe
~fangula's your eyes..;)

saya pun fail..fail titi umi..kena ulang lagi...dah nk masuk k3...rasa sngt down namun rasa dah xsanggup utk wat lesen lagi...namun hati ini memujuk..Allah Maha mgetahui setiap sesuatu itu.....mesti kuat!! cabaran, kegagalan mbantu untuk lebih berjaya....Allahuakbar!!!!

eca>haha..cmne nak masuk kepala kt celah gril tu..teruk!xpe,insyaallah,sy da insaf sikit..xmo jadi sotong lagi..ehemm, rempit tahap pro da kamu tuh..sy rasa bukan takat titi..lalu atas ranting kayu pun cukup lepas da tuh..keh3..=p

k.v > kwang3..nie sume nerve reseptor kerjasama dengan adrenaline punya kerja!tetiba blushing2..(=_=)..adehh..out control la...hehe..kamu pun songsang nih!ajar sy duduk atas meja...wakaka..^_~

salmuh> ini semua mainan minda je,salmuh...=)
sy percaya salmuh boleh lepas..yang penting bertenang dan yakin..tengok kt titi tu dan set.."kali nie, mesti boleh!"..insyaallah,boleh. Muslimat jangan cepat mengalah, kita aset membentuk ummat..jadi, harus kuat!..^_^

Post a Comment