Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah dan Yang Maha Mengasihani..
Selawat dan salam buat junjungan mulia Rasulullah s.a.w.. para sahabat, ahli keluarga baginda, juga seluruh umat yang mengasihi baginda.

Tersenyum memandang yang aku tinggalkan..
mungkin pedih, mungkin sedih.. tapi itu yang terbaik..

Memang kita tidak dapat menanggung semua, ada yang perlu kita terus kuat untuk membawanya.. dan ada yang terpaksa kita lepaskan.. itu adalah terbaik untuk kita dan terbaik untuk mereka..

Pujuklah aku dengan madah apa pun, tak mampu menenangkan.. hanya ini sahaja..

".. boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (Surah. Al Baqarah:216)

Yep, kita juga tidak mampu menidakkan pandangan manusia pada kita.. sedangkan kita juga punyai pandangan kepada manusia lain.. baik atau tidak, itu terpulang..

Penerimaan kita atas kritikan mahupun pujian manusia adalah cara untuk Allah audit keikhlasan kita dalam setiap perkara yang kita lakukan.. Memang keikhlasan tidak dapat kita nilai, tapi kesannya dapat kita rasa.

Andai kita ikhlas, siap menimbang baik buruknya.. lebih manfaat dari mudaratnya.. InsyaAllah apa sahaja pandangan orang pada kita, kata-kata orang pada kita dan kita yakin dengan jalan pilihan kita.. takkan memberi kesan pada keputusan juga tidak mengubah apa yang ingin kita lakukan.



Nota dari hati: Aku sentiasa mendoakan yang terbaik buat kalian.. :)

Bismillahirrahmanirrahim.. Alhamdulillah atas segala nikmat kurniaanNya..
Selawat dan salam buat junjungan mulia, Rasulullah s.a.w, keluarga, para sahabat juga seluruh ummat yang menyintai baginda.


Alhamdulillah 'ala kulli hal.. 18-19 Feb 2012 yang lepas satu konvensyen yang mengumpulkan tokoh-tokoh ilmuwan seperti Ustaz Dr.Zaharuddin, Ustaz Dr. Zahazan, Ustaz Ramadhan Fitri, Imam muda Asyraf, Ustaz Dr. Abdul Basit, Ustaz Zamri Mantop dan ramai lagi telah berjaya dilaksanakan di PWTC.. Konvensyen Fiqh Ummah atau ringkasnya k-fiqh yang menjelaskan konsep wasatiy (sederhana) dalam setiap pembentangan kertas kerjanya ini telah menarik ribuan peserta dari seluruh pelosok negara terutamanya anak-anak muda, seusia, mahasiswa dari pelbagai jurusan.. pendidikan, sains biologi, kejuruteraan, perubatan dan sebagainya (hasil temuramah tak rasmi).. bukan semata-mata skeptikal untuk dinyatakan hanya mahasiswa pengajian islam yang berminat untuk hadir.. sangat menjentik hati untuk menzahirkan kesyukuran pada Allah, bahawasanya mereka ini pewaris masa depan, bakal-bakal profesional dalam menerajui negara yang meletakkan Islam sebagai tunjangnya..InsyaAllah.

Dalam kesempatan menyertai konvensyen ini, dalam satu suasana yang menenangkan.. sangat dirindui dan sangat diharapkan untuk sentiasa berada dalam situasi seperti itu lagi dan lagi.. sedikit buah tangan untuk kalian yang tidak berkesempatan untuk turut menyertainya. mudah-mudahan bermanfaat.. :)

*.........................................*................................................*

RESOLUSI KONVENSYEN FIQH UMMAH 2012


UMUM
Wasatiy yang dimaksudkan dalam konvensyen ini adalah sesuatu metode kefahaman ilmu dan pengamalan beragama yang paling adil dan terpilih bersandarkan Al-Quran dan Sunnah berdasarkan situasi semasa tertentu.


Manhaj atau metod wasatiy amat perlu didokong oleh umat bagi memastikan kejituan dalam kefahaman ilmu Islam, mengurangkan pergeseran di kalangan sebahagian ulama dan umat Islam, merapatkan ukhwah serta membenihkan kasih sayang sesama Muslim.

AQIDAH
Wasatiy dalam aqidah adalah aqidah ahli sunnah wal jama'ah (merangkumi salafiyah, asya'irah, maturidiah) yang bersumber dari nas Al-Quran dan hadis yang sahih sambil menyedari bahawa kefahaman teks Al-Quran dan Hadis boleh membawa kepada pembahagian ilmu aqidah kepada Usul dan Furu' (cabang).


Umat Islam diwajibkan bersatu di atas Usul Aqidah namun dibenarkan berbeza tafsiran di dalam hal furu'. Dengan itu, konvensyen menekankan umat Islam agar mendalami ilmu Usul Aqidah dan mengurangkan perdebatan dalam hal ehwal cabang aqidah.

IBADAH
Wasatiyah dalam ibadah merupakan tanggungjawab dan tugas asas umat Islam dalam kepelbagaian pensyariatan hukum-hakam dengan memurnikan wawasan ukhrawi tanpa melupakan keperluan duniawi yang menjadi alat kebahagiaan di akhirat.


Perlaksanaan ibadah meraikan keadaan dan kemampuan manusia dan perbezaan situasi mereka serta meraikan aspek-aspek kemudahan dan keringanan dalam pensyariatan.


Persoalan bida'ah dalam ibadah terdedah kepada pelbagai tafsiran, justeru perlu diperhalusi pengertiannya dengan lebih teliti agar tidak dijadikan sebagai mediun kafir-mengkafir dan saling menyalahkan antara satu sama lain.


Wasatiyah dalam ibadah zakat merangkumi ketelusan pentadbiran, mengelakkan penyalahgunaan, kaedah pengagihan yang lebih efektif dan sebarang bentuk penyalahgunaan sumber demi kepentingan individu mahupun kumpulan tertentu.


Meraikan pandangan dari pelbagai pihak dalam usaha penambahbaikan serta mengelakkan salah faham dan kekeliruan isu zakat. Bersifat lebih terbuka dalam menangani permasalahan dan keperluan asnaf serta memelihara maslahat muzakki.


DAKWAH
Wasatiy di dalam dakwah adalah yang dilakukan secara berhikmah sambil meraikan kepelbagaian latar belakang mad'u, persekitaran dan kesesuaian teknik dakwah, menjinak hati serta tidak menghukum.


Pun begitu, kandungan dakwah adalah sama iaitu membawa diri pendakwah sendiri dan masyarakat (mad'u) untuk hampir kepada Allah dan RasulNya dengan mentaati syariah Islam.


Juga disedari, dakwah kepada Islam memerlukan pendakwah dari pelbagai bangsa dan ia pula bukan bererti membawa mad'u kepada identiti bangsa dan kumpulan tertentu.

KEWANGAN DAN EKONOMI
Wasatiy di dalam ekonomi dan kewangan adalah menerima sistem dan matawang yang sedia ada sambil menegaskan usaha untuk memahamkan umat Islam berkenaan ilmu dan sistem muamalat Islam adalah menjadi keutamaan.

Konvensyen juga menegaskan sokongan terhadap usaha memantapkan muamalat Islam sama ada melalui sistem perbankan Islam terkini atau pengenalan sistem matawang Emas. Dengan menolak sebarang pendekatan meremehkan kedua-dua usaha tadi. Namun usaha penambahbaikan mesti diteruskan demi kemaslahatan umat Islam.

TURATH
Wasatiy dalam khazanah dan karya ulama silam adalah mengiktiraf kepentingannya dalam memahami nas syarak dan menjadi asas kepada perkembangan intelektual umat Islam kini.

Juga ditegaskan ilmu alat bahasa Arab dan pemahaman terhadap terminologi khas, konteks karya tersebut dihasilkan adalah sangat penting dalam memahami maksud yang ingin disampaikan oleh penulis.

Juga disedari bahawa sebahagian kesimpulan yang terdapat di dalam khazanah silam berkemungkinan kurang menepati suasana, penemuan dan kajian semasa, justeru ia terbuka dan memerlukan kepada proses pembaharuan melalui ijtihad ulama kontemperori.

TAZKIYAH AN-NAFS
Mengiktiraf kepentingan 'penyucian jiwa' bagi mencapai kemuliaan akhlak, ketinggian iman dan kejituan ibadah yang merupakan tuntutan terbesar di dalam diri setiap individu muslim.

Juga, konvensyen menetapkan bahawa kaedah, jalan dan caranya mungkin berbeza di antara satu dengan yang lain, namun yang terbaik adalah yang berpandukan kepada Al-Quran dan Sunnah.

POLITIK
Konvensyen menekankan peri pentingnya politik di dalam Islam dengan tidak mengambil ruang ekstrem menjadikannya sebagai lapangan kafir-mengkafir, menyesat dan menzalimi sesama umat Islam.

Juga menyeru umat Islam untuk berpegang kepada politik yang berpaksikan prinsip, hujah, moral dengan berlandaskan ukhwah.

Persaingan sihat di dalam politik berdasarkan kerangka demokrasi dan tatakelola yang baik adalah untuk kemaslahatan umat berteraskan maqasid syariah tanpa menggadaikan nilai-nilai akhlak di dalam Islam.

PENGAJIAN AL-QURAN
Al-Quran adalah kitab Allah yang wajib difahami sebagaimana kehendak Allah, menurut kemampuan akal manusia dengan bersandarkan sunnah Rasulullah, athar para sahabat dan tafsir para ulama muktabar.

Ilmu-ilmu yang merangkumi qira'at, tajwid, tafsir Al-Quran dan yang berkait dengan Al-Quran adalah satu disiplin ilmu tersusun yang mempunyai tuntutan tersendiri. Kelayakan ilmu dalam bidang ini sangat diperlukan bagi mengelakkan berlakunya penyelewengan dalam memahami nas Al-Quran.

*.........................................*................................................*

Wallahu ta'ala a'alam. :)

Bismillahirrahmanirrahim.. selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w., para sahabat, ahli keluarga juga seluruh umat yang mengasihi baginda. Allahumma solli 'ala Muhammad ya Rabbi solli 'alaihi wasallim..

Alhamdulillah wa syukurillah, masih menghirup udara segar.. berpagi-pagi.. :)



Alhamdulillah, semalam result official bagi sesi 2011/2012 semester 1 dah keluar.. silakan check di aimsweb ye, bagi yang berkenaan.. hehe.. :)

Tak terlalu bagus tapi bersyukur sebab Allah bagi.. sekadar lepas 3 pointer untuk sem lepas syukur sangat-sangat dah sebab imaginasi aku memang lingkup kot pointer.. mana tak nyer, masuk kelas blur.. apa benda la lecturer aku dok gebang kat depan.. pakat tak paham belaka..ALIEN!
Tak kira lagi jawab paper, kawan aku yang 1st class pointer pun sampai menangis tak dapat jawab.. aku yang 2nd class nie? rasa nak pengsankan diri jek.. tak tipu ooooo....betul.. mujur tak buat je, malu sekampung..ahaks~

Btw, seriously.. dapat rasa Allah bagi kekuatan kat aku untuk pulun dan dipermudahkan untuk menghadapi final dan resultnya yang tercatat itu..Alhamdulillah, rahmat Allah...Maha Baiknya Dia.. (^_____^)

Tapi.. tapi.. tapi... masa final tu ada dua benda aku buat yang satunya aku sukar nak buat dan kedua pulak aku memang suka sangat buat..
Hehe.. apa ye?

1. DEACTIVATE FACEBOOK
2. MERANTAU

Aku nie well-known addicted kat fb.. tapi masa final tu, aku rasa tak senang hati langsung.. kepala aku dan seluruh jiwa raga aku dah memberontak dah suruh study tapi still hadap fb.. main perang-perang la ape lagi.. at last, facebook KALAH.. loser.. yeah!~

Bab merantau nie plak, memang hobi aku.. pi berjalan ke bilik clasmate.. terutamanya cik tini..hehe.. terima kasih, cikgu!..bukan pa, study sensorang.. kepala kosong, beb.. takdak la kosong terus kan.. maksud aku tak berapa full sangat la.. mana taknya, dah masuk kelas blur macam hape.. nak harap study sendiri.. alamatnya "osmosis" je lerrr....hmm~

Sem baru lepas nie, pointer sem jatuh sket berbanding sem lepas..pointer overall naik 0.03..macam kecik sangat value.. tapi takpa la.. orang kata ambil lajak sebelum melonjak.. hehe.. itu orang kata la.. aku tak main kata dah, bukti kan je terus.. tengok la sem depan..
Aku pulun abes!

Dan untuk akhirnya, sebelum melangkah masuk ke semester terakhir nie, final lap.. InsyaAllah.. perlunya aku untuk bermuhasabah, pesan kat diri siap-siap untuk buat begini juga begitu, pasang strategi..

Btw, kalau sekadar pulun sebab cita-cita atau matlamat untuk diri aku sahaja.. sungguh, aku tak kuat.. tapi setiap kali aku nak melangkah keluar pegi kelas ke jawab paper, sementara tunggu panaskan enjin motor lalu merempit sesuka hatinya..



Aku doa banyak-banyak pada Allah..

"Ya Allah, apa yang aku lakukan ini demi Islam.. demi Islam, Ya Allah.. demi Islam... sekiranya kegagalan aku menjadi fitnah pada agamaMu, cemerlangkanlah aku dalam menuntut ilmu.."

Lapangkan hati, senyum kat side mirror.. masuk gear satu.. baca doa naik kenderaan.. tawakkal aje untuk segala urusan.. dan jalannn.... :)

Ok, semoga kalian juga bersemangat baru.. tak kesah la sem berapa pun.. result ok, syukur banyak-banyak.. kalau tak capai sasaran tu, maintain cool bebeh.. bangkit!bangkit! (^____^)/

Yang penting, niat.. belajar keranaNya.. demi redhaNya.. InsyaAllah, moga kita semua tergolong dalam golongan hambaNya yang cemerlang dunia dan akhirat.. amiinnn...(^^,)

Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah, syukur atas rahmat dan rahimNya aku masih bernafas dan masih berpeluang mengumpul saham demi kesejahteraan di hari akhir kelak.. Selawat dan salam buat Nabi Muhammad s.a.w.. Perbanyakkan selawat kepada baginda, moga kita dalam kalangan umatnya yang beroleh syafaat.. :)

Sebagai setiausaha persatuan alumni matrik, yang mana gerak kerja yang dilakukan kebanyakannya secara jarak jauh.. memang mencabar.. tapi cabaran tu yang mendewasakan dan memberi pengalaman yang mendidik supaya kita belajar perkara baru.. tidak hanya selesa dengan rutin yang kita biasa lakukan.

Beberapa tempoh pending untuk gerak kerja persatuan alumni dek kekangan masa, kuliah dan aktiviti-aktiviti kampus.. bila tiba cuti semester, bangun balik dari hibernasi, atur segera perancangan yang mana betul-betul rasa boleh buat.. siapa yang ada, gerak je dulu..

Untuk persatuan luar kampus, yang ahli jawatankuasanya masing-masing ada kondisi dan komitmen tersendiri.. ada yang dah kerja dan kebanyakannya yang aktif masih berada dalam kampus yang berlainan di serata Malaya nie.. memang tak boleh tunggu semua ada.. kat sini aku nampak retoriknya persatuan di kampus..wakaka..

Betul kan? kalau persatuan yang melibatkan masyarakat luar, takkan boleh tunggu semua 'kerusi' penuh... baru nak bincang.. alamatnya, matlamat penubuhan tak tercapai, terbiar la taklifan tu tak tertunai dengan sepenuhnya..nak jawab pe depan Tuhan..erk? ~

Jadi, yang termampu itu la kita buat..sekurang-kurangnya berusaha.. cari alternatif.. kita nampak masalah akan wujud dalam situasi tertentu, yang penting jangan give up.. optimis dan 'pegang' kawan-kawan yang sama-sama boleh gerak dengan kita.. ada geng, boleh jalan lagi.. InsyaAllah.. :)

Minggu lepas, 2 Feb 2012.. alhamdulillah, dapat turun KMPP.. roger2 sapa dapat induk yang dapat turun, kita discuss.. Pagi, sembang dengan En.Mahfuz selaku penasihat persatuan.. review cadangan program untuk kawtim dengan kolej.. Petang, sembang dengan induk..
Syukur, dipermudahkan.. tak banyak, tapi cukuplah untuk permulaan bagi tahun pertama penubuhan persatuan.. klik gambar untuk besarkan ye.. ^^



Selesai untuk perancangan.. part tu paling penting.. yela, takde perancangan cmne tak gerak..
Lepas nie, buat paperwork, ajk, bajet dan sebagainya.. mudah-mudahan lancar dan dipermudahkan.. Lega sket rasanya.. hehe.. Btw, Final Year Project (FYP) atau Projek Sambil Menangis (PSM) still in progress.. fuu.. cuak secara tiba-tiba.. antara penyebab besar aku balik kampus awal, korban sket cuti.. rindu la kat adik-adik.. sOb3.. takpe la, bertahan.. tarbiyah..~

p/s: saat kau lemah dan rasa tidak mampu, kembalikan semuanya pada Yang Esa.. tingkatkan iman dan takwa padaNya.. pasti ada jalan keluar yang memudahkan urusanmu.. yakinlah.

Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w.. hari kelahiran baginda bakal tiba satu hari lagi.. :)

Alhamdulillah atas nikmat yang diberikanNya pada hari ini.. baru lepas pergi Gedung Buku BADAN kat Angsana.

Sapa nak pinjam ble habaq..
1. Act like a LADY, think like a MAN oleh Steve Harvey (Edisi Bahasa Melayu)
2. Art of War oleh Wang Xuan Ming (Edisi Bahasa Melayu)
3. Profesionalisma dan Tadbir Urus Islam Menurut Al-Quran oleh Prof Dato' Dr. Sheikh Hussin

Maaf pada yang minta pandangan nak beli buku apa sebab saya sendiri pun beli buku on the spot je mana-mana berkenan.. huhu~

Okay, bukan buku tajuk utama.

Ini baru tajuk utama.. aku jumpa satu entry yang ada kata-kata nie dan tertarik untuk mengulasnya

Kemuliaan itu hanya datang setelah Allah menutupi segenap keaiban yang kita ada


Sangat bersetuju dengan statement di atas. Manusia yang serba-serbi penuh kekurangan mana mungkin terzahir kehebatannya melainkan apabila Allah telah tutup kelemahannya itu..yakni apabila kelemahan diri telah terhijab. Manusia itu dipandang hebat atas penzahiran dalam ketinggian ilmunya, ibadatnya, boleh jadi juga kerana jawatannya, menjadi front liner, dilantik menjadi pimpinan mahasiswa, pandai bercakap, berkeyakinan dan sebagainya.

Secara tersembunyi, atau yang tidak kita ketahui adalah kelemahan bagi setiap manusia yang dimuliakan, dihormati atau dipandang tinggi oleh orang lain itu. Sehebat mana pun seseorang atau sesuatu, pasti ada kelemahannya kerana tiada pun makhluk yang sempurna melainkan Allah semata-mata.


Kehormatan orang pada kita mungkin nikmat dari ketaatan kita padaNya atau semata-mata ujian dari Allah untuk menjauhkan kita dariNya. Oleh itu, dalam keadaan orang lain memandang hormat, ditabur dengan puji.. apabila mendapati jiwa kita di tahap tinggi, maka awasilah.. kerana bila-bila masa kita akan ke bawah. Bagi hati yang penuh yakin pada ketetapan Allah dan apa yang dilakukan semata-mata mengharapkan redhaNya, biarpun di mana posisi kita, saat berjawatan atau saat menjadi rakyat biasa, saat sentiasa ditabur kata-kata puji atau tiba masa dikeji atas tiket ketidaksempurnaan diri.. hati pasti tetap akan tenang..

Lihat sahaja jawapan Khalid Al-Walid apabila jawatannya sebagai Panglima Tertinggi angkatan tentera Islam yang dilucutkan semasa pemerintahan Khalifah Umar Al-Khattab..

"Aku berjuang kerana Allah, bukan kerana Umar" 
Betapa besarnya jiwa yang digelar "Pedang Allah" ini. Setelah dilucutkan jawatannya, beliau bukan sahaja tidak mempertikaikan arahan tersebut bahkan kesetiaanya pada pemerintahan Umar tetap utuh dan kukuh.
Jelas, jiwa tarbiyah Khalid menjadi lambang keunggulan umat yang ikhlas mengabdi dan berbakti hanya kepada Allah dalam perjuangannya.
Jadinya, di mana jua kedudukan dan keadaan kita sekarang ini.. menjadi front liner yang sentiasa diperhatikan mahupun orang biasa-biasa yang transparensi dari khalayak.. sentiasalah bermuhasabah dan perbaiki diri. Setiap hari, betulkan niat kita dan ikhlaskan hati. Batasilah nikmat atau musibah yang berlaku dengan syukur.. kerana syukur adalah redha.. :)