Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah, atas nikmat iman dan Islam yang dikurniakanNya.. Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w, ahli keluarga, para sahabat dan seluruh umat yang menyintai baginda.. :)
Setelah berapa lama "menapaikan" diri di kampus.. pulang ke rumah sehari terus ajak adik 2 orang pegi ronda-ronda.. walaupun hari nie ahad dan selalunya aku memang tak suka nak keluar pegi tempat sesak tapi sekali sekali aku jadi luar alam jugak.. mohon izin dengan mak ayah..dan.. yeah! permohonan diluluskan~
Parking kereta kat Bandar Tun Razak, naik lrt sampai masjid jamek..tukar line kelana jaya..maka, sampai la tempat sasaran kami ke KLCC.. sampai sana dah masuk asar, solat dulu.. pusing-pusing beli kasut, pahtu naik tingkat 4.. sasaran utama telah kelihatan..
Dengan wajah gumbira, serbu!
First, aku berhajat cari buku yang membantu fyp aku.. Python programming language~
Alhamdulillah, jumpa.... :)
Tapi bila tengok harga.. tak jadik beli.. haha..
Buku-buku nie kebanyakannya aku dah ada softcopy yang senior aku provide.. rasa rugi plak.. disebabkan hampir semua harga seratus lebih, dibandingkan kalau aku print out softcopy maybe costing around thirty something kot aku rasa.. berbeza dan sungguh berbeza.. tak amik buku, amik gambar buku aje la.. :p
Memang tak berhajat terus dah beli buku sebab takde pe yang buat aku tertarik sampai la aku jumpa dua buah buku nie..belek-belek terus beli.. love at the first sight..pheuww~
Aku memang ada attraction yang kuat untuk sebarang rujukan berkaitan pengucapan awam.. dan untuk isu semasa pun aku tak fikir perlu ambil masa yang lama kalau ada bahan yang bersesuaian. Ini dua judul buku yang aku rembat tadi beserta sedikit abstrak pengisiannya :
1. The Presentation: Secrets of Steve Jobs oleh Carmine Gallo (Edisi Bahasa Melayu)
Sama ada Steve Jobs memperkenalkan iPhone baru ataupun menyampaikan ucaptama, beliau sentiasa membuatkan para penonton teruja dengan gaya penyampaian hebat dengan gaya tersendiri. Steve bukan hanya sekadar menyampaikan maklumat malah beliau turut bercerita, melukis gambaran dan berkongsi wawasan dalam penyampaiannya. Okay, aku rasa penting untuk aku dapatkan skill penyampaian itu dan aku sangat berminat untuk tahu teknik yang digunakan Steve.
2. Rahsia Pembunuh Ekonomi Dunia oleh John Perkins
Buku ini adalah terjemahan dari "Confessions of an Economic Hit Man" dan berada dalam senarai New York Times Bestseller. Sedikit prakata yang dapat aku kongsikan yang mungkin menarik kalian juga untuk membaca buku ini;
"Economic Hit Men (EHMs) atau Pembunuh Ekonomi Dunia adalah para profesional yang dibayar gaji lumayan bagi menipu negara-negara dunia, melibatkan bertrillion-trillion dollar Amerika. Mereka menyalurkan wang daripada Bank Dunia, U.S Agency for International Development (USAID) dan lain-lain 'organisasi' bantuan luar, ke dalam tabung syarikat-syarikat konglomerat dan kocek beberapa keluarga kaya yang memiliki dan mengawal sumber asli di muka bumi ini."
Menarik kan? Haa.. boleh cari di kedai buku berhampiran anda ye.. Sangat teruja dan tak sabar nak khatamkan buku-buku nie.. :)
Plan asal 6.50pm nak keluar dari kinokuniya, akhirnya dekat2 7.30pm.. dah masuk maghrib baru keluar.. hoo...lagha~
Teruskan perjalanan, siap solat..Big Apple Donut pulak jadi sasaran.. 12 pieces in a box was chosen.. yummy!!
Pergh, memang sedap donut-donut nie! Lagi sedap dari Dunkin Donut yang lebih rasa bergula je..
Ops, bukan mengutuk tapi kelaziman pelanggan begitu ler.. dia akan menghebahkan kepada sekurang-kurangnya 8 orang yang lain tentang sesuatu yang dia dah pernah cuba..
cari sendiri la fakta dari mana yep..hehe..
Lepas makan, kembali ke pangkal jalan..dari line Kelana Jaya, pegi masjid jamek.. sampai BTR.. amik kete.. dalam pukul 10pm sampai di rumah.. Alhamdulillah.. best!
Terima Kasih Allah sebab izinkan hambaMu ini berjalan-jalan melihat gelagat manusia dan alam ini..
Syukur...~
Lepas subuh sat lagi pulak nak bertolak ke kampung Melaka.. yoshh!
Umi, anda perlukan rehat yang cukup untuk memandu esok ye..
- baiklah -
Selamat Bercuti Buat Kalian Juga.. Semoga Cuti Ini Dimanfaatkan Sebaiknya.
Berhati-hati di Jalan Raya..
Assalamu'alaikum. :)