Bismillahirrahmanirrahim.Selawat dan Salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w.

Ini pos bagi buka mata.semua mata-mata yang ada.
Segala jenis SB pun..cukup-cukuplah berTENANG.
YB pun, cukup dah senyum MENANG.

Nie hal keselamatan rakyat,
lagi penting dari kerusi empuk yang sedap pusing 360 darjah tuh.
kt akhirat jangan sampai hirup peluh sendiri,
nak menjawab pasal amanah dan tanggungjawab.
Pedih jugak bila aku tuju pesanan di atas buat diri sendiri.

- Hosni Mubarak -

Ini lah akibat tidak mendengar suara rakyat.
30 tahun!
Rakyat menolak pemerintahan autokratik
Mengharap pembaharuan demokrasi
Mahu diganti dengan kerajaan Islam dan undang-undang syariah.

RAKYAT MESIR HANYA MAHU KAU BERUNDUR

Manusia takkan selamanya diam, bila selalu ditekan.
Kau tunggu satu masa, pasti mereka akan bangkit.
Fitrah~

Sudah,
tak perlu aku ulas panjang.tak mahu jadi tukang canang.
aku cuma mahu kita semua cakna.
Tindakan?pakat-pakat doa keselamatan semua rakyat Malaysia yang berada di Mesir yang bergolak nih.
Front liner mahasiswa?
ko tak payah tanya, pakat-pakat dah angkat punggung.
Letak jawatan sebelum bubar.
Tak semua tapi kebanyakannya.
Pedih sedih.Organisasi bisu.

cukup.

Ambil link ini. Buat kau jadi manusia cakna isu.
Bukan selamanya hidup bertenang-tenang,
juga bersenang-senang.
Kalau tidak mencukupi, google sendiri.

http://krisismesirnasibrakyatkita.blogspot.com/

http://beritasemasa.com/hosni-mubarak-vs-rakyat-mesir

http://www.youtube.com/watch?v=dBtYLBQPRGQ&feature=player_embedded

http://www.malaysiakini.com/news/155016

Bismillahirrahmanirrahim..
Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w
Mudah-mudahan kita dikurniakan syafaat dari baginda di akhirat kelak..

Cuti CNY nie sekali dengan cuti mid sem..
naik cuti nie pasang perisai siap-siap..
banyak jenis perang nak menyerang nie..ikut flow~
blog updated
LUAHAN PERASAAN LAGI?
LALALA...~
IKUT SUKA I LA..U BACA DIAM-DIAM SUDEH..

 ***********
ini cerita tentang
KEPERCAYAAN DAN KETENANGAN

***********
Ingat ujian-ujian untuk dapat lesen P?
Kisah lesen motor yang aku ambil masa 16 tahun.
Belajar dari pertama kali start motor di Surfine Hi-tech tu.
kt track aku ada pusingan nombor 8, titi, laluan kon, emergency break dan isyarat tangan. 
Dalam lebih 5 kali aku belajar, sekali je aku lepas untuk titi. 
Ko tanya kawan-kawan yang fail test motor, part mana fail?Aku tak nak fail part titi.Aku tak nak datang sini lagi yang asap kuat bau rokok.Aku tak nak pusing nombor 8 jugak,aku dah pening.
Tak nak aku maksudnya kena LULUS.
Waktu ujian yang sebenar, 
laraskan minda pada arus alpha untuk keTENANGan dan serah padaNya dengan sebaik-baik pergantungan.
Aku cool pusingan nombor 8, titi aku cukup masa lebih 2  saat.
Alhamdulillah,pas.

***********
Aku tak pernah lulus Matematik Tambahan sepanjang  pengajian Tingkatan 4 dan 5.
Kena beratur untuk tatapan umum depan klas bagi ‘murid si pen merah’ itu ada.
Silap kalau kata aku tak berusaha..kurang usaha mungkin~
paling penting, aku tak faham macam mana function software otak aku 
jadi alliasing dan signal punah bila menghadap subjek nie.kelam-kabut .
Melainkan masa SPM aku jawab paper dengan limpahan keyakinan sakinah dariNya untuk aku harus sujud syukur dengan gred B pada slip result.
Tak begitu bijak tapi cukup bagus untuk student tak pernah lulus macam aku.

**********
Tahun pertama di UTM sebagai mahasiswa yang mengambil kursus Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik bagi program Elektronik Perubatan. 
Pada semester pertama, aku ada 6 subjek yang berdaftar.
Tahun 1 itu juga pastinya aku bukan junior pasif sebab aku tak suka duduk bilik macam anak dara tunggu pinangan.Nope, totally not me. 
Pegi sana sini, tau-tau da final.
Paper pertama aku jawab, macam insomnia jumpa bantal kekabu.aku nampak bintang-bintang…
balik bilik aku terus terdiam dan sangat bingung.tak boleh jawab.dengan gap untuk deretan next paper yang tak berapa jauh dan persediaan yang setara untuk semua subjek.
Gelap masa depan dan memang aku tak pernah rasa down seteruk tu. Aku duduk tepi meja study, sidaikan dua tangan keluar, kepala menepek pada rangka tingkap..
betul-betul macam sotong tersangkut pukat..
”oh, dunia..lihatlah diriku..”
aku tak peduli inkuiri dan pandangan sisi optik roomate yang memang takkan tanya kenapa aku macam nie.
Argh….cukup!
Aku bukan kaki pasrah dan mudah menyerah.
Ye, aku salah sebab tak utamakan perkara utama.
Kebenarannya ialah masih ada harapan untuk perbaiki keadaan.
Bangkit,umi..bangkit!
Ambil wudhu’..Bismillah..tiada sandaran harapan untuk aku melainkan hanya dari Dia.
Selesai final.
Cukup untuk subjek pertama exam, printed on slip with gred C..
untuk kebangkitan 5 subjek seterusnya, 
aku dihadiahkan lulus dengan 1 B dan A bagi subjek yang lainnya.

************
Percaya pada diri.
Kerana apabila kau percaya, jiwa pasti lebih sedia.
Selamat berusaha untuk kau dan aku.
Bittaufiq wannajah fiddunya wal akhirah
- Never say never -



Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah..
Bahagia..^_^
Selawat dan salam buat Nabi Muhammad s.a.w..Al-Amin yang disegani kawan dan lawan.

8.00am - 10.00 am : Engineering Management (SHM 4542)

The Decision Making Process

  1. Identifying a problem
  2. Identifying decision criteria
  3. Allocating weight to the criteria
  4. Developing alternatives
  5. Analyzing alternatives
  6. Selecting alternatives
  7. Implementing alternatives
"Okey,class..i want you to make an example in a group based on the decision making process.." kata leturer aku tuh..

Lalala...geng aku tak datang plak hari nie..buat sorang sudeh~
after 20 minutes..
Make decision about to import new tech wireless sending info for X-ray machine.siap.
cam biasa la pastu..
Present.
"You..you..you...you....."siap dah pilih...

"alaa..tak jadi insan bertuah plak nak present....sob3.."monolog dalaman aku dengan cerianya.

After 10 minutes~

"Next example, present.."lecturer aku pye suara..
kemudian wakil kumpulan itu pula..with the shy2 cat action..

"Assalamua'alaikum and a very good morning to all of you..this is our group example.."

  1. Want to get married with whom
  2. Criteria : Religion (R), Beuty (B), Wealth (W), Family Background (FB)
  3. Weight to criteria :R - 10  , B - 9 , W - 6 , FB - 7
  4. Alternatives : Classmate, Club Member, Co-Worker, Neighbourhood
  5. Analyzing

     6.  Selecting for the highest total as CHOSEN
     7.  Implementing : Get Married with Club Member
That's all..thank you.."
tamat presentation itu..

"Yes, but the question now is either that girl will accept you or not"
Konklusi terbaek dari lecturer aku..haha

Ini la mehnah dan jadahnya bila satu kelas dengan final year student..
Bak kata senior aku yang lepas2.."dah ada kt alam lain dah"
Klas engin management ble jadi bab kawen..fuyoh~

Tak pasti pulak kalau manager, CEO kt luar tu..
Agaknya kalau nak kawen pakai method nie...=p
Secara teknikalnya, aku rasa memang logik kalau guna pun..
Jelas "weight = pemberat" yang nak diputuskan.
Pemberat tu ikut priority kita je nak letak berapa pun..
Tapi kalau decide equipment untuk company, xde la main letak..
silap2 ko kena letak depan pintu company plak..
tak masuk2 dah..
ada la kriteria tertentunya..=)
Total up as concrete evidence.
Highest total = chosen .yeah!
Boleh aplikasi.Ilmu jangan disia-siakan...LIKE.


..:: take this ::..

Ajarlah jiwamu untuk terbang tinggi, nescaya ia tidak akan suka dengan kerendahan,
Kenalkanlah ia dengan kemuliaan, nescaya ia akan membenci kehinaan,
Rasakanlah kepadanya kesenangan rohani yang besar,
Nescaya ia akan meremehkan kesenangan jasmani yang kecil
~Bunda Ena~


Bismillahirrahmaanirrahim..
Alhamdulillah atas kurniaan rahmat dan rahimNya..
Salam ingatan buat kekasihNya yang dirindui oleh ghuraba' akhir zaman..=)

Usaha sejak semester lepas..
MANIFESTO aku sebenarnya..
Draf hasil dapatan, 
laporan penuh insyaallah sebelum habis cuti pertengahan semester nie, siap.
Share pada kamu-kamu ini cuma anggaran 23% dari hasil dapatan penuh..
tak boleh nak bagi semua la..secret and confidential..^_^

Intro : Hasil dapatan daripada soal selidik yang dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Mahasiswa 2009/2010 dan JURUTEK ke atas 353 mahasiswa yang mengikuti kursus Sarjana Muda di Fakulti Kejuruteraan Elektrik, Universiti Teknologi Malaysia JB bertujuan untuk mengkaji senario kebajikan, akademik dan perpaduan mahasiswa yang akan digunapakai sebagai Key Amal Indicator (KAI) dalam kertas kerja cadangan penambahbaikan demi melahirkan mahasiswa yang dinamik dan berintegriti seterusnya membantu pihak pentadbiran fakulti dan universiti dalam mencapai visi, misi dan objektif FKE dan UTM yang telah disasarkan.



Semuanya ini adalah berdasarkan kuantitatif.. boleh percaya ke?..^_^
Menurut Krejcie and Morgan (1970),
kajian ke atas populasi berjumlah 1600, sample size adalah 310..
Bagi populasi 1610 mahasiswa FKE, responden yang menjawab kaji selidik nie adalah 353 orang..
Calculate the accuracy by yourself ya..~


"TABLE FOR DETERMINING NEEDED SIZE S OF A RANDOMLY CHOSEN SAMPLE FROM A GIVEN FINITE POPULATION OF N CASES SUCH THAT THE SAMPLE PROPORTION p WILL BE WITHIN ± .05 OF THE POPULATION PROPORTION P WITH A 95 PERCENT LEVEL OF CONFIDENCE"

For further details, click here 

Belum boleh berpuas hati, selagi laporan penuh belum siap..
kemudian laporan ini akan dibentangkan pada ayahanda FKE, Prof Halim..
dan kemudian melihat sendiri perlaksanaannya..
masih ada setahun berbaki di sini..insyaAllah..=)

.:: take this ::.
Berpenat lelahlah sehingga kelelahan itu mengikuti.
La haula wala quwwata illa billah.. 

Bismillahirrahmanirrahim..^_^
Alhamdulillah, masih diberi nikmat iman dan islam..
Selawat dan salam buat qudwah hasanah, Nabi Muhammad s.a.w contoh terbaik buat sekalian ummat..

So, what's the story?
mungkin masih dalam lingkungan aura LI~
kebetulan pulak, lecture Clinical Engineering hari rabu lepas cite pasal career development..
owh, memang kena sangat dengan 'jiwa semasa'..
succed to grab my attention, fokus beb~


Gambar 1 : Jadual penuh Biomedical Engineering Career Development Matrix

Aku fikirkan aku ini graduasi Kejuruteraan Bioperubatan (Biomedical Engineering) , 
rupa-rupanya tidak..
kerana kursus yang aku ambil sekarang ini ditawarkan dari Fakulti Kejuruteraan Elektrik (FKE), 
bukan Fakulti Kejuruteraan Bioperubatan dan Sains Kesihatan (FKBSK)..
Kelebihannya bagi mahasiswa grad Kejuruteraan Bioperubatan nie ialah pada junior BMET..
tempoh 6 bulan..
untuk aku grad Kejuruteraan Elektrik-Elektronik Perubatan nie
tempoh 9 bulan..
beza cuma 3 bulan...
"iye, nak pujuk hati"

Bagi adik-adik yang nak pilih upu tu, haa..nie akak da bagi hint...
fikir-fikir mana berkenan..nak ekspres track ke normal track ke..
terpulang~
tapi mungkin dah takde dalam list Elektronik Perubatan nie untuk ambilan akan datang,
program FKE telah dirombak semula
maka yang ada cuma Kejuruteraan Bioperubatan yang ditawarkan oleh FKBSK..

Gambar 2 : InsyaAllah, aku akan graduasi Sarjana Muda Kejuruteraan (Elektrik-Elektronik Perubatan)


Dan InsyaAllah, dalam masa lima tahun akan datang..
Aku akan terjun ke "MY TARGET"

-MGMT-

stand for MANAGEMENT
i do like engineering field
but
honestly, my interest was NOT in maintenance, repair, workshop etc

 terlibat dalam bidang kejuruteraan PLUS pengurusan
begitu, sangat, sungguh
- aku berminat -
dalam masa 5 tahun
aku akan capai matlamat itu
wahai kamu yang bernama
UMI KALSOM BINTI MOHAMAD YUSOF
tawakal dengan perancangan dari Yang Sebaik-baik Perancang buat sekalian makhlukNya
berusahalah dengan terbaik!

Gambar 3: Sasaran lima tahun



p/s : Tomorrow lecture 3 hours clinical engin/fisio non-stop.like!

.:: take this ::.

BERAMAL KERANA ALLAH 
PEMUDA MELANGKAH GAGAH
MENJANA KUASA RAKYAT
BERSIAP MENGHADAPI CABARAN

SEMARAKKAN SEMANGAT PERJUANGAN
MENENTANG MUSUH ALLAH
LAUNGKAN TAKBIR
ALLAHU AKBAR!!