Pengarah, setiausaha, timbalan pengarah, unit penajaan, apa-apa sahaja taklifan pun semuanya aku pandang tawar. Dilema. Minta maaf, aku tak tuju pada mana-mana pihak yang propose.. standard jawapan aku bagi,
“Saya cadangkan cari la adik-adik, bagi peluang dan kepercayaan..mereka semua perlukan pengalaman, perlukan grooming untuk menjadi expert dalam bidang mengikut potensi masing-masing”
Bukan niat aku melarikan diri..jujurnya aku akui bila tak terlibat dalam sebarang gerak kerja atau program, rasa lemau, tak bermasyarakat, rasa self esteem turun mendadak, rasa kosong..negatif!
Bukan juga tak nak menyumbang tapi interest aku bertukar untuk akademik buat masa sekarang. Ada hasrat yang wajib aku langsaikan. Berat rasanya!Tapi aku yakin aku mampu.. Lazimnya begitu, kita akan rasa sukar untuk mendapatkan sesuatu yang memang kita nak.. kemudian baru kita tahu untuk menghargai.. =)
Honestly, aku sangat respect siapa yang boleh fokus akademik dan gerak kerja sekaligus..taklifan MPP, kos engineering, grad on, time first class..fuUuh..tabik spring..No bother, realitinya memang wujud manusia jenis ini, bukan imaginasi.
Menginsafi segala kekurangan diri, hasil pemerhatian aku terhadap kawan-kawan dalam mahupun luar kampus sebenarnya boleh nampak walaupun usia tak sebaya tapi ada perbezaan tindakan dan gaya pemikiran..kadang-kadang usianya matang tapi bila bercakap, nilai perbuatan, tengok status, komen facebook dan sebagainya..berdasarkan pengukuran secara subjektif, agak jelas tahap mana kematangan seseorang. Bagi yang rajin join program, pegang taklifan tak cukup tangan kaki tu.. gaya InsyaAllah memang tak dapat nak pangkah.. kaki lebar (kaliber) akan ketara pada wajah dan perwatakannya.
Alhamdulillah, dari perkembangan semasa aku update tentang adik-adik sekarang nampak lebih terkehadapan dari generasi abang dan kakaknya nie. Berita baik sebagai tanda gelombang kebangkitan yang lebih menggegar.Tengoklah senior mana yang didik, ye tak?(^___^)..bukan aku tapi mereka yang bertungkus-lumus sediakan pelapis nie la kan..hehe.. dan dari aku kalau nak minta pandangan, takde masalah..aku bersedia dan sangat suka untuk berkongsi serba sedikit pengalaman tak seberapa yang aku dah lalui.
Aku yakin mereka yang berkomitmen tinggi dan berpotensi besar nie sangat ramai dalam kalangan kita sendiri cuma tak diberi peluang..asyik-asyik nak tarik orang sama, tak patut tu.. buka mata, lapangkan dada..cuba selami alam yang sangat besar dalam diri orang di sekeliling kita..masing-masing dapat memberi manfaat..patut kita buka ruang atau sebenarnya kita menutup peluang? Amalkan sikap adil..jadi, alirkan ruang dan peluang sama rata buat semua.. InsyaAllah, sama-sama dapat kita bina sahsiah diri yang mantap semata-mata kerana apa? redha Allah..=)
Kata Pak Karno “berikan aku 10 pemuda, maka akan kugoncangkan dunia”
Ya, inilah buktinya..pemuda dan pemudi, apatah lagi kita ini yang bergelar mahasiswa dan mahasiswi..energi kita begitu besar, bahkan dapat merubah dunia. sayang sekali jika kita masih sibuk dengan diri sendiri, nafsi-nafsi, masalah dengan patah hati, dipermainkan oleh masa lapang dan terus terbuang.. sedangkan dunia ini semakin hari semakin tandus dan haus mahukan kita sebagai ruhul jadid yakni semangat baru untuk menyiraminya agar subur kembali.. wallahu’alam.
p/s: Aku sedang memberikan keutamaan atas yang utama..InsyaAllah, moga Allah permudahkan urusanku dan juga urusan kalian.. :)
My ProfiLe
- ::.uMiKaLsoMyUsoF.::
- Sedang melanjutkan pengajian Master Sains (Kejuruteraan Elektronik) di Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang. Rabbi Yassir wala tu'assir. Alhamdulillah, graduan Sarjana Muda Kejuruteraan (Elektrik-Elektronik Perubatan) di Universiti Teknologi Malaysia,Johor Bahru (2008-2012) Mendapat pentarbiyahan akademik di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (Program Dua Tahun 2006-2008), Sek.Ag.Men.Hulu Langat@SAMTEN (2001-2005), Sek. Keb. Sungai Serai & Sek. Ren. Agama Pekan Hulu Langat (1995-2000). Faqir ilallah.
ღ Walimah ღ
ღ Walimah ღ
ღ Baby Asiah ღ
Isteri Solehah :)
Isteri cerdik yang solehah
Penyejuk mata, penawar hati,
Penajam fikiran
Di rumah dia isteri, di jalanan kawan
Di waktu kita buntu, dia penunjuk jalan
Pandangan kita diperteguhkan
Menjadikan kita tetap pendirian
Ilmu yang diberi dapat disimpan
Kita lupa, dia mengingatkan
Nasihat kita dijadikan pakaian
Silap kita, dia betulkan
Penghibur di waktu kesunyian
Terasa ramai bila bersamanya
Dia umpama tongkat si buta
Bila tiada satu kehilangan
Dia ibarat simpanan ilmu
Semoga kekal untuk diwariskan
JaNtunG HaTi
MukA bUku
Che' Gu
CaYaNg BuCuk
KMPP
-
Turki 20158 years ago
-
Pulang merantau10 years ago
-
MATI itu PASTI10 years ago
-
=)12 years ago
-
gtl tgn15 years ago
-
EnCik
Cik PuaN
-
#asmaherrysweethomeXainulhudaturns18 years ago
-
Update MASRECA 198 years ago
-
Anak Murid9 years ago
-
sebelum pergi 2....10 years ago
-
Update: Rezeki10 years ago
-
Memberi: Maaf11 years ago
-
Ahlan..^_^
2 comments:
-
assalamualaikum.. diharap pembaca blog ini sedikit sebanyak mendapat satu suntikan baru dan juga ilham serta anjakan paradigma untuk mencipta kecemerlangan diri. melalui Ini Langkahku
by ::.uMiKaLsoMyUsoF.::saya ingin memberi pendapat/menyarankan kepada semua agar aktiflah di kolej mahupun universiti anda dengan menyertai program2 yang dianjurkan. hal ini kerana sekiranya anda hanya mengejar pointer akademik untuk mencapai kejayaan sahaja mendapat segulung ijazah dengan tertera 4.0 pointer. itu mmg satu kejayaan tapi sedikit perkongsian dari cerita 3 IDIOT: AKU MAHUKAN KECEMERLANGAN BUKAN KEJAYAAN: bermakna dalam mencapai kejayaan kita perlukan KECEMERLANGAN DIRi kerana apabila anda mendapat kecemerlangan diri kejayaan akan seiring dengan kecemerlangan yang anda milik. ingatlah kita neh pemuda harapan bangsa pemudi tiang negara... jadi moh kita join program2 tingkatkan pengalamann yang tiada didalam bilik kuliah jgn terkongkong didalam bilik kuliah sahaja dengan study nak capai kejayaan sebaliknya cuba join program2 dimana memberi pengalaman dan soft skill serta aspek2 yang lain lagi bagi mencipta kecemerlangan diri yang sekali gus menjamin kejayaan anda... biar nampak tenang di luar walaupun didalam diri kita penuh dengan kesibukan... tapi ingat bila join program kena juga study tapi tak mengapa apabila anda dah terbiasa join program then ada satu masa anda akan berjaya menyelesaikan banyak masalah akademik anda... pengalaman memberi peringatan, pengalaman memberi pengetahuan, dan pengalaman juga memberi anda kecemerlangan diri.. selamat menyibukkan diri anda dengan program2 yang dianjurkan.. orang berbudi kta berbahasa orang memberi kita merasa.... kalau kita tak mengubah diri kita siapa lagi yang akan mengubahnya.. fikir2kan.. saya respect anda yg aktif dalam berprogram dan mampu mengawal masa untuk study... -
x grade on time pon x pe :P
yg penting redha Allah, kecemerlangan atas jalanNYA,,yg penting jgn mniru..jgn penting diri sendiri (xmo join ape2)..dapat tengok hasilnya sesudah masuk ke alam kerjaya..
erk, sebolehnya grad on time la kan, :)
n usahakan first class mngikut pandangan Allah :)