BACA : Bismillah (kerja mudah..cuma 3 suku kata..selamat beramal!)

TAK LAMA DAH!!

Pra pendaftaran kursus semester II 2010/2011
18-29 Oktober 2010

MINGGU ULANGKAJI
30 Oktober - 7 November 2010

PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER 1 (BAHAGIAN 1)
8-13 November 2010

Cuti Khas Semester 1
15-21 November 2010

PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER 2 (BAHAGIAN II)
23 November - 6 Disember 2010

CUTI AKHIR SEMESTER 1 (4 minggu)
7 Disember 2010 - 2 Januari 2011

akhir zaman,
setahun bagai sebulan..sebulan bagai seminggu..
seminggu bagai sehari..sehari bagai satu jam..
masa berlalu pantas, bagai percikan api!

Respon Isu: Sekolah untuk Pelajar Hamil

Penubuhan sekolah bagi pelajar hamil bukanlah sesuatu yang baru di negara ini bahkan telah wujud semenjak tahun 70-an lagi di bawah kelolaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang antaranya terletak di Rembau, Cheras, Sarawak dan Batu Gajah di mana kemasukannya menggunakan Akta Perlindungan Wanita Dan Gadis 1973 (Akta 106). Persoalan mula timbul apabila sekolah jenis ini yang pernah diwujudkan masih tidak dapat menyelesaikan permasalahan tetapi peningkatan kes terus berlaku bahkan semakin membimbangkan.Ini berdasarkan rekod JKM bagi tempoh empat bulan pertama tahun ini sahaja, JKM mencatat 111 kes remaja bawah umur hamil berbanding 113 kes sepanjang 2009 dan 107 kes pada 2008. Jumlah itu dipercayai lebih tinggi kerana ia berdasarkan kes dirujuk kepada JKM untuk mendapatkan perlindungan di Taman Seri Puteri, selain statistik tiga hospital kerajaan iaitu Hospital Kuala Lumpur (HKL), Hospital Tuanku Ampuan Rahimah, Klang dan Hospital Tuanku Jaafar, Seremban sahaja.

Merujuk kepada penubuhan Sekolah Harapan oleh kerajaan Melaka yang mula dibuka pada 17 September 2010 dengan menelan belanja RM100,000 ini, ia bertujuan menangani gejala pembuangan bayi yang semakin berleluasa. Pengerusinya, Datuk Ab Rahaman Ab Karim berkata keseluruhan bangunan Sekolah Harapan itu dilengkapi penghawa dingin termasuk di tiga kelas dengan setiap kelas menampung antara 10 dan 12 pelajar. Keseluruhan lantai bangunan sekolah dua tingkat itu juga dipasang dengan permaidani bagi memberi keselesaan kepada pelajar hamil mengikuti pembelajaran. Beliau juga turut menjelaskan bahawa waktu pembelajaran pula adalah sama seperti waktu sekolah biasa dan kelas termasuk kelas komputer dan kemahiran memasak serta menjahit. Perkara ini secara dasarnya dilihat positif lantaran kemudahan dan keselesaan yang ditawarkan selain penyusunan silibus pengajaran yang dapat membantu pembentukan insaniah kepada bakal pelajar sekolah tersebut. Ironinya, penubuhan sekolah ini bakal mencetuskan epidemik hamil luar nikah di kalangan pelajar kerana dijadikan penyelasaian masalah untuk menutup malu pelajar dan pihak lain yang berkaitan. Turut membimbangkan adalah implikasi lain yang timbul melalui doktrin persepsi yang menghalalkan penzinaan selain label atau stigma negatif yang akan digalas oleh bekas pelajar Sekolah Harapan ini di masa depan.

Perumpamaan ‘meracun rumput biarlah sampai ke akar’ wajar diaplikasikan bagi mengatasi permasalahan ini.Seharusnya semak semula bagaimana kestabilan institusi kekeluargaan yang menjadi entiti dalam pembentukan masyarakat hari ini.Adakah anak remaja ini cukup imun melawan petogen gejala sosial dan hedonisme yang semakin berserakan di luar sana?Kita lihat sama, adakah perlaksanaan undang-undang di negara ini sudah cukup utuh untuk membejatkan penularan gejala pelajar hamil di luar nikah ini?Seterusnya, adakah sistem pendidikan yang diterapkan kepada pelajar-pelajar ini turut juga membentuk sahsiah diri yang seimbang dari segi rohani dan jasmaninya?Ini adalah sebahagian dari persoalan yang harus dijawab jika kita bersungguh-sungguh mengatasi permasalahn ini hingga ke akar umbinya. Secara tuntasnya, setiap permasalahan yang timbul pasti akan terbentang penyelesaiannya asal tak jemu berusaha dan lakukan apa sahaja selagi tidak tersimpang dari panduan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai yang difirmankanNya yang bermaksud:

“Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan, apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan bagi sesuatu perkara, bahawa ia membuat pilihan sendiri mengenai urusan mereka, dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang nyata.” (al-Ahzab: 36).

Wallahu’alam.



Bismillahirrahmaanirrahiim..

siapa sangka..
seawal 2pagi 1 syawal 1431H,
kami semua mendapat kejutan dari Ilahi?

awal kisah tenang..pulang ke kampung mak..

29 ramadhan..
jam 8pagi tiba di umbai,melaka..
sempat bertemu iyas pada jam menghampiri 11 pagi untuk menyerahkan tesis yang di'order' dari library fkm..

sepetang membuat persiapan raya,
dan berbuka pada akhir bulan Allah ini..

10malam ke Telok Mas bersama busu hisyam dan busu wati..
cuci mata meninjau blaus pink atau putih..
owh,takde yang berkenan..

baca nOvel 'sinergi' by hilal asyraf..
sambil merajinkan diri membalas mesej raya..
sambil jugak tunggu turn iron baju..
akhirnya..
berat mata,tetido..

jam 1 pagi terjaga..
yop,iron da kosong..masuk line..
rasa serabai..khidmat diri jap..
sangat selesa then continue read the novel..
kisah hati yang berpadu berpaksi iman ini memang sangat mengujakan!
2.30pagi..
ayah muncul bersama frekuensi gelombang yang berbunyi ini..
"jom,siap..balik sungai serai.."
dan aku.."ek?nape,yah?.."

"WAN MENINGGAL..."

bingkas bangun, bersiap..

bergilir memandu,akhirnya selamat tiba di rumah.Alhamdulillah..
wan itu panggilan buat emak kepada ayahku..
tinggal bersama2 dengan aku,dari aku kecik2 lagi..
dulu2..
time ayah pegi berniaga..
mak pegi mengajar,
wan la jaga aku adik-beradik..
jaga aku yang taiko panjat-memanjat..
rendam-berendam dalam kolam..
men sorok-sorok..meloloskan diri untuk pegi skola jumpe mak..
jampi ape aku pakai sampai lepas..aku lupa da~
cucu die yang nakal nie..

kalau nakal sorang2 takpe,nie 'racun' adik2 ngan sepupu-sepapat skali..
biase la,aku memang pakar bab2 nih..

tapi wan tak penah lak rotan aku ke hape..
sound sistem bergema tuh biase la..
maybe sebab mak ngan ayah tolong 'tunai'kan la kot pastu..hee..

ermm..wan..
kalau bulan poser time skola dulu,wan paling rajin..
awal pagi da panggil..tadarus2..
mak aiihhhh..terseksa gile jiwa raga time tuh..
bagi la aku sambung mimpi satu dua siri..no chance..
~rasa indah bila dikenang-kenangkan..
~wan tarbiyah aku untuk bermujahadah dgn nafsu sendiri..
~kredit,wan..InsyaAllah,dibalas Tuhan..

pagi tu jenazah wan sampai..
terbaring kaku..atas tilam kt ruang tamu..
aku tak nanges..tak..nanges..

ustazah hawa sampai..
sedia untuk urusan jenazah,
alhamdulillah..aku berpeluang untuk ikut skali..
mandi sampai kafan..
tak..tak..aku tak nanges..

wan da siap..cerah dgn wudhu'..bersih..cantik..
pakai bedak..renjis ngan air mawar..wangi..
belum cukup lagi touch up..
ayah hulurkan celak..
mak kata kat ayah.."ustaz pakaikan la.."
dan..aku tak nak nanges bila semua orang nanges..
tapi ayah..ayah muka tenang..
pakaikan celak dan kucupan terakhir untuk wan..
aku tahu ayah sangat2 sedih..
sebab dari 9 orang anak wan..ayah la yg dok ngan wan..
bayangkan betapa penting wan pada ayah..inspirasi..
ayah tak nanges pon..ayah kawal..
tapi aku yang dah tak terkawal..out!

..:: take this ::..

"Setiap yang bernyawa akan merasakan mati.Dan hanya pada hari kiamat sajalah diberikan dengan sempurna balasanmu.Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, sungguh dia memperoleh kemenangan.Kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang memperdaya" [Al-Imraan :185]

“Katakanlah (wahai Muhammad): “Sebenarnya maut yang kamu larikan diri daripadanya itu, tetap menemui kamu; kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan (serta membalasnya).” [Al-Jumu’ah: 8]

Alhamdulillah,aku sempat minta maaf pada wan sebelum pulang ke kampung melaka..
di sisi mak tam yang menjaga wan..dalam keuzuran,
wan mengangguk..itu sudah cukup membuatkan hatiku lapang~

Laporan MPM UTM ke Majlis Berbuka Puasa Duta Besar RPI di KL

Jumaat, 3 September 2010 - Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia (MPM UTM) telah diberi penghormatan oleh pihak Kedutaan Republik Indonesia (RPI) ke Malaysia di Kuala Lumpur apabila turut dijemput bagi menghadiri Majlis Berbuka Puasa bersama Duta Besar Republik Indonesia ke Malaysia, Tan Sri Da’i Bachtiar. UTM telah diwakili oleh Noor Aimran B. Samsudin, Setiausaha Agung, Umi Kalsom Binti Mohamad Yusof, Exco Jabatan Kebajikan dan Pelestarian Kampus dan Mohd Irfan Bin Mohd Shah dari UTM IC. Jemputan tersebut adalah sebagai tanda penghargaan pihak kedutaan RPI terhadap keprihatinan mahasiswa UTM terhadap isu nasional antara kedua-dua buah negara. Dalam beberapa siri lawatan sebelum ini, MPM UTM telah menghantar nota bantahan ke Konsulat Jeneral RPI di Johor Bahru sebagai tanda bantahan pencerobohan ke atas Kedutaan Malaysia di Indonesia pada 25 Ogos 2010 yang lalu. Kemudian pada 30 Ogos 2010, dua buah bas dari UTM telah ke Kedutaan RPI di Kuala Lumpur bagi menghantar kuih dan kad ucapan hari raya kepada Presiden RPI, Susilo Bambang Yudhoyono sebagai tanda jalinan mesra yang masih terjalin diantara mahasiswa Malaysia & RPI. Sehubungan dengan itu pihak kedutaan telah menjemput secara rasmi wakil mahasiswa UTM untuk turut serta dalam majlis berbuka puasa yang telah diadakan semalam.



Wakil dari UTM kampus Johor Bahru telah bertolak sekitar jam 12.30pm menggunakan kenderaan rasmi UTM. Perjalanan kami sedikit terganggu dengan kesesakan lalu lintas berhampiran Plaza Tol Sg. Besi dan Jalan Tun Razak selama sejam. Namun kami berjaya tiba di bangunan kedutaan sebelum majlis bermula. Kami telah disambut mesra oleh para pegawai kedutaan di hadapan dewan utama. Majlis tersebut turut disertai oleh wakil mahasiswa dari universiti sekitar Lembah Klang, wakil mahasiswa Indonesia, para pensyarah, golongan profesional dan para wartawan. Pada jam 7pm, majlis bermula dengan mendengar teks ucapan Presiden RPI, Susilo Bambang Yudhoyono berhubung isu semasa antara kedua-dua buah negara yang telah dibacakan oleh Duta Besar Republik Indonesia ke Malaysia, Tan Sri Da’i Bachtiar. Pihak kedutaan mengucapkan ribuan terima kasih kepada para tetamu yang sudi memenuhi jemputan tersebut. Para tetamu dihidangkan dengan buah kurma dan makanan ringan sebelum menunaikan solat Maghrib secara berjemaah di dewan. Majlis bersambung dengan sesi jamuan. Sebagai tanda penghargaan, pihak UTM turut menyampaikan kek yang telah ditempah khas kepada wakil kedutaan bersama buah kurma di akhir majlis. Majlis berakhir sekitar jam 9.30pm.



Sepanjang majlis tersebut kami berkesempatan untuk berkongsi pendapat dan saling berkenalan dengan para pegawai kedutaan dan tetamu lain. Secara keseluruhan majlis tersebut berjalan dengan semangat muhibah. MPM UTM mewakili mahasiswa percaya kedua-dua pihak berupaya menyelesaikan isu semasa dengan kadeh diplomatik dan saling hormat-menghormati.

Disediakan oleh,



Noor Aimran B. Samsudin
Setiausaha Agung MPM UTM