Setiap manusia menginginkan kebaikan dalam menjalani kehidupan di dunia
Meskipun apa yang diinginkan hanyalah impian..

Sabtu | Tidak bekerja | Masa Terluang
Sekian banyak perkara yang berlaku..
5 S
Untuk diri sendiri..=)

Barangsiapa tidak mampu mendidik dirinya, dia tidak akan mampu mendidik orang lain- Pujangga

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..
Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar..
Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w juga buat sahabat-sahabat dan seluruh ummat yang mengasihi qudwah hasanah pembawa rahmat sekalian alam ini.

Create message :
"Kuntuman mahmudah bukan boleh dipetik sehari dua..biarlah ia sentiasa subur dalam dirimu meskipun sedikit darinya..Moga dipermudahkan urusan dan dilapangkan hati menghadapi hari ini juga hari mendatang.. Senyum selalu..=) "

Mark numbers - sent - delivered - done!

Beep..
1 new message..2 new messages..3, 4, 5..
Okey, biar la dulu..

Opening messages :

"Tq, umi..aku tak pergi kerja hari nie..on the way balik rumah..nenek aku nazak..mohon doa dipermudahkan semuanya"

"Thanks ye atas kata-kata anda.huhu. Hari ni cuak kot. banyak soalan yang engineer tanya. nanti kena present pasal projek"

" Moga dipermudahkan juga segala urusan cik umi kalsom. My umi masuk wad lagi, tolong doakan yer"

"Terima kasih..hari nak hujan. Melengung dalam ofis la jawabnya harini"

"Nie buat kak senyum"

"Umi, jom join progam khidmat masyarakat aku"

Okay, don't need to reveals all..^_^
Sebenarnya, selalu je buat kerja-kerja macam nie..message send to many..
Motif?
Saling ingat-mengingatkan and the way to keep'in touch among the person that came into my life..

Apa yang aku terfikir dari respon mesej asal yang aku copy-paste-edit dari Bun Comot buat sahabat-sahabat aku semuanya ialah SYUKUR, SABAR dan REDHA..

Situasi aku, duduk atas kerusi..dalam air-cond..bosan takde kerja..berangan dapat balik rumah, boleh ada masa lapang, taip mesej..lepak-lepak je..
Dalam masa yang sama, sahabat-sahabat aku nie.. ada yang dalam kesedihan, cuak, risau, gembira..Satu detik yang menghimpun segala rasa..

Kalau masa nie kita rasa susah, sebenarnya ada yang lagi susah dari kita..
Kalau masa nie kita rasa sedih, sebenarnya ada yang lagi sedih dari kita..
Kalau masa nie kita rasa risau, orang lain ada perkara yang lagi merisaukan dari kita..
Bila masa nie kita rasa letih dan mengeluh dalam menghadapi hidup, sebenarnya ada orang yang lagi letih, lagi lelah.. Berjerih-payah dan mungkin tercungap-cungap dalam kesempitan bagi meneruskan kehidupan ini..

Ada juga yang tenang, ceria, gembira..
Alhamdulillah, kita raikan bersama-sama.. mudah-mudahan segala rasa yang menyenangkan itu dapat juga kita rasai mengalir dan mewarnai hidup kita..

Memikirkan tentang manusia memang tiada penghujungnya kan?
Cuma buntu..Maka, serahkan segala-galanya pada Dia..
Biar kita jauh terpisah,
Doaku buat kalian sentiasa mengiringi..
Moga sentiasa dalam rahmat dan pelukan kasihNya..


Bismillahirrahmanirrahim..selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w juga buat semua ummat yang menyintai, merindui, mengasihi bahkan sedaya upaya menyandarkan amalan atas sunnah baginda.Mudah-mudahan mendapat syafaat bersama rahmatNya..=)

Kami semua sudah bersurai..
Minggu Pengurusan Pelajar Baru 2011/2012 (MPPB 11/12) tamat.
PST PDT.
1st intake sudah, 2nd intake sudah.

Ada sayu ada rindu..
Ada gembira, ceria dan syahdu..
Ada tangis, ada tawa..
Ada..ada..ada...
Argh!..semua ada....maaf, aku tak terluah..

Alhamdulillah, tercapai hajat aku untuk join celup-celup mppb kali nie..
Jadi tukang buat kacau untuk tahun ke-4 berturut-turut..
Alkisah, hajat untuk mendapat 'sijil kasih sayang' tetap tak kesampaian.
Tak dapat adik jugak kali nie..sob3
Takpa la, janji hajat nak jumpa SEMUA 'kapla2 yang kacau' tercapai..
tak faham?takpa jugak..tak penting..

Habis mppb je,
Camni la jadinya..setiap tahun..
Macam apa ya..macam-macam la..
U.n.D.e.F.i.N.e.D

pastinya sesuatu yang indah..
kalau tak, takde la bertahun-tahun aku buat-buat sibuk kan..=)
kalau tak, takde jugak la aku sanggup bertukar siang dan malam..

Aku kesiangan..
~ini ketika di bilik OT (Operation Theatre) HSJ


Ke'malam'an bertukar..ting2!
~ kmpp

Sanggup!
Itu pun bila tak terpengsan dan ada 'jemputan' la..
Nak buat kacau pun, biar sistematik..hehe..

Istimewanya mppb kali nie apabila tertubuhnya Jawatankuasa Alumni KMPP.
Tak datang meeting pun naik nama, kena buat bantahan nie..=p

Perkongsian dan makluman Jawatankuasa Alumni KMPP yang telah dibentuk.

Presiden : Mohd Khairul Anwar
Timb Presiden : Umi Kalsom Yusof
Naib Presiden 1 : Nor Ma
Naib Presiden 2 : Afiah A. Aziz
S/u : Hafeedz Hurairah Shahbani
Naib S/u : Nur Amirah
Bendahari : Kak Intan Liana

Sila klik nama untuk pautan ke facebook ahli jawatankuasa.
KMPP 10th Year Reunion juga telah dirancang..Ahli jawatankuasa pelaksana juga telah dilantik..
Insyaallah, plan A tarikh yang disepakati bersama adalah 10 September 2011.
Alumni KMPP -ori-, sedia untuk bergabung!

Doakan segala perancangan dipermudahkan dan terlaksana agar manfaat dapat dirasai bersama.



.::   nota rancam   ::.

Aku dah kata..macam-macam kan?
Semalam berpisah, hari nie dah teringat-ingat..ops~

Semoga pertemuan ini pertemuan yang diberkati
Dijauhkan dari segala masalah hati
Ada 'ibrah, ada hikmah
Yang dapat dilihat, dirasa dan dikongsi
Sampai akhir nanti..




-Ukhwah itu indah bila bertemu dan berpisah kerana Allah-
KMPP DI HATI

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..Selawat dan salam buat kekasihNya Nabi Muhammad s.a.w, keluarga, sahabat dan seluruh ummat yang mengasihi baginda hingga akhir zaman..

Berpagi2 ini aku mengeluh..
Tak lagi menghadapi 'manusia senyum'...
Manusia berterima kasih, menghargai, memaafkan, sudi menerima bahkan sedia memberi..

Berpetang2nya pula..
Worse, almost overlimit..
Manusia yang sering menyakiti manusia..
Alasan tak mampu untuk menghadapi 'minah conquer' (?)..
Cuma mengaburi berontak hati sebenar..

Buntu memikirkan..
Ahh..manusia!

Bertemankan Blackforest 1 bar..
Bersila di wakaf taman terapi hospital seberang jaya..
Membebel bersama teman dengan sistem pesanan ringkas..
Mohon pandangan..
Dan akhirnya buntu juga~

Bersama saki-baki rasional yang ada,
Berseorangan jua menjamah makan malam di kantin..
Maghrib,umi.. Ayuh...
Pedih benar mata ini dihembus angin petang..
Terlalu banyak bekerja keras mungkin..
T_T

Teruskan perjalanan..ke mana hala "pulang"?

Indah hari ini tak seperti semalam..kerana lebih indah..
DiizinkanNya aku menjejak di Masjid At-Taqwa di Kepala Batas ini..
Pertama kali..?
Ya, pertama kali..
Nah. hikmah berpagi-pagi dan berpetang-petang yang haru-biru itu..
Rasai nikmat jiwa dingin kembali hangat dengan ingatan-ingatanNya..




Di sini aku tidak seorang..
Di sini aku jumpa manusia senyum..
Mereka saling menyapa dalam wajah ceria..
Wajah gembira dalam tertib..
Silaturahim berpasak aqidah padaNya..
Aku lihat sedia memberi itu ada..
Begitu juga sedia menerima..
Tidak menyisih, tersisih mahupun disisih..
Aku turut disapa mereka dan ukhwah dapat kurasa bertaut mesra..
Indah..




Subhanallah..
Hati gundah resah hilang..
Seorang aku kini terasa hidup dalam ramai..
Buntu pagi petang jadi pemula bagi yang indah ini..

Rutin harian lebih membahagiakan diatur semula..
Syukur..
Aku tersenyum-senyum kembali..
Senyuman dari hati..
^_^

p/s : terima kasih pada yang sudi mendengar bebelan aku..pagi ada..petang ada..petang lagi pun ada..teruk betul..okey, "gua tak kesah"~


 .:: nota  (^_^) smiley ::.

"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya dari pada urat lehernya"
[Surah Qaf :16]

Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata:
“Rasulullah saw. bersabda: Allah Taala berfirman: Aku sesuai dengan persangkaan hamba-Ku terhadap-Ku dan Aku selalu bersamanya ketika dia mengingat-Ku. Apabila dia mengingat-Ku dalam dirinya, maka Aku pun akan mengingatnya dalam diri-Ku. Apabila dia mengingat-Ku dalam suatu jamaah manusia, maka Aku pun akan mengingatnya dalam suatu kumpulan makhluk yang lebih baik dari mereka. Apabila dia mendekati-Ku sejengkal, maka Aku akan mendekatinya sehasta. Apabila dia mendekati-Ku sehasta, maka Aku akan mendekatinya sedepa. Dan apabila dia datang kepada-Ku dengan berjalan, maka Aku akan datang kepadanya dengan berlari.”

Indahnya ayat-ayat cinta ini...
Pandainya Dia pujuk hati kita kan...=)