Bismillahirrahmanirrahim
Subhanallah..Alhamdulillah..Allahu Akbar..
Selawat dan salam ke atas Rasulullah s.a.w qudwah hasanah terbaik buat ummah sekalian alam..
1.0 STATUS GERAK KERJA SELESAI :
1.1 KAJIAN SOAL SELIDIK FKE
Kajian
yang dilakukan ke atas 353 mahasiswa Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik
bagi mengetahui situasi dan senario terkini fakulti dari aspek
demografi, kebajikan, akademik, kepimpinan dan perpaduan. Sejumlah 319
cadangan dan aduan telah diterima dan telah digunakan bagi menyediakan
kertas kerja cadangan penambahbaikan perkhidmatan dan kemudahan di FKE.
1.2 LANJUTAN TEMPOH GRADUASI BAGI MAHASISWA LATIHAN INDUSTRI TAHUN 4
Isu
diajukan pada pentadbiran di peringkat fakulti dan UTM. Cabutan minit
mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Universiti bil. 1/2011 telah
meluluskan permohonan graduasi pada semester pendek.
1.3 KUTIPAN DANA “BERSAMAMU AL-AQSA”
Kutipan
dana ini adalah anjuran Jabatan Perhubungan Korporat dan
Pengantarabangsaan Majlis Perwakilan Mahasiswa (JPKP MPM) UTM JB
2009/2010.Kutipan dana yang terkumpul adalah ke-3 tertinggi berbanding
semua fakulti lain di UTM.
1.4 IFTAR MAHABBAH FKE 2010
Majlis
berbuka puasa yang bertemakan “Ukhwah kian bersemi” diadakan di P16
pada 27 Ogos 2010 bersamaan 17 Ramadhan 1431 yang dirasmikan oleh Dekan
FKE Dato’ Prof Ahmad bin Darus. Mahasiswa juga bekerjasama bagi
menyediakan bubur lambuk sebagai juadah untuk berbuka puasa.
1.5 BEKERJASAMA DENGAN JURUTEK BAGI MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN FOTOSTAT
Pihak
MPM telah berurusan dengan pihak pembekal yang menyediakan perkhidmatan
fotostat.Seterusnya, JURUTEK menguruskan perkhidmatan fotostat di
kiosk.
1.6 TEMPAT LETAK KENDERAAN ROSAK DI P16
Aduan
penutup longkang rosak di tempat letak motor P16 yang mengakibatkan
kemalangan diterima. Aduan dimajukan, penutup longkang besi digantikan
dengan simen.
1.7 MOHON UBAH KEDUDUKAN PAPAN KENYATAAN DARI PO7 KE P05
Kedudukan
papan kenyataan di laluan menghala ke P07 yang bukan kawasan tumpuan
mengakibatkan liabiliti pada kemudahan sedia ada. Permohonan dan
cadangan telah diajukan pada Timbalan Pendaftar untuk tindakan dan
papan kenyataan diubah ke P05.
2.0 KERTAS KERJA YANG MASIH DALAM PROSES :
2.1 MESIN ‘RO WATER’
2.2 BILIK AKTIVITI MAHASISWA
2.3 LALUAN SUSUR GAJAH
2.4 KIPAS DI P05
2.5 LAMPU DI WAKAF DATARAN FKE
Disediakan oleh,
UMI KALSOM BINTI MOHAMAD YUSOF
Ketua Fakulti,
Fakulti Kejuruteraan Elektrik,
Majlis Perwakilan Mahasiswa 2009/2010,
Universiti Teknologi Malaysia, JB.
Isnin | 14 Februari 2011 | Pembubaran Majlis Perwakilan Mahasiswa 2009/2010
Tempoh perkhidmatan 28 Januari 2010 - 13 Februari 2011
T.A.M.A.T
Alhamdulillah..rasa macam terlepas dari ikatan tali yang menjerut diri lebih setahun..
ermm...
merdeka taklifan dunia..tunggu pertimbangan akhirat..
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya :”Ia (iaitu kepimpinan) adalah amanah dan di akhirat ia menjadi kehinaan dan penyesalan kecuali mereka yang mengambilnya dengan hak dan melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan di dalamnya.”
Ya Ghaffaar..~