Bismillahirrahmanirrahim..
Allahu Akbar..Allahu Akbar.. Allahu Akbar..
Ayuh, membesarkanNya dengan puji-pujian takbir dan tahmid.. Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w..moga hadir ketenangan buat jiwa-jiwa yang amat mengagumi dan merindui baginda, mudah-mudahan dikurnia syafaat di Hari Perhitungan kelak. :)

Sebagai seorang "ladies",
Dalam cuti sem duduk kat rumah nie.. confirm kene heret masuk dapur.
Takde masalah bagi yang genetik pure ladies..
Dia akan bahagia masuk dapur, kalau tak suka tu memang menderita la kat situ..
Ohoo..jangan ingat semua perempuan suka masuk dapur okeh.. #fakta#

Yang tak suka, biaq pi kat hang.. aku nak cite kat stok-stok dapur ja..
Hehe.. Tak la, gurau jek.. Mai la duk skali..
dengaq cita sama-sama.. :p

Bila balik rumah, penah rasa tak..?
Excited gile nak try resepi baru.. pegi dapur, check barang pe ada..
Pahtu berangan...~~~
Nak buat kek topping buah peach.. jelly untuk topping padahal bape bulan lepas beli dah..
Nak buat brownies, yang ala-ala American brownies yang kaya bercoklat..
Nak masak something yang complicated sket..
Nak mencabar diri lah kononnya..

Let say, satu hari korang decide buat cup cake.
Cari-cari resepi, punya cantik kan gambaq kat website tu..
Topping simple coklat chips je.. but looks yummy~~


Korang pun excited la buat.. sambil tersenyum-senyum bahagia bayangkan adik-adik yang berebut nak rasa.. yeay!(^____^)

Ting!Ting!
Bunyi timing oven dah siap bakar kek korang. Buka oven.. tengok-tengok rupa cup cake korang..


Ahak..Ahak...ahaks....
kalau aku, ketawakan diri sendiri dulu.
Haha! Cesss... apa ini cup cake??
Tangan takde ong, resepi hampesss....
Sangat ironi.. tawa dalam tangisan.

Okay,
Stop it.

Do you realize that ACTUALLY you have learn something?
You are good enough because you DID try rather than do nothing.

Bagi aku, setiap satu perkara yang kita buat mesti ada kesannya. Baik atau buruk.
Walaupun perkara yang kita buat tu adalah sekecil-kecil perkara contohnya gerakkan mata ke kiri dan ke kanan.. gerak laju-laju.. laju lagi...
dan kesannya, korang akan pening.
Owh, padan muka. hikhik.. :D

Back to the topic,
It's okay.. kalau masak tak jadi.. kita kan gegurl.. belum jadi mak-mak lagi.. :)
Aku pun kan.. bocorkan rahsia plak..ngeh3
Masak kek span.. last-last jadi rezeki ayam belakang rumah..( T . T )
Pernah je.. masak kari rasa pahit.. macam letak ubat gigi  Mukmin je rasa sebab terlebih rempah..
Masak agar-agar buah, tawar la..keras la.. aiseyy..
The other time tu, jadi je masak.. sampai dekat sekampung mak bagi rasa kat orang..
This is not kind of "promotion" yea.. ^^
Bukan pe.. sebab masa tengah masak, kebetulan jiran datang..
Cam tak best pulak kalau dah siap tak bagi rasa.. hehe..

Kalau orang kata, kampus tu tempat retorik...
Dengan ideologi fantastik membina masyarakat penuh kesempurnaan..
Maka aku plak kata, dapur rumah mak ayah plak adalah tempat retorik untuk para gegurlz (ladies/perempuan dan sewaktu dengannya)..
Sebab pe?
Kalau dah dekat dapur rumah sendiri.. ada keluarga sendiri..
Adakah korang berharap untuk menghidangkan kari perisa ubat gigi Mukmin jugak?
atau kek korang yang pahit terlebih koko dan soda bikarbonat tu?

Kalau tak kawen paksa atau chenta kontrak,
Mostly jawapan confirm "TAK"..kan?hehe..

Secara tuntasnya, aku nak kempen kat para gegurlzzz...
Sebelum tanda nama "CIK" berganti "PUAN"
Sila rajin-rajin masuk dapur ye! Cuba la masak pape.. starting resepi mudah-mudah pun okay..
Serius, tak rugi..
Sebab contohnya la pun korang tak berjumpa jodoh nak membina keluarga..
(owh, no..~!)
Dah tu plak tak minat keje ikut kelulusan akademik ke..
At least, korang ada lagi satu choice.. MASTER CHEF! (^______^)
Happy Try~

ChOw! Salam.. :p

Bismillahirrahmanirahim..
Alhamdulillah, masih diberikan nafas oleh Allah untuk menginsafi akan dosa lampau, dosa hari ini dan dosa akan datang.. Selawat dan salam buat kekasihNya, Nabi Muhammad s.a.w.. pembawa rahmat seluruh alam.

Ahad 23 Januari pagi bertolak pulang ke kampung Melaka.
Macam biasa, 1 van dengan 1 kereta.. dulu-dulu masa tak masuk umur mengundi lagi, boleh la semua naik 1 van.. la nie, kalau kami 7 beradik dengan mak ayah naik sama jugak.. alamat, jadi sardin cap ayam.. hehe.. :D

Sebelum bertolak, ayah pesan.."Hati-hati.."
Dah biasa dah ayah pesan..tapi aku rasa lain macam lak.. tak sedap hati orang kata..
Btw, go on..baca doa naik kenderaan.. then, ayat kursi.. mudah-mudahan semuanya selamat..

Perjalanan lancar.. area KL memang kosong gile jalan.. laporan trafik board digital kt highway, semua lancar.. Raya cina merangkap cuti umum.. biasa la tu..~
Lepas sempadan demi sempadan,
Dari KL- Negeri Sembilan - Melaka..
Alhamdulillah..
Dah keluar highway masuk jalan biasa..
Sampai Jalan Bukit Katil, sesak sket.. yela da masuk jalan kecik..lagipun pukul 10 lebih, orang dah mula ramai keluar rumah.. dan masa nie la aku tak jangka aku jadi saksi satu kemalangan maut.

Sekilas aku nampak sorang perempuan, bawa motor jenis EX5.. lalu tepi kereta kitorang.. lepas 2 ke 3 meter lepas kereta tetiba aku nampak dia dah terpelanting dengan signboard kedai makan kt tepi jalan.. tertiarap, muka telangkup atas jalan, sekali bergerak pahtu senyap..

Terus parking emergency tepi jalan, aku ngan adik 3 orang sekali pegi kat perempuan nie..
Tak nafi, aku cuak!
Telefon 999.. tapi aku tak tau nak report lokasi tepat.. so, bagi kat adik yang aku nampak memang orang situ je..dia la bagitau the rest report..
Back to that accident ladies, kalau dia bergerak ble gak pangku ke papah letak tepi jalan sket.. nie senyap..pahtu, darah membuak-buak keluar dari helmet..paling tak leh lupa..adik aku tanya,

"Akak, tu apa kat jalan tu? daging-daging dia ke?"
Allah..tulusnya soalan kau dik.. aku dah kembang tekak dah..tak lama pahtu,

"Akak, tu.. tengok tu...otak dia kt tepi motor!"
Astaghfirullahal'azim...betul.. otak dia terkeluar..
Then baru aku perasan, ada visor helmet kat kaki aku..Oo, my..
Helmet dia plak retak2.. aku tak dapat bayang muka dia yang terlangkup tu cmne kalau diterbalikkan.. Allahu Rabbi...
15minit pahtu, ambulans sampai..
Kematian disahkan.. forensik tanpa perasaan kutip segala organ yang bersepah atas jalan tu..
Jabatan Pertahanan Awam (JPA) sampai..


Pahtu seorang lelaki sampai, melintas jalan tergesa-gesa.. buka penutup mayat dan lembik terus badan dia.. 2-3 orang pegawai JPA tenangkan lelaki nie yang dikenalpasti sebagai suami kepada perempuan tersebut.

Polis trafik plak sampai.. Jalan mula sesak dengan orang yang berhenti dan nak tengok kejadian.

Aku dengan adik-adik masih stay sebab untuk aku nak tau prosedur kalau kat luar cmne.. kes aku pernah tengok dan handle masa jadi MPP dulu kecik je.. Motor masuk bawah kereta dekat simpang empat KTC, paling teruk.. tapi itu pun boleh bangun lagi orangnya..
Let say accident kat UTM, call Bahagian Keselamatan pahtu Pusat Kesihatan..
Kalau kat luar plak.. call 999 sahaja bagitau lokasi dan keadaan..polis sampai, ambulans sampai..

Dah pukul 11 lebih, mak ayah aku bape kali call.. adeii.. mesti la risau kan.. tapi memang aku takleh nak pi.. tak lama, polis datang kat kitorang.. minta ikut pegi balai, jadi saksi..




Lama kot sangkut kat balai.. dari pukul 12pm report kat kaunter.. tunggu inspektor yang lama tu.. dekat pukul 3 lebih baru keluar balai.. macam aku plak yang bersalah dok lama2 kat balai..
patutla ramai takmo jadi saksi..leceh..huhu..
Kalau sistem cepat takpe, sebab yang amik keterangan semua orang lama.. nak menaip tu yang tak larat sket tunggu.. btw, kita sebagai orang awam kena bantu polis dan keluarga mangsa untuk memudahkan urusan mereka.. kita bagi la kerjasama sebaiknya apa yang termampu ye..

Dari laporan hospital, inspektor tu kata mangsa kejadian seorang perempuan Melayu, berusia 19 tahun, sudah berkahwin dan mempunyai 4 orang anak.. Keluarga mangsa memaklumkan mangsa sebenarnya terlewat ke tempat kerja pada pagi kejadian tersebut. Dari analisis inspektor tu bagitau kat aku, motor dibawa laju, memburukkan keadaan bila jalan licin sebab lepas hujan dan kedudukan signboard persendirian kedai makan yang diletakkan terlalu hampir dengan jalan telah dikenalpasti sebagai antara punca kejadian.. jadi, kalau kena dakwa untuk kes nie, pada pandangan aku.. mungkin orang kedai tu.. itu pun, kalau ada dakwaan la..
Lepas tengok accident nie, aku jadi cepat nervous.. ada trauma sket kot.. Ingatan untuk aku yang suka merempit gile gaban laju.. untuk semua juga, moga kita lebih berhati-hati di jalan raya.

Memandu melebihi had laju sepakat para ulama mengatakan bahawa itu satu dosa. Jadi, itu bukan sunah. Berani mati di jalan yang lurus (di lebuh raya) amat beza dengan berani mati ‘di jalan’ yang lurus (mati syahid, mati dalam iman dan ibadah kepada Allah).  -Ustaz Pahrol Mohd Juoi- 
Kita pun tak tahu di mana dan bagaimana penghujung usia kita.. Moga diberi kekuatan dalam bermujahadah untuk meningkatkan amal ibadah..mudah-mudahan kita Allah masukkan ke dalam golongan hamba yang istiqamah dalam melaksanakan ketaatan padaNya dan untuk akhirnya meninggalkan dunia fana ini dengan pengakhiran yang baik (husnulkhatimah)..InsyaAllah.

p/s: Mohon sedekahkan Al-Fatihah buat dia yang pergi..

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah, atas nikmat iman dan Islam yang dikurniakanNya.. Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w, ahli keluarga, para sahabat dan seluruh umat yang menyintai baginda.. :)

Setelah berapa lama "menapaikan" diri di kampus.. pulang ke rumah sehari terus ajak adik 2 orang pegi ronda-ronda.. walaupun hari nie ahad dan selalunya aku memang tak suka nak keluar pegi tempat sesak tapi sekali sekali aku jadi luar alam jugak.. mohon izin dengan mak ayah..dan.. yeah! permohonan diluluskan~

Parking kereta kat Bandar Tun Razak, naik lrt sampai masjid jamek..tukar line kelana jaya..maka, sampai la tempat sasaran kami ke KLCC.. sampai sana dah masuk asar, solat dulu.. pusing-pusing beli kasut, pahtu naik tingkat 4.. sasaran utama telah kelihatan..


Dengan wajah gumbira, serbu!
First, aku berhajat cari buku yang membantu fyp aku.. Python programming language~
Alhamdulillah, jumpa.... :)


Tapi bila tengok harga.. tak jadik beli.. haha..
Buku-buku nie kebanyakannya aku dah ada softcopy yang senior aku provide.. rasa rugi plak.. disebabkan hampir semua harga seratus lebih, dibandingkan kalau aku print out softcopy maybe costing around thirty something kot aku rasa.. berbeza dan sungguh berbeza.. tak amik buku, amik gambar buku aje la.. :p

Memang tak berhajat terus dah beli buku sebab takde pe yang buat aku tertarik sampai la aku jumpa dua buah buku nie..belek-belek terus beli.. love at the first sight..pheuww~


Aku memang ada attraction yang kuat untuk sebarang rujukan berkaitan pengucapan awam.. dan untuk isu semasa pun aku tak fikir perlu ambil masa yang lama kalau ada bahan yang bersesuaian. Ini dua judul buku yang aku rembat tadi beserta sedikit abstrak pengisiannya :

1. The Presentation: Secrets of Steve Jobs oleh Carmine Gallo (Edisi Bahasa Melayu)
Sama ada Steve Jobs memperkenalkan iPhone baru ataupun menyampaikan ucaptama, beliau sentiasa membuatkan para penonton teruja dengan gaya penyampaian hebat dengan gaya tersendiri. Steve bukan hanya sekadar menyampaikan maklumat malah beliau turut bercerita, melukis gambaran dan berkongsi wawasan dalam penyampaiannya. Okay, aku rasa penting untuk aku dapatkan skill penyampaian itu dan aku sangat berminat untuk tahu teknik yang digunakan Steve.

2. Rahsia Pembunuh Ekonomi Dunia oleh John Perkins
Buku ini adalah terjemahan dari "Confessions of an Economic Hit Man" dan berada dalam senarai New York Times Bestseller. Sedikit prakata yang dapat aku kongsikan yang mungkin menarik kalian juga untuk membaca buku ini;
"Economic Hit Men (EHMs) atau Pembunuh Ekonomi Dunia adalah para profesional yang dibayar gaji lumayan bagi menipu negara-negara dunia, melibatkan bertrillion-trillion dollar Amerika. Mereka menyalurkan wang daripada Bank Dunia, U.S Agency for International Development (USAID) dan lain-lain 'organisasi' bantuan luar, ke dalam tabung syarikat-syarikat konglomerat dan kocek beberapa keluarga kaya yang memiliki dan mengawal sumber asli di muka bumi ini."

Menarik kan? Haa.. boleh cari di kedai buku berhampiran anda ye.. Sangat teruja dan tak sabar nak khatamkan buku-buku nie.. :)
Plan asal 6.50pm nak keluar dari kinokuniya, akhirnya dekat2 7.30pm.. dah masuk maghrib baru keluar.. hoo...lagha~

Teruskan perjalanan, siap solat..Big Apple Donut pulak jadi sasaran.. 12 pieces in a box was chosen.. yummy!!


Antara pilihan iceberg, choreo, say cheese, chocoholic, californian almond, the alien..

Tengok baik-baik dekat kotak, halal telah dinyatakan ye, jadi tanpa ragu-ragu...

Pergh, memang sedap donut-donut nie! Lagi sedap dari Dunkin Donut yang lebih rasa bergula je..
Ops, bukan mengutuk tapi kelaziman pelanggan begitu ler.. dia akan menghebahkan kepada sekurang-kurangnya 8 orang yang lain tentang sesuatu yang dia dah pernah cuba..
cari sendiri la fakta dari mana yep..hehe..

Lepas makan, kembali ke pangkal jalan..dari line Kelana Jaya, pegi masjid jamek.. sampai BTR.. amik kete.. dalam pukul 10pm sampai di rumah.. Alhamdulillah.. best!

Terima Kasih Allah sebab izinkan hambaMu ini berjalan-jalan melihat gelagat manusia dan alam ini..
Syukur...~

 
Lepas subuh sat lagi pulak nak bertolak ke kampung Melaka.. yoshh!
Umi, anda perlukan rehat yang cukup untuk memandu esok ye..
- baiklah -
 
Selamat Bercuti Buat Kalian Juga.. Semoga Cuti Ini Dimanfaatkan Sebaiknya.
Berhati-hati di Jalan Raya..
Assalamu'alaikum. :)

Bismillahirrahmanirahim.
Assalamu'alaikum dan salam sejahtera buat semua.. :)

Selawat dan salam buat Nabi Muhammad s.a.w. dan seluruh umat yang menyintai baginda.
Mudah-mudahan kita ini dalam golongan yang mendapat rahmat dan syafaat di hari akhir kelak. InsyaAllah. Dah habis final, lega.. baru boleh menggoreng semula selepas hampir sebulan tak update blog. Maaf ye, untuk menulis dengan sopan aku perlukan hati yang tenang dan jiwa yang lapang. (^___^)

Ingat lagi peristiwa UPSI Berdarah pada 1 Januari 2012?
Suka aku untuk memaklumkan kepada kalian bahawa tujuan asal perhimpunan mahasiswa di UPSI adalah bagi meraikan tahun baru, solidariti kepada Adam Adli dan tuntutan kebebasan akademik. Natijah aksi dan reaksi di antara mahasiswa dan penguasa, maka tercetuslah peristiwa UPSI Berdarah. Rentetan peritiwa itu pula, berbagai-bagai  persepsi timbul yang bagi aku kebanyakannya hanya sembang lebat, tanpa solusi bahkan mengeruhkan lagi keadaan. Aku sendiri tidak terkecuali sebenarnya.

Ini post aku bersama-sama video di facebook.
"Mereka kata nak bela kawan, tapi kenapa pukul?Beginikah cara polis menjaga keamanan? PENIPU!!"

Hasilnya,
Sepupu aku seorang polis, 'menegur' aku.. AJK program yang dahulunya sopan, mula berkata kasar pada aku.. pensyarah yang aku hormati, berselisih pandang dengan aku.. kawan aku, ayahnya polis telah membuat status yang menyelar tuduhan penipuan itu.. dan akhirnya bapa saudara aku juga telah menyampaikan pesan kepada ayah aku agar "mengawal" anaknya ini supaya tidak terlalu lantang dalam keterbukaan status di facebook.

Untuk makluman, aku mengikuti perkembangan isu bukan bermula pada 1 Januari ketika tercetusnya peristiwa yang disebutkan tadi bahkan sebelumnya lagi. Mereka ini mahasiswa, mereka juga adalah sahabat-sahabat aku sealiran seperjuangan. Apa pandangan dan perasaan kalian apabila melihat sahabat kalian diheret, dipukul sehingga tidak sedarkan diri, mereka ini bahkan tidak bersenjata dikelilingi trak pihak penguasa yang jelas benar tidak seimbang lawannya?Media pula berhalunisasi dengan meyatakan mangsa kejadian mencederakan diri sendiri.
Aku sangat empati dan simpati.Sehingga emosi aku tidak lagi terkawal dan meledak, di situlah aku nampak kesilapan yang tidak sekali-kali membantu dalam membaikpulih keadaan bahkan segala matlamat yang membawa kebaikan pun tidak akan tercapai. Rugi.

Dalam perhubungan antara manusia dengan manusia, aku suka untuk merujuk karya Dale Carnege "How to Win Friends & Influence People" edisi Bahasa Melayu.

"Kamu berdebat, mengecam dan menentang, kamu kadang-kadang memang mendapat kemenangan, tetapi itu adalah kemenangan kosong kerana kamu tidak dapat memupuk semangat muhibah dengan lawan kamu." (m/s 160)

Sebagai mahasiswa cakna, menuntut keadilan buat rakyat atas kepincangan urustadbir negara, menjadi check and balance, lantas memberi cadangan juga memorandum.
Ya, kita mungkin di pihak yang benar.
Namun, sejauh mana hujah kita dapat mengubah pemikiran orang disekeliling kita, friendlist kita, stalker2 kita mahupun pelawat-pelawat blog kita dengan hujah yang menjatuhkan, memburuk-burukkan dan menuding kesalahan kepada pihak lain?
Kawan, usaha kita itu sebenarnya adalah sia-sia dan akhirnya kembali seolah-olah kita yang bersalah.

Seorang ahli falsafah Itali menyatakan,
"Kita tidak dapat mengajar apa-apa pun kepada orang, kita hanya dapat membantunya menemukan pengajarannya dalam dirinya sendiri."

Sebagai umat Islam pula, segala yang disandarkan kepada junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w wajib menjadi rujukan untuk tindakan. Perhatikan bahawa kekuatan akhlak sama ada kata-kata mahupun perbuatan baginda yang penuh hikmah dan menyenangkan lantas menjadi faktor utama dalam memenangi hati dan pemikiran masyarakat seterusnya diwarisi oleh para sahabat dalam membina tamadun Islam yang hebat sehingga berjaya menguasai dua pertiga dunia.

Oleh itu untuk akhirnya, dalam bersama-sama kita mahukan tertegaknya yang haq dan runtuhnya kebatilan, tingkahlaku kita dalam mencapai matlamat itu wajib kita perhalusi. Belai emosi agar tidak meledak pada ketika yang tidak kena pada tempatnya. Berhati-hati dalam ekstrovet diri,  usah sehingga kita ini tanpa sedar telah membawa fitnah yang memburukkan akhlak islami. Dalam ketenangan dan harapan sepenuhnya pada Allah Rabbul Jalil yang memegang kunci hati manusiawi, teruskanlah usaha dengan sesungguh-sungguhnya. Bi iznillah, akan dibolak-balikkan hati yang masih terhijab agar menerima dan kembali pada cahaya yang membawa kepada redhaNya yang hakiki.