Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamu'alaikum w.b.t..salam penghulu segala hari buat semua makhluk yang melata di bumiNya ini..
Alhamdulillah, masih bernafas bagi menunaikan segala amanah yang bakal dipersoalkan di hari pertimbangan kelak..selawat dan salam buat sebaik-baik contoh buat ummat, Rasulullah s.a.w..^_^

Perkongsian rasa?..=)
walaupun selalu kena perli..dah kaler tomato muka aku kot~
ini blog orang luahkan perasaan, terpulang..

Fokus isu : Umi di UTM?

  1. Dah balik rumah lebih kurang 4 hari..cukup la tu rehat..
  2. Nak apply LI, CV tak siap lagi..undecided yet..
  3. Draft laporan analisis kajian ke atas mahasiswa FKE sebelum berjumpa dengan Puan Akma 3hb ini..aku dah key in semua.yeah!
  4. Study tekno.semangat kan..
  5. Bedah buku..bersedia??
  6. Menunggu laptop yang sedang dirawat.kesakitan lama berulang
  7. Stand by mode
 Fokus isu : Umi di rumah?
  1. Pagi-pagi buat sarapan (kalau rajin beli..)
  2. Kemas rumah
  3. Lipat baju
  4. Masak tengahari
  5. Tolong mak siapkan kuih
  6. Ajar adik mengaji

@ UTM : jadual pergerakan sangat fleksibel..
banyak peluang untuk eksplorasi..

@ Rumah :  statik dan berulang..
banyak peluang untuk menambah bakat kewanitaan..

Aku di mana?

- U.T.M -

Inikah mutasi wanita pasca moden?dunia semua tu..

 .:: take this ::.




Bismillahirrahmanirrahim..Alhamdulillah, masih bernyawa di atas muka bumi Allah untuk terus mengutip bekalan menghadapi hari perhitunganNya.Selawat dan salam buat Rasulullah S.A.W qudwah hasanah buat ummah..

Akhirnya aku pulang juga ke utm isnin lepas, sambung semula kerja-kerja akhir taklifan nie..^_^

rasa lebih lega dan bersemangat, sebab mak ngan ayah pun dah okay..bila mak ngan ayah okay, aku lagi2 la okay!..teruskan kerja~

BENGKEL STRATEGIK MPM 2009/2010
p/s : jangan tiru aksi ini..meja meeting mcm da xde ruang untuk disepahkan!


Pulun untuk wujudkan perlembagaan demi kemudahan barisan kabinet MPM yang akan datang..
best jadi s/u sementara..serabai pun ade, semua nak bercakap..hamik!
tapi kalau tak jadi s/u memang tak fokus..
Assign sebagai ahli mesyuarat je, memang aku terpilih menjadi ahli lelap..bukan tido, tapi buat kerja lain..teruk?agak la~

Nak buat perlembagaan, perlu fasih AUKU (mr.pres la tuh..aku tgk je cover AUKU..bukak time nak PRK..jeng2..) , perlu pakar bahasa, pakar undang-undang, pakar pertikai dan mungkin juga pakar dalam membuat kopi!..~orang manis tak perlu air manis,yep!!..haha, kenangan2...

Berkenaan kepentingan perlembagaan nie adalah supaya...
tak nak la jadi macam sesi nie, lama jugak pending semata-mata nak organize semula jabatan dan portfolio..
nak gerak takde stand atau guideline yang jelas..
mudah-mudahan manfaat dari perlembagaan ini dapat digunakan secara optimumnya, seterusnya menjadi perwakilan yang lebih,lebih dan lebih baik kepada mahasiswa dan seluruh warga kampus ini..insyaAllah.

semalam 15/12, aku berkesempatan jumpa dengan Prof Halim, dekan FKE yang baru dilantik pada Oktober lepas..dalam pertemuan tepat 1 jam dengan Prof, ada 3 agenda utama yang dibawa..
  1. Kelulusan program ARDF UTM (fox hunting) 2011
  2. Isu mahasiswa yang menjalani Latihan Industri pada tahun 4
  3. Respon berkenaan kaji selidik FKE 
Alhamdulillah, respon ok..dan dapat aku ringkaskan begini..

  1. Program diluluskan
  2. Isu ini telah diluluskan di peringkat JKTS untuk di bawa ke mesyuarat senat.Kalau ada lagi mahasiswa yang LI tahun yang belum bagi nama, bagi nama segera pada pejabat di P02.ASAP
  3. Hasil dapatan kajian akan dibentangkan pada pentadbiran FKE, maka perincian dan ketepatan maklumat adalah sangat perlu untuk diberi perhatian.
Juga cadangan dari Prof sendiri untuk mewujudkan satu organisasi yang ahlinya terdiri dari mahasiswa dan staf akademik/non akademik yang bertujuan untuk memantau/membincangkan/menyampaikan/menyelesaikan segala agenda kebajikan dan perkara berkenaan mahasiswa di FKE nie..

Buat masa nie, Prof agak sibuk..dalam proses house keeping dan rombakan pentadbiran..masa aku datang jumpa tu pun berselisih dengan dekan Fakulti Elektrik dari salah sebuah universiti di New Castle..sibuk jumpa orang2 luar juga..semalamnya, dari Jepun..hari nie dengan Proton berkenaan hybrid car..
disebabkan UTM da jadi RU..projek penyelidikan dan kerjasama semakin bertambah-tambah..
aku baru takat nie, cmne la dekan aku tu kan..masa aku keluar dari ofis dekan pun, da ade yang menunggu-nunggu nak masuk..

kita rasa da banyak bekerja, ada orang lagi banyak kerjanya..haih,muhasabah~
kadang-kadang rasa jemu,
tapi kita bawa ad-dinNya..kita ada perjanjian denganNya..
patuh perintahNya, jauhkan laranganNya..
teruskanlah..jangan pernah berhenti~

.:: take this ::.

part of song ' Ikan, Laron dan Semut ' by Fatih:

"Dan aku bertanya, pada jiwaku
Sejauh apa...hidup tanpa Tuhanmu
Dan aku bertanya, pada hatiku
Sedalam dan selama apa...hidup tanpa Tuhanmu
Dan aku bertanya, pada diriku
Sekeras apa... kerja tanpa Tuhanmu "

-siiru 'ala barakatillah-

Bismillahirrahmanirrahim..
Selawat dan salam buat tauladan ummah..Nabi Muhammad S.A.W..

Alhamdulillah, selesai dua kerja petang nie..
Satu kertas kerja..satu lagi laporan akhir program.

Agak teruji kesabaran aku sebenarnya.Paperwork sebelum nie dah siap..tinggal submit je..tak dapat nak submit awal sebab pegawai berkenaan masih dalam tempoh bercuti..
Check2 paperwork tu semalam sebab nak jumpa pegawai pengganti..
Takde..puas cari satu ofis..fail aku letak paperwork tu lagi dah bape round aku cari..
Lepas solat zohor, pertengahan jalan terjumpa sahabiah di reading station..sesi luahan pun bermula..

"Sabar,ye umi..takpe..cari lagi.."
"da puas cari..tak jumpa juga.."..uh..mata panas~
"emm..paperwork tu..tak jumpa jugak..buat lagi sekali..tak sampai setengah hari boleh selesai, insyaallah.."
diam kejap...dalam hati still tak boleh terima..
"takpe, saya cari dulu..kalau tak jumpa juga nak buat cmne kan..."
Sambil tersenyum si sahabiah menepuk-nepuk belakang tanganku meniupkan semangat..syukran sahabat..

Nah,seharian mencari masih tak ketemu...akhirnya mengalah..buat semula..
Esok sedia..jumpa dekan untuk dapatkan semula tandatangan dan sokongan..
Mungkin ini hikmah dan peluang yang diaturNya, aku tak pernah jumpa lagi dekan baru nie..
Ta'aruf~

Petang mungkin lepas asar, aku pulang ke rumah..
Adikku 'roger' orang-orang di rumah udah kerinduan..hari-hari bertanya..
Bila telefon mak, soalan pertama..kedua dan soalan-soalan lazim..

"Dah ada atas bas ke tu?"
"Bila nak balik nie?"
"Entah apa khabar kau kat sane tu..mana mak tak risau"
"itu anak mak yang lain..nie anak mak nama dia Umi Kalsom yang tak balik-balik nie.."
"Kan dah cuti nie..balik la rumah.."

Selalu sangat bersilat kata dengan mak..lama-lama rasa tak sedap hati..
buat kerja pun tak kena..yela, buat kerja dalam masa yangsama biarkan mak ayah risau tentang aku kt sini..

Anak sulung kan..mungkin la..sayang lebih..^_^

Mengalah lagi..balik sekejap..ade kerja-kerja tak selesai, hold on..
Keberkatan dari mak ayah tu penting..Nak buat kerja bantu agama Allah tapi kalau dalam masa yang sama guriskan hati mak ayah..sama je..Allah tak redha juga..

"Ma ridhallahu ila fi ridha-il-walidaini"

Redha Allah terletak pada redha ibu bapa

 ~Mak ayah, redhakanlah anakmu ini..

Jalan ini bukan mudah kan?selalu buatkan rasa terhimpit dan tersepit..

tapi itulah ujian..sabar dan redhalah di atas ujianNya kerana ada didikan dan hikmah kepada kita... 

 Fikir-fikirlah dengan rasional akal yang dikurniakan..

Mudah-mudahan dikurniakan keberkatan masa atas segala amalan yang dilakukan keranaNya..

Amiin..=)


Bismillahirrahmaanirrahim selawat dan salam buat junjungan mulia Rasulullah S.A.W..^_^

Selamat Tahun Baru 1432H buat semua..
Azam tahun baru ialah tunaikan azam yang lama..=)

Sedar tak sedar, ikut tahun masihi..dah Disember..
muhasabah lagi..
sisa-sisa taklifan tinggal sebulan lebih..
PRK dijadualkan penghujung januari atau awal februari.

Rasa apa?
yang pasti rasa yang aku rasa nie tak membuahkan senyum..
cuma kegusaran dan kerisauan..
Allah...
Sebelum menyandang taklifan, begitu lantang idealistik untuk dibumikan..
bila di atas landasan itu, yang termampu cuma picisan!
mungkin seperti hama kecil di celah timbunan beras..
entah nampak entahkan tidak..

Semasa di tahun 1, ligat otakku mempersoalkan penglibatan dan kerjasama senior dalam setiap aktiviti..
setiap ceruk pergerakan kt utm semua nak amik tau..
sekarang, aku separa senior..jangankan nak terlibat dengan program..
nak bertanya pun dah berat mulut..
ambil tahu yang mana berkaitan dan berkenaan je..

timbal balik..sudah ada jawapan untuk persoalan tu?
biarkan nnt aku hurai pada posting yang lain~

dah tak boleh nak senyum..berat mulut..= (

mana pergi aku yang dulu?
jujur,
aku tak suka soalan tu..'dulu' tiada pada 'sekarang'
transformasi bersama waktu dan ketika..
tiada mana-mana masa yang lebih baik bagi aku,
cuba menjadi yang lebih baik...berdikit-dikit..

Yep, bukan waktu untuk terus bersoal lagi..
apa yang termampu, lakukanlah!

aku dariNya..yang mahu aku berikan juga adalah untukNya..
redhakanlah aku..~

Bismillahirrahmaanirrahim..selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi S.A.W..

saya nak cakap..

SAYA SAYANG AYAH SAYA..
SANGAT-SANGAT..

kalau saya menangis, ayah saya pun menangis..

macho kan ayah saya??..

....T_T....

ye,saya sayang mak saya jugak..semestinya!

Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku..serta dosa kedua ibu bapaku..dan kasihanilah mereka sebagaimana mereka telah mengasihiku sejak dari kecil lagi..amiin..


Bismillahirrahmaanirrahim..Selawat dan salam buat Nabi S.A.W..

apa jadi ye?kalau kepenatan tapi tetap mahu menconteng2 blog?

jom cuba!

aku teringat kisah semalam sebenarnya,
borak2 dengan dia..

"baik kau hati-hati,umi..dulu dia dah tikam kau dari belakang..kau tengok sekarang, orang yang macam cik timah pun boleh kena..kau tunggu la satu masa nanti.." 

dia sambung lagi..

"aku nasihatkan kau, berhati-hati!"

Astaghfirullah..betapa jarum halus prasangka itu mula mencucuk-cucuk dalam hati..
Tak, aku takkan biarkan..

Sebenarnya aku hairan,

"dulu dia dah tikam aku dari belakang?"
 
Maaflah, aku tak pernah terasa ada sesiapa pulak yang 'tikam belakang' sebelum nie..
Maka, pengabaian penyataan secara automatiknya terlaksana.
Bagaimana nak menghadapi situasi nie?

Pada aku, selagi takde masalah seseorang tu pada aku..
It's ok..
Kalau ada pun masalah, check2..
mesti ade sesuatu yang bermasalah jugak yang dah dibuat..
what u give u get back..kan?

Tapi
Aku tak pernah nafi, segala kemungkinan yang muncul dari hati manusia yang 'sakit' ini..
Na'uzubillah..

Firman Allah dalam surah al-Ghafir, ayat 19 bermaksud:
‘Allah mengetahui segala pengkhianatan yang bermula dari mata dan apa yang
tersembunyi di dada setiap hamba.’


Kalau-kalau kita pula terlintas hati hendak melakukannya, maka ingatlah bahawa Allah amat mengetahui setiap rahsia yang terdetik di dada hambanya..

Surah al Maidah, ayat 7:
Sesungguhnya Allah mengetahui akan segala isi hati yang tersemat di dada
hambanya.’

dan diperkuatkan lagi keyakinan dengan firman-Nya dalam surah al-Ahzab, ayat 51:
‘Dan Allah amat mengetahui setiap apa yang terkandung di dalam hati kamu.’

Ini ingatan buat aku dan juga kamu..
Ya, mungkin tiada apa-apa..sangka baik..^_^
Perbaiki akhlak ye,umi..
Mungkin ada silap di mana-mana..

Allah, cukuplah Engkau penjaga terbaik buatku..Padamu aku berserah dan bertawakkal..

jagalah hati!

Bismillah..selawat dan salam buat Rasul junjungan s.a.w..

"Mimi sori aku kacau ko study.Aku ni dari hari jumaat dok kat wad.Tadi pagi baru pi operation.Apendic"

Sahabiah~

Lama aku tak bertanya khabar sahabat ini,aku tahu dia perlukan sokongan..
memohon kekuatan juga dari seorang sahabat..
Aduh, aku mengabaikanmu..hingga khabar ini yang aku dapat..
syafakallah,sahabat..
moga diberi kesembuhan dari segala kemudaratan..
maafkan aku, perhatian yang harus aku beri tidak seadanya..

 ..:: take this ::..

Selawat Syifa’
Terjemahan:
Ya Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami, nabi Muhammad S.A.W. yang dengan berkat baginda, engkau menyembuhkan hati-hati, menjadi penawar dan menyihatkan tubuh badan juga memberi kesembuhan penyakit serta mengurniakan cahaya penglihatan dan kurniakanlah juga rahmat keberkatan dan kesejahteraan keatas keluarga dan sahabat baginda.

Bismillahirrahmaanirrahim..

Alhamdulillah, blog dah berjaya di "GROOM"~
 
-Tak boleh Komen
-Tulisan kecil

-Kurang interaktif

..err.apa2 lagi kurang tu..insyaallah, dah aku top up..
'AiWa HiWaR' tu..chat box tu..da tiga kali bertukar..
setiap kali aku nak sign in tukar template, mesti lupa pasword n ID..
selamat la..sayang jgk rase sbb hilang link sahabat2 yg sudi tinggalkan jejak mereka tuh..
tapi takpe la..
alang2 new look kan..^_^

kisahnya da lama nak tukar atau touch up sket2..tapi tak terbuat2 jugak..
sampai la cik iecha dan bunda menjadi 'hackers' kt blog aku..
edit punya edit..sebab sblm nie template leceh sket nak edit..
pakai coding semata-mata..dok bising2 kt diorang..
maka, membantulah mereka..tapi jadi special sket..
keh..keh..keh...
 
Buat Bunda dan Iecha : dun wori, saya takde feel pun..tak mara la..it's ok..

dan sebenarnya aku berterima kasih pada mereka itu kerana tanpa mereka menjadi 'hackers' yang berjaya..
maka tidaklah aku touch up dan make up semula blog ini..

iecha pilih template hijau..aku tukar jadi biru..
'simpang lain-lain ke kita nie?'..haha..

saje amik mood baru..
warna biru..dan simple..
Aku suka yang ringkas..
~Simple is Mie~

..:: take this ::.






"Hidup adalah komedi bagi sesiapa yang hidupnya dengan akal. Dan merupakan tragedi bagi sesiapa yang hidup dengan emosi"

tenang-tenang aja ya..mohon moga Dia senantiasa melindungi dan merahmati..amiin~

[Last Paper mode :: 1 Dis 2010]


 

Dengan nama Allah Yang Menciptakan..



simple
but
n.i.c.e

really like it!

katanya, petik je tumbuh2an kt depan..letak kat situ..

dulu letak bunga2,hari nie letak daun2 pulak..
jangan esok letak ranting..lusa letak akar pokok sudah la yep!..^_^

..:: take this ::..

Apa je di sekitar kita boleh jadi perkara yang menenangkan..bila dipandang dengan hati yang tenang..walaupun cuma...daun2..hijau..
betapa mudahnya kan..subhanallah..
maka,
nikmat Tuhan mana lagi yang engkau dustakan?

~mood:: kerap sakit kepala~
~kalau pegi pk skrip jawapan dia kata aku 'tensi'..owh,whatever~

Aku bersaksi tiada Tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad S.A.W itu pesuruh Allah..=)

ini cerita subjek kejuruteraan statistik aku..

1 message received :

"Tips 4 final. 8qs.It covers prob dist, sampling dist, estimation, hypo test, indpnce n goodness of fit, anova n regrsn."

Sender:
DR.ARIFAH STAT
+019*******

Sent:
12-Nov-2010
12:05:59 pm

Mesej yang aku terima di hp silent mode itu bermakna bermulalah tugasku untuk :

- edit - sending options - sending to many - SEP Group - send -

sebagai tanda terima kasih..

"Ok, tq dr..please pray for our success.."

dan dr.arifah reply..

"Insha.Allah u wil succeed"

Alhamdulillah, 5 patah perkataan ini cukup 'burn n aspire' untuk aku cover subjek statistik aku dengan markah coursework yang tak seberapa..
bukan sebab dr demand bagi markah.. tapi sebab mmg aku tak fokus dari awal..
Test 1 teruk~

tapi bak kata dr masa aku jumpa 3 hari sebelum paper..
"Test 2 awak perform.."

"cmne ye, dr..kalau cmtu course work tak ok.." tanya aku dengan muka setengah sen..jujur risau lagi kecewa beb..padan muka diri sendiri...takde la ok sangat Test 2 tu..cuma lebih baik dari Test 1..

"Takpe, nnt kami bincang..bagi yang test 2 dan final perform..kami akan buat penyelarasan semula.."kata-kata yang menaikkan saham muka setengah peratus..alhamdulillah...

ecece...macam mase tu ko da perform baek dalam final plak~

maka bermula la..kisah pulun-memulun aku..
tanpa jemu..

"masa depan..masa depan.."

fakta menarik, subjek math memang membuatkan aku tak lekang dengan minyak cap kapak..
aku pun tak faham..ngee..
cam math kejut same gak cmtu..habis suku botol dah..

kalau fikir putus asa, lama dah aku pasrah..orang muda memang suka fikir tak panjang..owh,i am growth..
tapi fikir semula kenapa aku ade kt utm..
rewind balik janji2 aku sebelum kaki aku jejak kt utm nie..
aku tak nak jadi fitnah..
aku kan umat islam..umat islam kan umat cemerlang..^_^
dan lagi..ko tu da la MPM, wakil student cmni ke?
..errr..

pointer aku, biar la sem lepas jadi pointer paling teruk sepanjang 4 tahun pengajian aku kt sini.insyaallah, grad ON TIME with second upper class.

bukan tak mimpi nak 1st class, tapi mimpi tinggal mimpi dik..
Nak 1st class sila skor dari 1st semester 1st YEAR.hipotesis disahkan benar.
bukan tak boleh nak skor skg, tapi jadi cm keje angkat kayu balak tiga pemeluk pakai tenaga manusia..

teringat satu kata-kata hikmah..maaflah, aku selalu lupa siapa yang kata sebab aku selalu ingat kata-katanya sahaja..praktikal untuk tidak memandang siapa yang berkata-kata tapi pertimbangkan isi kata-katanya..

quote :: ingatlah allah di waktu senang, maka Allah akan mengenalimu di waktu susah

memang rasa terdesak, tapi alhamdulillah aku rasa tenang dan yakin mampu cover..sakinah itu anugerah~
kadang-kadang rasa jemu, telefon mak..
"mak, da boring la..tapi cmne nak peksa nie.."
"kau conteng2 je buat latihan.hilang la boring tu..yang penting sentiasa buat.." kata mak..

haha..jangan salah faham, ingat mak aku suruh conteng2 ape..entah la..aku tak tahu nak jelaskan cmne..tapi aku faham dan berkesan mak aku kata tu..

duduk je kat meja study..dalam mode jemu tapi buat jugak seperti menconteng2..
dan akhirnya ade mood semula..mum, u know what is the best thing for me!

bersama halwa telinga yang sering aku putarkan..berkali2..

LANGKAH TERCIPTA- UNIC
LAST BREATH - HAFIZ HAMIDUN
JANJI KITA- MIRWANA
REAKSI TUHAN- MAWADDAH
TITIK AJAIB-SAUJANA
IKAN LARON DAN SEMUT - FATIH

tak dilupakan...

SAAT LAFAZ SAKINAH- FAR EAST

-untuk masa depan-

Dan pertempuran statistik itu berlaku juga tepat jam 9.00pagi 23 November 2010 bertempat di MSI dengan jumlah pahlawan berani mati dan srikandi tegar yang berjumlah hampir 700 orang..

rasa kelam kabut mula-mula..rasa cam otak kt kepala aku dehidrasi..mengecut..
hah, gabra..tapi selawat..dan pesan kt diri..
'aku dah berusaha..yakin diri..Allah bantu..'

gempur, ALLAHU AKBAR!!

tepat jam 12 tghri, tamat.
Alhamdulillah.. lepak ofis jap..pastu balik kolej..
perkara 1st buat, tgk hp yang sengaja ditinggalkan..

mesej dr.arifah!

"Wishing u all a very best of all. Keep calm n believe that u can do it!"

Sent :
23-November-2010
08:52:19 am

~kalau aku baca mesej nie sebelum paper tadi mesti lagi power aku jawab~
~astaghfirullah, sesungguhnya 'kalau' itu membuka pintu perbuatan syaitan..

"tq so much,dr..alhmdlh, done..i've try my best to ans the final paper..n the rest tawakal to Allah..=)"

Sent :
23-November-2010
02:31:07 pm

Bersyukur, selesai..ade salah aku buat untuk soalan part regression..
kecewa SEDIKIT..tak pe la, rezeki Allah bagi dapat jawab yang lain2 tu pun alhamdulillah..

..:: take this ::..

Kita selalu mempertahankan apa yang kita tahu sedangkan apa yang kita tahu tak sentiasa benar..kau belajar, tapi tak semestinya apa yang kau ingat dan tahu tu betul..selalu 'recheck'..

Dalam exam, apa yang terlintas untuk pertama kali sebagai jawapan kebiasaannya betul..ini yang selalu aku alami..tapi tidak untuk paper pagi tadi sebab aku mengabaikan yang pertama..bercelaru~

Teringat lecturer2 yang aku meluahkan rasa hati bila da dekat final..Miss Faridah masa 1st year utk AKE, Dr.Rubita utk E2, dan Dr.Arifah utk Statistik..

bila da kritikal dekat2 hari final baru jumpa lecturer?
~better late than never~

Ade gap 3 hari untuk Digital Signal Processing dan
gap tiga hari berikutnya untuk Prinsip Komunikasi..

-Insyaallah, aku akan terus berusaha..UNTUK MASA DEPAN-

masa depan siapa?aku dan seluruh umat..wOw!

Bismillahirrahmanirrahim..

rest for a while..menghadap statistik..
lama dah tak 'study' rupanya..^_^







>>ADA USAHA, ADA HASILNYA..
>>KEJURUTERAAN ELEKTRIK ITU PUN ILMU ALLAH JUGA..
>>RABBI YASSIR..BITTAUFIQ WANNAJAH!

Bismillahirrahmaanirrahim..
Alhamdulillah, selamat jejak kaki di kampus tarbiyah ini..^_^

balik rumah hari isnin, balik utm hari rabu..
kira okey la kan..
maaf, mak ayah..duduk rumah kejap je..
bila duduk rumah sebenarnya teringat 'perkara2'
yang nak diselesaikan di sini..
sebab bila duduk rumah..rasa sangat leka..
rasa banyak masa lapang..

best kan..duduk rumah,
bercerita2 dgn keluarga..
duduk dgn adik2..dgn mak ayah..
pagi2 bfast sama2..
tghri lunch sama2..
ptg duduk kt ruang tamu..minum teh sama2..
mlm sape yg diet tuh..tak makan..
tgk adik beradik makan pon..okey..kenyang sama2..

kalau di kampus,
dgn bilik single room..
nak2 kalau musim cuti nie..
lagi la merenung nasib..^_^

memang duduk rumah,
rasa lapang, cuma disibukkan oleh arahan2 dari komander yg bergelar 'MAK'..
tgh basuh pinggan, da siap bg list dua tiga kerja pasni..
'keje tu biar pantas' kata mak..
tapi itu bukan alasan untuk tak balik rumah~
kalau mak tak buat mcm tu, tak jadi la aku macam hari nie..
sayang mak sangat2..=)

balik sempat blaja buat bubur caca+pisang (ini sebutan, ejaan 'caca' aku xtw..hehe)
dan agar2 santan yg memang aku 'giler' suka..
ayah paling best..memang supporter terbaik..
tak rasa lagi..baru tengok je..
'wah, menyentuh kalbu.." kata ayah..

ermm..ayah memang pandai amik hati..sebab tu kami adik-beradik selalu mesyuarat..
"nak cari macam ayah" kata kami adik-beradik..
sayang ayah jugak sangat2..=)

kan raya?ermm..ikut topik ikimfm pagi tadi..
"raya yang kurang meriah"..
aku tak pasti kemeriahan yang dimaksudkan itu, kemeriahan sambutannya yang bagaimana..kurang lagu2 raya ke..cerita2 sempena raya ke..
atau sebenarnya istilah 'pengorbanan' itu yang masih kurang penghayatan..
wallahu'alam..



di kesempitan masa nie,
ade feel plak nak menulis..amik semangat sbb jalan2 kt blogger2 lain..
alhamdulillah..cantik2 semuanya..
cantik ayat, cantik pengisian..menyentuh hati..
aku pun masih belum mampu jadi muslimat macam mereka..
nak kenal cmne orangnya, baca blog..
sbb kt blog banyak cerita apa yg ada dalam hati dan fikiran seseorang tu..
tau cmne fikrah die..

jauhnya dengan aku nie..T_T..

Ya Allah, peliharalah mereka dengan rahmatMu..
Moga mereka tetap teguh dengan jalan itu..
dan aku bersyukur,
dalam sedikit pada pandangan mata..
masih ramai lagi annisa'..
yang insyaallah mewariskan perjuangan demi addinMu pada baitulmuslim mereka..
sayap kiri buat muslimin yang terbaik buat mereka..
dan melahirkan anak2 yang punyai jiwa besi dan kesedaran padu untuk menegakkan daulahMu..

aku mahu seperti mereka yang segala-galanya hanya untukMu..
bangun tidur, makan minum,berukhuwah, bergerak kerja, menuntut ilmu..
semua dikaitkan dengan Engkau, Ya Rahman..
dengan hati yang di jaga sesungguhnya..
dengan tutur kata indah melunakkan hati..
dengan amalan yang sebaik-baiknya..
dengan jilbab bertudung labuhnya..
Ya Allah, cantiknya mereka..

Aku mahu diriku ini >> MUJAHIDAH SOLEHAH<<
bermujahadah dan istiqamah..padaMu kusandarkan kekuatan..
Amiin Ya Rabb..~



p/s: keindahan bukan hanya terletak pada wajah..=)

Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah..^_^

Biar aku mulakan kalimah hamdalah di pagi2 hari..
Biar ingatan aku kuat pada Dia,
Biar aku makin dekat dengan Dia,
Biar..biar..biar..

Biar mudah Dia kasihan pada aku,
Biar Dia sentiasa tolong aku,
Biar selalu Dia bagi petunjuk pada aku..
Biar Dia pelihara aku..

sebab aku takut..
sebab aku lemah..
sebab aku sendiri tak mampu jaga aku..

dan..
what's up?
hari ini hari baru,tido takat nie baru 2jam..
bergelumang dengan coding mr.micro-p..
best!walaupun, dr.M nasir kata tak sama mr.micro-p nie dgn c++ what so ever..
tapi aku tak kesa..
aku rase cm sepupu sepapat die gak..anak murid derhaka kah?whatever~

aku da mula bayar tumpuan pada study.ahaks,i like..like.like..!
minggu nie last week lecture..
hari nie..okeh, skg aku lepak g bilik k.V..
pkl 8 jap g,kembali ke pangkal jalan..
pkl 10 klas,present micro-p..11 klas e3..
sblm g klas,jmpe k.yuni bagi survey form fke..
manifesto research aku still on going okey..
fikir bila nak analyse..wohaa..berlambak gile!
balik klas g ofis,report kewangan n full report bumi hijau kena submit kt hema..
follow up pn.saidatul nak bagi info pasal latest bantuan kewangan..
dan yeah!!aku ade test ko-q pkl 2.30 jp g..
hampeh gile nota xde..nak goreng soklan objektif beb..
tembak kena idop,salah sasaran mmg ko mati..ops,maksud aku takde markah la..aisey..(-_-')
balik klas,weh..
siapkan report dsp..mlm nak discuss..
diorang wt coding matlab,aku tak expert g matlab..bukan tak expert lagi..
tak expert langsung!so, my part is doing the report aje lah..kesian..

eh..eh..aku ade test e3 hari jumaat..
tak strt study g nih..adeii..

tak dilupakan, aku kena wt confirmation,
ngan dekan baru dan perwakilan2 fke utk bersidang hari jumaat nie..

heh,serabut kan?semua campur2..
i am learner,dude..
aku tengah blaja la nie..to arrange the most suitable 'gerak kerja' n efisien plan to be implement..

# uit,geng..aku perasan..bahasa aku makin rosak!
# whatever lagi..ampun pak DBP..ini yang terlintas nak ditaip pagi2 nih..

in mode:: SLS n PH also..keh3 ::
~wah,taip2..nak dekat pukul 8!!yoshhhh....
blah dulu arr...k,geng.salam!

jap2..aku ade persoalan..

nape ramai yg kata muka aku berseri2..??sesungguhnya aku tiada rahsia~

Bismillahirrahmaanirrahiim..

Ya Allah..
Tiada daya kekuatan kecuali dengan izinMu, Tuhanku..

Berlari-larian dengan masa,

Akademik PALING MERUNSINGKAN.
sangat-saaaaangggaaaaaaaaattttt
Urusan taklifan yang lain-lainnya,
Insyaallah masih mampu..
pelik kan?

apa yang kita nak,
yang itu la rasa saaaanggaaaattttt susah..
pujuk hati..baik-baik....

Permudahkanlah aku, Rabbi Yassir..

rasa macam nak n.a.n.g.i.s~


BACA : Bismillah (kerja mudah..cuma 3 suku kata..selamat beramal!)

TAK LAMA DAH!!

Pra pendaftaran kursus semester II 2010/2011
18-29 Oktober 2010

MINGGU ULANGKAJI
30 Oktober - 7 November 2010

PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER 1 (BAHAGIAN 1)
8-13 November 2010

Cuti Khas Semester 1
15-21 November 2010

PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER 2 (BAHAGIAN II)
23 November - 6 Disember 2010

CUTI AKHIR SEMESTER 1 (4 minggu)
7 Disember 2010 - 2 Januari 2011

akhir zaman,
setahun bagai sebulan..sebulan bagai seminggu..
seminggu bagai sehari..sehari bagai satu jam..
masa berlalu pantas, bagai percikan api!

Respon Isu: Sekolah untuk Pelajar Hamil

Penubuhan sekolah bagi pelajar hamil bukanlah sesuatu yang baru di negara ini bahkan telah wujud semenjak tahun 70-an lagi di bawah kelolaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang antaranya terletak di Rembau, Cheras, Sarawak dan Batu Gajah di mana kemasukannya menggunakan Akta Perlindungan Wanita Dan Gadis 1973 (Akta 106). Persoalan mula timbul apabila sekolah jenis ini yang pernah diwujudkan masih tidak dapat menyelesaikan permasalahan tetapi peningkatan kes terus berlaku bahkan semakin membimbangkan.Ini berdasarkan rekod JKM bagi tempoh empat bulan pertama tahun ini sahaja, JKM mencatat 111 kes remaja bawah umur hamil berbanding 113 kes sepanjang 2009 dan 107 kes pada 2008. Jumlah itu dipercayai lebih tinggi kerana ia berdasarkan kes dirujuk kepada JKM untuk mendapatkan perlindungan di Taman Seri Puteri, selain statistik tiga hospital kerajaan iaitu Hospital Kuala Lumpur (HKL), Hospital Tuanku Ampuan Rahimah, Klang dan Hospital Tuanku Jaafar, Seremban sahaja.

Merujuk kepada penubuhan Sekolah Harapan oleh kerajaan Melaka yang mula dibuka pada 17 September 2010 dengan menelan belanja RM100,000 ini, ia bertujuan menangani gejala pembuangan bayi yang semakin berleluasa. Pengerusinya, Datuk Ab Rahaman Ab Karim berkata keseluruhan bangunan Sekolah Harapan itu dilengkapi penghawa dingin termasuk di tiga kelas dengan setiap kelas menampung antara 10 dan 12 pelajar. Keseluruhan lantai bangunan sekolah dua tingkat itu juga dipasang dengan permaidani bagi memberi keselesaan kepada pelajar hamil mengikuti pembelajaran. Beliau juga turut menjelaskan bahawa waktu pembelajaran pula adalah sama seperti waktu sekolah biasa dan kelas termasuk kelas komputer dan kemahiran memasak serta menjahit. Perkara ini secara dasarnya dilihat positif lantaran kemudahan dan keselesaan yang ditawarkan selain penyusunan silibus pengajaran yang dapat membantu pembentukan insaniah kepada bakal pelajar sekolah tersebut. Ironinya, penubuhan sekolah ini bakal mencetuskan epidemik hamil luar nikah di kalangan pelajar kerana dijadikan penyelasaian masalah untuk menutup malu pelajar dan pihak lain yang berkaitan. Turut membimbangkan adalah implikasi lain yang timbul melalui doktrin persepsi yang menghalalkan penzinaan selain label atau stigma negatif yang akan digalas oleh bekas pelajar Sekolah Harapan ini di masa depan.

Perumpamaan ‘meracun rumput biarlah sampai ke akar’ wajar diaplikasikan bagi mengatasi permasalahan ini.Seharusnya semak semula bagaimana kestabilan institusi kekeluargaan yang menjadi entiti dalam pembentukan masyarakat hari ini.Adakah anak remaja ini cukup imun melawan petogen gejala sosial dan hedonisme yang semakin berserakan di luar sana?Kita lihat sama, adakah perlaksanaan undang-undang di negara ini sudah cukup utuh untuk membejatkan penularan gejala pelajar hamil di luar nikah ini?Seterusnya, adakah sistem pendidikan yang diterapkan kepada pelajar-pelajar ini turut juga membentuk sahsiah diri yang seimbang dari segi rohani dan jasmaninya?Ini adalah sebahagian dari persoalan yang harus dijawab jika kita bersungguh-sungguh mengatasi permasalahn ini hingga ke akar umbinya. Secara tuntasnya, setiap permasalahan yang timbul pasti akan terbentang penyelesaiannya asal tak jemu berusaha dan lakukan apa sahaja selagi tidak tersimpang dari panduan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai yang difirmankanNya yang bermaksud:

“Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan, apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan bagi sesuatu perkara, bahawa ia membuat pilihan sendiri mengenai urusan mereka, dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang nyata.” (al-Ahzab: 36).

Wallahu’alam.



Bismillahirrahmaanirrahiim..

siapa sangka..
seawal 2pagi 1 syawal 1431H,
kami semua mendapat kejutan dari Ilahi?

awal kisah tenang..pulang ke kampung mak..

29 ramadhan..
jam 8pagi tiba di umbai,melaka..
sempat bertemu iyas pada jam menghampiri 11 pagi untuk menyerahkan tesis yang di'order' dari library fkm..

sepetang membuat persiapan raya,
dan berbuka pada akhir bulan Allah ini..

10malam ke Telok Mas bersama busu hisyam dan busu wati..
cuci mata meninjau blaus pink atau putih..
owh,takde yang berkenan..

baca nOvel 'sinergi' by hilal asyraf..
sambil merajinkan diri membalas mesej raya..
sambil jugak tunggu turn iron baju..
akhirnya..
berat mata,tetido..

jam 1 pagi terjaga..
yop,iron da kosong..masuk line..
rasa serabai..khidmat diri jap..
sangat selesa then continue read the novel..
kisah hati yang berpadu berpaksi iman ini memang sangat mengujakan!
2.30pagi..
ayah muncul bersama frekuensi gelombang yang berbunyi ini..
"jom,siap..balik sungai serai.."
dan aku.."ek?nape,yah?.."

"WAN MENINGGAL..."

bingkas bangun, bersiap..

bergilir memandu,akhirnya selamat tiba di rumah.Alhamdulillah..
wan itu panggilan buat emak kepada ayahku..
tinggal bersama2 dengan aku,dari aku kecik2 lagi..
dulu2..
time ayah pegi berniaga..
mak pegi mengajar,
wan la jaga aku adik-beradik..
jaga aku yang taiko panjat-memanjat..
rendam-berendam dalam kolam..
men sorok-sorok..meloloskan diri untuk pegi skola jumpe mak..
jampi ape aku pakai sampai lepas..aku lupa da~
cucu die yang nakal nie..

kalau nakal sorang2 takpe,nie 'racun' adik2 ngan sepupu-sepapat skali..
biase la,aku memang pakar bab2 nih..

tapi wan tak penah lak rotan aku ke hape..
sound sistem bergema tuh biase la..
maybe sebab mak ngan ayah tolong 'tunai'kan la kot pastu..hee..

ermm..wan..
kalau bulan poser time skola dulu,wan paling rajin..
awal pagi da panggil..tadarus2..
mak aiihhhh..terseksa gile jiwa raga time tuh..
bagi la aku sambung mimpi satu dua siri..no chance..
~rasa indah bila dikenang-kenangkan..
~wan tarbiyah aku untuk bermujahadah dgn nafsu sendiri..
~kredit,wan..InsyaAllah,dibalas Tuhan..

pagi tu jenazah wan sampai..
terbaring kaku..atas tilam kt ruang tamu..
aku tak nanges..tak..nanges..

ustazah hawa sampai..
sedia untuk urusan jenazah,
alhamdulillah..aku berpeluang untuk ikut skali..
mandi sampai kafan..
tak..tak..aku tak nanges..

wan da siap..cerah dgn wudhu'..bersih..cantik..
pakai bedak..renjis ngan air mawar..wangi..
belum cukup lagi touch up..
ayah hulurkan celak..
mak kata kat ayah.."ustaz pakaikan la.."
dan..aku tak nak nanges bila semua orang nanges..
tapi ayah..ayah muka tenang..
pakaikan celak dan kucupan terakhir untuk wan..
aku tahu ayah sangat2 sedih..
sebab dari 9 orang anak wan..ayah la yg dok ngan wan..
bayangkan betapa penting wan pada ayah..inspirasi..
ayah tak nanges pon..ayah kawal..
tapi aku yang dah tak terkawal..out!

..:: take this ::..

"Setiap yang bernyawa akan merasakan mati.Dan hanya pada hari kiamat sajalah diberikan dengan sempurna balasanmu.Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, sungguh dia memperoleh kemenangan.Kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang memperdaya" [Al-Imraan :185]

“Katakanlah (wahai Muhammad): “Sebenarnya maut yang kamu larikan diri daripadanya itu, tetap menemui kamu; kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan (serta membalasnya).” [Al-Jumu’ah: 8]

Alhamdulillah,aku sempat minta maaf pada wan sebelum pulang ke kampung melaka..
di sisi mak tam yang menjaga wan..dalam keuzuran,
wan mengangguk..itu sudah cukup membuatkan hatiku lapang~

Laporan MPM UTM ke Majlis Berbuka Puasa Duta Besar RPI di KL

Jumaat, 3 September 2010 - Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia (MPM UTM) telah diberi penghormatan oleh pihak Kedutaan Republik Indonesia (RPI) ke Malaysia di Kuala Lumpur apabila turut dijemput bagi menghadiri Majlis Berbuka Puasa bersama Duta Besar Republik Indonesia ke Malaysia, Tan Sri Da’i Bachtiar. UTM telah diwakili oleh Noor Aimran B. Samsudin, Setiausaha Agung, Umi Kalsom Binti Mohamad Yusof, Exco Jabatan Kebajikan dan Pelestarian Kampus dan Mohd Irfan Bin Mohd Shah dari UTM IC. Jemputan tersebut adalah sebagai tanda penghargaan pihak kedutaan RPI terhadap keprihatinan mahasiswa UTM terhadap isu nasional antara kedua-dua buah negara. Dalam beberapa siri lawatan sebelum ini, MPM UTM telah menghantar nota bantahan ke Konsulat Jeneral RPI di Johor Bahru sebagai tanda bantahan pencerobohan ke atas Kedutaan Malaysia di Indonesia pada 25 Ogos 2010 yang lalu. Kemudian pada 30 Ogos 2010, dua buah bas dari UTM telah ke Kedutaan RPI di Kuala Lumpur bagi menghantar kuih dan kad ucapan hari raya kepada Presiden RPI, Susilo Bambang Yudhoyono sebagai tanda jalinan mesra yang masih terjalin diantara mahasiswa Malaysia & RPI. Sehubungan dengan itu pihak kedutaan telah menjemput secara rasmi wakil mahasiswa UTM untuk turut serta dalam majlis berbuka puasa yang telah diadakan semalam.



Wakil dari UTM kampus Johor Bahru telah bertolak sekitar jam 12.30pm menggunakan kenderaan rasmi UTM. Perjalanan kami sedikit terganggu dengan kesesakan lalu lintas berhampiran Plaza Tol Sg. Besi dan Jalan Tun Razak selama sejam. Namun kami berjaya tiba di bangunan kedutaan sebelum majlis bermula. Kami telah disambut mesra oleh para pegawai kedutaan di hadapan dewan utama. Majlis tersebut turut disertai oleh wakil mahasiswa dari universiti sekitar Lembah Klang, wakil mahasiswa Indonesia, para pensyarah, golongan profesional dan para wartawan. Pada jam 7pm, majlis bermula dengan mendengar teks ucapan Presiden RPI, Susilo Bambang Yudhoyono berhubung isu semasa antara kedua-dua buah negara yang telah dibacakan oleh Duta Besar Republik Indonesia ke Malaysia, Tan Sri Da’i Bachtiar. Pihak kedutaan mengucapkan ribuan terima kasih kepada para tetamu yang sudi memenuhi jemputan tersebut. Para tetamu dihidangkan dengan buah kurma dan makanan ringan sebelum menunaikan solat Maghrib secara berjemaah di dewan. Majlis bersambung dengan sesi jamuan. Sebagai tanda penghargaan, pihak UTM turut menyampaikan kek yang telah ditempah khas kepada wakil kedutaan bersama buah kurma di akhir majlis. Majlis berakhir sekitar jam 9.30pm.



Sepanjang majlis tersebut kami berkesempatan untuk berkongsi pendapat dan saling berkenalan dengan para pegawai kedutaan dan tetamu lain. Secara keseluruhan majlis tersebut berjalan dengan semangat muhibah. MPM UTM mewakili mahasiswa percaya kedua-dua pihak berupaya menyelesaikan isu semasa dengan kadeh diplomatik dan saling hormat-menghormati.

Disediakan oleh,



Noor Aimran B. Samsudin
Setiausaha Agung MPM UTM


Qatrunada - Apakah benar engkau pejuang???

Engkau ingin berjuang tapi tidak mampu menerima ujian
Engkau ingin berjuang tapi rosak oleh pujian
Engkau ingin berjuang tapi tidak sepenuhnya menerima pimpinan

Engkau ingin berjuang tapi tidak begitu setiakawan
Engkau ingin berjuang tapi tidak sanggup berkorban
Engkau ingin berjuang tapi ingin menjadi pemimpin
Engkau ingin berjuang menjadi pengikut agak segan

Engkau ingin berjuang tolak ansur tidak engkau amalkan
Engkau ingin berjuang tapi tidak sanggup terima cabaran
Engkau ingin berjuang kesihatan dan kerehatan tidak sanggup engkau korbankan

Engkau ingin berjuang tapi tidak mampu menerima ujian
Engkau ingin berjuang tapi rosak oleh pujian
Engkau ingin berjuang tapi tidak sepenuhnya menerima pimpinan

Engkau ingin berjuang masa tidak sanggup engkau luangkan
Engkau ingin berjuang kerenah isteri tidak kau tahan
Engkau ingin berjuang rumahtangga lintang pukang
Engkau ingin berjuang diri engkau tidak engkau tingkatkan

Engkau ingin berjuang displin diri engkau abaikan
Engkau ingin berjuang janji kurang engkau tunaikan
Engkau ingin berjuang kasih sayang engkau cuaikan
Engkau ingin berjuang tetamu engkau abaikan

Engkau ingin berjuang anak isteri engkau lupakan
Engkau ingin berjuang ilmu berjuang engkau tinggalkan
Engkau ingin berjuang kekasaran dan kekerasan engkau amalkan

Engkau ingin berjuang pandangan engkau tidak diselaraskan
Engkau ingin berjuang rasa bertuhan engkau abaikan
Engkau ingin berjuang iman dan taqwa engkau lupakan

Yang sebenarnya apa yang engkau hendak perjuangkan…???

:::...Aku YANG LEMAH...:::

kalau aku lemah,
kalau aku sudah mengaku kalah,
saat ini aku menyerah..

apa sudahnya?



perjalanan masih panjang..

Rabbi yassir wala tu'assir~

Bismillahirrahmanirrahim..
Aku mahu satu alam tahu, Tuhan aku itu ALLAH..yang MAHA PENGASIH lagi MAHA PENYAYANG...

Entah mana aku dapat quote nie..

"... Ada masanya kita perlu menangis agar kita tahu dunia ini bukan hanya untuk ketawa, agar kita tahu betapa bernilainya setitis airmata.."

menulis bila sedih.
Ahh..peduli apa aku dengan PERHATIAN~
terpulang ko nak kata apa,
INI CARA AKU.

Siapa kata bila jadi MPM,
ko tak boleh nak tulis tentang apa yang ko rasa?
konon2 orang kata tak profesional..
ORTODOKS sungguh..

apa MPM ke..pemimpin2 takde hati dan perasaan ke?
dalam kepala kena UPDATE tentang program
dan CANANGKAN segala apa yang ko da buat..
PUBLISITI,beb!
AKU MENYAMPAH..~

Okey2..
aku sedang bersedih..

Mizah datang semalam..pagi tadi da balik..
MANA AKU NAK JUMPA MIZAH KT UTM NIE?

aduiissss....
aku sedih semula!

sahabat..sahabat...sahabat....

memaksa aku redah 'jalan' ini
macam aku sorang2..
kenapa ikatan hati aku macam MASIH TIADA di sini?

tak bersyukurkah aku?

dah hampir 3 tahun di JB..
tapi kenapa bila aku lemah dan rasa terjatuh,
kekuatan yang aku boleh dapat, BUKAN DARI SINI..

OHH,mungkin kerana aku sedang bersedih..
kekuatan yang aku sandarkan pada seorang sahabat,
dibawa pergi..maka aku pun 'hilang'.....

BISMILLAHIRRAHMAANIRRAHIIM...(^__^)

KEMASKINI
..aku tak dapat nak mengeluarkan sebarang idea penulisan melainkan ini..
ini yang ada dalam pemikiran aku....
4 dari 5 perkara di bawah harus selesaikan hujung minggu ini...
jumaat..sabtu...dan..ahad!

1- Pusat Kesihatan Universiti:
Dapatkan maklumat terperinci tentang penguatkuasaan Kempen Anti-Merokok.Jabatan Kebajikan & Pelestarian Kampus berfungsi dalam membantu penyebaran maklumat dan promosi secara terus kepada mahasiswa.Selain itu, maklumat akan dihantar kepada Jabatan Perpaduan, Penerangan & Informasi (JPPI) untuk dikemaskini dalam website MPM (19 Julai 2010).

2- Pejabat Hal Ehwal Mahasiswa & Alumni:
Dapatkan pengesahan dari kafe kolej berkenaan borang penilaian perkhidmatan makanan sepanjang Minggu Transformasi Mahasiswa.Buat laporan ringkas (masalah/cadangan mengatasi) dan hantar kepada En.Ansar selewat-lewatnya hari selasa minggu hadapan (20 Julai 2010).

3- Jabatan Kebajikan & Pelestarian Kampus:
Menyemak semula dan membawa aduan-aduan daripada mahasiswa untuk dibawa kepada kepada pihak berkenaan.Mesyuarat Pengerusi-Pengerusi Kolej (MPPK) pada 17 Julai 2010 di Dewan KTHO.
Kertas Kerja Tabung Kebajikan Mahasiswa tertangguh sejak sebelum Minggu Transformasi Mahasiswa.

4- Fakulti Kejuruteraan Elektrik:
Aduan kerosakan kemudahan fakulti.Kerjasama MPM dengan pihak persatuan JURUTEK untuk mewujudkan perkhidmatan kiosk dan fotostat.Kemaskini papan kenyataan MPM di FKE. Menghantar laporan Minggu Transformasi Mahasiswa kepada Timbalan Pendaftar (20 Julai 2010).
Kajian soal-selidik yang akan dijadikan teras dalam Pelan Pembangunan Mahasiswa FKE.

5- Mahasiswa Tahun 3 Sarjana Muda Kejuruteraan (Elektrik-Elektronik Perubatan)
..tett..ttteeeettttt.......
paling banyak..tak mampu lak aku nak taip semua...
buku-buku punggah kt stor aku susun elok je atas meja tuh..belum asing abih lagi..
mana fail aktiviti, fail akademik..
buku-buku sama gak..mana nak bagi adik-adik, mana nak pakai lagi..
buku rujukan, nota, kertas semester lepas..
owhhh.......betapa rajinnya untuk mengimbau semula taklifan sebagai pustakawan..~

.:: APA AKU NAK KATA ::.

korang rasa tak betapa susahnya bila nak siapkan kerja yang TERTANGGUH?
aku tak suka sangat-sangat nak sambung kerja TERTANGGUH nie..
tapi aku sangat-sangat suka untuk memastikan yang aku akan siapkan sebarang kerja yang aku dah mulakan~

UMI..UMI...UMI....



"komunikasi itu mudah, yang susahnya apabila kita tidak menyebutnya dengan perkataan yang mudah"

"carilah sahabat yang sentiasa berkata benar, bukan sahabat yang sentiasa membenarkan kata-katamu"

~~kt ofis nie ada ramai 'orang tua' yang suka mencuci pemikiran 'orang muda'~~
~~syukran!!..(^__^)..~~

** di kala aku menjenguk2 semula sent item di facebook,
membaca semula kiriman kata-kata ini,
yang pernah aku karang untuk menjawab persoalan sahabatku..
hakikat hidup datang,
kata-kata ini aku tujukan kembali buat diri aku sendiri!

---------------------------------------------------------------------------------

salam,
maaf,link xbpe nk ok..xdpt nak reply mesej..
sedikit perkongsian.btw,i'm not the best..but keep in trying to be the best..
the chance goes to everyone,rite?..either u catch it or blow it away..
ok,berbalik pada persoalan tadi..
"i am so busy dis sem wit dis 1 progrm kene handle
n kinda huru hara ckt life
cmne ek nk stay on focus..get thngs done.."


ermm..tanya balik pada diri,
apa 'focus' yg diletakkan itu? dan kerana apa?..
kenapa join program luar kuliah nie?penat, sakit kepala, sibuk..meeting sana sini..untuk apa?

pernah dulu sy sendiri blur,utk pe masuk nie semua?dgn pointer drop,asgnmnt bertimpa2..kuiz,test..result..time nak final lagi la..hanya rum8 sy tw tahap 'kegilaan dan huru-hara' sy masa tue..
sy bukan bagus sgt pn akademik..tak pernah masuk dean list lagi..takat lepas 3,alhamdulillah..sangat2 bersyukur..padan la dgn usaha yg sy buat..tapi kenapa sy gamble masuk jugak menda2 nih..sebab sy ada matlamat yg sy sasarkan..ade tujuan yg sy letakkan utk sy terus bergerak..bila rasa huru-hara, duduk kejap dan bertenang..ingat balik kenapa sy buat semua nie..matlamat yg dibuat kena kuat dan kukuh utk kita berbalik dan rujuk semula di saat kita rasa goyah dan sangat2 tertekan..

apa matlamat itu?sasaran itu?
sbg muslim,matlamat saya KEJAR REDHA ALLAH DAN RASULNYA...
sbg pemimpin,sy kena tunaikan amanah dan setiap kata2 sy yg akan dipersoalkan di hari perhitungan kelak..
sbg mahasiswa,WE ARE IN A UNIVERSITY OF TARBIYYAH..di perbukitan ilmu yg mendidik..buatlah apa sahaja utk meningkatkan kualiti diri ke arah kebaikan..cubalah apa sahaja utk diaplikasikan..kita tidak salah selagi tidak menyalahiNya,kita sedang belajar..sy sedar sy akan berkhidmat pada masyarakat satu masa nanti..bermula di kampus ini sy harus membuat persediaan dan terus2an utk bersedia..
sbg anak, mak dan ayah punyai hak ke atas sy..hak utk melihat sy terus cemerlang..menjadi anak solehah..aset berharga utk ditebus di akhirat kelak..
sbg kakak, sy kena tunjukkan contoh terbaik buat adik2..sy tak boleh tunjuk sy lemah..walaupun hakikatnya sy tetap punya kelemahan..jadi,sy kena kuat..kuat..dan kuat...

kalau sy rasa terbeban,bandingkan org lain lebih terbeban..
sy student je..tgk NC,TNC..Dekan ker..lagi hebat beban..
lg besar tugas..sy ke hulu ke hilir dalam kampus je..
org lain pusing satu dunia..cmne nak jadi orang besar kalau dengan benda kecil pun da rasa susah?fikirkan~

yg penting JAGA HUBUNGAN DENGAN ALLAH..niat perkara yg dilakukan ibadah kerana ALLAH..setiap yg dilakukan ada balasan dariNya..ingatlah janjiNya,di sebalik kesusahan ada kesenangan dan di sebalik kesusahan itu ada kesenangan..ALLAH Maha Mengetahui dan menilai setiap apa yg kita lakukan..

Maaf,panjang pulak jawapan sy..hehe..tapi nie la yg dapat sy kongsikan..ambil yg baik dan amalkan..maaf jgk kalau ade tersilap..moga istiqamah,moga dimudahkan urusan.amiin..=)

**aku tak pernah menyalahi takdirNya atas apa yang berlaku,
aku akan kuat dan terus kuat kerana INI LANGKAHKU!
juga kerana ini..
aku masih seorang penuntut UNIVERSITY OF TARBIYYAH~



Pada 1 hingga 7 Jun 2010, Majlis Kesukarelawan Universiti-Universiti Malaysia UTM (MASKUM-UTM) dengan kerjasama Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM (MPM UTM) telah menganjurkan program sukarelawan bakti siswa yang bertempat di Padang, Sumatera Barat Indonesia. Program ini diadakan susulan dari gempa bumi yang melanda di kawasan tersebut pada 30 September 2009 yang lalu melalui penyertaan sejumlah 47 orang mahasiswa dari 16 IPTA seluruh negara dan 22 orang pegawai pengiring.Bertepatan dengan tema yang dipilih iaitu “1 IPTA, 1 Malaysia, 1 Nusantara” program ini juga telah mendapat kerjasama daripada beberapa badan uniform mahasiswa Universitas Andalas yang terlatih dalam menghadapi bencana alam telah membantu kelancaran program termasuk dari aspek paduan tenaga kerja dan bantuan komunikasi dengan masyarakat setempat.

Bagi memudahkan perjalanan program, dua pusat gerakan aktiviti telah diwujudkan iaitu di Pusat Pasentran Tapuz dan Ampek Lingkuang.Pusat Pasentran Tapuz yang menempatkan anak-anak yatim dan anak-anak dari keluarga kurang berkemampuan ini diketuai oleh saudari Umi Kalsom binti Mohamad Yusof telah memaklumkan di antara aktiviti yang dilaksanakan adalah bumi hijau iaitu proses pembersihan dan penanaman pokok di kawasan sekitar pusat pasentran, membaikpulih pusat sumber, mengecat taman permainan, program motivasi dan ‘trauma-healing’.


Anak putera santri di Tapuz bersama-sama hadiah istimewa yang diberikan oleh para sukarelawan.



Mahasiswa UNAND yang begitu gigih bersama-sama mencurahkan bakti




Bola Sepak, Riadah di tepi pantai

Menurut beliau lagi, aktiviti-aktiviti tersebut telah mendapat respon yang sangat positif dari pihak pentadbiran di sana sekaligus mencapai objektif program dalam meringankan beban mangsa gempa ini selain penzahiran rasa simpati sekaligus menunaikan hak dan tanggungjawab sosial mahasiswa kepada masyarakat merentas sempadan negara.



Peluang main 'masak-masak'



Baikpulih Pusat Sumber, Tapuz


Pusat gerakan di Ampek Lingkuang pula dikelolakan oleh saudara Mohamad Nor Rahmat b. Mohd Rafe yang melakukan aktiviti baikpulih dan mengecat Masjid Ampek Lingkuang, sunet masal (berkhatan), pembinaan sumur bore (tangki air), sukaneka dan pemeriksaan kesihatan secara percuma kepada masyarakat setempat.


Prof Wan Mahzum sedang menampal sticker MERSIK’10 di Sumur Bore yang telah siap dibina.



Sukarelawan yang bertugas di Ampek Lingkuang sedang mengecat bangunan masjid

Program ini yang dirasmikan pada 3 Jun 2010 di Universitas Andalas juga telah dihadiri oleh Setiausaha Bahagian Sukan,Kementerian Pengajian Tinggi, Dr.Shaharudin Ismail, Pengerusi MASKUM, Prof Wan Mahzum Ahmad Shah dan Rektor Universitas Andalas, Prof Dr. Musliar Kasim. Penasihat program MERSIK’10 FASA II, En. Mohd Fauzi b. Abd Rahman dalam penerangannya berkata bantuan kesukarelawan tidak akan terhenti setakat ini dan fasa seterusnya akan dirangka perlaksanaannya dari semasa ke semasa. Fasa pertama program MERSIK’10 telah diadakan pada bulan Mei 2010 yang lepas oleh Jawatankuasa Mahasiswa Kolej (JKM) dari Kolej Tun Dr. Ismail (KTDI),UTM JB.


::::::::>> MEMOIR <<:::::::::::::


Para sukarelawan dalam sesi lawatan-di hadapan Rumah Gadang, Padang Panjang




Bersama jurnalis-jurnalis GENTA (tabloid mahasiswa) di Universitas Andalas




'AMAN PALESTIN' di UNAND




Majlis Diskusi “Pelan Tindakan Semasa dan Selepas Bencana” bersama Palang Merah Indonesia (PMI), Pengakap dan Badan Eksekutif Mahasiswa (BEM) Universitas Andalas


>>>>:::: aku nak kata........

alhamdulillah..
berjalan, bermusafirlah melihat kebesaran Tuhan yaang diciptakan untuk mereka yang berfikir dan bersyukur..
Hikmah kembara menuju kasih buktikan cinta kita kepadaNya..

'Ibrah perjalanan ini untuk aku..
lebih mendidik jiwaku
lebih mengasihi diriku
lebih mngerti yang lain
lebih luuuvvvv MALAYSIA
lebih mengenal rumpun bangsa MELAYU
lebih sayangkan ISLAMku
lebih mencintai Tuhanku..

musibah menyemai tabah..rahmat ALLAH..mawaddah warahmah!

Salam..(^__^)
senyum aje..
betul ke senyum tu?
tengok mata dia..
berkaca-kaca..

tipu!!

hati galau..
jujurlah dengan hati..

[A.D.A.M]

Hawa bukanlah insan yang kuat..
bukan juga insan yang bisa menahan nafsu..
tatkala diri diuji, Hawa sering tewas..
tewas dgn godaan syaitan dan nafsu sendiri..

Sungguh..
Hawa telah cuba melakukan yang terbaik..
agar diri ini tidak menjadi dunia..
telah Hawa cuba menjaga diri sebaik-baiknya..
Hawa sedaya upaya menjauhkan diri dari tabarruj..
perfume, make-up, perhiasan..
telah Hawa elakkan sejauh-jauhnya..
namun mengapa masih Adam tertarik pada Hawa..
yang serba kekurangan ini??

Hawa ini berjiwa lembut..
sukar untuk Hawa menolak bila Adam meminta..
Hawa tahu permintaan Adam..
tak mungkin membawa Hawa ke kancah maksiat..
namun..Hawa lemah..
Hawa takut zina hati...


setiap kali "sms" diterima..
Hawa keliru..
ingin sekali Hawa membiarkan sahaja..
namun..Hawa akur tuntutan sahabat..
Hawa tewas..
Hawa reply jugak..
mengenangkan Adam adalah sahabat..

setiap layanan yang Hawa beri hanya sekadar membantu..
mungkin Hawa adalah antara kasih sayang Allah
yang dikurniakan buat Adam..
memudahkan perjalanan hidup Adam..
jangan disalah tafsir apa yang Hawa berikan..



Hawa mengharapkan Adam menjaga Hawa..
namun,bukanlah "couple" yang Hawa pinta..
tapi..
cukuplah sekadar tidak memandang Hawa..
cukuplah sekadar menghormati Hawa sebagai Hawa..
jangan dipinta apa yang tak mampu Hawa berikan..
kerana Hawa milik Allah sepenuhnya...



***********************************************************************************************

Wahai sahabiah yang kukasihi,
Jangan kau terlalu risau akan jodohmu,
kerana..
Lelaki yang bijaksana itu,
tidak akan terpaut pada wanita hanya pada kecantikan,
lirikan senyuman, pada bicara manja yang menggoda,
pada pujuk rayu seorang wanita yang meruntuhkan imannya..

Sesungguhnya lelaki adalah pemimpin kita,
Andai belum sampai jodohmu,
Anggaplah bahawa lelaki yang kau nantikan,
sedang membina sahsiah kepimpinannya,
bagi memimpin dirimu..

Kerana pada kita pasti ada kekurangan,
dan lelaki yang benar-benar layak,
PASTI akan hadir sebagai pelengkapnya..

:: Aku hawa ::
:: Faghfirli, ya rabbi..

~ ALLAH RABBUL'ALAMIN ~

Tak ada makan siang yang gratis!

video

JALAN-JALAN LAGI...
TASJI'..
Bila saat dan ketika kau benar-benar bersedia,
cukup segala persiapan menggempurnya..
nantikan kemenangan yang dijanjikan!

Lihat ini,
Detik kemenangan pro Mahasiswa UM..sejarah akan berulang.ITU PASTI.
cuma kau harus SEDAR dan BANGKIT.
STUDENT POWER!

video

"Tika bahu tiada kuasa memikul amanah,maka bersujudlah...Ikhlaskan
segala-galanya dan dekatilah ALLAH s.w.t... Agar tunduk disaat yang
lain semua angkuh,teguh disaat yang lain runtuh.."








alhamdulillah..alhamdulillah...alhamdulillah...



Input: Sila post perancangan program hasil mesyuarat MPM pada 18 Mei 2010.
Output: Baik, berikut adalah perancangan program hasil mesyuarat pada tarikh tersebut.

1. Program UTM

* Youth Festival penyertaan 30 mahasiswa UTM di PWTC (28-30 Mei 2010)
* MERSIK'10 Fasa 2 bertempat di Padang, Indonesia (1-7 Jun 2010)

2. Program jemputan

* CEO Minds oleh UUM di ESSET Bangi (21-26 Mei 2010)
* CASFUMAL'10 oleh UTP di Bukit Tinggi (5-6 Jun 2010)
* innovation competition NRIC'10 oleh USM (25-29 Mei 2010)
* Pra MPPK 7 Jun 2010 di UKM, MPPK 8 Jun 2010 di PICC Putrajaya

3. Program MPM

* Paintball bersama Tengku Mahkota Johor (6 @ 13 Jun 2010)
* Gudang Lestari- khidmat masyarakat di Pasir Gudang(18-20 Jun 2010)
* Summer Camp - motivasi untuk pelajar dari sekitar Johor (25-27 Jun 2010)

NOTA JANGAN LETAK DI KAKI :

* TARIKH PROGRAM TERTAKLUK PADA PINDAAN
* KEHADIRAN ZAKI, RAJAB, HAZMAN,WEI BIN, ARIFF, YAT, SYIDA, AIDA, FATIHA DAN UMI


::: DENGAN NAMA TUHANKU YANG PENUH DENGAN LIMPAHAN KASIH SAYANG TANPA TEPI :::

Alhamdulillah, MINGGU PENGURUSAN PELAJAR BARU KOLEJ MATRIKULASI PULAU PINANG SESI 2010/2011 (MPPB KMPP 10/11) setel~

Inilah cebisan momen yang sempat dibekukan oleh lensa Mr.Gembala..
layan je la ek..
aku nie orang separa visual..
kalo korang tanya jalan kt aku..aku cakap..
konpem huru hara nak follow,harapan jumpa jalan mati..ahaa...
tapi sekali aku lukis peta untuk korang, insyaallah sampai destinasi..
payah cakap banyak..korang tengok sendiri..
aku senang, korang pun senannnggg....

ini pak mahfuz..boleh kata penyelaras untuk mppb sesi nih..
pape hal kami roger beliau..tgk pix nie pun korang paham sendiri la..
koman2 ade tokoh mau ganti Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin..OVER2~



seterusnya barisan penerima 'SIJIL KASIH SAYANG'
surprise 6 kotak,mak ngah!...
hamik sorang sekotak..giler terharu aku..
tapi tak leleh,beb..aku kan macho..(T__T)

ustaz saiful...owh,mudah kata..epui~
nak tau rahsia hati beliau..igt fungsi tikus anda..
klik



nie abg norma..nope,mazuan..
da 4 tahun kita kenal ek?huish...
ye,saya lagi tua dari beliau..(^__^)
buktinya



IKHWAN,insan nie tak cakap banyak..
mungkin sebab masa tu aku ade depan die kot..
idea platonik ko, aku suka..
check out



abg cute?ahtoii..
pape je la..farhan..
ops,sori..da ade steady gf..owh,ingatlah orang yang tersayang..



yuhuUu..Mr.pegawai USM..
ENCIK Khairul Anwar..ENCIK K.A...
gurau kasar nampak..ngee~



maaf,encik..
itu keja ada sangkut sket...
lama pencen jadi s/u...har..har..har..




//============= tamat kisah geng kanak-kanak =============\\


datang butterworth 5hb..
kredit to mr.mazuan, jemput aku..plan c70..
sekali datang..woO..
okay,aku bukan wanita materialistik...NO worries~
tgu gak video cam + sepanduk A4..
mau ulang kisah silam??

stay umah cik laila..
cam biasa..da 3 tahun cik laila dan rumahnya sudi menerima aku..ewah~~
trimas,cik laila..
jasamu kukenang sampai bila-bila..

fasi..fasi..
kutip balik semangat yang hilang..
terima kasih buat korang semua..198 sukarelawan dan fasilitator..
wajah-wajah ikhlas menabur bakti..
bukti kasih sayang kt kmpp..
uiks,tolong kira bape kali perkataan 'kasih sayang' aku da taip??

maaf kalau tak ter respon..info clash..
nada suara kurang mendatar..pape lah~

ade lagi aku nak habaq..
banyak..biasa la,jiwa gadisss2..

next time ya!
amik sket2 dulu..(^___^)

-chOwchiNchaU-

== pLatonik ==

"jiwa manusia pada hakikatnya penuh dengan cinta.Ia harus memiliki muara yang menjadi labuhan cintanya. ku tak melihat seorang pun yang lebih mulia bagi emosi cintaku selain seorang sahabat yang rohnya menyatu dengan rohku..sehingga dengan sepenuh hati kuberikan cintaku padanya dan kuutamakan dia untuk menerima persahabatanku ini.." Hassan Al-Banna

p/s: miss u so much k.umi.(^^,) - SAKINAH -
p/s reply: miss u too,kinah.. - K.UMI -

[hakikat perjuangan: jalan itu tidak mudah..kadang-kadang aku juga lemah]