Bismillahirrahmaanirrahim.
Assalamu'alaikum wbt....^^

Haitz! Salam 29 Syawal.... Di hujung minggu yang leasure ini...saje je nak cerita-cerita....ermmm, ada dua cerita yang saya nak kongsi...tak best la 'quote' cerita orang..sebab saya yang bercerita, saya cerita saya punya cerita je lerrr.....

*poyo*

Okies, cerita-cerita nie adalah berkaitan dengan persediaan untuk menghadapi sesuatu dan pengajaran yang boleh di ambil darinya :)

(macam tengah masuk pertandingan story telling plak..huhu)

Cerita saya no.1

Ketika tahun pertama di kampus, saya nie macam kanak-kanak extra oxytocin. Kalau teringin nak tau antara gejala-gejalanya adalah seperti dalam contengan ini, BUSY KER??

Hostel berkonsepkan bilik persinggahan. Meraban sana sini... tup..tup...peperiksaan akhir.
Fuh, kalut tak terkata mak...~

Subjek pertama adalah Basic Electrical Engineering. Carry mark rupa wajib sedut inhaler..semput....atas kesedaran itu, malamnya saya membancuh nescafe 3 in 1.. dan melakukan sesi brain teaser ke atas diri sendiri dengan cubaan menyerap segala nota-nota selama semalaman untuk diluahkan pada jam 9 paginya.


Ready, umi? Ya. Itu jawapan saya 30 minit sebelum menjejak kaki ke dewan peperiksaan.

Bila dapat paper..
Dari start jawab, mula dah dahi berlipat-lipat kerut.
"Eh, aku ada baca nie...tapi start mana ek..okay..err, apsal rasa macam chapter kat belakang nie masuk solution sini plak?betul..betul.. ehh, betul ke nie..lain macam je...erk?hadoi la......"

Kemudian blank.
Submit dengan jawapan lompong-lompong...lukis circuit gedabak-gedabak...saje nak show off kt lecturer... ada jugak la menjawab...eheh.. =.="

Cerita saya no.2

Let say, esok test english. Situasi sama untuk test secara oral mahupun writing.
Maka satu hari sebelumnya, saya akan berusaha sungguh-sungguh baca reader digest ke, paper the sun, the star, the moon, the sky the..the...the........the best is reading DICTIONARY. (^___~)

Baca kuat2 dan penuh lancar dan cubaan sebutan yang paling tepat makhrajnya...dengan harapan esok akan dapat speaking seperti lancar seperti yang saya baca ketika itu.

Esoknya?
Vocab sama jugak yang berulang-ulang.. vocab sedia ada, sebijik sebelum semalam... tak keluar mana pun vocab power mantop-mantop macam dalam reader digest dan segala paper tuuu...rupa 'hafizah' dictionary?jauh sate dari kuah kacang~

Agak-agak sape ada buat perangai macam saya nie ek?
Hoho.

**************************************

Pertama.
Maaf, kesibukan dengan program luar akademik seperti yang dicontohkan dalam entry " BUSY KER?? " tidak saya letakkan sebagai punca kekalutan dua cerita di atas.. cuma khilaf saya tidak menggunakan ruang-ruang masa yang masih bersisa untuk lebih dimanfaatkan kepada perkara sewajarnya.

Keduanya.
Pada saya, output atau hasil akhir yang kita dapat adalah di'beli' dengan harga usaha yang kita 'bayar'.. Contoh analogi nak beli aiskrim, dalam poket ada lima posen..hulur kat pakcik kedai tu takkan dapat beli aiskrim cornetto royale black forest pulak kan?`yang dapat kita beli ialah aiskrim Malaysia perisa asam boi..nasib ler..Ha, nampak tak? Kalau persediaan kita last minute, secara normalnya output yang kita dapat adalah output bernilai last minute. Kebiasaannya output adalah kurang sempurna dan kita rasa kita boleh dapat lagi baik dari tu sebenarnya. Hmm...rugi lah bagi yang mensia-siakan masa..

Ketiga.
Persediaan yang paling penting adalah persediaan bekalan kita di dunia ini untuk menghadapi kehidupan akhirat nanti. Gulp!


Saya perlu mencari idea. 
Idea 'finishing' untuk projek bahagian pertama.
Esok dah janji nak jumpa supervisor dan lapor progress sebelum balik cuti raya.
Maka, saya berjalan-jalan keliling fakulti, cuba mencari ilham.. akhirnya menapak masuk ke surau.. 
Jumpa tiga orang kanak-kanak yang sedang bersembang, sekitar usia lapan tahun.. dua baru saya kenal beberapa minggu sebelum..sorang lagi saya baru kenal hari nie. 
Sembang punya sembang, tak puasa rupanya budak bertiga nie yep....  

“Akak.....akak ada kereta?”
“Takde la, dik..motor ade ler...”
“Kafe Meranti bukak tak akak?jom la...bawak kitorang pegi beli makanan...dulu saya pernah naik motor tiga orang...kitorang lapar la, kak...asyik makan biskut je...mana kenyang...”

Ayoyooo....Sudah parah......
Dah la ajak beli makanan tengah-tengah orang puasa..pastu ajak naik motor berjemaah pulak...

“Err...Akak ada kerja jap lagi...”
“Boleh la ye, kak.......belikan kami makanan....kami lapar...”

Sorang buat muka comel. Sorang dah peluk-peluk bahu. Sorang buat muka mengharap.
Fine.

“Akak belikan roti boleh?”
“Boleh..boleh...akak saya nak roti coklat dua, roti jagung satu..”

Mak aiii.....(dalam hati)

“Yelah...tapi asar nanti kena solat tau...”
“Okay, kak..okay..” serentak menjawab.

***Jeng..jeng...akhirnya saya membelikan juga roti buat mereka..dan kembali ke surau sebaik azan asar telah berkumandang dari masjid UTM**

Sementara saya ambil wudhu’ dan bersiap-siap memakai telekung..

“Dah solat dah?”
“Dah kak..saya solat laju-laju...”
“Saya pun dah...saya solat duduk...pening la, kak...”
“Akak, saya solat...lepas tu dia kacau-kacau kak..gelak-gelak...”

Hooo...see?...macam-macam perangai~

“Yelah...yelah..dah solat la nie kan?okay..baru boleh makan roti...”
“Yeay!...Shhhh....jangan bising lah..orang sembahyang...”

Akhirnya dah dapat roti, lesap dah kanak-kanak bertiga tu ke mana-mana mereka pergi....

Haihhh~

Akhirnya, idea yang diharap tak muncul-muncul, kisah lain pula yang dapat...okay, umi...sabaq naa...mesti ada hikmah nape Allah munculkan kanak-kanak bertiga tu masa kritikal kan...

Apa ye?
Jem.
Anggap aje la tarbiyyah memahami psikologi kanak-kanak a.k.a praktis.

Okay. 

******


Jika anak dibesarkan dengan celaan... dia akan belajar memaki.
Jika anak dibesarkan dengan cemuhan.. dia akan belajar rendah diri.
Jika anak dibesarkan dengan permusuhan.. dia akan belajar memaki.
Jika anak dibesarkan dengan hinaan.. dia akan belajar menyesali diri.
Jika anak dibesarkan dengan dorongan.. dia akan belajar percaya diri.
Jika anak dibesarkan dengan pujian.. dia akan belajar menghargai.
Jika anak dibesarkan dengan rasa aman.. dia akan belajar menaruh kepercayaan.
Jika anak dibesarkan dengan dukungan.. dia akan belajar menyenangi diri sendiri.
Jika anak dibesarkan dengan toleransi.. dia akan belajar menahan diri.
Jika anak dibesarkan dengan sebaik-baiknya perlakuan.. dia belajar keadilan.
Jika anak dibesarkan dengan kasih sayang dan persahabatan.. 
dia akan belajar menemukan cinta dalam hidupnya...

(Al-Hikmah)

******

Bercerita tentang kanak-kanak..
Teringat...
Apa khabar agaknya anak-anak di Pesantren Tapuz?
Berkali-kali gempa.. dan lokasi di tepian pantai..
Mudah-mudahan saja Allah melindungi dengan rahmat dan rahimNya.
Doakan.


*******

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh :)

19 Julai 2012
Semakin ramai bertanya~
"Umi dekat UTM... further master?RA?RO?"

Soalan-soalan tipikal.. hehe..^^

Nope.
Sebenarnya saya balik UTM minggu lepas sekadar mahu melengkapkan thesis dan submit.. tu je.. pastu balik semula ke Selangor, cari kerja tetap.
Btw, pagi-pagi hari pertama sampai di fakulti supervisor mesej minta jumpa..

"Prof Jasmy cadangkan projek awak untuk masuk INATEX"
"Owh...?"

----------------------------------------------------------------------------------------------------------

What is INATEX?

Industrial Art &Technology Exhibition (INATEX) is one of the University program in Research and Development organised by Research Management Centre (RMC). This exhibition are R&D showcase and competition of UTM inventions and innovations developed by UTM researchers.

The objectives:
•To promote the latest innovative inventions, product and technologies in R&D developed by UTM researchers to the public and industry
•As a platform for internal assessment for R & D product for competitions National or International level.
•To identify technology or latest products with potential for commercialization


For further info about INATEX, kindly click here.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Saya diminta untuk 'sebaik-baiknya berada di UTM sehingga awal Oktober 2012'.
Aduish....lari plan~
Maka, setelah berbincang dengan sekalian warga-warga yang dikasihi.. tolak tambah darab bahagi... saya memutuskan untuk menerima cadangan dan tawaran supervisor saya ini.
Usah jadikan kasih sayang antara kita sebagai penghalang kepada peluang yang ada..lala~

Sedikit cerita haru-biru tentang thesis.
Setelah tiga kali draft 50-60 pages, yang mana setiap kali hantar draft, hampir 270darjah draft akan scrambled and full of contengan kasih sayang seorang supervisor.......

"Ok, dr..."
~~Buat aje dengan tabah~~

Nasib baik start second draft supervisor saya conteng pakai pensil..


Masa fist draft dulu sv buat correction fully pakai pen merah!mau semput tengok...
Fakta menarik lepas buat thesis nie... self-esteem saya untuk menggunakan Bahasa Inggeris jatuh mendadak...whoaa!
Nak guna perkataan 'is' dengan 'the' pun rasa ragu-ragu dah nak letak kat mana. eheh~

Akhirnya.....apabila hari itu tiba...
Submission day.
Tadaaa~




Hanya Tuhan yang tahu....dalam lapisan ke-tujuh hati saya bagaimana rasanya........................
(^____________^)

'Ala kulli hal, alhamdulillah.

Dan setelah submit thesis, bermulalah peranan saya untuk INATEX di bawah skim pelajar bekerja.. upgrade projek psm supaya lebih user-friendly, dapatkan info untuk pattern produk dengan copyright dari icc dan meredah sana-sini sesuka hati mengikut keperluan.... :p

Selalu orang tanya saya buat apa stay UTM, saya jawab..
 "tolong-tolong lecturer je sementara nie..."

Sorry la, awak-awak ye...
Panjang sangatlah nak cerita semua..^^

InsyaAllah.. saya akan further study, yang pasti bukan sekarang..
Mungkin lima tahun akan datang. Wa makaru wa makarallah....
Habis INATEX pulang ke Selangor.
Cari kerja.. buat sara anak-anak..
Doakan urusan saya dipermudahkanNya ye.. :)

.:: Nota-nota-Nota ::.

Ramadhan Karnival Ibadah
Jom, heboh-heboh menyertainya!
(^____^)


Assalamu'alaikum wbt
Haitz!
^^

Beberapa hari lepas, nak pegi makan dengan Cik Jiran,
Turun tangga.. tetiba Cik Jiran pesan..

"Kat bawah tu, ada ulat bulu besaarrrr...."

"Hah?Serius??Erkk...."

Menggelabah tetiba jugak.
Kepuk-kepuk awan atas kepala dah terbayang cmni..


Owh, serius..
geli gile~~
Turun tangga memang macam FBI inspection kot!

"Mana?Tak nampak pun??"

"Turun je la dulu.. baik-baik..."

"Erghhhhh!"

"Kat area-area sini.. cuba Umi tengok dekat tepi dinding tu.."

Tadaaaaaa!!!


Ahaiiii!
Elok je ULAT BULU nie berbungkus dalam plastik.
Bersedia nak dimasukkan dalam stor tepi tangga oleh Cik Empunya Ulat Bulu Toy.

 "Cik Jiran!!! tak baiknya.. kenakan sayaaa......."

"Yela, Umi tak tanya pun... hidup ke mati keee..."

Aiseh.
=.="
Buat cuak ahkak je.

--------------------------------------------------------------------------------------

 .:: Nota ::.

Sori, kawan-kawan!
Sebenarnya tengah jem dengan thesis
kekurangan idea untuk sesuatu yang seriusssss....

Merapu seketika
^^
"“Janganlah meremehkan kebaikan sedikit pun juga
walau engkau bertemu saudaramu dengan wajah yang ceria”
[HR. Muslim]


Hepi-hepi sokmo yep..
Senyum walaupun tensi
hehe
:)
Papaii...~

Bismillahirrahmanirrahim

:)

Haitzz!
Semoga baik-baik saja buat kalian (^^,)

Ermmm,
Nak tanya..
Pernah tak rasa macam nie....?

"tergugat, terancam, takut kehilangan.... akan sesuatu"

Sesuatu itu pastilah yang BESAR maknanya buat diri.. kalau tak jawapnya..
"ada aku kesah..?"
weng3~

Itulah cemburu. Goreng ye?hehe.. tak la.. saya rujuk kat sini.
Dah tau maksudnya, saya nak share keperluan, manfaat dan juga mudarat cemburu secara tipikal.
Sangat ringkas sebab saya nak study Numerical Method untuk final hari jumaat nie di samping saya pun dah tak berapa nak expert cakap banyak-banyak sangat apatah lagi tentang benda pelik dan eksotik hasil sekretasi oxytocin yang bernama cemburu nie. Let's check it out.

Keperluan
Melalui cemburu, seseorang itu akan mempunyai keinginan untuk mempertahankan sesuatu seutuhnya, dijaga dengan sepenuh pengawasan.

Manfaat
Wujudnya rasa peduli dan terpanggil untuk memperbaiki keadaan.

Mudarat
Curiga, sangka buruk dan keretakan dalam sesuatu perhubungan.

Jelas?Kalau tak jelas, mungkin anda perlukan praktikal yang amali.
Bagaimana? Dengan merasainya sendiri.... (smiley miss devil)

"Sesungguhnya sifat cemburu itu ada yang disukai Allah dan ada yang dibenci-Nya. Adapun sifat cemburu yang disukai Allah adalah kecemburuan pada hal-hal yang pasti, sedangkan yang dibenci olehNya adalah kecemburuan pada hal-hal yang tidak pasti (memiliki keraguan dan syak wasangka)" - Sunan An Nasa'ie (2558), Sunan Abi Daud (2659)

Semoga sahaja kecemburuan kita adalah kecemburuan yang pasti.. kecemburuan-kecemburuan yang berasas, yang tidak menatijahkan keburukan buat kita, juga tidak membawa kepada kemurkaanNya.. Semoga sahaja cemburu ini dapat kita kawal dan tidak berlebih-lebihan ke atasnya.. Semoga sahaja cemburu kita ini tidak menjadi punca rosaknya perhubungan sesama manusia.. apatah lagi perhubungan kita dengan mereka yang penting dan memberi erti dalam sebuah kehidupan ini..

Peace!(^____^)v