Assalamu'alaikum wbt
Haitz!
^^

Beberapa hari lepas, nak pegi makan dengan Cik Jiran,
Turun tangga.. tetiba Cik Jiran pesan..

"Kat bawah tu, ada ulat bulu besaarrrr...."

"Hah?Serius??Erkk...."

Menggelabah tetiba jugak.
Kepuk-kepuk awan atas kepala dah terbayang cmni..


Owh, serius..
geli gile~~
Turun tangga memang macam FBI inspection kot!

"Mana?Tak nampak pun??"

"Turun je la dulu.. baik-baik..."

"Erghhhhh!"

"Kat area-area sini.. cuba Umi tengok dekat tepi dinding tu.."

Tadaaaaaa!!!


Ahaiiii!
Elok je ULAT BULU nie berbungkus dalam plastik.
Bersedia nak dimasukkan dalam stor tepi tangga oleh Cik Empunya Ulat Bulu Toy.

 "Cik Jiran!!! tak baiknya.. kenakan sayaaa......."

"Yela, Umi tak tanya pun... hidup ke mati keee..."

Aiseh.
=.="
Buat cuak ahkak je.

--------------------------------------------------------------------------------------

 .:: Nota ::.

Sori, kawan-kawan!
Sebenarnya tengah jem dengan thesis
kekurangan idea untuk sesuatu yang seriusssss....

Merapu seketika
^^
"“Janganlah meremehkan kebaikan sedikit pun juga
walau engkau bertemu saudaramu dengan wajah yang ceria”
[HR. Muslim]


Hepi-hepi sokmo yep..
Senyum walaupun tensi
hehe
:)
Papaii...~

Bismillahirrahmanirrahim

:)

Haitzz!
Semoga baik-baik saja buat kalian (^^,)

Ermmm,
Nak tanya..
Pernah tak rasa macam nie....?

"tergugat, terancam, takut kehilangan.... akan sesuatu"

Sesuatu itu pastilah yang BESAR maknanya buat diri.. kalau tak jawapnya..
"ada aku kesah..?"
weng3~

Itulah cemburu. Goreng ye?hehe.. tak la.. saya rujuk kat sini.
Dah tau maksudnya, saya nak share keperluan, manfaat dan juga mudarat cemburu secara tipikal.
Sangat ringkas sebab saya nak study Numerical Method untuk final hari jumaat nie di samping saya pun dah tak berapa nak expert cakap banyak-banyak sangat apatah lagi tentang benda pelik dan eksotik hasil sekretasi oxytocin yang bernama cemburu nie. Let's check it out.

Keperluan
Melalui cemburu, seseorang itu akan mempunyai keinginan untuk mempertahankan sesuatu seutuhnya, dijaga dengan sepenuh pengawasan.

Manfaat
Wujudnya rasa peduli dan terpanggil untuk memperbaiki keadaan.

Mudarat
Curiga, sangka buruk dan keretakan dalam sesuatu perhubungan.

Jelas?Kalau tak jelas, mungkin anda perlukan praktikal yang amali.
Bagaimana? Dengan merasainya sendiri.... (smiley miss devil)

"Sesungguhnya sifat cemburu itu ada yang disukai Allah dan ada yang dibenci-Nya. Adapun sifat cemburu yang disukai Allah adalah kecemburuan pada hal-hal yang pasti, sedangkan yang dibenci olehNya adalah kecemburuan pada hal-hal yang tidak pasti (memiliki keraguan dan syak wasangka)" - Sunan An Nasa'ie (2558), Sunan Abi Daud (2659)

Semoga sahaja kecemburuan kita adalah kecemburuan yang pasti.. kecemburuan-kecemburuan yang berasas, yang tidak menatijahkan keburukan buat kita, juga tidak membawa kepada kemurkaanNya.. Semoga sahaja cemburu ini dapat kita kawal dan tidak berlebih-lebihan ke atasnya.. Semoga sahaja cemburu kita ini tidak menjadi punca rosaknya perhubungan sesama manusia.. apatah lagi perhubungan kita dengan mereka yang penting dan memberi erti dalam sebuah kehidupan ini..

Peace!(^____^)v