Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w.. hari kelahiran baginda bakal tiba satu hari lagi.. :)

Alhamdulillah atas nikmat yang diberikanNya pada hari ini.. baru lepas pergi Gedung Buku BADAN kat Angsana.

Sapa nak pinjam ble habaq..
1. Act like a LADY, think like a MAN oleh Steve Harvey (Edisi Bahasa Melayu)
2. Art of War oleh Wang Xuan Ming (Edisi Bahasa Melayu)
3. Profesionalisma dan Tadbir Urus Islam Menurut Al-Quran oleh Prof Dato' Dr. Sheikh Hussin

Maaf pada yang minta pandangan nak beli buku apa sebab saya sendiri pun beli buku on the spot je mana-mana berkenan.. huhu~

Okay, bukan buku tajuk utama.

Ini baru tajuk utama.. aku jumpa satu entry yang ada kata-kata nie dan tertarik untuk mengulasnya

Kemuliaan itu hanya datang setelah Allah menutupi segenap keaiban yang kita ada


Sangat bersetuju dengan statement di atas. Manusia yang serba-serbi penuh kekurangan mana mungkin terzahir kehebatannya melainkan apabila Allah telah tutup kelemahannya itu..yakni apabila kelemahan diri telah terhijab. Manusia itu dipandang hebat atas penzahiran dalam ketinggian ilmunya, ibadatnya, boleh jadi juga kerana jawatannya, menjadi front liner, dilantik menjadi pimpinan mahasiswa, pandai bercakap, berkeyakinan dan sebagainya.

Secara tersembunyi, atau yang tidak kita ketahui adalah kelemahan bagi setiap manusia yang dimuliakan, dihormati atau dipandang tinggi oleh orang lain itu. Sehebat mana pun seseorang atau sesuatu, pasti ada kelemahannya kerana tiada pun makhluk yang sempurna melainkan Allah semata-mata.


Kehormatan orang pada kita mungkin nikmat dari ketaatan kita padaNya atau semata-mata ujian dari Allah untuk menjauhkan kita dariNya. Oleh itu, dalam keadaan orang lain memandang hormat, ditabur dengan puji.. apabila mendapati jiwa kita di tahap tinggi, maka awasilah.. kerana bila-bila masa kita akan ke bawah. Bagi hati yang penuh yakin pada ketetapan Allah dan apa yang dilakukan semata-mata mengharapkan redhaNya, biarpun di mana posisi kita, saat berjawatan atau saat menjadi rakyat biasa, saat sentiasa ditabur kata-kata puji atau tiba masa dikeji atas tiket ketidaksempurnaan diri.. hati pasti tetap akan tenang..

Lihat sahaja jawapan Khalid Al-Walid apabila jawatannya sebagai Panglima Tertinggi angkatan tentera Islam yang dilucutkan semasa pemerintahan Khalifah Umar Al-Khattab..

"Aku berjuang kerana Allah, bukan kerana Umar" 
Betapa besarnya jiwa yang digelar "Pedang Allah" ini. Setelah dilucutkan jawatannya, beliau bukan sahaja tidak mempertikaikan arahan tersebut bahkan kesetiaanya pada pemerintahan Umar tetap utuh dan kukuh.
Jelas, jiwa tarbiyah Khalid menjadi lambang keunggulan umat yang ikhlas mengabdi dan berbakti hanya kepada Allah dalam perjuangannya.
Jadinya, di mana jua kedudukan dan keadaan kita sekarang ini.. menjadi front liner yang sentiasa diperhatikan mahupun orang biasa-biasa yang transparensi dari khalayak.. sentiasalah bermuhasabah dan perbaiki diri. Setiap hari, betulkan niat kita dan ikhlaskan hati. Batasilah nikmat atau musibah yang berlaku dengan syukur.. kerana syukur adalah redha.. :)

0 comments:

Post a Comment