Dari aku 1st year masuk U
Orang bagitau kat aku
TITAS tu susah!
"Iye ke?"
Bila aku amik TITAS
Belajar dalam kelas
Masa jawab periksa
Bila dapat result
Betul la
TITAS tu susah!
Hari nie aku kesian dekat diri aku sendiri
dan rasa nak cari siapa manusia pertama
yang bagitau kat aku TITAS tu susah!
Kesian kat aku sebab percaya.
Kesian aku yang membenarkan kepercayaan tu.
Kenapa mereka dapat A atau paling kurang A-?
Sekurang-kurangnya A..dan bukan B.
Aku mengutuk diri kerana mempercayai.
Bagaimana dapat aku analogikan?
Hutan itu hutan berduri. Biarlah aku pakai selipar jepun pun.
Sebab aku tahu duri hutan itu memang bakal melukakan.
Mereka?
Hutan ini hutan berduri. Extra-protection kena kuat nie.
Paling tak kena cari kasut but phua chu kang!
Kawan,
Kalau sayang diri,
Tolong jangan jadi aku.
Aku yang dulu.
***
“….Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu
sehingga mereka sendiri mengubah nasib mereka..”
(Ar-Ra’du:11)
Berhenti mencari dan memberi alasan.
Allah takkan ubah sehingga kita berubah.