Dengan nama Tuhanku Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..
Tak pernah sedetik melupakan aku.. biar aku sering alpa, lalai dan leka dari mengingatiNya..
Salam ingatan buat Nabi Muhammad s.a.w contoh tauladan terbaik buat seluruh umat..
Biar tak pernah ketemu, moga Al-Furqan dan As-sunnah  yang menjadi pedoman ghuraba' akhir zaman ini menjadi asbab baginda mengenali kita di hari pertimbangan segala amal kelak.amin~

Alhamdulillah, aku berada di Melaka..kat sini sedara-mara belah mak..
orang Melakau..^_^
lama dah aku tak ziarah atuk dan nenek..
ye, aku je..
sampai nenek panggil aku 'Datin'..
ha.ha.ha.
kena sedas~

Alhamdulillah, semua sihat-sihat belaka..
cuma atuk, kini lingkungan usia 80 tahun..
life cycle as a human,rite..
dari seorang yang lemah..membesar menjadi kuat dan bertenaga..seiring peningkatan usia, beransur-ansur menjadi seperti awal kelahirannya ke dunia..realiti yang kita semua akan hadapi..
cuma sempat tak sempat tua je lah kan..

"Antara kamu ada yg dimatikan dan ada yg dipanjangkan usianya sampai terlalu tua sehingga dia tidak mengetahui lagi sesuatu yg telah diketahuinya.." [Surah Al-Hajj:5]

Subhananallah..Maha Suci Allah yang kewujudunNya tiada awal dan tiada akhir..
Aku pun tak tahu apa nasib bila usia aku sama macam atuk..
ade lagi ke takde aku menghirup udara bumi yang kian kotor dan tercemar
dengan tangan-tangan manusia..~

Aku berada di tengah-tengah putaran kehidupan,
Sihat bertenaga, kuat seperti TIGER..
tapi aku tak mengaum..
sebab aku kan ayu lagi sopan....=)

Walaupun kira-kira di akhir taklifan sebagai MPM,
tugasan dan isu yang timbul tak pernah berkira peringkat tempoh sesi kepimpinan..
awal perlantikan, tengah mahupun akhir..
lenjan dan pastinya menagih penyelesaian.

InsyaAllah, semampunya aku dan juga sahabat-sahabat yang memegang proksi melaksanakan amanah yang sama-sama masih terpikul di bahu nie..
Isu bas di Sri Putri, bantuan kewangan,
laporan akhir dan pembentangan soal selidik fakulti,
dokumentasi fail..dan segala jenis perancangan yang menanti perlaksanaan..
plus tugasan akademik..

teringat luahan penyataan 'kami-kami' di kala tensi mula menguasai...
''kita bukan mahasiswa..sebab tu kita xde PSM, xde kuliah, xde assignment..''
haha..tagline yang bergema di pejabat MPM@SUB..
akan ku kenang~

Update isu : 
Mohon terus doakan keselamatan dan dimudahkan segala operasi menyelamatkan sahabat-sahabat dan seluruh rakyat Malaysia yang berada di Mesir. Jika mengikut perancangan Operasi Piramid telah bermula sekarang dan memakan masa kira-kira 4 hingga 5 hari untuk memindahkan semua yang terperangkap di sana ke Jeddah.

Sepanjang perjalanan pulang ke Melaka, memang jelas kesan banjir merata-rata tempat..ada kawasan yang belum surut air sampai masuk rumah, tanaman rosak..sungai melimpah lagi tak payah kata..tapi menurut khabar berita banjir kali ini tak la seteruk tahun 2006 berdasarkan kerosakan yang berlaku.

Bagi mahasiswa UTM, sesiapa yg berminat menjadi sukarelawan membantu mangsa banjir sebelum & selepas pemindahan banjir sila hubungi En Rashid Bin Rahup (Penolong Pendaftar HEMA)
di FBnya Uda Acit SEGERA melalui inbox:berikan NAMA, NO.H/PHONE, KOLEJ & LOKASI SEMASA (kampung/kampus).Khidmat Anda diperlukan. 

- DARI MAHASISWA KEPADA MASYARAKAT-

Ujian Allah turunkan, ada petunjuk yang Dia nak bagi, jentik hati..sama-sama muhasabah..~

..:: take this ::..

I never thought that I could feel this power
I never thought that I could feel this free
I'm strong enough to climb the highest tower
And I'm fast enough to run across the sea

Cuz there's just no turnin back
When your heart's under attack
Gonna give everything I have
Cuz this is my destiny

I will never say never 
I will fight till forever

Part of song : Never Say Never (Justin Bieber)

- Tarbiyah 'Amilin -
Harus Kuat, Kuat dan terus Kuat. demiNya!


5 comments:

"Sihat bertenaga, kuat seperti TIGER..
tapi aku tak mengaum..
sebab aku kan ayu lagi sopan....=)"

penyataan dari kenyataan..^_^

ayu ker? cam kayu jer..

alhamdulillah..terima kasih,nc..=)

same2 cik (bakal puan) tahun akhir..

Post a Comment