"Mahasiswa kena berani buat salah. Inilah sahaja masa yang kamu ada. Masa mahasiswalah masa kamu belajar buat silap...." - bekas aktivis mahasiswa PBUM, YB Husam Musa ketika memberikan pidatonya berkenaan attitude student leader

"Untungnya kamu mahasiswa kerana kamu boleh berjumpa dengan semua jenis orang dan semua jenis pemimpin. Tiada guna menjadi aktivis mahasiswa jika tiada seorang pemimpin besar negara pun yang kamu tidak temui." - bekas aktivis PMI-MPMUM, Hisomudin Bakar, Strategi Mobilasi Massa

“Pemimpin tidak boleh dicetak. Pemimpin tidak lahir di bilik kuliah tetapi tumbuh sendiri dalam hempas pulas kancah, muncul di tengah-tengah pengumpulan masalah, menonjol di kalangan rakan seangkatan lalu diterima dan didukung oleh umat.” – Bapak Natsir

Sumber: http://www.pmiutm.blogspot.com/



Ya Allah, sesungguhnya aku berharap dapat memilih sesuatu dengan pengetahuanMu.

Sesungguhnya Engkaulah yang menetapkan sesuatu dan tiadalah dapat aku sendiri menetapkannya.Maka oleh sebab itulah aku memohon kepadaMu dengan kelebihan Engkau Yang Maha Besar dan Maha Mengetahui segala yang tersembunyi sedang aku tidak mengetahuinya...

Ya Allah, jika dalam pengetahuanMu pekerjaan yang hendak aku lakukan itu baik bagiku untuk urusan agamaku dan urusan hidupku serta berkesudahan dengan baik, maka takdirkanlah ia serta permudahkanlah ia kepadaku serta berkatilah ia untukku.

Sebaliknya jika dalam pengetahuanMu pekerjaan ini mendatangkan keburukan bagiku pada urusan agamaku dan urusan hidupku serta buruk pula kesudahahnnya maka aku bermohon supaya Engkau jauhkannya daripadaku dan takdirkanlah bagiku hanya kebaikan sahaja walaupun di mana aku berada kemudian redailah pekerjan yang hendak aku lakukan ini..

Perkenankan permintaanku ini, Tuhanku..Aku mohon dengarilah aku..
>psikologi cinta: dato' dr. Mohd Fadzilah Kamsah & Syaidatun Nazirah
>p/s: Manusia apabila terbentang di hadapannya pelbagai pilihan, pasti akan keliru..