Bismillahirrahmanirrahim..
Aku mahu satu alam tahu, Tuhan aku itu ALLAH..yang MAHA PENGASIH lagi MAHA PENYAYANG...

Entah mana aku dapat quote nie..

"... Ada masanya kita perlu menangis agar kita tahu dunia ini bukan hanya untuk ketawa, agar kita tahu betapa bernilainya setitis airmata.."

menulis bila sedih.
Ahh..peduli apa aku dengan PERHATIAN~
terpulang ko nak kata apa,
INI CARA AKU.

Siapa kata bila jadi MPM,
ko tak boleh nak tulis tentang apa yang ko rasa?
konon2 orang kata tak profesional..
ORTODOKS sungguh..

apa MPM ke..pemimpin2 takde hati dan perasaan ke?
dalam kepala kena UPDATE tentang program
dan CANANGKAN segala apa yang ko da buat..
PUBLISITI,beb!
AKU MENYAMPAH..~

Okey2..
aku sedang bersedih..

Mizah datang semalam..pagi tadi da balik..
MANA AKU NAK JUMPA MIZAH KT UTM NIE?

aduiissss....
aku sedih semula!

sahabat..sahabat...sahabat....

memaksa aku redah 'jalan' ini
macam aku sorang2..
kenapa ikatan hati aku macam MASIH TIADA di sini?

tak bersyukurkah aku?

dah hampir 3 tahun di JB..
tapi kenapa bila aku lemah dan rasa terjatuh,
kekuatan yang aku boleh dapat, BUKAN DARI SINI..

OHH,mungkin kerana aku sedang bersedih..
kekuatan yang aku sandarkan pada seorang sahabat,
dibawa pergi..maka aku pun 'hilang'.....

BISMILLAHIRRAHMAANIRRAHIIM...(^__^)

KEMASKINI
..aku tak dapat nak mengeluarkan sebarang idea penulisan melainkan ini..
ini yang ada dalam pemikiran aku....
4 dari 5 perkara di bawah harus selesaikan hujung minggu ini...
jumaat..sabtu...dan..ahad!

1- Pusat Kesihatan Universiti:
Dapatkan maklumat terperinci tentang penguatkuasaan Kempen Anti-Merokok.Jabatan Kebajikan & Pelestarian Kampus berfungsi dalam membantu penyebaran maklumat dan promosi secara terus kepada mahasiswa.Selain itu, maklumat akan dihantar kepada Jabatan Perpaduan, Penerangan & Informasi (JPPI) untuk dikemaskini dalam website MPM (19 Julai 2010).

2- Pejabat Hal Ehwal Mahasiswa & Alumni:
Dapatkan pengesahan dari kafe kolej berkenaan borang penilaian perkhidmatan makanan sepanjang Minggu Transformasi Mahasiswa.Buat laporan ringkas (masalah/cadangan mengatasi) dan hantar kepada En.Ansar selewat-lewatnya hari selasa minggu hadapan (20 Julai 2010).

3- Jabatan Kebajikan & Pelestarian Kampus:
Menyemak semula dan membawa aduan-aduan daripada mahasiswa untuk dibawa kepada kepada pihak berkenaan.Mesyuarat Pengerusi-Pengerusi Kolej (MPPK) pada 17 Julai 2010 di Dewan KTHO.
Kertas Kerja Tabung Kebajikan Mahasiswa tertangguh sejak sebelum Minggu Transformasi Mahasiswa.

4- Fakulti Kejuruteraan Elektrik:
Aduan kerosakan kemudahan fakulti.Kerjasama MPM dengan pihak persatuan JURUTEK untuk mewujudkan perkhidmatan kiosk dan fotostat.Kemaskini papan kenyataan MPM di FKE. Menghantar laporan Minggu Transformasi Mahasiswa kepada Timbalan Pendaftar (20 Julai 2010).
Kajian soal-selidik yang akan dijadikan teras dalam Pelan Pembangunan Mahasiswa FKE.

5- Mahasiswa Tahun 3 Sarjana Muda Kejuruteraan (Elektrik-Elektronik Perubatan)
..tett..ttteeeettttt.......
paling banyak..tak mampu lak aku nak taip semua...
buku-buku punggah kt stor aku susun elok je atas meja tuh..belum asing abih lagi..
mana fail aktiviti, fail akademik..
buku-buku sama gak..mana nak bagi adik-adik, mana nak pakai lagi..
buku rujukan, nota, kertas semester lepas..
owhhh.......betapa rajinnya untuk mengimbau semula taklifan sebagai pustakawan..~

.:: APA AKU NAK KATA ::.

korang rasa tak betapa susahnya bila nak siapkan kerja yang TERTANGGUH?
aku tak suka sangat-sangat nak sambung kerja TERTANGGUH nie..
tapi aku sangat-sangat suka untuk memastikan yang aku akan siapkan sebarang kerja yang aku dah mulakan~

UMI..UMI...UMI....



"komunikasi itu mudah, yang susahnya apabila kita tidak menyebutnya dengan perkataan yang mudah"

"carilah sahabat yang sentiasa berkata benar, bukan sahabat yang sentiasa membenarkan kata-katamu"

~~kt ofis nie ada ramai 'orang tua' yang suka mencuci pemikiran 'orang muda'~~
~~syukran!!..(^__^)..~~