Setiap permulaan semester pasti aku tercatuk di bilik pensyarah yang seorang ini..
menanam semangat dan azam untuk meningkatkan sahsiah diri dari semasa ke semasa
dalam menjalani kehidupan kampus yang kini menjejak ke tahun akhir undergrad..
Dia bukan ketua jabatan kursus, bukan juga penasihat akademik,
tapi akademik dan pergerakan aku ada dalam pemerhatiannya..
"Jangan hampakan harapan kami.."
Itu pesanannya yang paling menyentuh aku sebentar tadi..
akan aku usahakan!
"..APABILA KAMU TELAH BERAZAM BERTAWAKKAL LAH KEPADA ALLAH.."
[ali 'imran:159]