Bismillahirrahmaanirrahim selawat dan salam buat junjungan mulia Rasulullah S.A.W..^_^
Selamat Tahun Baru 1432H buat semua..
Azam tahun baru ialah tunaikan azam yang lama..=)
Sedar tak sedar, ikut tahun masihi..dah Disember..
muhasabah lagi..
sisa-sisa taklifan tinggal sebulan lebih..
PRK dijadualkan penghujung januari atau awal februari.
Rasa apa?
yang pasti rasa yang aku rasa nie tak membuahkan senyum..
cuma kegusaran dan kerisauan..
Allah...
Sebelum menyandang taklifan, begitu lantang idealistik untuk dibumikan..
bila di atas landasan itu, yang termampu cuma picisan!
mungkin seperti hama kecil di celah timbunan beras..
entah nampak entahkan tidak..
Semasa di tahun 1, ligat otakku mempersoalkan penglibatan dan kerjasama senior dalam setiap aktiviti..
setiap ceruk pergerakan kt utm semua nak amik tau..
sekarang, aku separa senior..jangankan nak terlibat dengan program..
nak bertanya pun dah berat mulut..
ambil tahu yang mana berkaitan dan berkenaan je..
timbal balik..sudah ada jawapan untuk persoalan tu?
biarkan nnt aku hurai pada posting yang lain~
dah tak boleh nak senyum..berat mulut..= (
mana pergi aku yang dulu?
jujur,
aku tak suka soalan tu..'dulu' tiada pada 'sekarang'
transformasi bersama waktu dan ketika..
tiada mana-mana masa yang lebih baik bagi aku,
cuba menjadi yang lebih baik...berdikit-dikit..
Yep, bukan waktu untuk terus bersoal lagi..
apa yang termampu, lakukanlah!
aku dariNya..yang mahu aku berikan juga adalah untukNya..
redhakanlah aku..~
koi
10 years ago