Bismillahirrahmaanirrahiim..

Subhanallah..alhamdulillah..Allahu Akbar..
La ilaha illa anta..subhanaka inni kuntu minazholimin..

Selawat dan salam buat Nabi junjungan mulia s.a.w..buat keluarga, sahabat-sahabat dan seluruh umat yang mencintai baginda..

Menerjah ruang rasa :

C.e.m.b.u.r.u











Seseorang perempuan tu..
Sangat baik, lemah lembut..pandai memotivasikan orang lain..
Bijak, orang lain semua senang dengan dia..
Bab2 agama pastilah..dalam tangan untuk dizahirkan dengan amalan je..
Pertama kali tengok pun, rasa nak tengok je lagi..
Sejuk mata memandang orang kata..

Aisey, kalau lelaki mungkin mau baitul muslim dah..
kalau perempuan macam aku tengok..
ye, cemburu..
kontra mungkin aku dengan si dia..dia..dan dia...
sangat..=)

Belek-belek 'love letters'..aku jumpa ayat nie..


Dan janganlah kamu iri hati terhadap kurnia yang telah dilebihkan Allah kepada sebahagian kamu atas sebahagian yang lain. [Kerana] bagi lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan bagi perempuan (pun) ada bahagian dari apa yang mereka usahakan. Mohonlah kepada Allah sebahagian dari kurnia Nya. Sungguh, Allah Maha Mengetahui segala sesuatu. [An-Nisa' : 32]

Subhanallah, ayat-ayatNya selalu menjadi ubat paling mujarab merawat hati..

Kurniaan Allah itu atas setiap apa yang kita usahakan..
Setiap yang menyenangkan itu dari Dia juga kan..
Mungkin si dia..dia..dan dia..sudah terlalu banyak usahanya..
Tinggi mujahadahnya..
Sangat menjaga amalannya..
Jaga adabnya, jaga kata-katanya, jaga hatinya..
Jaga hubungan dengan Allah, hubungan dengan ibu bapanya, orang-orang sekelilingnya..
Dengan segala-gala yang terjaga..
Selalu muhasabah kesilapan dan sentiasa memperbaiki dirinya..
Maka, jadilah dia sebagaimana dirinya itu..

dan aku tetap..cemburu!

.:: Nota Hati Yang Masih Cemburu ::.

 Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : 
“Rasa cemburu ada yang disukai Allah dan ada pula yang tidak disukai-Nya. Kecemburuan yang disukai Allah adalah yang disertai alasan yang benar. Sedangkan yang dibenci ialah yang tidak disertai alasan yang benar.”
(Hadis riwayat Abu Daud)

Aku mahu seperti si dia..dia..bahkan dia..

 sungguh..

 aku masih tetap cemburu  


 dan mudah-mudahan saja cemburu ini benar alasannya..

6 comments:

Cemburu yang sihat insyaAllah membawa ke arah kejayaan..
Jangan kata utk jd spt si dia..tp jdlah dirimu dgn perhiasan agama yg mengiringimu.=)

salam, menarik artikel nie.. hmm..cemburu.. x salah cemburu atas dasar iman dan taqwa.. usah terlalu cemburu dgn 'si dia', kerana kita juga dicipta memiliki kekuatan, mgkn berbeza..=) teruskan perjuangan..

hu. nak cemburu jugaklah mcm tu..

hu, ibarat aisyah yang cemburukan khadijah.

afnan : Insyaallah, mudah2an..cemburu dengan enti juga..DQ..hafizah..aduh..tak terlawan..hehe..^_^

ilmi_alfauzani : iye,benar..itu juga yang selalu dibisikkan pada hati ini..masing2 punya kelebihan kurniaan dariNya..mudah2an hati ini terpujuk..cuba menjadi yang terbaik dengan diri sendiri...Insyaallah..=)

bunda cayang : cemburu tanda sayang,bun..aisyah dan khadijah, kedua-duanya sangat hebat..idola muslimah..kalau nak cemburu patut sangat2..hehe..jom kita cemburu sama2!..^_~

Post a Comment