Bismillahirrahmanirrahim, selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w pembawa rahmat sekalian alam..
[[ Umpan-umpan ]]
Sekali berjumpa, bijak menggodam sistem mendapatkan fon number..sms..meluahkan rasa hati..
"Tak tahulah kenapa saya suka awak, macam ada tarikan.."
Selalu memerhati, kemudian berani mendekati..sempat bernotis pada kepingan kertas kecil ..
"Ini facebook saya dan no telefon saya..contact ye.."
Bermula bantuan kerana kemalangan, sekian lama rajin pula mencuba untuk berhubungan..
"Kalau awak perlukan apa-apa, bagitau je ye.."
Pheww..eeeiiitttt...roket mendarat tepat. Pandang keliling..Owh, ada perutusan..
"Aku suka kau..lama dah.."
Kampung betul..nah, ambik!Roket bergumpal menjadi bebola.Tepat juga pada sasaran.
[[ Jom, kita cerita tentang fitrah ]]
Aku bercerita sebagai aku seorang perempuan.
Sekian lama mendengar cerita-cerita perempuan tentang hati yang dikecewakan..
Aku jadi kasihan..kasihan yang amat..
Apatah lagi apabila cerita itu datangnya dari kawan, rakan dan sahabat..
Subhanallah..mujahadah itu satu-satu jawapannya.
Bersabarlah hingga saat yang ditentukan nanti..
Inni akhafullah~
Berbagai-bagai taktik dan strategi yang menjerumuskan fitrah ini kepada fitnah..
Jiwa-jiwa syabab dan nisa' yang seharusnya tegar berada pada jalanNya,
Lemah, longlai..tak mampu istiqamah, apatah lagi mahu tingkatkan ibadah..
Jauh sudah keterikatan hati pada Allah kerana cedera parah pada saingan ikatan cinta pada kekasih hatinya..dek kerana terjerumus ke dalam lembah jurang cinta manusia yang hina.Cinta murahan!
Bermulanya boleh jadi dari rakan sekelas,
Boleh jadi semasa gerak kerja program..
Konvo, dinner, Open Day, kempen..
Semasa Minggu Transformasi Mahasiswa di kampus,
Semasa Minggu Pengurusan Pelajar Baru di matrik,
Facebook, Skype, Twitter, YM..
Boleh jadi kerana manisnya senyum sapaan, kerapnya bertemu..
Kerap berhubung..disuburkan lagi bunga-bunga kasih sayang yang mengetahui kisah mereka berdua itu oleh kawan-kawan mahupun orang sekeliling..bi iznillah, memang jadi sungguh..
Benar, kerja syaitan dan konco-konconya menghasut kita..berbisik keindahan fatamorgana..
Bagaimana kita tunduk bahkan terjelepuk pada bisikan itu?
Mudah, kerana kekosongan rongga-rongga hati..
Rongga hati yang tidak di isi dengan ma'rifat tentangNya, tidak diingatkan dengan kalamNya..
Dibiar lompang sekejap, kadang-kadang kemudian selalu..
Akhirnya, berebut-rebutlah segala noda menyusup masuk memenuhi kekosongan itu..
Ampunkan kelalaian kami, Ya Rabb..
Serba sedikit yang dapat dikongsikan natijah penyakit hati ini:
1. Sukar untuk menerima ilmu..payah nak belajar, payah nak faham..belajar tak masuk-masuk..semangat study, result low jugak..mungkin boleh dimuhasabahkan dengan kisah ringkas ini..
Imam Malik yang pernah mengagumi kecerdasan Imam Syafi’i yang masih muda, memiliki ketajaman otak dan kesempurnaan pemahaman terhadap Islam. Saat itu Imam Malik mengatakan, “Aku melihat Allah telah meletakkan cahaya dalam hatimu, karena itu jangan kamu padamkan dengan kegelapan maksiat”, ungkapnya.
2. Melemahkan diri..Tidak fokus dan tidak bersemangat..muka takde seri melainkan bila nampak si dia kecintaannya itu.. kalau pun fizikalnya nampak sihat hakikatnya lemah dan tak tahan ujian..
Seperti dalam kisah Perang Salib, bagaimana orang-orang Rom kelihatannya kuat dan gagah tetapi kalah dengan tentera Islam.Ini kerana keterikatan hati dan jiwa mukmin itu kecintaanNya hanya pada Allah Yang Maha Agung.
3. Hidup terasing..Keterasingan bukan hanya antara manusia dengan Allah, tetapi akibat perbuatan dosa dan maksiat itu, yang lebih berat juga akan mengasingkan pelakukanya dengan manusia lainnya terutama mereka yang melakukan kebajikan..menyedihkan!
Jentikkan hati yang kian longlai kerana fitrah diburu fitnah itu, jangan sampai mati!
Hentikan segala yang membawa pada kemurkaanNya ini.
Menjauhlah kalian.. Mohon keampuanan atas khilaf yang dilakukan..
Teman tapi mesra, kawan baik, sahabat seperjuangan..itu hanya dusta berkalang dosa..
Lelaki dan perempuan TAKKAN boleh berkawan tanpa rasa.
kalau boleh, maksudnya anda ada masalah hormon atau genetik..
better check~
My ProfiLe
- ::.uMiKaLsoMyUsoF.::
- Sedang melanjutkan pengajian Master Sains (Kejuruteraan Elektronik) di Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang. Rabbi Yassir wala tu'assir. Alhamdulillah, graduan Sarjana Muda Kejuruteraan (Elektrik-Elektronik Perubatan) di Universiti Teknologi Malaysia,Johor Bahru (2008-2012) Mendapat pentarbiyahan akademik di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (Program Dua Tahun 2006-2008), Sek.Ag.Men.Hulu Langat@SAMTEN (2001-2005), Sek. Keb. Sungai Serai & Sek. Ren. Agama Pekan Hulu Langat (1995-2000). Faqir ilallah.
ღ Walimah ღ
ღ Walimah ღ
ღ Baby Asiah ღ
Isteri Solehah :)
Isteri cerdik yang solehah
Penyejuk mata, penawar hati,
Penajam fikiran
Di rumah dia isteri, di jalanan kawan
Di waktu kita buntu, dia penunjuk jalan
Pandangan kita diperteguhkan
Menjadikan kita tetap pendirian
Ilmu yang diberi dapat disimpan
Kita lupa, dia mengingatkan
Nasihat kita dijadikan pakaian
Silap kita, dia betulkan
Penghibur di waktu kesunyian
Terasa ramai bila bersamanya
Dia umpama tongkat si buta
Bila tiada satu kehilangan
Dia ibarat simpanan ilmu
Semoga kekal untuk diwariskan
JaNtunG HaTi
MukA bUku
Che' Gu
CaYaNg BuCuk
KMPP
-
Perth, Australia8 years ago
-
Pulang merantau10 years ago
-
MATI itu PASTI10 years ago
-
=)12 years ago
-
gtl tgn15 years ago
-
EnCik
Cik PuaN
-
#asmaherrysweethomeXainulhudaturns18 years ago
-
Update MASRECA 198 years ago
-
Anak Murid9 years ago
-
sebelum pergi 2....10 years ago
-
Update: Rezeki11 years ago
-
Memberi: Maaf11 years ago
-
Ahlan..^_^
Bismillahirrahmanirrahim..
Selawat dan salam buat Nabi Muhammad s.a.w yang dikasihi dan dirindui oleh ikhwan akhir zaman..
Kriinnggg..!!
"AyoOo..."
Seperti biasa practicalmate aku punya sound track bila telefon workshop berbunyi.
Ini bermakna kami harus standby dengan sebarang request atau complaint dari user.
Aku macam biasa, setia menjadi operator.
[A = AKU] [S =Staff Nurse]
A : Hello, BEMS.
S : Hello, selamat pagi..panggilan dari Wad 9..
A: Selamat pagi, ye puan..
S : Saya nak tanya, tadi ada BEMS datang kata nak tengok aspirators lepas tu ada bawak balik ka?kami tengah cari..sister da bising mesin takda nie..student kot mai tadi tu..
Aku sengih. Dia tak nampak.
A : Oo..ha'ah..ye2..saya la ambil tu..bawak balik bengkel nak servis..
S : Patutla..tadi awak kata nak tengok je kan..pusing-pusing tengok dah hilang..
A : Saya ada bagitau tadi nak buat servis..tak perasan kot..ermm..ok, takpa2..sat gi saya naik atas semula bawak borang kata kami amik mesin tu na..
S : Ok
Panggilan tamat.
Time aku bawak borang, takda pulak nak isi borang tu..time aku tak bawak borang..time tu la, "pusing-pusing hilang la pulak"..dah kata dah pun nak bawak pi servis...adeiii...aku tak membebel
Wad 9
Amboi, cengei muka..
S : Awak pi jumpa sister
Aku cam biasa tayang muka smiley..tudiaa ..menghampiri sister~
Sister : Awak ambil barang tak bagitau nie..kalau hilang ke camna saya nak jawab?
A : Minta maaf, sister.. tadi tak tak bawak borang nie..tapi habaq dah kata nak buat servis..
Sister : Minta staff nurse sign.
Lalala~
A : Minta maaf ye tadi...lupa bawak borang nie..(lemah lembutnya..)
S : Tu la..sister bising..(muka dah tak cengei..)
SELESAI
Ini baru kisah minta maaf..belum kisah manusia yang memang lahir untuk tidak senyum dan tidak pernah berkata 'Ya' untuk pandangan orang lain.
Tolak esok, ada lagi satu jumaat untuk aku menghadam kisah di sini.
Insyaallah, semuanya aku tanam baik-baik dalam jiwa.
Kisah manusia yang memandu aku untuk berhadapan dengan manusia.
dan
sebab aku dah bagitau tapi depa tak tau jugak
Bismillahirrahmanirrahim..Alhamdulillah..Bersyukur masih diberi rahmat dan kasih sayangNya.
Selawat dan salam buat Rasulullah, para sahabat dan sekalian umat yang mencintai baginda.
Lokasi : Surau Muslimat, Faber Medi-Serve, Unit Kejuruteraan, Hospital Seberang Jaya
Perkembangan 1:
Aku TAK turun bersih. Klasifikasi rugi.
Aku nampak semakin menggelabahnya MEREKA bila takhta digoncang rakyat yang celik mata hati.
Kebangkitan rakyat yang tahu bersyukur bukan hanya untuk dirinya sendiri. Klasifikasi untung.
Perkembangan 2:
Pendaftaran Pertubuhan Persatuan Alumni Kolej Matrikulasi Pulau Pinang tak dapat aku selesaikan hari ini. InsyaAllah, esok pagi aku sempat terjah. Bukan perkembangan tapi penyusutan. Aku berazam untuk menyelesaikannya segera. Esok pagi aku confirm kena isi borang "Latecomers". Sila jangan contohi ini.
Perkembangan 3:
Bahagia dapat melepaskan diri dari taklif-beban-amanah. Mandat Timbalan Pengarah dan kerusi Timbalan Presiden berjaya diserahkan pada mereka yang selayaknya. Maaf, aku tak terpikul.
Perkembangan 4:
Latihan Industri bersisa 8 hari. Hati senang tak perlukan kata-kata.
Tersentuh sedikit bila ada yang berkata..
"Umi, i will gonna miss you.."
Aku tak buat apa-apa..aku cuma menjadi aku.
Perkembangan 5:
Broadband DIGI dan YES 4G..kedua-duanya telah aku hentikan khidmatnya. DIGI makan duit servis tak best. YES 4G terbaik tapi modem bermasalah..no worries, under warranty. Ini bermaksud, aku mempunyai masa untuk menyiapkan projek intern sebelum due date dan lebih berkelapangan untuk menyiapkan segala kertas kerja yang tertangguh.
.:: nota ::.