BISMILLAHIRRAHMAANIRRAHIIM...(^__^)

KEMASKINI
..aku tak dapat nak mengeluarkan sebarang idea penulisan melainkan ini..
ini yang ada dalam pemikiran aku....
4 dari 5 perkara di bawah harus selesaikan hujung minggu ini...
jumaat..sabtu...dan..ahad!

1- Pusat Kesihatan Universiti:
Dapatkan maklumat terperinci tentang penguatkuasaan Kempen Anti-Merokok.Jabatan Kebajikan & Pelestarian Kampus berfungsi dalam membantu penyebaran maklumat dan promosi secara terus kepada mahasiswa.Selain itu, maklumat akan dihantar kepada Jabatan Perpaduan, Penerangan & Informasi (JPPI) untuk dikemaskini dalam website MPM (19 Julai 2010).

2- Pejabat Hal Ehwal Mahasiswa & Alumni:
Dapatkan pengesahan dari kafe kolej berkenaan borang penilaian perkhidmatan makanan sepanjang Minggu Transformasi Mahasiswa.Buat laporan ringkas (masalah/cadangan mengatasi) dan hantar kepada En.Ansar selewat-lewatnya hari selasa minggu hadapan (20 Julai 2010).

3- Jabatan Kebajikan & Pelestarian Kampus:
Menyemak semula dan membawa aduan-aduan daripada mahasiswa untuk dibawa kepada kepada pihak berkenaan.Mesyuarat Pengerusi-Pengerusi Kolej (MPPK) pada 17 Julai 2010 di Dewan KTHO.
Kertas Kerja Tabung Kebajikan Mahasiswa tertangguh sejak sebelum Minggu Transformasi Mahasiswa.

4- Fakulti Kejuruteraan Elektrik:
Aduan kerosakan kemudahan fakulti.Kerjasama MPM dengan pihak persatuan JURUTEK untuk mewujudkan perkhidmatan kiosk dan fotostat.Kemaskini papan kenyataan MPM di FKE. Menghantar laporan Minggu Transformasi Mahasiswa kepada Timbalan Pendaftar (20 Julai 2010).
Kajian soal-selidik yang akan dijadikan teras dalam Pelan Pembangunan Mahasiswa FKE.

5- Mahasiswa Tahun 3 Sarjana Muda Kejuruteraan (Elektrik-Elektronik Perubatan)
..tett..ttteeeettttt.......
paling banyak..tak mampu lak aku nak taip semua...
buku-buku punggah kt stor aku susun elok je atas meja tuh..belum asing abih lagi..
mana fail aktiviti, fail akademik..
buku-buku sama gak..mana nak bagi adik-adik, mana nak pakai lagi..
buku rujukan, nota, kertas semester lepas..
owhhh.......betapa rajinnya untuk mengimbau semula taklifan sebagai pustakawan..~

.:: APA AKU NAK KATA ::.

korang rasa tak betapa susahnya bila nak siapkan kerja yang TERTANGGUH?
aku tak suka sangat-sangat nak sambung kerja TERTANGGUH nie..
tapi aku sangat-sangat suka untuk memastikan yang aku akan siapkan sebarang kerja yang aku dah mulakan~

UMI..UMI...UMI....



"komunikasi itu mudah, yang susahnya apabila kita tidak menyebutnya dengan perkataan yang mudah"

"carilah sahabat yang sentiasa berkata benar, bukan sahabat yang sentiasa membenarkan kata-katamu"

~~kt ofis nie ada ramai 'orang tua' yang suka mencuci pemikiran 'orang muda'~~
~~syukran!!..(^__^)..~~

0 comments:

Post a Comment