Bismillahirrahmaanirrahim..
Alhamdulillah atas kurniaan rahmat dan rahimNya..
Salam ingatan buat kekasihNya yang dirindui oleh ghuraba' akhir zaman..moga kekuatan baginda menyampaikan dakwah buat umatnya dapat aku dan kamu contohi dalam menempuh hari ini dan hari mendatang..

Hari ini bermula dengan agak baik
sempat cover study techno, persediaan jangkaan kuiz jam 10 pagi..
persediaan cukup baik..
dengan breakfast kerepek ubi dan air mineral..cukup la tuh..alas perut sudeh..
memang aku tak bersedia membina keluarga..heh~

9.40 gerak ke sub, 
dengan niat cocOk duit..dan selesaikan sedikit tugasan..
Nak jumpa dR.Z di Pusat Kesihatan untuk bincang isu kebajikan,
call pembantu pemangku pengarah, Pn.Azi..ini katanya..
"maaf lah, semalam Dr dapat arahan dari NC untuk ke Pagoh, rawatan mangsa banjir untuk wakil UTM"
smile umi...
"esok pagi awak datang la.."
esok kelas straight 8 pagi sampai 1 tengahari,Puan dalam hati. 
" kalau petang?"
"petang Dr ada audit.."
keep smile..."hari khamis, puan?"
"free nampaknya..awak boleh cuba datang khamis..tapi telefon dulu lah ye.."
baik
dari hari isnin aku nak jumpa..khamis baru free..
-smile-
class time. 10am.
mula keserabutan bila projektor klas tak berfungsi
bila dr.J tulis QUIZ 1..keserabutan menghampiri dominan..
relax la,beb..kata da prepare..
arghh..cari total power..
pakai line current ke phase current??
dah kawan sebelah dok cuit2 plak..
sori, no service to plagiarisme.mau sound jak..
weehhh,aku xsiap lagi la! dalam hati
Serotonin totally distorted!

 Ada masa, setelkan tugas lagi..
isu sri putri henti operasi
"En.Fuad outstation"
jawapan aku terima dari selasa minggu lepas sampai selasa minggu nie
aku rasa dia bukan encik tau..
mungkin Tun Dato' Sri Panglima Fuad. 
tu yang outstation lama..
bila tanya isu henti operasi,
ye,betul ada..bila tanya arahan siapa, 
da pening..
tanya branch, branch suruh tanya HQ..
bila tanya HQ, HQ tak tahu..
abeh tu, penguatkuasaan arahan dari mana?
kasi simptom heart paralysis la wei.. 


2 petang
lab test..5 minit lagi check circuit..
tak concern pun..
aku terus ON power supply..
hamik!!berasap segala komponen..
camtu asap gak markah lab aku lesap..
"awak jangan ingat semua orang lab dapat A"
"minta maaf......."
sob..sob..sob...
kepala tengah serabut,beb..
mana dapat nak relax buat connection circuit..
aku tau nak siap je..
"saya memang tak boleh nak bagi markah nie"
"kosong ke,dr?"
"okey la..saya bagi 1..dah, boleh kemas"

keluar lab..ayaq mata pun sibuk keluar..
hampeh!
tersadai jap kt koridor P04..merenung nasib..
apa nak jadi nie....


..:: take this ::..

kadang-kadang aku berjaya..kebiasaannya juga aku gagal..
hari ini pengajaran..banyak yang harus diperbaiki.. aku juga bisa silap..~





Rabbi Yassir waLa tu'assir..
semat kukuh dalam hati
-aku takkan berhenti-

5 comments:

Assalamualaikum cik mimie....
gambate..!!!!!

aku gembira bila aku tahu aku lemah..maknanya aku ada peluang untuk membaiki diri..
aku gembira bila aku terpaksa bersabar kerana itu tanda Allah sayang..
mm..tenanglah wahai hati..

Allah Maha Penyayang..senangkan hatimu..
kerana Allah yang mengawal dunia..
senangkan hatimu..jika kita terus yakin..
Allah akan betul2 senangkan hati kita..

SMILE selalu, kakak umi..

=)
=)
=)
=)
Hahaha..umi si kerak nasi. Nampak je keras, bila disiram air..kerak tadi akan menjadi lembut. =P

umi...usaha lagi umi...lakukan yang lebih baik dari semalam..semoga dimudahkan urusan..jangan ada rasa putus asa dalam hidup jika mahu berjaya~...umi saya dah dapat lalui titi dgn baik...i get "P"...terima kasih umi...saya boleh umi pun boleh..usaha..percaya..yakin..tawakal....

Post a Comment