Bismillahirrahmanirrahim..
Selawat dan salam buat tauladan ummah..Nabi Muhammad S.A.W..

Alhamdulillah, selesai dua kerja petang nie..
Satu kertas kerja..satu lagi laporan akhir program.

Agak teruji kesabaran aku sebenarnya.Paperwork sebelum nie dah siap..tinggal submit je..tak dapat nak submit awal sebab pegawai berkenaan masih dalam tempoh bercuti..
Check2 paperwork tu semalam sebab nak jumpa pegawai pengganti..
Takde..puas cari satu ofis..fail aku letak paperwork tu lagi dah bape round aku cari..
Lepas solat zohor, pertengahan jalan terjumpa sahabiah di reading station..sesi luahan pun bermula..

"Sabar,ye umi..takpe..cari lagi.."
"da puas cari..tak jumpa juga.."..uh..mata panas~
"emm..paperwork tu..tak jumpa jugak..buat lagi sekali..tak sampai setengah hari boleh selesai, insyaallah.."
diam kejap...dalam hati still tak boleh terima..
"takpe, saya cari dulu..kalau tak jumpa juga nak buat cmne kan..."
Sambil tersenyum si sahabiah menepuk-nepuk belakang tanganku meniupkan semangat..syukran sahabat..

Nah,seharian mencari masih tak ketemu...akhirnya mengalah..buat semula..
Esok sedia..jumpa dekan untuk dapatkan semula tandatangan dan sokongan..
Mungkin ini hikmah dan peluang yang diaturNya, aku tak pernah jumpa lagi dekan baru nie..
Ta'aruf~

Petang mungkin lepas asar, aku pulang ke rumah..
Adikku 'roger' orang-orang di rumah udah kerinduan..hari-hari bertanya..
Bila telefon mak, soalan pertama..kedua dan soalan-soalan lazim..

"Dah ada atas bas ke tu?"
"Bila nak balik nie?"
"Entah apa khabar kau kat sane tu..mana mak tak risau"
"itu anak mak yang lain..nie anak mak nama dia Umi Kalsom yang tak balik-balik nie.."
"Kan dah cuti nie..balik la rumah.."

Selalu sangat bersilat kata dengan mak..lama-lama rasa tak sedap hati..
buat kerja pun tak kena..yela, buat kerja dalam masa yangsama biarkan mak ayah risau tentang aku kt sini..

Anak sulung kan..mungkin la..sayang lebih..^_^

Mengalah lagi..balik sekejap..ade kerja-kerja tak selesai, hold on..
Keberkatan dari mak ayah tu penting..Nak buat kerja bantu agama Allah tapi kalau dalam masa yang sama guriskan hati mak ayah..sama je..Allah tak redha juga..

"Ma ridhallahu ila fi ridha-il-walidaini"

Redha Allah terletak pada redha ibu bapa

 ~Mak ayah, redhakanlah anakmu ini..

Jalan ini bukan mudah kan?selalu buatkan rasa terhimpit dan tersepit..

tapi itulah ujian..sabar dan redhalah di atas ujianNya kerana ada didikan dan hikmah kepada kita... 

 Fikir-fikirlah dengan rasional akal yang dikurniakan..

Mudah-mudahan dikurniakan keberkatan masa atas segala amalan yang dilakukan keranaNya..

Amiin..=)


0 comments:

Post a Comment