Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera buat semua :)
Lepas habis kelas tengahari, tak sengaja rajin pulak nak update blog..kronik sangat kesunyian blog nie rasanya. :p
Kelas tadi ialah kelas subjek "Research Methodology". Ikut jadual 3 jam tapi jadi 2 jam sebab pensyarahnya ada meeting. Berperang-perang dengan mengantuk jugak, cam biasa la..dah namanya kuliah..hew3..saat hilang mengantuk ialah bila telinga diterjah dengan kata-kata ini,
"I am a dean of faculty, I have one wife, seven children. Now, I have to give lecture and what? You are busy than dean?"
Tak tau la beliau tengah sembang apa sebenarnya.. sedar-sedar je tetiba dah part situ..
Eheh, dean?
Pheuww..pheuww~
Google website UPM..oOo..okeh..lecturer tadi itu adalah dekan fakulti kejuruteraan. Rosak reputasi mak, nak.. mak masuk kelas lambat tadi..kih3..first time masuk kelas, cari kelas sesat kot! explorace dari hujung bangunan ke hujung bangunan..takpe leww...mak janji minggu depan tak mau lewat dah..^^
Best sebab dah ada sorang kawan. Nadia namanya. Agriculture engineering..hmm, takde la rasa stranger sangat pasni..hopefully!hehe..
Btw, dah masuk minggu ke-2 jadi student postgrad UPM..Alhamdulillah, segalanya dipermudahkan.. mungkin ada yang konfius-konfius gitu..
"Eh, bukan kata sambung kat UTM KL ke dulu?camne kt UPM pulak nie?"
Alkisah..
Memang saya dah dapat offer letter sambung kt UTM KL tapi bila difikir-fikirkan semula.. ditimbang-timbang..darab bahagi tambah tolak..beza dan kamiran.. terlalu banyak komplikasi atau hal-hal berbangkit yang akan merumitkan keadaan sekiranya saya menyambung pengajian di UTM KL tersebut.
Maka penghujung Januari 2013, hasil konsultasi, bimbingan dan kaunseling yang tidak putus-putus dari encik tunang terutamanya ketika itu, saya pun apply UPM. Alhamdulillah, rezeki kahwin kot..supervisor pun best..sekepala rasanya..jeng3..paling senyum sampai telinga, dua hari apply terus approved.
Mula-mula cuak sebab contact ofis postgrad, jawapannya ialah,
"Permohonan kemasukan Februari dah ditutup, dik.. kalau apply sekarang nie dua bulan baru approve..next intake la, September nanti.."
Tapi..tapi..tapi...kita berurusan dengan manusia dan berharap hanya pada Allah.
Low expectation (makhluk), high hope (Allah).
Hantar permohonan, doa banyak-banyak..
Sistem hanya ciptaan manusia. Rezeki pula Allah yang tetapkan. Siapa lagi besar? Huishhh...tak terlawan rezeki Allah dengan sistem manusia kan.. camtu la..setelah supervisor bincang-bincang dengan mereka-mereka yang berkenaan..akhirnya,