Pada 1 hingga 7 Jun 2010, Majlis Kesukarelawan Universiti-Universiti Malaysia UTM (MASKUM-UTM) dengan kerjasama Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM (MPM UTM) telah menganjurkan program sukarelawan bakti siswa yang bertempat di Padang, Sumatera Barat Indonesia. Program ini diadakan susulan dari gempa bumi yang melanda di kawasan tersebut pada 30 September 2009 yang lalu melalui penyertaan sejumlah 47 orang mahasiswa dari 16 IPTA seluruh negara dan 22 orang pegawai pengiring.Bertepatan dengan tema yang dipilih iaitu “1 IPTA, 1 Malaysia, 1 Nusantara” program ini juga telah mendapat kerjasama daripada beberapa badan uniform mahasiswa Universitas Andalas yang terlatih dalam menghadapi bencana alam telah membantu kelancaran program termasuk dari aspek paduan tenaga kerja dan bantuan komunikasi dengan masyarakat setempat.
Bagi memudahkan perjalanan program, dua pusat gerakan aktiviti telah diwujudkan iaitu di Pusat Pasentran Tapuz dan Ampek Lingkuang.Pusat Pasentran Tapuz yang menempatkan anak-anak yatim dan anak-anak dari keluarga kurang berkemampuan ini diketuai oleh saudari Umi Kalsom binti Mohamad Yusof telah memaklumkan di antara aktiviti yang dilaksanakan adalah bumi hijau iaitu proses pembersihan dan penanaman pokok di kawasan sekitar pusat pasentran, membaikpulih pusat sumber, mengecat taman permainan, program motivasi dan ‘trauma-healing’.
Anak putera santri di Tapuz bersama-sama hadiah istimewa yang diberikan oleh para sukarelawan.
Mahasiswa UNAND yang begitu gigih bersama-sama mencurahkan bakti
Bola Sepak, Riadah di tepi pantai
Menurut beliau lagi, aktiviti-aktiviti tersebut telah mendapat respon yang sangat positif dari pihak pentadbiran di sana sekaligus mencapai objektif program dalam meringankan beban mangsa gempa ini selain penzahiran rasa simpati sekaligus menunaikan hak dan tanggungjawab sosial mahasiswa kepada masyarakat merentas sempadan negara.
Peluang main 'masak-masak'
Baikpulih Pusat Sumber, Tapuz
Pusat gerakan di Ampek Lingkuang pula dikelolakan oleh saudara Mohamad Nor Rahmat b. Mohd Rafe yang melakukan aktiviti baikpulih dan mengecat Masjid Ampek Lingkuang, sunet masal (berkhatan), pembinaan sumur bore (tangki air), sukaneka dan pemeriksaan kesihatan secara percuma kepada masyarakat setempat.
Prof Wan Mahzum sedang menampal sticker MERSIK’10 di Sumur Bore yang telah siap dibina.
Sukarelawan yang bertugas di Ampek Lingkuang sedang mengecat bangunan masjid
Program ini yang dirasmikan pada 3 Jun 2010 di Universitas Andalas juga telah dihadiri oleh Setiausaha Bahagian Sukan,Kementerian Pengajian Tinggi, Dr.Shaharudin Ismail, Pengerusi MASKUM, Prof Wan Mahzum Ahmad Shah dan Rektor Universitas Andalas, Prof Dr. Musliar Kasim. Penasihat program MERSIK’10 FASA II, En. Mohd Fauzi b. Abd Rahman dalam penerangannya berkata bantuan kesukarelawan tidak akan terhenti setakat ini dan fasa seterusnya akan dirangka perlaksanaannya dari semasa ke semasa. Fasa pertama program MERSIK’10 telah diadakan pada bulan Mei 2010 yang lepas oleh Jawatankuasa Mahasiswa Kolej (JKM) dari Kolej Tun Dr. Ismail (KTDI),UTM JB.
::::::::>> MEMOIR <<:::::::::::::
Para sukarelawan dalam sesi lawatan-di hadapan Rumah Gadang, Padang Panjang
Bersama jurnalis-jurnalis GENTA (tabloid mahasiswa) di Universitas Andalas
'AMAN PALESTIN' di UNAND
Majlis Diskusi “Pelan Tindakan Semasa dan Selepas Bencana” bersama Palang Merah Indonesia (PMI), Pengakap dan Badan Eksekutif Mahasiswa (BEM) Universitas Andalas
>>>>:::: aku nak kata........
alhamdulillah..
berjalan, bermusafirlah melihat kebesaran Tuhan yaang diciptakan untuk mereka yang berfikir dan bersyukur..
Hikmah kembara menuju kasih buktikan cinta kita kepadaNya..
'Ibrah perjalanan ini untuk aku..
lebih mendidik jiwaku
lebih mengasihi diriku
lebih mngerti yang lain
lebih luuuvvvv MALAYSIA
lebih mengenal rumpun bangsa MELAYU
lebih sayangkan ISLAMku
lebih mencintai Tuhanku..
musibah menyemai tabah..rahmat ALLAH..mawaddah warahmah!
koi
10 years ago