Assalamu’alaikum wbt buat korang-korang.. :p
Apa cer nak habis sem nie? Kalau final year, pulun la...fyp, presentation, projek, seminar bla2..sampai desperate dengan masa..pheuww~
Sesekali release tension ble gak jenguk-jenguk program yang adik-adik nie handle, tanya-tanya update..sekali-sekala boleh la sebab bila dah berusia di alam kampus nie, tanpa alasan aku memang malas nak ikut sangat program, nak handle program apatah lagi.. kalau nak sembang-sembang tahan lagi la aku nak follow..tapi lately, bab sembang-sembang nie pun sebenarnya dah buat aku jadi semakin malas jugak.. sebab?sebab lemau benar mereka ini. Musim breakdown agaknya.
Aku tak spesifik mana-mana organisasi, pertubuhan mahupun kelab.. maka, sila turunkan telunjuk sebelum menuding kepada mana-mana arah sekalipun..entri kali nie, aku berhajat nak ulas sindrom yang jadi ANTARA punca situasi..bukan punca TOTAL. korang boleh baca dengan berlapang dada.. sebelum tu ada sedikit peringatan, ayat aku laser tahap buang katarak. Agak-agak tak boleh nak terima, sila “ctrl+w”.
Sindrom qudwah hasanah kepada senior..mungkin baik..selalu benar menyebut nama abang-abang mahupun kakak-kakak yang tahap legend masa kat kampus. Gebang la sama-sama mereka abang tu hebat, kakak tu berkaliber, begini begitu..
Dalam menguruskan organisasi, lantaran persepsi tahap legend itu membawa mereka untuk still contact dengan senior-senior nie untuk merujuk pergerakan atau minta pandangan. Itu juga baik. Bila terjadi sesuatu di luar dugaan, atau memang jangkaan buruk menjadi nyata..ketika mana berlaku “peristiwa-peristiwa baru” yang mana tidak seperti situasi senior..dekat sini dah mula jadi tak baik.. kelam-kabut.
“SENIOR la nie..bagi cadangan tak ikut situasi..”
“Senior la nie.. tak faham, zaman dah berubah..”
Jom, semua.. kita blah dari senior-senior nie!
Blah dari senior tahan lagi..tak lama lepas tu, dengan organisasi sekali sama lingkup.
Matlamat organisasi tak tercapai, program tak jalan.. kalau ada pun suam-suam kuku.
Masalah siapa sebenarnya?
Setakat hebat terpacak kat Speaker Corner, sembang lebat kemas-kemas tapi gerak kerja kau HANCUR, aku rasa kau lagi patut blah dari nak tuding jari salahkan sesiapa.
Setakat hebat bagi tazkirah, tapi bila tanya dah implement apa ikut portfolio sekarang dan jawapannya “entah la, kak.. saya pun tak tau..macam tak jelas sangat...” padahal dah nak setahun pegang jawatan..memang lagi amat sangat tak boleh blah.
Kawan,
Mereka yang hebat, berkaliber, begitu begini..
Yang kita nampak itu hasil.. yang kita kagum itu hasil..
Yang selalu kita tidak nampak bagaimana perjalanan untuk mendapatkan hasil itu.
Kita nak jadi macam mereka, tak kata nak jadi legend nanti riak pulak tapi dalam hati begitulah..Cuma bagaimana perjalanan untuk “menjadi” dan kesakitan dalam “tak menjadi sebelum jadi” tu kita lupa untuk masukkan dalam pandangan kita.
Fikirkan.
Sebelum mereka yang hebat, berkaliber, begitu begini..
Mereka ini siapa?
Mereka nie pun dulu pencacai jugak. Tukang tampal poster program, tukang tadah telinga kena sembur dengan penasihat, paperwork kena baling dalam tong sampah, buat surat kena koyak depan mata, kena maki kena uji.. Mereka kuat untuk bertahan, hadapi duri-duri zaman depa..sakit tapi terus bergerak.
Hati mau kuat.
Aku dipertengahan zaman memerhati...
Adik-adik sekarang? wOw, bukan takat tak tahan, blah terus.
Blah la..sebab itu yang terbaik.
Kerana wadah perjuangan tak perlukan orang-orang lembik macam kamu!
Renung semula..matlamat penubuhan organisasi mantap.. sangat ideal.. apatah lagi kalau bermatlamatkan Islam.. dosa terbeban-beban rasanya sebab dah terima amanah tapi tak dilaksanakan. Amanah dengan jawatan, dakwah amar makruf nahi mungkar, biah solehah.. semuanya terbantut.. Puncanya?
Puncanya kalian. Kalian yang di atas, yang dah terima taklifan untuk berjawatan dalam organisasi. Tahniah kerana berjaya meraih kepercayaan tapi kasihan, tak tahan dengan ujian.. baru kena kutuk, dah terasa hati.. buat muka. Kalau kena sembur depan-depan? Muntah darah terus kot.. panas dalam tak tertahan.
Jadinya apabila berbalik pada persoalan utama yang paling malang, bila mula mengata senior bagi cadangan tak berkesan dan tak faham situasi.. hilang respect pada senior, senior dah tak legend. Nasib~
Wahai adik-adikku sekalian...
Fahamilah, senior tu fungsinya bagi guide line je.. bukan manual yang kena ikut sebijik-sebijik.. Jelas sangat kurang bijak walaupun SPM 12A1. Betul, zaman sentiasa berubah tapi pandangan orang lama seperti senior tu perlu diambil pengajaran, masukkan dalam kira-kira.. sebab sejarah itu sifatnya berulang. Oleh itu, hadapi ujian zaman kalian dengan kuatkan diri. Kuatkan diri dengan kuatkan hati. Kuatkan hati kerana hati itu raja diri. Kuatkan hati dengan kuatkan hubungan dengan Allah, kerana Allah itu sandaran hati yang hakiki.
InsyaAllah, kalian juga bakal senior legend!
"Pemimpin tidak lahir di bilik kuliah tetapi tumbuh sendiri dalam hempas pulas kancah,muncul di tengah-tengah pengumpulan masalah,menonjol di kalangan rakan seangkatan lalu diterima dan didukung oleh umat " -Bapak Natsir
My ProfiLe
- ::.uMiKaLsoMyUsoF.::
- Sedang melanjutkan pengajian Master Sains (Kejuruteraan Elektronik) di Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang. Rabbi Yassir wala tu'assir. Alhamdulillah, graduan Sarjana Muda Kejuruteraan (Elektrik-Elektronik Perubatan) di Universiti Teknologi Malaysia,Johor Bahru (2008-2012) Mendapat pentarbiyahan akademik di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (Program Dua Tahun 2006-2008), Sek.Ag.Men.Hulu Langat@SAMTEN (2001-2005), Sek. Keb. Sungai Serai & Sek. Ren. Agama Pekan Hulu Langat (1995-2000). Faqir ilallah.
ღ Walimah ღ
ღ Walimah ღ
ღ Baby Asiah ღ
Isteri Solehah :)
Isteri cerdik yang solehah
Penyejuk mata, penawar hati,
Penajam fikiran
Di rumah dia isteri, di jalanan kawan
Di waktu kita buntu, dia penunjuk jalan
Pandangan kita diperteguhkan
Menjadikan kita tetap pendirian
Ilmu yang diberi dapat disimpan
Kita lupa, dia mengingatkan
Nasihat kita dijadikan pakaian
Silap kita, dia betulkan
Penghibur di waktu kesunyian
Terasa ramai bila bersamanya
Dia umpama tongkat si buta
Bila tiada satu kehilangan
Dia ibarat simpanan ilmu
Semoga kekal untuk diwariskan
JaNtunG HaTi
MukA bUku
Che' Gu
CaYaNg BuCuk
KMPP
-
Turki 20158 years ago
-
Pulang merantau10 years ago
-
MATI itu PASTI10 years ago
-
=)12 years ago
-
gtl tgn15 years ago
-
EnCik
Cik PuaN
-
#asmaherrysweethomeXainulhudaturns18 years ago
-
Update MASRECA 198 years ago
-
Anak Murid9 years ago
-
sebelum pergi 2....10 years ago
-
Update: Rezeki10 years ago
-
Memberi: Maaf11 years ago
-
Ahlan..^_^
8 comments:
- Unknown said...
-
Tu diaa... Tersembur abis dia. (Ni mesti kes xbrekfes dulu ni) Sabarr... Hehe. Masalah Legend ni memang ada di mana2 tempat legend. Nabi kata, "Kamu lebih mengerti dunia kamu." Ok. Legend2 terdahulu pun patut faham apa yang mereka perlu buat. (I think you are one of the legend yg kena tempias hilang thiqah. Wahaha...)
Maaf kak Umi. Sekadar menyampuk xtentu hala... =) -
Apesal ko xde butang 'like' Facebook tu? X seronok la macam ni.
-
lagend2 pun dalam hati ada taman.
-
salam kak..dr adik yg hina..apa la kak ni..spatutnya akak brlapang dada apabila pendapat yg kita bagi xditerima org..bukannya nak suh semua org terima idea kita..sye kecewa ngan akak..hilang profesional..emosi dihadapan..tulisan akak xmelambangkn kematangan akak..maaf sye terpaksa kata begini..tulisan ini bg saya meluahkan kata tidak bertempat..salam
-
Wahai adikku, penghormatan itu tidaklah diminta-minta, jadi ambil saja..
"Wahai Penciptaku, Engkau tahu aku ini lemah serba-serbi..kurang itu dan ini.. ampunkanlah aku, Ya Ghaffar...Ya Allah, Engkau berkuasa memuliakan dan menghinakan sesiapa yang Engkau mahu.. biar ketika ini aku hina pada pandangan manusia, tunjukilah aku akan hidayah taufiq agar tidaklah pula aku terhina pada pandanganMu.." -
haha walaupun xperlu menunding jari, tapi aku tgk mcm ko mention mpp skng ja..mmg lemau nak mampus pon..mpp pro mcm xd function ja..bgs tulisan ko ni boleh jadi modal prk kah3
-
keh3..cmni rupanya "sumber" ko untuk membahan..sangat rendah daya intelektual.. cari la sumber sahih dan jelas..punya la general aku tulis, nak amik jadi bahan?keh3..ko mesti budak2 lagi kan?sebab macam orang tak pernah diajar nak cari bahan..kalau final year, lagi kesian..cmni gaya ko nak grad?simpan la mimpi ko tu.. ko memang ada ciri-ciri FAIL untuk PSM.. sila usaha lagi :)
-
no komen..=)