Bismillah walhamdulillah.
24 Oktober 2012.
Sehari sebelum pulang beraya Aidiladha di
kampung.
Ada makna yang lebih besar buat saya iaitu sebuah kehidupan
baru dengan suasana baru bakal bermula. Balik kampung dan terus menetap di kampung. Ehehe..guane tu?
InsyaAllah, mula menjalankan tugas sebagai pembantu penyelidik
di Malaysia-Japan International Institute of Technology (MJIIT), UTM KL bermula 1 November 2012.
Kemudian, sehingga 4 Februari 2013 bakal mendaftar sebagai mahasiswa semula di
tempat yang sama.
Master of Philosophy.
Di bawah satu i-Kohza yang baru diwujudkan
iaitu Biologically
Inspired System and Technology (Bio-IST) dengan tajuk kajian “The Use of Sonication Treatment To Prepare Biological
Scaffolds For Biomedical Implant”.
Pening tak baca?
Sebenarnya.........saya pun! Wohaha..Terasa macam tengah bercakap
tentang perkara yang asing.
Bahasa unknown~
Senior saya pernah pesan, jangan jadikan further study
sebagai pilihan terakhir. Maksudnya, bila tunggu job application takde
respon..pastu cik Lina pulak asyik hantar position-closed je kan..
No choice.
Then, further master.
Untuk saya, tidak.
Saya buat keputusan untuk further study selepas saya semak
semula ‘perjalanan’ yang saya lalui dari selepas grad bulan Julai sampai
la sekarang..
Saya tak sempat lagi bermahapermaisurilela di rumah lama-lama
sebab sebelum grad lagi, supervisor FYP dah pesan untuk stay di UTM JB sampai
bulan Oktober. Apa yang perlu saya buat adalah upgrade projek FYP saya sebagai
persediaan untuk INATEX’12 (klik untuk info lanjut). Alhamdulillah, selesai.
Tapi..tapi..tapi...
Sekali lagi, sebelum tamat INATEX’12, supervisor pesan untuk
stay..
”Saya dah ada kerja untuk awak..”
Supervisor cadangkan untuk saya bekerja secara kontrak
sebagai pembantu penyelidik di bawah projek geran beliau. Untuk itu, saya mula berkira-kira.
Ya, saya berminat dengan kerjaya sebagai penyelidik.
Menjadi pembantu penyelidik juga adalah permulaan yang baik.
Yang menjadi kekangan buat saya
adalah, jobscope untuk menjalankan penyelidikan tersebut.
Walaupun atas nama kerja-kerja penyelidikan, jobscope adalah berbeza bergantung kepada jenis penyelidikan yang dilakukan. Itu yang pertama menjadi faktor saya ingin menolak kontrak tersebut. Sebab bagi saya, tanpa minat..tanggungjawab menjalankan kerja-kerja penyelidikan akan menjadi satu bebanan buat saya.
Walaupun atas nama kerja-kerja penyelidikan, jobscope adalah berbeza bergantung kepada jenis penyelidikan yang dilakukan. Itu yang pertama menjadi faktor saya ingin menolak kontrak tersebut. Sebab bagi saya, tanpa minat..tanggungjawab menjalankan kerja-kerja penyelidikan akan menjadi satu bebanan buat saya.
Walaubagaimanapun, saya masih ada pilihan sebenarnya. Untuk berusaha bersungguh-sungguh mendapatkan
peluang pekerjaan dalam industri sebagai jurutera. Saya survey.. tanya
kawan-kawan perempuan yang dah bekerja dalam posisi yang saya nak..camne dengan
environment kerja, gaji, workload dan sebagainya..semuanya membuatkan hati saya
semakin tawar. Saya bandingkan dengan kerja-kerja penyelidikan yang saya buat
sepanjang hampir tiga bulan kebelakangan, saya rasa best. Happy-happy.. Saya boleh explore..explore
dan explore.... Sangat sesuai dengan jiwa saya yang suka ‘argue’ dan mencari
logik dengan asas. Sampai saya pernah kena sound...boleh tak jangan tanya “KENAPA?”..dah
tanya “kenapa..” ada lagi nak ditanya “kenapa..”
Dah saya nak tau, saya tanya la..sob3...
Eh, jangan silap faham..bukan supervisor saya yang cakap cmtu..tapi orang lain..supervisor saya sangat baik..sayang rasanya..
Ok, come back down to earth.
Saya akui dalam beberapa tempoh, saya kabur. Saya keliru.
Dilema.
Gara-gara tidak tegas dengan perlaksanaan berkaitan perancangan
selepas tamat degree yang dah diatur sebelum tamat degree. Ada sampai satu
tahap, rasa kosong.
Inisiatif saya.. berjumpa dengan penasihat akademik, saya
berjumpa dengan beberapa orang pensyarah yang lain, saya tanya kawan-kawan,
saya tanya senior, tanya mak ayah, bakal mak abah, bakal err..err.. semua saya tanya sebab ke’blur’an yang akhirnya memerlukan pandangan orang lain
untuk jadi ‘torchlight’ perjalanan yang kian kelam dirasakan..
(HIPERBOLA!) Owh, dan analisis semula di mana kekuatan diri sangat penting
untuk perancangan back up plan saya kali nie.. J
Cmne pun, saya tak menyesal atas perancangan sebelum nie yang
saya isytiharkan gagal. Sekurang-kurangnya saya telah mendapat pengajaran yang
sangat baik untuk saya perbaiki diri.
Sekarang,
Based planning kerjaya saya, Reseach and Development (R&D).
Based planning kerjaya saya, Reseach and Development (R&D).
Kemudian interest saya, Biomedical.
Jobscope research assistant di MJIIT, UTM KL dan projek master memenuhi demand yang saya letakkan. Kerjaya sebagai penyelidik selepas graduasi juga InsyaAllah,
lebih mudah dicapai mudah-mudahan dengan rezeki yang Allah tetapkan.
Yang lepas, takpe la..
Peluang yang ada, kita bina semula.
Ok?
La Tai Asu!
May Allah ease.
Go, umi..go!^^
Next convo within two years.
InsyaAllah!