Bismillahirrahim..
Assalamu'alaikum wbt.. (^_____^)
Sat2.. aku tipu, senyum tak ikhlas tu. sori.
Pernah tak korang lapangkan masa untuk fokus study.
Lepas tu dapat result test ke kuiz ke..
Sama je macam korang tak lapangkan masa untuk fokus study?
Aku dah rasa. Frustrated.
Owh, sebenarnya tak fokus study pun.
Mungkin cuma membuang masa.
Buat syarat pegang dan tenung buku.
Mungkin.
Pernah tak korang minta tolong kawan-kawan ajar,
Tapi kena sound. Atau pun dia ajar tapi nada macam nak marah.
Aku pernah.
Aku tanya soalan kat dia. Pastu dia tanya soalan kat aku balik.
"Ko nie tidur ke dalam kuliah?"
Kejam gila.
Aku cam ada persepsi negatif kat budak-budak pandai.
Berlagak pandai dan tak mau kongsi ilmu.
Aku ada kawan,
Kat matrik.
Walaupun dia bukan kategori 4flat..
Dia pandai mengajar aku.
Sampai ada satu subjek tu,
Aku dapat markah paling tinggi dalam kelas.
Dan kalahkan semua budak 4flat.
Ko nampak tak keikhlasan dia mengalir kat aku?
Aku tak anggap kebetulan, sebab hampir dua tahun kat matrik..
Program Dua Tahun (PDT) aku dengan dia,
Begitulah selalu berulang dia akan mengajar aku.
Sampai aku faham.
Sampai aku boleh skor.
Sampai bila dekat U,
Ada yang tanya,
"Betul ke penah dapat result cmtu?"
Teruk benar agaknya aku sekarang.
Sampai tak percaya dulu aku macam tu.
Aku hairan kat sini.
Bila aku minta tolong ajar dari budak2 1st class nie,
Aku bukan takat tak faham,
Macam nak nangis pun ada.
Sudahnya, aku balik bilik.
Duduk kat meja study, study sorang2.
Jerit dalam hati sorang2.
"Aduhh.....sapa nak ajar aku nieee....."
Sambil membayangkan tangan kawan aku menggerakkan pen,
Melakar formula memberi kefahaman buat aku.
Mimpi.
p/s: Krisis kepercayaan diri. Lunturkan kebergantungan. Mampukah?
My ProfiLe
- ::.uMiKaLsoMyUsoF.::
- Sedang melanjutkan pengajian Master Sains (Kejuruteraan Elektronik) di Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang. Rabbi Yassir wala tu'assir. Alhamdulillah, graduan Sarjana Muda Kejuruteraan (Elektrik-Elektronik Perubatan) di Universiti Teknologi Malaysia,Johor Bahru (2008-2012) Mendapat pentarbiyahan akademik di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (Program Dua Tahun 2006-2008), Sek.Ag.Men.Hulu Langat@SAMTEN (2001-2005), Sek. Keb. Sungai Serai & Sek. Ren. Agama Pekan Hulu Langat (1995-2000). Faqir ilallah.
ღ Walimah ღ
ღ Walimah ღ
ღ Baby Asiah ღ
Isteri Solehah :)
Isteri cerdik yang solehah
Penyejuk mata, penawar hati,
Penajam fikiran
Di rumah dia isteri, di jalanan kawan
Di waktu kita buntu, dia penunjuk jalan
Pandangan kita diperteguhkan
Menjadikan kita tetap pendirian
Ilmu yang diberi dapat disimpan
Kita lupa, dia mengingatkan
Nasihat kita dijadikan pakaian
Silap kita, dia betulkan
Penghibur di waktu kesunyian
Terasa ramai bila bersamanya
Dia umpama tongkat si buta
Bila tiada satu kehilangan
Dia ibarat simpanan ilmu
Semoga kekal untuk diwariskan
JaNtunG HaTi
MukA bUku
Che' Gu
CaYaNg BuCuk
KMPP
-
Turki 20158 years ago
-
Pulang merantau10 years ago
-
MATI itu PASTI10 years ago
-
=)12 years ago
-
gtl tgn15 years ago
-
EnCik
Cik PuaN
-
#asmaherrysweethomeXainulhudaturns18 years ago
-
Update MASRECA 198 years ago
-
Anak Murid9 years ago
-
sebelum pergi 2....10 years ago
-
Update: Rezeki10 years ago
-
Memberi: Maaf11 years ago
-
Ahlan..^_^
3 comments:
-
sabar kak.... jgn dok tensyen.... wat slow2....
-
assalamu'alaikum.. umi, insya Allah, tu dugaan yg Allah nk bagi kat kita ja.. jgn sedih2 noh.. " dan janganlah kamu (merasa) lemah, jangan (pula) bersedih hati, sebab kamu paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang yang beriman" (ali imran: 139)
-
Dulu ada beberapa subjek yang sampai sekarang aku tak paham aku belajar apa. aku tak percaya yg sekarang aku dah grad. Malam test, mula merayap ke group2 member tengah study. Dgn muka tak tahu malu, minta depa ajar satu-satu apa yang masuk dalam test/xm. balik bilik, tidur tawakal. Alhamdulillah, walaupun aku tak paham apa2 sepanjang satu sem, xm lulus cukup makan, grad duduk ranking 10 terakhir dalam senarai batch, tapi skrg alhamdulillah dpt kerja yg rilek dan pendapatan selesa.