[Quote]

Jika saya sayang....saya akan membebaskan dia terbang....


Dan

Jika saya sayang....saya akan selalu melepaskan dia pergi...

Sampai dia kembali semula ke sisi... 

~BuN.. jazakumullah...

Di kala aku dilitupi langit tarbiyah di samping sahabat-sahabat..
Ya, mungkin aku kuat.

Bila aku pulang, akanku bawa aku dan diriku..

Pastikah tetap kuat?

.:: take this ::.

Bila jiwa kita gelisah 
Tanda Tuhan murka, pasti ada dosa..
Bila mudah bermujahadah
Tanda ada rahmat Allah
Bersyukurlah kita kepadaNya..




cakna isu :: Perang pilihanraya kampus kembali! Pertama kali berpeluang menghayati watak pemerhati setelah 2 sesi hayun langkah berpayungkan gantungan kertas putih berwajah sendiri..penilai retorika..~





Bismillahirrahmanirrahim
Subhanallah..Alhamdulillah..Allahu Akbar..


Selawat dan salam ke atas Rasulullah s.a.w qudwah hasanah terbaik buat ummah sekalian alam..


1.0       STATUS GERAK KERJA SELESAI :

1.1       KAJIAN SOAL SELIDIK FKE
Kajian yang dilakukan ke atas 353 mahasiswa Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik bagi mengetahui situasi dan senario terkini fakulti dari aspek demografi, kebajikan, akademik, kepimpinan dan perpaduan. Sejumlah 319 cadangan dan aduan telah diterima dan telah digunakan bagi menyediakan kertas kerja cadangan penambahbaikan perkhidmatan dan kemudahan di FKE.

1.2       LANJUTAN TEMPOH GRADUASI BAGI MAHASISWA LATIHAN INDUSTRI TAHUN 4
Isu diajukan pada pentadbiran di peringkat fakulti dan UTM. Cabutan minit mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Universiti  bil. 1/2011 telah meluluskan permohonan graduasi pada semester pendek.

1.3       KUTIPAN DANA “BERSAMAMU AL-AQSA”
Kutipan dana ini adalah anjuran Jabatan Perhubungan Korporat dan Pengantarabangsaan Majlis Perwakilan Mahasiswa (JPKP MPM) UTM JB 2009/2010.Kutipan dana yang terkumpul adalah ke-3 tertinggi berbanding semua fakulti lain di UTM.

1.4      IFTAR MAHABBAH FKE 2010
Majlis berbuka puasa yang bertemakan “Ukhwah kian bersemi” diadakan di P16 pada 27 Ogos 2010 bersamaan 17 Ramadhan 1431 yang dirasmikan oleh Dekan FKE Dato’ Prof Ahmad bin Darus. Mahasiswa juga bekerjasama bagi menyediakan bubur lambuk sebagai juadah untuk berbuka puasa.

1.5      BEKERJASAMA DENGAN JURUTEK BAGI MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN FOTOSTAT
Pihak MPM telah berurusan dengan pihak pembekal yang menyediakan perkhidmatan fotostat.Seterusnya, JURUTEK menguruskan perkhidmatan fotostat di kiosk.

1.6      TEMPAT LETAK KENDERAAN ROSAK DI P16
Aduan penutup longkang rosak di tempat letak motor  P16 yang mengakibatkan kemalangan diterima. Aduan dimajukan, penutup longkang besi digantikan dengan simen.

1.7      MOHON UBAH KEDUDUKAN PAPAN KENYATAAN DARI PO7 KE P05
Kedudukan papan kenyataan di laluan menghala ke P07 yang bukan kawasan tumpuan mengakibatkan liabiliti pada kemudahan sedia ada. Permohonan dan cadangan  telah diajukan pada Timbalan Pendaftar untuk tindakan dan papan kenyataan diubah ke P05.


2.0     KERTAS KERJA YANG MASIH DALAM PROSES :

2.1  MESIN ‘RO WATER’                
2.2  BILIK AKTIVITI MAHASISWA                                             
2.3  LALUAN SUSUR GAJAH   
2.4  KIPAS DI P05                               
2.5  LAMPU DI WAKAF DATARAN FKE


Disediakan oleh,

UMI KALSOM BINTI MOHAMAD YUSOF
Ketua Fakulti,
Fakulti Kejuruteraan Elektrik,
Majlis Perwakilan Mahasiswa 2009/2010,
Universiti Teknologi Malaysia, JB.






..:: take this ::..

Isnin | 14 Februari 2011 | Pembubaran Majlis Perwakilan Mahasiswa 2009/2010
Tempoh perkhidmatan 28 Januari 2010 - 13 Februari 2011
T.A.M.A.T
Alhamdulillah..rasa macam terlepas dari ikatan tali yang menjerut diri lebih setahun..
ermm...
merdeka taklifan dunia..tunggu pertimbangan akhirat..

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya :”Ia (iaitu kepimpinan) adalah amanah dan di akhirat ia menjadi kehinaan dan penyesalan kecuali mereka yang mengambilnya dengan hak dan melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan di dalamnya.”


Ya Ghaffaar..~

Bismillahirrahmaanirrahim..
Alhamdulillah atas kurniaan rahmat dan rahimNya..
Salam ingatan buat kekasihNya yang dirindui oleh ghuraba' akhir zaman..moga kekuatan baginda menyampaikan dakwah buat umatnya dapat aku dan kamu contohi dalam menempuh hari ini dan hari mendatang..

Hari ini bermula dengan agak baik
sempat cover study techno, persediaan jangkaan kuiz jam 10 pagi..
persediaan cukup baik..
dengan breakfast kerepek ubi dan air mineral..cukup la tuh..alas perut sudeh..
memang aku tak bersedia membina keluarga..heh~

9.40 gerak ke sub, 
dengan niat cocOk duit..dan selesaikan sedikit tugasan..
Nak jumpa dR.Z di Pusat Kesihatan untuk bincang isu kebajikan,
call pembantu pemangku pengarah, Pn.Azi..ini katanya..
"maaf lah, semalam Dr dapat arahan dari NC untuk ke Pagoh, rawatan mangsa banjir untuk wakil UTM"
smile umi...
"esok pagi awak datang la.."
esok kelas straight 8 pagi sampai 1 tengahari,Puan dalam hati. 
" kalau petang?"
"petang Dr ada audit.."
keep smile..."hari khamis, puan?"
"free nampaknya..awak boleh cuba datang khamis..tapi telefon dulu lah ye.."
baik
dari hari isnin aku nak jumpa..khamis baru free..
-smile-
class time. 10am.
mula keserabutan bila projektor klas tak berfungsi
bila dr.J tulis QUIZ 1..keserabutan menghampiri dominan..
relax la,beb..kata da prepare..
arghh..cari total power..
pakai line current ke phase current??
dah kawan sebelah dok cuit2 plak..
sori, no service to plagiarisme.mau sound jak..
weehhh,aku xsiap lagi la! dalam hati
Serotonin totally distorted!

 Ada masa, setelkan tugas lagi..
isu sri putri henti operasi
"En.Fuad outstation"
jawapan aku terima dari selasa minggu lepas sampai selasa minggu nie
aku rasa dia bukan encik tau..
mungkin Tun Dato' Sri Panglima Fuad. 
tu yang outstation lama..
bila tanya isu henti operasi,
ye,betul ada..bila tanya arahan siapa, 
da pening..
tanya branch, branch suruh tanya HQ..
bila tanya HQ, HQ tak tahu..
abeh tu, penguatkuasaan arahan dari mana?
kasi simptom heart paralysis la wei.. 


2 petang
lab test..5 minit lagi check circuit..
tak concern pun..
aku terus ON power supply..
hamik!!berasap segala komponen..
camtu asap gak markah lab aku lesap..
"awak jangan ingat semua orang lab dapat A"
"minta maaf......."
sob..sob..sob...
kepala tengah serabut,beb..
mana dapat nak relax buat connection circuit..
aku tau nak siap je..
"saya memang tak boleh nak bagi markah nie"
"kosong ke,dr?"
"okey la..saya bagi 1..dah, boleh kemas"

keluar lab..ayaq mata pun sibuk keluar..
hampeh!
tersadai jap kt koridor P04..merenung nasib..
apa nak jadi nie....


..:: take this ::..

kadang-kadang aku berjaya..kebiasaannya juga aku gagal..
hari ini pengajaran..banyak yang harus diperbaiki.. aku juga bisa silap..~





Rabbi Yassir waLa tu'assir..
semat kukuh dalam hati
-aku takkan berhenti-

Dengan nama Tuhanku Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..
Tak pernah sedetik melupakan aku.. biar aku sering alpa, lalai dan leka dari mengingatiNya..
Salam ingatan buat Nabi Muhammad s.a.w contoh tauladan terbaik buat seluruh umat..
Biar tak pernah ketemu, moga Al-Furqan dan As-sunnah  yang menjadi pedoman ghuraba' akhir zaman ini menjadi asbab baginda mengenali kita di hari pertimbangan segala amal kelak.amin~

Alhamdulillah, aku berada di Melaka..kat sini sedara-mara belah mak..
orang Melakau..^_^
lama dah aku tak ziarah atuk dan nenek..
ye, aku je..
sampai nenek panggil aku 'Datin'..
ha.ha.ha.
kena sedas~

Alhamdulillah, semua sihat-sihat belaka..
cuma atuk, kini lingkungan usia 80 tahun..
life cycle as a human,rite..
dari seorang yang lemah..membesar menjadi kuat dan bertenaga..seiring peningkatan usia, beransur-ansur menjadi seperti awal kelahirannya ke dunia..realiti yang kita semua akan hadapi..
cuma sempat tak sempat tua je lah kan..

"Antara kamu ada yg dimatikan dan ada yg dipanjangkan usianya sampai terlalu tua sehingga dia tidak mengetahui lagi sesuatu yg telah diketahuinya.." [Surah Al-Hajj:5]

Subhananallah..Maha Suci Allah yang kewujudunNya tiada awal dan tiada akhir..
Aku pun tak tahu apa nasib bila usia aku sama macam atuk..
ade lagi ke takde aku menghirup udara bumi yang kian kotor dan tercemar
dengan tangan-tangan manusia..~

Aku berada di tengah-tengah putaran kehidupan,
Sihat bertenaga, kuat seperti TIGER..
tapi aku tak mengaum..
sebab aku kan ayu lagi sopan....=)

Walaupun kira-kira di akhir taklifan sebagai MPM,
tugasan dan isu yang timbul tak pernah berkira peringkat tempoh sesi kepimpinan..
awal perlantikan, tengah mahupun akhir..
lenjan dan pastinya menagih penyelesaian.

InsyaAllah, semampunya aku dan juga sahabat-sahabat yang memegang proksi melaksanakan amanah yang sama-sama masih terpikul di bahu nie..
Isu bas di Sri Putri, bantuan kewangan,
laporan akhir dan pembentangan soal selidik fakulti,
dokumentasi fail..dan segala jenis perancangan yang menanti perlaksanaan..
plus tugasan akademik..

teringat luahan penyataan 'kami-kami' di kala tensi mula menguasai...
''kita bukan mahasiswa..sebab tu kita xde PSM, xde kuliah, xde assignment..''
haha..tagline yang bergema di pejabat MPM@SUB..
akan ku kenang~

Update isu : 
Mohon terus doakan keselamatan dan dimudahkan segala operasi menyelamatkan sahabat-sahabat dan seluruh rakyat Malaysia yang berada di Mesir. Jika mengikut perancangan Operasi Piramid telah bermula sekarang dan memakan masa kira-kira 4 hingga 5 hari untuk memindahkan semua yang terperangkap di sana ke Jeddah.

Sepanjang perjalanan pulang ke Melaka, memang jelas kesan banjir merata-rata tempat..ada kawasan yang belum surut air sampai masuk rumah, tanaman rosak..sungai melimpah lagi tak payah kata..tapi menurut khabar berita banjir kali ini tak la seteruk tahun 2006 berdasarkan kerosakan yang berlaku.

Bagi mahasiswa UTM, sesiapa yg berminat menjadi sukarelawan membantu mangsa banjir sebelum & selepas pemindahan banjir sila hubungi En Rashid Bin Rahup (Penolong Pendaftar HEMA)
di FBnya Uda Acit SEGERA melalui inbox:berikan NAMA, NO.H/PHONE, KOLEJ & LOKASI SEMASA (kampung/kampus).Khidmat Anda diperlukan. 

- DARI MAHASISWA KEPADA MASYARAKAT-

Ujian Allah turunkan, ada petunjuk yang Dia nak bagi, jentik hati..sama-sama muhasabah..~

..:: take this ::..

I never thought that I could feel this power
I never thought that I could feel this free
I'm strong enough to climb the highest tower
And I'm fast enough to run across the sea

Cuz there's just no turnin back
When your heart's under attack
Gonna give everything I have
Cuz this is my destiny

I will never say never 
I will fight till forever

Part of song : Never Say Never (Justin Bieber)

- Tarbiyah 'Amilin -
Harus Kuat, Kuat dan terus Kuat. demiNya!