Assalamu'alaikum, kawan-kawan sekalian!(^____^)
Tadi lepas kelas image processing, aku dah tahap zombi di kayangan.. padah tido 2 jam je malam tadi.. hajatnya nak tidoq sat sementara tunggu next class, tapi terus tercelik mata dengan jayanya disebabkan gimik "image processing" guna handset clasmate aku nie.. haha..

Ini rupa aku masa tahun 2044!

Gambar melangkaui dimensi masa..ahaks.. camni rupanya aku bila dah berusia 56 tahun.. kalau tak dimamah tanah lagi la kan.. :)

Ada rupa macam nenek sape2 tak?haha.. btw, aku cam familiar je tengok muka nie.. cam muka mak2 sedara aku jugak la kot.. muka lebih kurang je..

Aku terfikir-fikir.. Apa agaknya kondisi aku, perjalanan hidup aku, sumbangan aku masa tu kan.. untuk sekarang nie, kadang-kadang kita selalu fikir singkat.. contoh, perancangan hidup sampai grad awal Julai 2012.. nak grad on time, 2nd class upper..

okay, tak salah.. cuma kemudian apa? setelah mencapai target itu, apa pula?
sedangkan hidup kita selepas itu adalah bermulanya sebenar-benarnya kehidupan.. selepas hampir tiga atau empat tahun ditarbiyah dengan retorika teori pembentukan masyarakat paling ideal.. maka, bersedialah untuk dipulangkan kepada masyarakat, untuk istiqamah dengan perjuangan menegakkan daulah, berkejar-kejar ke arah kebaikan untuk meraih redhaNya sehingga penghujung nyawa di badan..

Ada dah masuk dalam perancangan tak?Alhamdulillah dan tahniah buat yang dah ada..
Atau mungkin kita akan hanyut dan larut dengan masa?.. sedar-sedar terbangun ketika soalan "Maa rabbuka..." menjengah gegendang telinga.. wa na'uzubillah...

Allah, kami ini hambaMu yang sering lalai dan leka.. Ampunkan kami, beri maaflah kepada kami..

Tunjukilah kami jalan yang lurus iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepadanya bukan mereka yang dimurkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat. (Al-Fatihah: 6-7)

Ayuh, merancang!



LOVE is CINTA


"sebut nama-Mu terukir rindu"