Dengan nama Tuhanku Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..Selawat dan salam buat Nabi Muhammad s.a.w, keluarga, sahabat dan seluruh umat yang mencintai baginda..=)

Muhasabah semula selepas lebih 2 minggu berada di Penang,
Bagaimana dapat aku katakan perjalanan ini ya..?
Puas aku fikirkan dan ini sahaja yang dapat aku terjemahkan..
sendirian
ye, tepat sekali..
sendiri2..

Merempit sendiri2..jalan sendiri2..
Makan sendiri2..
Paling menyayat hati..
Solatku juga lebih banyak sendiri2..
Subuh, zohor, asar, maghrib, isya'..
Rugi!

Teringat rumate comot..
Makan same2..solat same2..
Baca ma'thurat same2..rempit same2..
Lepas solat jugak selalu jadi sesi "sharing is caring"..
Perempuan betul perangai..
Tapi rumate comot tetap tadah telinga dengar bebelan aku..
Plus lawak aku yang tak berapa cool tu..
Rumate comot,
Minta maaf ye buat sesak telinga kamu..
Terima kasih rumate comot..
Saya sangat menghargai kehadiran kamu..T_T

Betul2 tensi hidup serupa 'hilang dalam ramai nie'..
Indahnya bila ada sahabat2 ada di sisi, tak mungkin aku sendiri2 seperti ini..

Spoil mode :: Over expose feeling plak ko,umi..bosan betul...~

Twist mode :: Sila menjadi dewasa.

Alhamdulillah, inilah peluang-peluang platinum untuk aku..
Peluang uji diri..peluang bina diri..
Peluang tingkatkan siasah dan sahsiah diri..
Solid memang aku dengan diri aku..
Dan pengharapan aku, kekuatan aku..
Semua aku sandarkan pada Dia..
Yang Maha Bijaksana mengaturkan laluan hidupku ini..

Teringat perkongsian bersama sahabat satu masa dulu,
Kita kan pasti diuji pada titik lemah dalam hidup kita..
Supaya kita tegar bertahan, supaya kita terus ampuh berjalan,
Supaya kita jadi lebih kuat, gagah dan perkasa..
Masih mampu senyum biar dalam tangis..~



 .:: note this ::. 



“Dan Dia (Allah) yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman).
Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka.
Sesungguhnya Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.”
(Surah Al-Anfal : 63)

Bina jaringan ukhwah di utara pula
Siapa tahu mungkin ramai lagi insan seperti "rumate comot" kat sini?

^_^

- refuse to stay alone -

Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah..
Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w dan sekalian umat yang menyintai baginda.

Memusatkan minda pada ilmu logik dalam hukum fizik yang sedia tersimpan seusia mengenal imu sains rasanya seperti meneguk masinnya air laut di bawah panahan mentari, takkan pernah puas.Lubuk inkuiri ini bila diumpil keluar rasanya sangat mengujakan hanya dengan kalimat 'KENAPA'. Engineer knows everything about something.. pastinya dalam limitasi seorang hamba ciptaan Sang Khaliqnya..=)

Latihan industri bagi aku 3 matlamat :
1. Exposure to real work environment. Ada rasa salah pilih kos? totally NO. This is my First Choice.
2. Projek Sarjana Muda. Unit fisioterapi mungkin banyak membantu aku.
3. Dapat kau terjemahkan teori pekerja-pekerja yang bekerja untuk menegakkan Islam?


Kenapa orang suka tanya kenapa aku jaauuhhh sangat ke utara..aku tak faham btoi depa nie..tak jauh pun utara selatan malaysia nie kan..biaq puas hati nie jawapan standard aku..membuat kacau sepanjang Minggu Pengurusan Pelajar Baru (MPPB) KMPP 2011/2012. Bukan takat jawapan ja, memang btoi pun.. Jumpa geng2 lama..tak tau la nak terang lagu mana..tapi insyaAllah, kot mana pun aku turun jugaklah..sebab bila aku balik semula ke KMPP aku rasa macam 'recharge'.. kembali bertenaga. I am alive.

.:: nota ::.

- Bukakan mata hatiku melihat hikmahMu di sepanjang perjalanan hidupku -

Bismillahirrahmaanirrahiim
Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah..
Segala puji-pujian buatNya..Maha Agung..Maha Perkasa..
Maha Adil lagi Maha Bijaksana menetukan takdir buat sekalian makhluk ciptaanNya.
Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w, kekasihNya yang terpilih juga qudwah hasanah buat ummat hingga akhir zaman.

Menghadap laptop sambil menghirup angin utara, petang bawa motor dikelilingi kenderaan nombor plat 'P'..kiri kanan sawah padi..sana sini dengar 'hang' 'depa'..dan paling penting aku kat rumah Cik Laila..memang confirm aku dah ade kat Penang!..^_^

Agak lalok..last paper semalam masih di JB..
Rushing clear all the stuff and go back to KL..within 12hours arrived at home baiti jannati for 'minta restu' then tayar bergolek from Pudu-Butterworth and now i'm in here..once again, Penang.
Alhamdulillah~

Tarikh2 camni jadi adat dah, tengah lepak ngan taiko2 mppb..
Sifu besar En.Yus bersama supporter terbaik Cik Laila..
Mamu, ikhwan, epul dan sangat2 rindu mau ketemu cik kembar kak chik..

Hari ini, aku berada di tempat yang sama..
Tapi tiada mereka seperti 3 tahun sebelum nie..
Mungkin bukan hari nie, mungkin hari lain yang akan datang bila masing2 berkelapangan..
Insyaallah, jumpa..
Adat jugaklah kan, detik yang berlalu..
takkan pernah sama dan ada perubahan dalam kehidupan yang nak tak nak mesti kita tempuhi dan terima dengan berlapang dada..=)

Insyaallah, 16 Mei aku akan mula menjalani latihan industri di Hospital Seberang Jaya.
Aku tak pasti lagi skop kerja yang akan diberi tu macam mana..
yang pasti serupa technician..har3..
Seram aku bila teringat kisah letup2 komponen kat lab..
Nak baiki mesin2 tu camne gaya pulak kan?
Slow2,umi..belajar...jangan segan bertanya..
Based on subjek clinical engin, mungkin keje2 aku nanti all in all repair medic equipment,
inspection, breakdown maintenance, PPM..tak dilupakan untuk sentiasa mengekor supervisor yep!
Kaut sebanyak mungkin peluang dalam menuntut ilmu nie..

Consession company untuk keje2 hospital support service kt tempat LI aku nie ialah Healthtronics (M) Sdn. Bhd.Serba sedikit background company yang dapat aku kongsikan dari sini


Healthtronics (M) Sdn Bhd, a well-established Malaysian based Biomedical Engineering company, subsidiary of Faber Medi-Serve (M) Sdn Bhd (FMS), the largest integrated hospital support service provider in Malaysia. Healthtronics (M) Sdn Bhd is an ISO 9001:2000 certified organization that provides comprehensive biomedical equipment maintenance and management services to over 100 hospitals in the ASEAN region for the past 10 years. Its customer base includes government and private hospitals in Malaysia, Vietnam, Brunei, Philippines and very recently the United Arab Emirates.


Pernah dengar Radicare yang ada kebanyakannya di hospital belah2 KL atau Lembah Klang?
Lebih kurang function depa nih..cumanya company tempat LI aku nie kontrak kat negeri belah2 utara Semenanjung sahaja selain Sabah dan Sarawak..
Setahu aku ada 3 consession company yang dapat kontrak dengan tujuan yang sama mengikut kawasan di hospital-hospital seluruh Malaysia..
tapi aku masih keliru sket dengan maklumat2 company nie, so later aku update..

Plan esok, survey tempat LI dan biasakan jalan-jalan area Bertam nie..In the name of Allah, get ready~

.:: Nota Buat Kamu ::.

Buat sahabat-sahabat, kawan-kawan dan teman-teman yang LI
All the best!
Jaga iman, jaga hati, jaga diri.

Buat senior-senior yang bergraduasi dari Universiti Tarbiyyah Malaysia
Selamat menabur bakti
Moga bersinar bak mutiara di perlimbahan

Buat Majlis Perwakilan Mahasiswa 2010/2011
Selamat menghayati erti 'campus stay'!

Buat yang full time cuti
pandai2 hang la nak hidup camna
Janji tau nak jawab apa bila Sang Pencipta makhluk masa tu persoal hang buat apa


- Buat aku -


- Sayang diri dengan patuh dan tunduk dengan kemahuanNya dan tinggalkan yang dilarangNya -

( ^___^ )

Bismillahirrahmaanirrahim..
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Selawat dan salam buat Nabi Muhammad s.a.w dan sekalian ummat yang mengasihi baginda

Alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah

Halwa telinga bersama sedikit perkongsian lirik yang membuat aku 'repeat track' sejak malam tadi untuk kesekian kali yang tak terkira..


 1- Aku Hamba - Mawaddah

"Ke mana pun aku pergi, aku disambut oleh kebesaranMu..
Ke mana pun jua aku menghadap, aku disapa oleh kasih sayangMu..
Wahai Tuhan, berikanlah rahmatMu selalu,
Agar aku tetap dalam redhaMu, mengutip pahalaMu..
Di waktuku bersalah, Kau maafkan aku.."



2- Amani - Amar
"Kau kusanjung kerna pengorbanan, bagai puteri di kayangan..
Tika ku lesu hadapi hidup, kau hembuskan nafas semangat..
Penawar hati.."



3- Give Me Some Sunshine - 3 Idiots Soundtrack
  
"Give some sunshine, give me some rain..
Give me another chance so i wanna grow up once again.."


Mengapa?

i.n.s.p.i.r.a.s.i

Titik.


 .:: Nota 2/5 Baki Paper ::.

1. Hiburan itu tidak salah, hanya manusia yang salah memilihnya.

2. Inspirasi bagai satu nafas buat menyambung nyawa. Ketika jiwa terduduk pada tingkat terbawah.

3. Mahu lawat sahabat kemalangan dan berita terakhir masih koma di HSA. Doakan sahabat aku diberi kesembuhan. Hidup ini penuh kejutan dan macam-macam, bukan?
Berimanlah dengan ketetapanNya.



Bismillahirrahmaanirrahim..Alhamdulillah, lafaz syukur tak terhingga buat Rabbul'Izzati yang sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong atas segala nikmat dan ketentuanNya yang memudahkan segala urusan kita pada hari ini..
Selawat dan salam buat kekasihNya Nabi Muhammad s.a.w, keluarga, para sahabat dan sekalian ummat yang mencintai baginda..

Alhamdulillah, temujanji 8.30 pagi untuk bertemu dengan Encik Mus (Timbalan Pendaftar FKE) dapat dipenuhi. Tujuannya untuk aku serahkan laporan akhir kajian 'Mahasiswa Sejahtera' yang telah dilakukan  ke atas 353 responden dari kalangan mahasiswa yang mengikuti pengajian Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik yang dikelolakan oleh MPM dengan kerjasama Jurutek bagi sesi 2010/2011.

Laporan ini merangkumi 5 bahagian :

  • Bahagian A : Demografi
  • Bahagian B : Kebajikan
  • Bahagian C : Akademik
  • Bahagian D : Kepimpinan
  • Bahagian E : Perpaduan
Bagi setiap bahagian Kebajikan, Akademik, Kepimpinan dan Perpaduan turut disertakan perbincangan masalah dan cadangan mengatasi untuk perlaksanaan mengikut kesesuaian semasa.

Aduan dan cadangan yang diterima melalui edaran soal-selidik kajian ini adalah sebanyak 319 dan telah aku kategorikan mengikut bahagian tertentu. Seterusnya, menimbulkan inkuiri tahap tinggi aku siapa sebenarnya 85 % mahasiswa yang sama sekali tidak pernah membuat aduan atau cadangan berkenaan fakulti.

Jumlah 353 responden mungkin menjadi pertikaian kerana terlalu sedikit berbanding 1610 jumlah keseluruhan mahasiswa yang mengikuti pengajian Sarjana Muda di fakulti. Baiklah, bagi menentukan jumlah responden dengan 95% confidence interval, aku telah merujuk kepada ini ;

Robert V.Krejcie, Daryle W.Morgan  Determining Sample Size For Research Activities EDUCATIONAL AND PSYCHOLOGICAL MEASUREMENT

Bukan mahu-mahu saja aku meletakkan jumlah responden atas kajian yang menelan masa ini. Semua harus diteliti dan harus dilakukan dengan hati. Tak dinafikan aku hampir terhenti di pertengahan, stuck almost give up..terima kasih bagi yang meneguhkan kembali pasak kekuatan. Alhamdulillah.



Selesai berjumpa En.Mus dengan beberapa kata sepakat hasil perbincangan, terus naik ke aras 3 bangunan P02. Tak mahu bertangguh, cuba mengatur sekali lagi perjumpaan bersama dekan yang telah tertangguh dua kali sebelum ini. Alhamdulillah, jam 3petang nanti dekan berada di pejabatnya.

Mengisi kelompangan masa, diskusi bagi subjek Pengurusan Kejuruteraan mengambil tempatnya di Kolej 9 sebagai persediaan peperiksaan akhir pada esok hari 7 Mei 2011. Bersyukur, diskusi berkumpulan memang sangat membantu kefahaman. Alhamdulillah.

Makan, solat, tertidur. Ya, tertidur. Jam 3.15 petang aku terpacak mengetuk pintu pejabat dekan.
"Argh,aku lewat!.."
-teruk-

Bagi salam, duduk, mukaddimah kata dan menghulur laporan kajian sama seperti yang aku sampaikan pada En.Mus pagi tadi. Huluran disambut dan diletakkan di tepi meja. Tiada ulasan. Yang ada kata-katanya ini ;

"Saya memikirkan tentang penubuhan Jawatankuasa Siswa-Staf dan minta tolong untuk awak hantar nama student yang evaluated untuk diletakkan di bawah jawatankuasa ini dari kalangan MPM, Jurutek, IEM, IEEE, GOP dan mana-mana lagi perkumpulan student di bawah fakulti.."

Perjumpaan ini telah menyimpang dari tujuan asal dengan sangat jelas. Setelah hampir 1 jam berbincang mencirikan penubuhan jawatankuasa, perkembangan fakulti, geran penyertaan pertandingan, GOP, respon EAC, sumbangan alumni, trend mahasiswa yang semakin mandom dalam kurikulum mahupun kokurikulum, akhirnya dalam 5 minit terakhir laporan kajian itu disentuh juga oleh prof.

Tak mengapa, sekurang-kurangnya ada dari tiada. Jawatankuasa itu dan segala isi perbincangan sebelum 5 minit itu lebih penting. Penghujung kata insyaaAllah, aku sedia berkhidmat semula.

Aku membayangkan cuti semester ini juga terisi.Tak perlu istilah "campus stay" sebagai perasmi. Lanjutan cuti hingga awal September sedikit pun tidak mengubah apa-apa. Segalanya-galanya sedang menunggu waktu, penuh perancangan.


 .:: Nota-Out-Silibus ::.

"Mengapa waktu itu yang ditunggu, sedang waktu itu sendiri tak pernah menunggu?"

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud
"Sebaik-baik manusia ialah manusia yang memberi manfaat kepada orang lain"

sesungguhnya aku belum cukup baik untuk memberi yang terbaik
cuma
aku akan usahakan yang terbaik untuk memberi
dan sesungguhnya
niat aku mahu menyepikan diri tidak diberkati






Bismillahirrahmaanirrahiim..

Subhanallah..alhamdulillah..Allahu Akbar..
La ilaha illa anta..subhanaka inni kuntu minazholimin..

Selawat dan salam buat Nabi junjungan mulia s.a.w..buat keluarga, sahabat-sahabat dan seluruh umat yang mencintai baginda..

Menerjah ruang rasa :

C.e.m.b.u.r.u











Seseorang perempuan tu..
Sangat baik, lemah lembut..pandai memotivasikan orang lain..
Bijak, orang lain semua senang dengan dia..
Bab2 agama pastilah..dalam tangan untuk dizahirkan dengan amalan je..
Pertama kali tengok pun, rasa nak tengok je lagi..
Sejuk mata memandang orang kata..

Aisey, kalau lelaki mungkin mau baitul muslim dah..
kalau perempuan macam aku tengok..
ye, cemburu..
kontra mungkin aku dengan si dia..dia..dan dia...
sangat..=)

Belek-belek 'love letters'..aku jumpa ayat nie..


Dan janganlah kamu iri hati terhadap kurnia yang telah dilebihkan Allah kepada sebahagian kamu atas sebahagian yang lain. [Kerana] bagi lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan bagi perempuan (pun) ada bahagian dari apa yang mereka usahakan. Mohonlah kepada Allah sebahagian dari kurnia Nya. Sungguh, Allah Maha Mengetahui segala sesuatu. [An-Nisa' : 32]

Subhanallah, ayat-ayatNya selalu menjadi ubat paling mujarab merawat hati..

Kurniaan Allah itu atas setiap apa yang kita usahakan..
Setiap yang menyenangkan itu dari Dia juga kan..
Mungkin si dia..dia..dan dia..sudah terlalu banyak usahanya..
Tinggi mujahadahnya..
Sangat menjaga amalannya..
Jaga adabnya, jaga kata-katanya, jaga hatinya..
Jaga hubungan dengan Allah, hubungan dengan ibu bapanya, orang-orang sekelilingnya..
Dengan segala-gala yang terjaga..
Selalu muhasabah kesilapan dan sentiasa memperbaiki dirinya..
Maka, jadilah dia sebagaimana dirinya itu..

dan aku tetap..cemburu!

.:: Nota Hati Yang Masih Cemburu ::.

 Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : 
“Rasa cemburu ada yang disukai Allah dan ada pula yang tidak disukai-Nya. Kecemburuan yang disukai Allah adalah yang disertai alasan yang benar. Sedangkan yang dibenci ialah yang tidak disertai alasan yang benar.”
(Hadis riwayat Abu Daud)

Aku mahu seperti si dia..dia..bahkan dia..

 sungguh..

 aku masih tetap cemburu  


 dan mudah-mudahan saja cemburu ini benar alasannya..

Dengan nama Allah Yang Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani
Selawat dan salam buat Rasulullah saw, rasul ulul’azmi pembawa risalah demi kesejahteraan ummat

Layar hitam putih, flashback tika beruniform putih berkain hijau.

Tiramisu 1 :: Upin 1 & Upin 2

 Senyum-senyum..
“Kak Umi dengan kak Syarifah..duduk kat sini kejap boleh..kitorang nak bagitau sesuatu ni…”
Aku dan Syarifah berpandangan serentak jawab..”ok”
“Boleh tak nak jadi adik angkat akak?”
Aku dan Syarifah sekali lagi berpandangan..

“perlu ke…?”
Sedikit kejujuran yang menghampakan di situ.

Tiramisu 2 :: Upin 3

Bila ko-op buka..
“Akak, nah..ambil la nie..saya belanja akak..”

Bila exam..
“Akak, nah..”..kad buatan tangan diutus dengan kata-kata semangat

Bila jauh, panggilan telefon dengan gelombang ini
“Akak rindunye..”

Bila orang lain tengok..
“Dia minat ko eh..adik angkat ke?”

Blur.


Tiramisu 3 :: Upin 4 

“Boleh tolong bagikan surat nie?..terima kasih..”
Esoknya..
“Nah, dia bagi surat nie..”

Surat berbalas surat.
Surat tertulis biodata diri..nama, tarikh lahir, tempat lahir, makanan kesukaan, minuman kesukaan..dan segala profile diri tahap PMR.

Maksudnya, diterima untuk di’angkat’kan?



..*..*..*..

(Tiramisu 1+Tiramisu2+Tiramisu3) x TingTong Yang Lain = Turun Kelas + Keluar Hostel

..*..*..*..



Agak la..sedikit nakal..sedikit jerr..
Camtu la sket2 jugak kisah aku..
hampir 6 tahun yang lepas..dah lame gak~

Boleh buat stori, tapi UNIC dah mendahului props SAMTEN dengan telemovie C.U.D.I.P.T..
(See U d‘ IPT-jumpa kamu di IPT)..cari la kalau mau..


p/s : Kumpulan UNIC@samten ketika penggambaran CUDIPT.
Gambar sedikit jambu. Ehsan google image.

Baru balik dari walimah Ummi Su di Gelang Patah sebenarnya.
Naik kereta berlima.Meriah!
Tiramisu adalah salah satu siri kemeriahan kami dalam kereta tadi.
Gembira sekali-sekala mengenang zaman sekolah
Sindrom menghampiri usia emas..~

Terima kasih pada yang pernah hadir dalam kisah semalamku
Yang membuatkan aku tersenyum hari ini
Bila aku terkenangkan kalian...^_^

.:: Nota hujung post ::.

Aku tak mau curang dengan 6 orang adik kandung yang perlukan kasih sayang dan perhatian tak berbelah bagi aku tuh..cewah~

Baik aku sayang adik-adik aku dari aku sayang adik orang.

Kalau dah adik orang nak sayang aku, what to say...
ehemm...well~

Aku tak faham apa perlunye term2 tu semua..
Tak minat term 'angkat-mengangkat' nie..sori~
Tapi apa salahnya berkasih sayang..kan?





Cuma bila cross gender tu yang masalah..
Kebaikan dan kejahatan pemisahnya jalur yang halus amat.
Takut tak ternampak.
Kalau nak jugak, pegi kawen je lah.
lalala~


- owh,comotnya! -