Lintasan hati ku mulakan dengan namaMu,Ya Rabbi..
Selamat Hari Raya Korban..Selamat berkorban pada jalanNya..
Semoga berjiwa besar dan tidak gentar menyambung untaian perjuangan menegakkan syi'ar kalimah Sang Aziz hingga tumbuh gah daulah islamiyyah di bumi yang kian gersang ini..
1.38 am
aku bermuhasabah..
follow the flows..or i'm drifting?
aku hanyut~
sedarkan aku, apa baktiku?
sedarkan aku, apa citaku?
berat kuhadamkan..
aku liabiliti ummah?
wujudnya aku satu kerugian?
ruginya aku mensia-siakan nikmat Sang Khalik yang menciptakan~
lesu minda serba TIDAK TAHU..
tanya itu..tak tahu..
tanya ini..tak tahu..
mana anganku untuk membela ummah?
nasib ummah tak ketahuan..
semua tidak tahu..
apa yang aku tahu??
wahai minda..
apa isimu??
wahai akal..
di mana letakmu??
Beginikah aku..?
Janjiku untuk menegak kalimah lailahaillah di zaman ini..
aku terasa begitu kecil..
tak terjangkau dek gapaian tangan..
nak membayangkan terasa jauh..
Mampukah???
hati kotor!mazmumah membiak-biak...
JAUH~
akukah yang mengikat janji itu?
mahu jadi munafikkah??
minta dijauhkan,Ya Ghaffar..
Tuhan,
Aku ini hamba yang lemah pada tuntutan nafsuku..
Aku ini hamba yang rapuh berpegang pada janjiku..
Aku ini hamba yang fakir tak pernah kecukupan..
Hinanya aku, wahai Tuhan..
Hatiku sering berbolak-balik..
Hatiku tak kukuh berpegang pada taliMu..
Hatiku tertipu dengan 'syurga dunia'..
Jiwaku sebenarnya kecil, Tuhan..
Cintakan dunia takutkan mati!
2.08am
Aku buntu~
Pada siapa akanku adu..
Aku tahu ada Engkau,Tuhanku..
Sentiasa Engkau mendengarkan aku..
Terima kasih,Tuhanku..
Allah..Allah..Allah....
Mohon perkenankan aku..
Jangan Engkau pesongkan hatiku setelah Engkau beri aku petunjuk dariMU..
Hidayah taufikMu aku dambakan..
Jangan biarku terus hanyut dalam kelesuan ini~
koi
10 years ago