** di kala aku menjenguk2 semula sent item di facebook,
membaca semula kiriman kata-kata ini,
yang pernah aku karang untuk menjawab persoalan sahabatku..
hakikat hidup datang,
kata-kata ini aku tujukan kembali buat diri aku sendiri!

---------------------------------------------------------------------------------

salam,
maaf,link xbpe nk ok..xdpt nak reply mesej..
sedikit perkongsian.btw,i'm not the best..but keep in trying to be the best..
the chance goes to everyone,rite?..either u catch it or blow it away..
ok,berbalik pada persoalan tadi..
"i am so busy dis sem wit dis 1 progrm kene handle
n kinda huru hara ckt life
cmne ek nk stay on focus..get thngs done.."


ermm..tanya balik pada diri,
apa 'focus' yg diletakkan itu? dan kerana apa?..
kenapa join program luar kuliah nie?penat, sakit kepala, sibuk..meeting sana sini..untuk apa?

pernah dulu sy sendiri blur,utk pe masuk nie semua?dgn pointer drop,asgnmnt bertimpa2..kuiz,test..result..time nak final lagi la..hanya rum8 sy tw tahap 'kegilaan dan huru-hara' sy masa tue..
sy bukan bagus sgt pn akademik..tak pernah masuk dean list lagi..takat lepas 3,alhamdulillah..sangat2 bersyukur..padan la dgn usaha yg sy buat..tapi kenapa sy gamble masuk jugak menda2 nih..sebab sy ada matlamat yg sy sasarkan..ade tujuan yg sy letakkan utk sy terus bergerak..bila rasa huru-hara, duduk kejap dan bertenang..ingat balik kenapa sy buat semua nie..matlamat yg dibuat kena kuat dan kukuh utk kita berbalik dan rujuk semula di saat kita rasa goyah dan sangat2 tertekan..

apa matlamat itu?sasaran itu?
sbg muslim,matlamat saya KEJAR REDHA ALLAH DAN RASULNYA...
sbg pemimpin,sy kena tunaikan amanah dan setiap kata2 sy yg akan dipersoalkan di hari perhitungan kelak..
sbg mahasiswa,WE ARE IN A UNIVERSITY OF TARBIYYAH..di perbukitan ilmu yg mendidik..buatlah apa sahaja utk meningkatkan kualiti diri ke arah kebaikan..cubalah apa sahaja utk diaplikasikan..kita tidak salah selagi tidak menyalahiNya,kita sedang belajar..sy sedar sy akan berkhidmat pada masyarakat satu masa nanti..bermula di kampus ini sy harus membuat persediaan dan terus2an utk bersedia..
sbg anak, mak dan ayah punyai hak ke atas sy..hak utk melihat sy terus cemerlang..menjadi anak solehah..aset berharga utk ditebus di akhirat kelak..
sbg kakak, sy kena tunjukkan contoh terbaik buat adik2..sy tak boleh tunjuk sy lemah..walaupun hakikatnya sy tetap punya kelemahan..jadi,sy kena kuat..kuat..dan kuat...

kalau sy rasa terbeban,bandingkan org lain lebih terbeban..
sy student je..tgk NC,TNC..Dekan ker..lagi hebat beban..
lg besar tugas..sy ke hulu ke hilir dalam kampus je..
org lain pusing satu dunia..cmne nak jadi orang besar kalau dengan benda kecil pun da rasa susah?fikirkan~

yg penting JAGA HUBUNGAN DENGAN ALLAH..niat perkara yg dilakukan ibadah kerana ALLAH..setiap yg dilakukan ada balasan dariNya..ingatlah janjiNya,di sebalik kesusahan ada kesenangan dan di sebalik kesusahan itu ada kesenangan..ALLAH Maha Mengetahui dan menilai setiap apa yg kita lakukan..

Maaf,panjang pulak jawapan sy..hehe..tapi nie la yg dapat sy kongsikan..ambil yg baik dan amalkan..maaf jgk kalau ade tersilap..moga istiqamah,moga dimudahkan urusan.amiin..=)

**aku tak pernah menyalahi takdirNya atas apa yang berlaku,
aku akan kuat dan terus kuat kerana INI LANGKAHKU!
juga kerana ini..
aku masih seorang penuntut UNIVERSITY OF TARBIYYAH~



Pada 1 hingga 7 Jun 2010, Majlis Kesukarelawan Universiti-Universiti Malaysia UTM (MASKUM-UTM) dengan kerjasama Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM (MPM UTM) telah menganjurkan program sukarelawan bakti siswa yang bertempat di Padang, Sumatera Barat Indonesia. Program ini diadakan susulan dari gempa bumi yang melanda di kawasan tersebut pada 30 September 2009 yang lalu melalui penyertaan sejumlah 47 orang mahasiswa dari 16 IPTA seluruh negara dan 22 orang pegawai pengiring.Bertepatan dengan tema yang dipilih iaitu “1 IPTA, 1 Malaysia, 1 Nusantara” program ini juga telah mendapat kerjasama daripada beberapa badan uniform mahasiswa Universitas Andalas yang terlatih dalam menghadapi bencana alam telah membantu kelancaran program termasuk dari aspek paduan tenaga kerja dan bantuan komunikasi dengan masyarakat setempat.

Bagi memudahkan perjalanan program, dua pusat gerakan aktiviti telah diwujudkan iaitu di Pusat Pasentran Tapuz dan Ampek Lingkuang.Pusat Pasentran Tapuz yang menempatkan anak-anak yatim dan anak-anak dari keluarga kurang berkemampuan ini diketuai oleh saudari Umi Kalsom binti Mohamad Yusof telah memaklumkan di antara aktiviti yang dilaksanakan adalah bumi hijau iaitu proses pembersihan dan penanaman pokok di kawasan sekitar pusat pasentran, membaikpulih pusat sumber, mengecat taman permainan, program motivasi dan ‘trauma-healing’.


Anak putera santri di Tapuz bersama-sama hadiah istimewa yang diberikan oleh para sukarelawan.



Mahasiswa UNAND yang begitu gigih bersama-sama mencurahkan bakti




Bola Sepak, Riadah di tepi pantai

Menurut beliau lagi, aktiviti-aktiviti tersebut telah mendapat respon yang sangat positif dari pihak pentadbiran di sana sekaligus mencapai objektif program dalam meringankan beban mangsa gempa ini selain penzahiran rasa simpati sekaligus menunaikan hak dan tanggungjawab sosial mahasiswa kepada masyarakat merentas sempadan negara.



Peluang main 'masak-masak'



Baikpulih Pusat Sumber, Tapuz


Pusat gerakan di Ampek Lingkuang pula dikelolakan oleh saudara Mohamad Nor Rahmat b. Mohd Rafe yang melakukan aktiviti baikpulih dan mengecat Masjid Ampek Lingkuang, sunet masal (berkhatan), pembinaan sumur bore (tangki air), sukaneka dan pemeriksaan kesihatan secara percuma kepada masyarakat setempat.


Prof Wan Mahzum sedang menampal sticker MERSIK’10 di Sumur Bore yang telah siap dibina.



Sukarelawan yang bertugas di Ampek Lingkuang sedang mengecat bangunan masjid

Program ini yang dirasmikan pada 3 Jun 2010 di Universitas Andalas juga telah dihadiri oleh Setiausaha Bahagian Sukan,Kementerian Pengajian Tinggi, Dr.Shaharudin Ismail, Pengerusi MASKUM, Prof Wan Mahzum Ahmad Shah dan Rektor Universitas Andalas, Prof Dr. Musliar Kasim. Penasihat program MERSIK’10 FASA II, En. Mohd Fauzi b. Abd Rahman dalam penerangannya berkata bantuan kesukarelawan tidak akan terhenti setakat ini dan fasa seterusnya akan dirangka perlaksanaannya dari semasa ke semasa. Fasa pertama program MERSIK’10 telah diadakan pada bulan Mei 2010 yang lepas oleh Jawatankuasa Mahasiswa Kolej (JKM) dari Kolej Tun Dr. Ismail (KTDI),UTM JB.


::::::::>> MEMOIR <<:::::::::::::


Para sukarelawan dalam sesi lawatan-di hadapan Rumah Gadang, Padang Panjang




Bersama jurnalis-jurnalis GENTA (tabloid mahasiswa) di Universitas Andalas




'AMAN PALESTIN' di UNAND




Majlis Diskusi “Pelan Tindakan Semasa dan Selepas Bencana” bersama Palang Merah Indonesia (PMI), Pengakap dan Badan Eksekutif Mahasiswa (BEM) Universitas Andalas


>>>>:::: aku nak kata........

alhamdulillah..
berjalan, bermusafirlah melihat kebesaran Tuhan yaang diciptakan untuk mereka yang berfikir dan bersyukur..
Hikmah kembara menuju kasih buktikan cinta kita kepadaNya..

'Ibrah perjalanan ini untuk aku..
lebih mendidik jiwaku
lebih mengasihi diriku
lebih mngerti yang lain
lebih luuuvvvv MALAYSIA
lebih mengenal rumpun bangsa MELAYU
lebih sayangkan ISLAMku
lebih mencintai Tuhanku..

musibah menyemai tabah..rahmat ALLAH..mawaddah warahmah!

Salam..(^__^)
senyum aje..
betul ke senyum tu?
tengok mata dia..
berkaca-kaca..

tipu!!

hati galau..
jujurlah dengan hati..