Bismillah walhamdulillah

Tengah challenge diri menulis dalam tempoh sekejap (maksima 30 minit) dengan pengisian bermanfaat.

Err..sebenarnya tengah tunggu time nak lunch.
Lagi sekejap tulis, lagi cepat boleh makan.
Ye, itu yang paling sebenarnya..
Ehehe.. :D

Camne nak tulis bermanfaat nie ye?
Ermm..saya suka share cerita..pastu, fikir-fikir moral of the story.
Ok, deal.

Saya teringat situasi saya sejak beberapa tempoh kebelakangan ini.
Agak mencabar untuk saya mengawal emosi. Saya cepat untuk rasa nak marah, mudah rasa tak puas hati atau kuat mengkritik, tertekan, mudah risau dan ragu-ragu untuk perkara yang telah saya lakukan.."dah buat ke belum? bawa ke tak? paip air dah tutup? pintu kunci tak tadi?" dan seangkatan dengannya.

Sangat merimaskan sebab terasa berperang dalam diri. Akibatnya secara fizikal, saya sering sakit kepala yang berdenyut-denyut sambil terbaring petang ke malam. Mental? Fuh.

Dua hari lepas, saya cuba duduk bertenang. Terlalu lama rasanya saya begini.
Pen dan kertas di tangan.
Sebab antara cara saya release ialah dengan menulis, luahkan apa yang sebenarnya yang membelenggu saya, yang mengikat saya pada situasi negatif tersebut. Selepas menulis, saya bangkit. Rasa lebih lapang dan keluar rumah kemudiannya dengan 'muka rezeki' (err..muka senyum sokmo kata orang..(^^,))

Ini yang saya catitkan,

"Lebih tinggi pergantungan, lebih kuat menahan sakitnya apabila terjatuh. Lebih besar pengharapan, lebih besar kekecewaan yang bakal dihadapi. Hadiah sebuah teori dalam realiti. Tidak mengapa, sayang. Teruskan pembelajaranmu dalam sekolah kehidupan ini. Moga lebih tenang di masa mendatang"

Ada beberapa peristiwa yang berlaku dalam tempoh tersebut, saya tersedar di mana saya meletakkan pergantungan dan pengharapan tinggi kepada makhluk dengan lemahnya pergantungan dan pengharapan kepada Allah. Saya berharap yang itu dan yang ini, saya mahu begitu begini.. saya berharap pada makhluk. Apabila tidak tercapai itu yang membuatkan ketenangan terlempar jauh dari diri. Saya hampir lupa Allah jua yang menetapkan segalanya. Rabbighfirli..

Allah berfirman,

عَسَى أَنْ تَكْرَهُوا شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَكُمْ وَعَسَى أَنْ تُحِبُّوا شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَكُمْ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لا تَعْلَمُونَ
 
“Boleh jadi, kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah yang paling mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (QS. Al-Baqarah:216)


Lapang hati. Lapang jiwa.
Kembalikan semua pada Allah. 

Satu lagi mutiara kata yang dikongsikan oleh sahabat. Bertambah senyum saya bila membaca.

"Ada itu nikmat, tiada itu pun nikmat. Allah beri hikmah dalam setiap ada dan tiada"

Subhanallah.
Setiap yang datang pada kita, yang kita mahu, yang kita dapat atau kita tidak dapat itu ada hikmah, ada ibrah, ada pengajaran.

Kata-kata yang dipetik dalam sebuah novel yang pernah saya baca ialah Allah tidak pernah silap meletakkan takdir buat hambanya.

Bukan mudah mendidik hati..pujuk hati..kan? Terluka, kecewa..nangis-nangis.. tapi InsyaAllah boleh kerana hati itu fitrahnya suka pada kebaikan. Cuba dan terus mencuba dalam mujahadah. Pahit tapi akan ada kemanisan sesudahnya. :)

Eh? Alaa.. terlebih timing!
Hilang lapar bila membebel..hehe..
Ok, cukuplah setakat ini sahaja, berhenti dulu ye..
Salam.