Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera :)

Semalam ada seorang sahabat share di whatsapp tentang kecanggungan sikap anak muda dari gerakan Islam yang boleh saya katakan dalam bab ikhtilat.

Pergaulan atau perhubungan antara muslimin dan muslimat yang telah ditarbiyah sepatutnya berbeza. Berbeza dengan sifat malu tapi tetap terserlah ketegasan. Setiap komunikasi ada objektif yang jelas tanpa ada unsur saja-saja apatah lagi berhubung untuk mengisi masa lapang atau dengan niat "mengeratkan silaturrahim" secara individu.

Muslimat memberikan kek sebagai sokongan moral untuk muslimin menghadapi exam.
Muslimin dan muslimat bersoal-jawab tentang isu semasa dalam facebook messenger hingga ke tengah malam dan berlarutan beberapa hari. Ada kepentingan besarkah?

Sesoleh mana pun nampaknya muslimin tu, dia tetap lelaki dan solehah mana pun muslimat tu dia tetap perempuan. Hati, jantung, tulang rusuk kiri kanan tu semua berpotensi bergetar dan berdebar. Tau?

Saya teringat pesanan yang sering diulang-ulang,
"Gerakan Islam semakin lemah kerana dosa-dosa yang dilakukan oleh ahlinya sendiri"

Pertama kali saya mendengar, sungguh sentap. Na'uzubillah.

Setiap yang kita lakukan secara sembunyi atau terang-terangan Allah lebih tahu.
Jujurlah pada hati, diri dan amanah membawa nama Islam. Bertaubat dan bermujahadahlah sesungguh-sungguhnya melawan nafsu dan bisikan syaitan. Insyaallah, sedikit pun tak akan rugi.

Wassalam.

p/s muslimat: biarlah anda digelar muslimat garang atau muslimat brutal sekalipun, syadid dalam hal ikhtilat lebih baik dari meringankannya.