Bismillah walhamdulillah.
Allahu..Allahu..Allah..

Saya terasa semakin hari, saya semakin kekurangan kata-kata.

Kian bisu untuk berbicara.
Seolah-olah ada sesuatu yang memberat di hati, di fikiran, di bahu..

Gusar?
Saya tidak mampu melindungi..tidak mampu membohongi..
Benar, saya gusar..saya bimbang..
Apakah saya mampu?

Astaghfirullah.

Pesan seorang sahabat yang begitu hampir dengan saya...
"Jika kita ikhlas, pasti Allah mudahkan..pasti Allah tunjukkan jalan..InsyaAllah.."

Alhamdulillah..
Kian sirna segala keraguan.

Selepas ini seluruh ketaatan saya bukan lagi pada emak dan ayah..
Seluruh ketaatan saya adalah kepada dia.
Dia yang dalam istikharah saya.

Allahu..Allahu..Allah..

Hati saya kini bulat, nekad..tekad.
Menerimanya dengan janji bersama-sama membina baitul muslim..
Sakinah..mawaddah..warahmah...

Mudah-mudahan ini yang terbaik buat saya.

Allah, 
Redha-Mu yang aku mahu..
Allah,
Redha-Mu yang aku pinta..

Berkatilah, Ya Allah..