Bismillahirrahmanirrahim..Alhamdulillah..Bersyukur masih diberi rahmat dan kasih sayangNya.
Selawat dan salam buat Rasulullah, para sahabat dan sekalian umat yang mencintai baginda.

Lokasi : Surau Muslimat, Faber Medi-Serve, Unit Kejuruteraan, Hospital Seberang Jaya

Perkembangan 1:

Aku TAK turun bersih. Klasifikasi rugi.
Aku nampak semakin menggelabahnya MEREKA bila takhta digoncang rakyat yang celik mata hati.
Kebangkitan rakyat yang tahu bersyukur bukan hanya untuk dirinya sendiri. Klasifikasi untung.

Perkembangan 2:

Pendaftaran Pertubuhan Persatuan Alumni Kolej Matrikulasi Pulau Pinang tak dapat aku selesaikan hari ini. InsyaAllah, esok pagi aku sempat terjah. Bukan perkembangan tapi penyusutan. Aku berazam untuk menyelesaikannya segera. Esok pagi aku confirm kena isi borang "Latecomers". Sila jangan contohi ini.

Perkembangan 3:

Bahagia dapat melepaskan diri dari taklif-beban-amanah. Mandat Timbalan Pengarah dan kerusi Timbalan Presiden berjaya diserahkan pada mereka yang selayaknya. Maaf, aku tak terpikul.

Perkembangan 4:

Latihan Industri bersisa 8 hari. Hati senang tak perlukan kata-kata.
Tersentuh sedikit bila ada yang berkata..
"Umi, i will gonna miss you.."
Aku tak buat apa-apa..aku cuma menjadi aku.

Perkembangan 5:

Broadband DIGI dan YES 4G..kedua-duanya telah aku hentikan khidmatnya. DIGI makan duit servis tak best. YES 4G terbaik tapi modem bermasalah..no worries, under warranty. Ini bermaksud, aku mempunyai masa untuk menyiapkan projek intern sebelum due date dan lebih berkelapangan untuk menyiapkan segala kertas kerja yang tertangguh.



.:: nota ::.


~ rindu taman tarbiyyah ~
sesungguhnya hidup takkan mampu jika sendiri

1 comments:

selalu je dengar kakak ni bizi..

Post a Comment