Bismillah walhamdulillah.
Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera.

Selamat hari Jumaat!
Pagi tadi ke Petaling Jaya, menyelesaikan urusan study yang sangkut hampir dua minggu.



Kalau geng electrical/electronic boleh jadi sangat familiar dengan NI nie. Mungkin komputer atau mekanikal ada jugak kot. Lain-lain bidang, saya kurang pasti..^^

Saya guna produk NI untuk pengumpulan data research iaitu software Labview. Takde official session pun untuk belajar application software, cuma tengok You Tube. Yang bestnya, berjaya dapat data. Yang tak bestnya, boleh dapat data tu sekali 'run' je. Lepas tu, 'error' melainkan saya restart laptop, baru boleh ambil semula data. Overflow error.

Beberapa orang saya jumpa dan tanya, semuanya tak boleh jugak nak selesaikan. Akhirnya, buka website NI, jumpa link 'Find your expert'. Buat temujanji dan selesai akhirnya hari nie.

Engineer NI branch Malaysia yang sangat 'welcome' dan membantu. Mesti la kan, kalau tak membantu segan jadinya..(^___^)

Alhamdulillah, tak sampai satu jam bincang-bincang, akhirnya dah selesai masalah. Thanks to Mrs.Sumayyah, Mrs.Aimi Liyana, Mr.Wai Toong dan Mr.Alan Bong.

Mr.Wai Toong promote stand-alone product from NI after technical consultation session

Sebenarnya NI ada menyediakan free technical consultation. Yep, free. Apatah lagi bila introduce yourself as a student, memang welcome sangat. Bagitau je kita ada masalah, diorang akan set up appointment. Lagi satu, sebenarnya engineer diorang yang akan buat visit ke tempat kita. Tapi sebab saya nak cepat kot, lama sangat sangkut dengan 'error' tu..geram pulak. So, pergi je kat ofis NI di Wisma Kemajuan, PJ. Lagipun, saja jalan tengok tempat orang..hehe..

InsyaAllah, next week boleh teruskan complete GUI dengan Labview, kemudian finalize hardware dan hantar untuk fabricate. Betul-betul kena kejar masa.

Satu, sebab baby nak keluar nanti antara hujung Disember-awal Januari. Dua, sebab next semester supervisor saya nak pergi oversea selama 6 bulan untuk buat post-doc. Masalah nak komunikasi dengan berkesan berbanding face to face. Harapnya, semester nie siap kumpulkan data dan siap analisis. Ada masa lebih kurang dua bulan. Tak rasa nak fikir sempat atau tak, cuma buat je. Doa selalu moga dimudahkan. Kawan-kawan doakan saya jugak ye.. :'-)

Kalau ikutkan, masa bersalin tu ialah masa cuti semester. Naik sem untuk next sem lepas habis pantang tu, insyaAllah boleh fokus writing/viva. Saya nak grad cepat-cepat. Boleh jadi surirumah sepenuh masa tak payah pergi lab dah. Jaga suami dengan baby je..Ngeh3. Boleh gittewww? :p

Takde la, saya nak kerja la pulak. Jeles tengok kawan-kawan dah kerja, kita nie dok kat kampus je lagi. Plan setakat nie.. Tapi tak sure, bila masanya tup2 further lagi ke..wallahu'alam. Mana-mana la yang dipermudahkan dan yang terbaik untuk masa tu nanti.

Ok, dah habis membebel..hehe.
Btw, kat kampus sekarang nie musim konvo dan musim PRK. Untuk postgrad, kedua-duanya tak semeriah atau tak meriah pun macam disambut ketika undergrad. Ambil tahu via fb, bagi semangat pun secara alam maya. Realitinya, nafsi-nafsi je kat lab tu.. (^___~)

Apa pun, semoga lancar segala-galanya. Perancangan dan perlaksanaan. Research ke, konvo ke, PRK ke, kerja ke..masa buat tu ingat niat dan bergantung harap pada Allah. Moga jadi ibadah untuk mendapat keredhaan di sisiNya. InsyaAllah.

Sampai di sini saja ye.. sekian, wassalam.
:)